~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: Mengenali SYAHIDITUSUCI..

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Sunday, November 21, 2004

Mengenali SYAHIDITUSUCI..

Bismillah...

Ana amat mementingkan kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat.Kejujuran dan keikhlasanlah yang memberikan kekuatan kepada satu ikatan persahabatan. Tanpa kejujuran dan keikhlasan, maka ikatan ukhwah yang terbina takkan kekal lama, akhirnya ia berakhir dengan sia-sia sahaja; tidak bermakna; kosong.

Bagi ana, kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat ibarat mentari yang mengilau. Dari kejujuran dan keikhlasan lahirnya kesetiaan. Kesetiaan itu ibarat pewangi yang mengharumkan. Kesetiaan: Sahabat yang setia ialah sahabat yang sejati. Sahabat sejati merupakan pendorong impian. Merekalah insan berhati mulia yang akan membawa ana ke jalan kebenaran, jalan Allah S.W.T.

p/s: untuk maklumat lanjut just click on "View My Web Journal"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }