Persiapan Menyambut RAMADHAN
Macam mana adik2, sahabat2, dan anak2 muridku yg kukasihi dan hormati sekalian..dah ready nak sambut Ramadhan Al Mubarak?
Haa... di sini ana sertakan...
PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN:
1. Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan.
- Nantilah ia dgn penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah di sepanjang bulan ini dgn sempurna. Mudah2n Ramadhan kali ini lebih baik drp Ramadhan yg lepas2.
2. Mengulangkaji semula ilmu berkaitan dgn puasa.
- teliti semula rukun, syarat, sunnah, adab2 &hikmah2 ibadah puasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dgn sempurna.
3. Menguatkan azam.
- kuatkan keazaman&kesungguhan utk melaksanakannya sesempurna mungkin.
4. Memperbanyakkan doa.
- perbanyakkan doa kpd Allah SWT agar dikurniakan kekuatan utk melaksanakan 'ibadah puasa dgn hati yg penuh ikhlas, jujur, dan tawadhu'.
5. Berazam menghapuskan adat kebiasaan yg bertentangan dgn Islam.
- berazam hapuskan adat kebiasaan yg bertentangan dgn Islam spt dlm mbeli juadah berbuka scr membazir, lalai dgn aktiviti yg sia2 dsb.
6. Meningkatkan kesungguhan beramal secara berterusan.
- bertekadlah supaya dapat mjaga benih2 amalan yg telah kita semaikan & suburkan pd bulan Ramadhan supaya tidak cacat & rosak & terus diamalkan pd bulan2 berikutnya.
Fahimtum/ Fahimtunna?
Buanglah yg keruh dan ambillah yg jernih.
info dperoleh drp: Jemaah Islah Malaysia (JIM)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home