~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: Ritma CINTA Syahiditusuci

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Sunday, June 12, 2005

Ritma CINTA Syahiditusuci

Dimulakan dengan BASMALAH.

CINTA,
Usah diolah
FITRAH menjadi FITNAH.

CINTA,
Usah dinodai
KeMURNIan dengan keKEJIan.

CINTA,
Usah dibiar
Cinta INSANI melangkaui cinta ILAHI

CINTA,
Duhai insani,
Syahiditusuci impikan
Atom CINTA SUCI
Bukannya
Zarah2 CINTA NAFSI

CINTA,
Sesungguhnya CINTA nan ABADI
Adalah Cinta ALLAHU ROBBI
Itulah NIKMAT yang HAKIKI
Hadir-NYA INDAH penuh BEERTI
Syahiditusuci tidak diSakiti
Tiada rasa diPermaini lagi
Ohh, betapa bahagia sekali
Nyatanya tiada terperi.

CINTA,
Ya HABIBI
Dengarlah coretan hati
Syahiditusuci nan tulus ini
Restuilah daku,
Dakaplah daku,
Dalam lipatan rahmat kasih-MU
Pesona cinta-Agung-MU,
Duhai KEKASIHku nan Satu
Ya RAHMAN Ya RAHIM
ROBBUL ‘ALAMIN.

Inni al faqir ila Robbi.

Wassalamu bilkhoir aj ma'in.

Al Mukhlisah,
SYAHIDITUSUCI,The Railway Campus,
University of Auckland,
Auckland, New Zealand. (WINTER)
5 Jumaada Al Awwal 1426H.

1 Comments:

  • At 1:29 AM, Anonymous Anonymous said…

    Assalmualaikum,
    aNA doakan agar impian enti untuk temui cinta suci akan tercapai.

    Niat yg baik..insyaALLAH mbuahkan hasil yg baik.

    INGAT ALLAH selalu.

     

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }