Syahiditusuci - MUHASABAH, MUROQOBAH & MUJAHADAHI diri.
Assalamu’alaikum w.b.t,
Khassun ila hadhrati ikhwah wa ahkowatil muhtaram.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal,
Pada suatu masa, ana terbaca kalungan mutiara kata seorang Hukamak:
“Orang yang menunjukkan KEBAIKAN anda adalah SOHABAT yang BAIK. Dan orang yang menunjukkan KESALAHAN anda adalah SOHABAT yang PALING BAIK.”
Manakala, semalam ana ada menerima kiriman sms seorang sohabat yang memetik kata-kata Mustafa Luthfi al Manfaluthi:
“Saya mengagumi seorang PEMUDA kerana keBERANIan dan keMAHIRannya, dan saya mengagumi PEMUDI kerana ADAB dan sifat MALUnya. Sebab, keBERANIan adalah pelengkap akhlaq dan sifat utama PEMUDA, sedangkan MALU adalah kecantikan PEMUDI yang paling utama.”
Sedang asyik ana merenung, menilai dan menghayati akan siratan ma’nawi yg terkandung dalam peri kata-kata tersebut ..memuroqobahi akan tekatan mutiara nilaian itu pada diri ana sendiri, tiba-tiba teringat ana akan sebuah sajak, nukilan ikhlas seorang hamba Allah yang telah meledakkan impak optimum ke dalam strata sukma SYAHIDITUSUCI hingga ke saat ini.
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
“Sedarilah wahai Muslimah yang akan berjuang…lakukan introspection (muhasabah) terhadap sikap kalian sebagai wanita gerakan ISLAM. Ingatlah…kalian tidak boleh lari dari Ar Raqabah al Ilahiyyah (God’s Surveillance).
Kepada wanita yang bercinta yang berada di dalam perjuangan Muslimah Mujahidah Rabbaniyyah…
Cinta kepada bunga,
Bunga akan layu.
Cinta kepada kumbang,
Kumbang akan lari.
Cinta kepada insan,
Insan akan menghancurkan hati anda.
Maka,
Cintailah ALLAH S.W.T.
Kepada-NYA bergelora,
Kerinduan hangat membara,
Mengapakah;
Aku ingin bertanya
TIDAK KAUGUNAKAN rindu dan sepi ini,
Untuk TAFAKKUR,
MUHASABAH,
INSAF,
Bahawa kau adalah
MUSLIMAH yang SOLEHAH...”
Wassalam.
MASYAALLAH! Syukran lillah.
Mujahadah An Nafs wa Tazkiyah al Fiqr. InsyaAllah.
Syukur alhamdulillah 'ala kulli hal.
Syukran Jazilan Ya Robbul Jalil, Ar Rahman Ar Rahim.
Jazakallahu khairal jaza' ya sohabat as solihin 'ala kalamul fadhilah.
Yaa akhowat fillah,
Bersamalah kita mengambil manfa’at daripada hasil tintaan penanya. Tenungilah ia dengan pandangan mata, tapi hayati dan selamilah ia dengan pandangan hati. Baca i lah dan hafizi lah ia bukan hanya sekadar sampai ke halkum tapi biarlah ia sampai menembusi sanubari, ruuhul khudus insani.
Semoga ALLAH SWT merahmati hamba Allah tersebut dan dipermudahkan perjalanan hidupnya fi dunniya wal akhirah.Amiin.
Hayya, hayya, ya ikhwah wa akhowatil mukhtar,
Bersamalah mengorak langkah, memulakan pemburuan PESONA CINTA ILAHI.
Bersamalah membulatkan tekad, istiqomah dalam usaha menggapai title Al MUTTAQIN wa AS SOLIHIN. InsyaAllah.
'ala kulli hal, binniyyatul ikhlas lillahi Ta'ala. Amiin.
Wassalam.
Perantau Akhirah,
SYAHIDITUSUCI.
6 Jumaada al Awwal 1426H.
University Of Auckland,
Auckland, New Zealand.
1 Comments:
At 11:11 AM, Anonymous said…
Salams
Masallah a nice blog you have here. Pls link mine up if you find it of benefit.
Wassalam
Post a Comment
<< Home