~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: SEKILAS PANDANGAN

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Saturday, December 31, 2005

SEKILAS PANDANGAN

*****

2005 kini mula meniti hari-hari terakhirnya
bersama kenangan suka-dukanya yang tersendiri.

Posted by Picasa

Manusia yang tidak mempunyai hala tuju hidup
tidak pernah mengambil berat tentang berlalunya masa.

Sedangkan manusia yang begitu jelas misi dan visinya
sentiasa cemas dengan perjalanan masa di mana setiap
saat yang berlalu dan akan datang mempunyai nilai yang
begitu berharga.

Masa yang berlalu walau pun tidak dapat dikembalikan
namun kegagalan, kehancuran, kejayaan, kegemilangan
yang pernah berlaku dapat berulang semula
apabila
umat manusia memenuhi syarat-syaratnya.

Masa lalu dapat dijadikan ukuran dan tauladan
ke arah meneruskan agenda untuk masa yang baru datang.

Masa tidak akan berundur ke belakang sebaliknya
manusia boleh menjadi umat yang pemikiran dan
tindakannya berpusing ke belakang apabila mereka
memilih jalan yang rosak dan sesat.

Tepuklah dada tanyalah dari mana kita datang,
untuk apa kita dihidupkan di dunia fana ini
dan ke manakah kita bakal dikembalikan.

Hanya umat yang kenal asal usulnya dan tahu
kewajipan yang mesti dilaksanakan
serta bersiap
dengan bekalan yang sebaiknya untuk kembali menemui
Allah
sahaja yang bakal berjaya di dunia dan akhirat.


Wassalammm... Darul Ulum

Akhukum Fillah.. AlAsyqar@hotmail.com


Developed by DarulUlum Information Technology
Copyright © 2002 All Rights Reserved


*~ *~ *~ *~ *~ *~

Bint Haji Yusof:

BismilLahi walhamduliLah wassolatu wassalamu
‘ala RasulilLahi s.a.w.
, saudara saudari seaqeedah,
tetamu ziarah yang ana hormati dan hargai filLah
,
dengan penuh keringanan di sanubari dan kesediaan diri
untuk berkongsi sebaran 'ilmiah yang bermanfa’at
bersama antum, ya ikhwah wa akhowatil mukhtar,
binniyatul ikhlas lilLahi Ta’ala, ana menjemput antum
untuk menghayati dan merenungi
PERUTUSAN KALAM’ selengkapnya-oleh saudara seaqeedah kita tersebut
– yang bersepuh penuh hikmah dan punya siratan
makna yang amat khair untuk dimanfa’ati bersama

di ruangan/ link “Bint Haji Yusof Webjournal”.

Tafadholl masykuroh, benar ada khairnya, insyaALLAH.
WalLahu musta'an. Wassalam wbt.

Al mukhlisah,
Bint Haji Yusof,
29 Dhul Qadah 1426H
Auckland, New Zealand.

Posted by Picasa


p/s:"... Pejuang Islam sentiasa diingatkan bahawa
tugas yang perlu dilaksanakan melebihi waktu yang
ada
. Mesti serius dan bersungguh dalam melaksanakan
tugas tanpa mengenal erti membuang masa, menangguh kerja,
bergurau-senda dan perkara yang tidak berguna.

Oleh itu koreksilah diri kita dimanakah tahap
kedudukan kita berkenaan dengan penjagaan dan
penghargaan terhadap masa..." :-)

*~ *~ *~ *~ *~ *~

1 Comments:

  • At 3:09 AM, Anonymous Anonymous said…

    Asalamualaikum wbt

    Ukht al karimah, salam tahun baru diucapakn moga tahun baru bawa lebih banyak kebaikan dan kebahagiaan buat ukhti sekeluarga. Moga terus istiqomah dalam perjuangan fisabilillah dan pembetukan diri menjadi muslimah solehah. Doakan untuk saya juga ye :-)

    Lagu istimewa sempena tahun baru 2006 buat ukhti kehormat dan rakan2 semua.

    Alaf Baru
    Album : Alami
    Munsyid : Alarm Me
    http://liriknasyid.com


    Alaf baru di hadapan
    Penuh seribu cabaran
    Rintangan pancaroba
    Menguji ketabahan


    Perjuangan kebenaran
    Haruslah diteruskan
    Segunung harapan
    Generasi masa depan


    Informasi teknologi sedunia
    Faedah kepada semua
    Janganlah ia disalah guna
    Kelak memakan dirimu jua


    Hanya keutuhan iman
    Yang dapat menahan
    Segala ranjau ujian


    Tiada ruang larangan
    Dunia tanpa sempadan
    Oh kebebasan apa saja


    Hiburan dibuat multimedia
    Mengabui mata manusia
    Hidup ilusi khayalan minda
    Adakah kau sudah bersedia


    Kumpulkan semangat juangmu
    Meruntuh segala kebathilan
    Kita bina asas kekuatan
    Menghadapi masa hadapan

    Mintak maaf atas sebarang salah silah.

    Bersama perbaiki diri jadi lebih baik.

     

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }