Ismahli ‘ala kulli hal,
izinkanlah ana mencari ketenangan dalam kekalutan..bermujahadah dalam beribadahan, bermuaqabah pada kekhilafan, bermuhasabah dari penyakit jiwa, bermuraqabah dengan keAGUNGan-NYA, bermu’ahadah dalam syariah ALLAH S.W.T.
Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan.
Segala puji-pujian bagi ALLAH S.W.T. semoga sholawat dan salam dilimpahkan kepada Rasulullah s.a.w., para keluarga dan para sohabat baginda, serta kepada orang-orang yang mengikuti jalan dan petunjuk baginda sampai hari pembalasan.
Ana memohon kehadrat ALLAHU ROBBI agar dikurniakan petunjuk kepada kita semua, jalan yang lurus, menjauhkan yang bathil dan menyalakan yang haq dalam segala urusan kita, mematikan kita dalam keadaan berpegang utuh pada DEENUL ISLAMI. Mengumpulkan kita bersama orang-orang yang sholeh. Sesungguhnya, ROBB-ku Maha Mendengar doa hamba-NYA.
Saudara saudari seIMAN,
ALLAH S.W.T. telah berfirman:
At Taubah, 9:71
71. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Al Hujurat, 49:10
10. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Addari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Agama itu adalah nasihat”. Kami bertanya: “Untuk siapa?” Baginda menjawab: “Untuk ALLAH, Kitab2-NYA, Rasul2-NYA, para Imam orang-orang Islam dan untuk orang-orang awam mereka."
(HR.Muslim)
Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Saya telah berbai’at kepada Nabi s.a.w. untuk mendirikan solat, menunaikan zakat dan memberi nasihat kepada setiap Muslim”
(Mutattafaq ‘alaih)
Syukur alhamdulillah,
atas kurniaan seorang sohabat as sholihin ‘alayya, masyaALLAH, sesungguhnya ada hikmah dan manfa’atnya atas jalinan ukhuwwah Islamiyyah sesama anak adam ini. Syukran lillahi Ta’ala, syukur kehadirannya biarpun seketika cuma, namun ia amatlah beerti bagi ana atas atas keikhlasan huluran budi bicara dan penyampaian ‘ilmiahnya ‘alayya fillah sedari awal perkenalan hingga ke detik terakhir. Tidak lupa jua atas sebarang teguran dan nasihatnya atas kealpaan dan kebathilan ana selama ini ‘ala kulli hal.
Syukran jazilan kathiron, ya sohabat,
kerana telah menjadi seorang mu’alim dan sohabat yang sholih; sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mengingatkan saudaranya kepada kebaikan. Salah seorang Assalafuddin pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya. " Wallahu ‘alam bishowab.
Sebagaimana makluman,
ana amat mementingkan kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat. Kejujuran dan keikhlasanlah yang memberikan kekuatan kepada satu ikatan persahabatan. Tanpa kejujuran dan keikhlasan, maka ikatan ukhwah yang terbina takkan kekal lama, akhirnya ia berakhir dengan sia-sia sahaja; tidak bermakna; kosong.
Syukran kathiron skali lagi ana ucapkan atas kesempatan yang dikurniakan Ilahi ‘alayya biarpun ia sekelumit cuma.
Inni al faqir ila ROBBI
Wahai, sohabat as sholihin,
jazakallahu khairan kathiran atas segala tuntas peringatan, teguran, nasihat, dan bimbingan ‘alayya selama ini. May Allah repay your sincerity and kindness by leaps and bounds. Amiin. Alhamdulillah, sebesar-besar kesyukuran ana panjatkan kehadrat ALLAHU ROBBI ats sebarang kebaikan dan hikmah yang tercetus hasil daripada ikatan ukhuwwah Islamiyyah yang terjalin sesama anak adam ini.
Asifli ‘ala kulli hal,
ana akur akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri ana sebagai seorang insan yang masih cetek pengetahuan DEENUL ISLAMI, dan bukanlah siswi daripada mana-mana IPT AGAMA misalnya Univ.Al Azhar, Univ.Medina, Univ.Damascus, mahupun Univ.Al Fateh waima Qatar. Cuma, seorang al faqir ila ROBBIHI, yang masih dalam pendakian mengenal hakikat sebenar seorang Muslimah wa Mu'minah ILAHI(yang SOHIH wal HAQ). Bukan nama mahupun gelaran yang ana burui, tapi yang hendah dicari ialah keREDHOan ALLAHU ROBBI. Wallahu 'Aarifin.
Ana akur dan pasrah
yang ana ini masih mentah dan jahil serta masih luas lautan ‘ilmu ILAHI yang belum ana redahi. Sekadar al faqir; perantau akhirah, musafir perjuangan fisabililLAH yang masih butuh bantuan, masih mungil, masih perlukan dahan nan kukuh untuk berpaut..
Ana redho,
insyaALLAH ana akan terus berusaha binniyatul ikhlas lilLahi Ta’ala, mengkoreksi kemashalatan pada diri dan meneruskan kembara mencari hakikat suatu kebenaran yang hakiki liridhallah, biar apapun mehnah dan tribulasi menanti di sepanjang perjalanan. Mohon petunjuk dan rahmat ROBBI.
InsyaALLAH,
diri yang ditarbiyyah dengan mempunyai rasa MALU dan hati yang dididik dengan IMAN, akan tabah, tiada takut akan pandangan mata & hati serta kekejaman manusia, tiada gelisah dengan sindiran, CUKUPlah ALLAHU ROBBI sebagai tempat pengaduan ana YANG UTAMA.
Jazakumullahu khairal jaza, ya sohabat as sholihin,
sesungguhnya,“Orang yang menunjukkan KEBAIKAN anda adalah SOHABAT yang BAIK. Dan orang yang menunjukkan KESALAHAN anda adalah SOHABAT yang PALING BAIK.”
* Suatu khabar gembira buat Muslimin wa Muslimat yang berIMAN dan SABAR. Semoga ALLAH S.W.T. memberikan kepada mereka kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amiin.
Al Baqarah, 2:155-157
155. Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.156. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" iaitu Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. 157. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Akhirul kalam…
Ya ALLAH, janganlah ENGKAU hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah.
Ya ALLAH, janganlah ENGKAU bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana ENGKAU bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya ALLAH, janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafilah kami, ampunilah kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Semoga sholawat dan salam dilimpahkan ALLAH S.W.T. kepada hamba dan Rasulullah s.a.w., para keluarga dan sohabat baginda semua.
Dan ana akhiri do’a ini, adalah segala puji-pujian dan panjatan kesyukuran bagi ALLAHU RABB semesta ‘alam.
Subahanakallahumma wabihamdika ashadu ala ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaika
Kun sa’idan ‘ala kulli hal.
Barakallahulakum wa ummatul Islamiyyah. Wallahu ‘Aarifin wa ‘Aadilin wa HUWA al Wadud. Ismahli ‘ala kulli hal.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Al faqir ila ALLAH S.W.T.
The daughter of Haji Yusof,
Auckland, NEW ZEALAND.
11 Ramadhan 1426H.
p/s: Khas buat ayahanda dan bonda tersayang, inni uhibbukum jiddan fillah. Jazakumullahu khairan kathiron atas segala tunjuk ajar, pentarbiyyahan beracuankan DEENUL ISLAMIYYAH, nasihat, bimbingan dan belaian kasih sayang, pemahaman serta sepenuh curahan permerhatian dan kesetiaan ‘alayya. Yarhamkumullah! Semoga ALLAH S.W.T. menjaga ana dan kedua-dua orang tua tersayang serta adik-adik tercinta fillah dengan penjagaan-NYA. May ALLAH always show us HIS Guidance to the right path. Amiin. Wassalam wbt.
4 Comments:
At 3:37 PM, Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
At 3:49 PM, Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
At 3:55 PM, Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
At 10:19 PM, Bint Haji Yusof @ Bint ul Islam said…
Pengharapan
Album : Cintamu
Munsyid : The Fikr
TUHAN hamba memohon
Keredhoan keberkatan
Untuk KAU pimpin
Guruku yang dicinta
Yang kuharap
Pribadinya yang mulia
Sifat kasih dan sayang
Ada padanya ...
Diwajahnya memancarkan cahaya
Keikhlasan dan kemuliaan
Pribadinya menyejukan hati
Laksana para kekasih ALLAH
Selalu kubermohon
Untuk KAU pimpin guruku
Kembalikan kepada-MU semuanya
Urusannya
Hamba memohon
KAU jadikan guruku
Pemimpin yang dirisaukan dunia ini ...
Bantulah ia
Dalam perjuangannya
Menegakan kebenaran
Memusnahkan kemungkaran
p/s: the daughter of Yusof, "alhamdulillah 'ala kulli hal, barakallahu 'ala kullu ummatul Islami. Amiin." Wallahu 'Aarifin wa 'Aadilin. 'Ismahli 'ala kulli hal, inni al faqir ila ROBBI. Wassalam wbt.
Post a Comment
<< Home