~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: CINTA SYAHID: Pelaminan “SYAHID” maharnya adalah “NYAWA”.

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Sunday, June 26, 2005

CINTA SYAHID: Pelaminan “SYAHID” maharnya adalah “NYAWA”.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Dengan nama ALLAH S.W.T. , Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"Ke mana dia pergi? Apakah dia sudah mewujudkan impiannya untuk menjadi Syahidah?" Pertanyaan lain terus bermunculan di benaknya. "Bagaimana dengan impiannya yang lain? Soal pinangan, rencana pernikahan, dan pakaian pengantin yang sudah dijahitnya sendiri? Bukankah dia juga bercita-cita untuk melahirkan anak-anak, kemudian membina mereka menjadi mujahid-mujahid?"…….Semoga Allah mencatatnya sebagai SYAHIDAH. Mudah-mudahan dia juga bisa menjadi pengantin Palestina yang bisa melahirkan kehormatan dan kemerdekaan bagi umat dan bangsanya."

Meski tahu bahwa syahidah adalah cita-cita tertinggi anaknya, Ny Al-Akhras tetap saja merasa kehilangan……..kata-kata sang anak ketika berdiskusi soal kewajiban jihad bagi setiap warga Muslim Palestina. "Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan atau gugur di medan jihad."……….Ayat berkata lirih, "Shalat dan doakan agar kakak sukses melaksanakan tugas suci ini……..Hari ini kamu akan mendengar satu berita baik………….Inilah hari yang lama saya nantikan. Tolong sampaikan salam hormat saya kepada Akh Shaadi,".

Shaadi Abu Laan (20), calon suami Ayat……….. nyaris tak percaya Ayat pergi begitu cepat mendahuluinya. Padahal Juli ini, jelas Shaadi, "Kami sudah berencana untuk resmi berumah tangga. …….sudah satu setengah tahun ber-khitbah (saling meminang)………bahkan telah menyiapkan nama 'Adiyy untuk bayi pertama….Mereka bertekad mendidik si kecil sebaik-baiknya dengan harapan kelak menjadi seorang mujahid yang akan membebaskan Al-Aqsa dan Palestina dari pendudukan Israel.

"Allah ternyata punya rencana lain," ucap Shaadi kepada Islamicline. "Semoga kami bisa bertemu di syurga kelak……Saya tahu dia gadis berkepribadian kuat, tegar, dan cerdas…..mencintai negara dan agamanya lebih dari apa pun……Kami pun pernah bercita-cita untuk syahid bersama-sama. Ternyata Allah telah memilih dia dulu. Kalau ada kesempatan, saya akan menyusulnya segera. Semoga Allah mengabulkannya,".

p/s: Syahiditusuci > Ikuti perjalanan kisah di atas selengkapnya di ruangan forum SYAHIDITUSUCI published on March, 25. Moga ada khoirnya. InsyaALLAH.

“ Sedarlah wahai pejuang sekalian; ‘TANGGUNGJAWAB lebih BANYAK daripada MASA” yang diperuntukkan. Lantaran TAKLIFAN bukan TASYRIFAN. Ia amanah yang patut digengam, biar membara lestari memekar…selamanya meletakkan JIHAD yang AGUNG…meletakkan ISLAM di pasak TERUNGGUL’ - madah pembakar semangat mujahidin yg dipetik daripada laman web islam-online dan al-jazeera.

Wassalamu bilkhoiri aj ma'in.

2 Comments:

  • At 1:26 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ya, Syahidah, mabruk 'alaik.

    MUMTAZ!!

    Reem.

     
  • At 12:52 PM, Anonymous Anonymous said…

    Pendakwah dan teknologi..

    Pendakwah disaran kuasai sains, teknologi

    Laporan Azman Zakaria (Berita Harian)

    KUALA LUMPUR: Masyarakat pendakwah perlu mampu menguasai kepakaran dalam pelbagai aspek sains dan teknologi bagi memastikan mereka dapat terus menyemarakkan serta meningkatkan keberkesanan usaha itu.

    Prof Madya Dr Juhana Salim dari Jabatan Sains Maklumat, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, pendakwah tidak harus mengehadkan ilmu mereka kepada yang berkaitan al-Quran dan Sunnah saja.

    Katanya, umat Islam harus memikirkan bagaimana peralatan moden dapat dimanfaatkan bagi memperoleh ilmu pengetahuan, penyebaran idea dan fikiran secara lebih mudah, berpengaruh serta berkesan.

    Dalam konteks bioinformatik katanya, pendakwah Islam, komuniti pakar biologi dan pakar sains komputer serta teknologi maklumat perlu bekerjasama membangunkan sistem, perkhidmatan dan produk yang berasaskan pengetahuan Islam.

    Katanya, menerusi penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penggerak dakwah akan lebih mudah menambah pengetahuan bagi mengembangkan idea serta budaya hidup yang ingin disalurkannya kepada masyarakat.

    “Di negara ini, antara punca yang menjurus kepada tidak berkesannya usaha dan kegiatan dakwah ialah kerana ia sudah kehilangan hikmahnya.

    “Satu daripada hikmah dakwah yang hilang dan diabaikan adalah teknologi,” katanya ketika membentangkan kertas kerja ‘Menggunakan Bioinformatik Secara Strategik Untuk Dakwah Islam’ pada Seminar Islam Hadhari: Bioinformatik Sebagai Alat Dakwah di sini, semalam.

    Juhana berkata, ada pihak yang mendakwa dakwah sebagai wahana pembangunan sosiobudaya umat Islam dilihat sebagai kurang berkesan dan gagal berfungsi sepenuhnya dalam konteks negara masa kini.

    Katanya, perkara itu berlaku kerana wujud kefahaman yang terbatas pada kebanyakan penggerak dakwah serta masyarakat di negara ini mengenai makna dan pengertian hikmah itu sendiri.

    Sambil menyatakan bahawa teknologi harus ditumpukan bagi memupuk kesedaran terhadap nilai murni dan progresif serta penghayatan makna ketuhanan, beliau berkata, antara yang harus dikuasai dalam menyemarakkan kegiatan dakwah adalah ICT.

    “Umat Islam harus memikirkan bagaimana teknologi ICT dengan segala peralatan, perisian dan perantaraannya seperti internet dapat dimanfaatkan bagi penyebaran ilmu pengetahuan berhubung kebesaran kuasa Allah dengan lebih berkesan.

    “Sudah tiba masanya pendakwah meluaskan topik yang dikupas ketika menyampaikan ceramah dan tidak hanya menekankan aspek berhubung ibadat seperti solat, puasa, zakat, dosa, pahala, syurga dan neraka atau cara berpakaian saja,” katanya.

    “Bidang bioinformatik dapat memudahkan proses pengesanan maklumat yang relevan kepada sesuatu bidang yang dibincangkan dalam al-Quran dengan penggunaan perisian dan aplikasi serta kaedah tertentu,” katanya

    ****************

    Petikan pendapat:

    Aljoofre : Setuju sangat-sangat dengan saranan ini. Biarlah pendakwah kita dapat memanipulasi teknologi, tetapi jangan teknologi yang memainipulasinya. Cuma kita kena berpada juga. Setiap orang ada bidang pengkhususannya. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

    Bagi ana, biarlah pendakwah memantapkan ilmu pengkhususannya terlebih dahulu. Mereka yang berada di dalam syariah, jadilah pakar feqh dan usulnya. Mereka yang berada dalam bidang tafsir, jadilah pakar tafsir yang hebat.

    Dalam masa yang sama jangan keciciran dengan teknologi yang dianggap sebagai ilmu alat. Alat penting, tapi kalau tak ada bahan, alat pun tak berguna kan.. ;)

    ***
    Syahiditusuci: MABRUK 'ALAIK YA AKH!! Ana turut menyetujui pandangan yg anta utarakan itu. Barakallahu lak wa ahlul baituka!

    ~*ISLAM IS THE WAY OF LIFE*~
    ~*ISLAM IS THE BEST*~

     

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }