~*~ KECANTIKAN TANPA BIAYA ~*~
Ya Allah,
Hadirkanlah sejambak mawar harapan mekar dari taman-taman abadi,
untuk merahmati taman hati saya dengan kuntuman senyuman dan keharuman yang bisa membawa perasaan kebahagiaan ke dalam strata sukma saya.
Ya Robbi,
Dalam kediaman yang dipenuhi mehnah dan tribulasi yang tak berkesudahan ini,
biarkanlah saya selalu ingat akan rahmat-MU. Tiadalah yang lain dalam kamar hati saya melainkan kesyukuran kepada-MU. Dan tiada kuluman madah bagi lidah saya melainkan pujian kepada-MU.
Maka perkenankanlah permintaan hamba-MU ini. Perkenankanlah Ya ILAHI. Amiin.
* ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~*
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu wamaghfiratuhu waridhwanuhu.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal, dengan izin KEKASIH HATI maka dikurniakan selapangan masa dan kesejahteraan kesihatan ‘alayya untuk melakarkan citra kalam buat tamu ziarah SYAHID ITU SUCI yang ana hargai fillah, bersempena genapnya ½ tahun jejak ‘ilmiah ana di perantauan pada hari ini, 18 Ogos 2005 bersamaan 13 Rejab 1426H.
InsyaALLAH, ilham pena ana bagi Augustus 2005 ini bakal mencoretkan perihal alat-alat dan kiat-kiat bagi mencapai kejelitaan insaniah.
Merujuk kepada pendapat Syed Qutub yang dinukilkan dalam Tafsir fi Zilal dalam pentafsiran ayat 30 dan 31 Surah An Nur, kecantikan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kecantikan atau bisa dinamakan kejelitaan Haiwaniah dan kejelitaan Insaniah.
Kejelitaan Haiwaniahmerupakan kecantikan paras rupa dan fizikal. Manakala Kejelitaan insaniahmerupakan kecantikan yang paling tinggi dalam ISLAM; ia merangkumi keseluruhan aspek dalaman dan luaran yang terjelma daripada nawaitu nan tulus suci dan lahiriah murni seorang insan. Taraan nilainya tiada dapat di’akad jual beli dengan mana-mana matawang duniawi kerana wacana kecantikan ini bukannya bersifat fizikal semata-mata.
Bismillah..
~* KeCANTIKan TANPA Biaya *~
Khassun ila hadhrathi akhowat fillah,
As alukum billah...
1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.
2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al haq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai ramai.
3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.
4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia bisa mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.
5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.
6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Sholihin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.
7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Qur’an dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyu’kan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.
8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan peng‘ibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhoan-NYA.
Wa akhiran..
9) Hembuskanlah nafas ta’abud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang mahupun kegelisahan dalam kehidupan.
Wallahu’alam bishowab.
Demikianlah...perkisaran kecantikan tanpa biaya..yang dapat ana tintakan ikhlas lillah.
Segala yang bermanfa’at itu adalah satu fitrah yang dikaruniakan ILAHI atas hamba-NYA, manakala yang berpalit kesilapsalahan itu adalah satu ujian dan peringatan awal dari Al Khaliq ke atas anak Adam, sebelum dirinya menyembah bumi untuk segera sedari dan perbaiki diri.
Asifli ‘ala kulli hal.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Coretan pena,
Al mukhlisah the daughter of Haji Yusof,
13 REJAB 1426H (Khamis).
Auckland City, New Zealand.
2 Comments:
At 1:57 AM, Bint Haji Yusof @ Bint ul Islam said…
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah 'ala kulli hal..after 2 weeks of struggling from fever and flu...and spending most of my time in bed...gradually..i am getting well...day by day..insyaALLAH..
SYUKRAN LILLAH! ALLAHUAKHBAR 3X!
JAZAKUMULLAHU KHAIRAL JAZA' YA UMMI WA ABI WA AKHOWAT FILLAH..for your endless support, loves and caring.
YARHAMKUMULLAH!
Inni uhibbukum fillah bilikhlas!
ISLAM NO.1, NOW AND FOREVER! UKHUWWAH FILLAH--MABRUK 'ALAIK!
Al faqir ila ALLAH,
Syahidah Sofia bintu Yusof
(Syahiditusuci)
syahiditusuci@yahoo.co.uk
13 REJAB 1426H - Thursday,1.54 a.m.
p/s: Dear Brothers & Sisters of ISLAM (BASIS), remember me in your prayers. Wassalam.
At 5:41 PM, Anonymous said…
ALhamdulillah...may GOD bless you, sis.
Post a Comment
<< Home