~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Monday, January 02, 2006

KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

HADIS


Posted by Picasa



Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma,
katanya:

Rasulullah S.A.W. memegang bahuku seraya bersabda:

Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau.

Ibn Umar berkata:

Apabila kamu berada pada waktu petang,
janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi.


Apabila kamu berada pada waktu pagi,
jangan tunggu menjelangnya waktu petang.


Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu
sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan
semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.


(Hadis Riwayat Bukhari)


Intisari hadith:

1- Rasulullah S.A.W. menganjurkan agar kita menganggap
dunia ini sebagai tempat persinggahan semata.

2- Sesungguhnya, kehidupan yang kekal abadi hanyalah di
akhirat nanti.

3- Kehidupan kita ibarat kehidupan seorang perantau
yang singgah di tempat persinggahannya(ad dunia)
untuk mengumpul bekalan buat perjalanannya
yang masih jauh (al akhirah).


4- Ambil dan manfa'atilah peluang semasa kita masih sihat
dan masih hidup untuk mengumpul dan mencukupkan bekalan
akhirat.

5- Sebagai individu Muslim, kita MESTIlah menghargai masa
dan tidak melengah-lengahkan urusan yang baik.


* Cebisan pepatah 'arab....

"Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin,
maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih
jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia
"

WalLahu'alam bishowab.

~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~

Bint Haji Yusof:

BismilLahi walhamdulilL wassolatu
wassalamu ‘ala RasulilLahi s.a.w.


Assalamu’alaikum warahmatulLahi wabarakatuh

Khassun ila hadhrati ikhwah wa akhowatil fadhilah,

AlhamdulilLah,
masih berbaki rasa-rasanya tak sampai sebulan sebelum kita
membuka lembaran baru HIJRIAH 1427.

Justeru persiapkanlah diri, koreksi apa yang perlu, dan buat
perangkaan utk urusan pemantapan ilmiah duniawi
wa ukhrawi selaras ke arah pembentukan keperibadian
Sholihin
daripada sekarang sebelum mentari 30 Zulhijjah 1426H terbenam bersamaan 30 Januari 2006 (Yaumul Isnain).

Dido’akan moga-moga dipermudahkan segala urusan ana
sekeluarga juga saudara saudari seaqeedah yang ana
kasihi filLah, dan dikarunia pencerahan ILAHI dalam
melaksanakan tanggungjawab serta pengurusan kehidupan
selaku
“Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan” di dunia
yang fana ini limarodhatilLah.

WalLahu musta'an.

Ana akhiri dengan sepotong ayat daripada surah Al Baqarah


Posted by Picasa


Firman ALLAH S.W.T. yang mahfumnya:

"197. (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi,
barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan
mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik
dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji.
Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah
mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal *
."

(Al Baqarah, 2:197)

* Menurut suatu riwayat, orang-orang Yaman apabila naik haji
tidak membawa bekal apa-apa, dengan alasan tawakal kepada Allah.
Maka turunlah "watazawwadu fa inna khairo zadi taqwa".

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lain-lainnya
yang bersumber dari Ibnu Abbas.)



Posted by Picasa



~* Apa yang ana cuba cungkilkan ataupun dengan erti kata yang
lebih mudah; mesej yang ana cuba sampaikan daripada ayat
di atas
buat diri ana serta antum ialah Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa . Taqwa merupakan bekalan terbaik
untuk kehidupan di akhirat.
ALLAH S.W.T. knows BEST!

InsyaALLAH bersama2lah CERIAKAN 1427H
DENGAN HAYATI & HARGAI NIKMAT ISLAM!


~*Mengagungkan syi'ar Allah tanda ketaqwaan hati*~

ALLAHUAKAHBAR 3X!!!

Asifi 'ala kulli hal.


Assalamu’alaikum warahmatulLahi wabarakatuh.

Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan
Bint Haji Yusof @ The daughter of Haji Yusof
2 Zulhijjah 1426H = 2 Januari 2006 (Isnin)
Univ.Of Auckland, Auckland, NEW ZEALAND.


~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


Posted by Picasa

p/s: Kepada rakan-rakan yang mengetahui mana-mana
room chat yang mengelolakan kuliah atau usrah online
yang dihadiri oleh para mu’alim di mana para chatters
berpeluang mengajukan apa-apa persoalan agama kepada ustaz/ustazah/penyampai/penceramah-nya
ana mohon ihsan
dan kebaikan antum andai tiada keberatan memaklumkannya
pada ana
, kerana ana sekarang dalam pencarian mana-mana
e-lapangan untuk pemantapan pengisian rohani wa ilmiah
pada diri
di samping platform di mana ana boleh
mengutarakan apa-apa persoalan yang butuh akan penjelasan
dari insan yang faqih wa ‘aalim khususnya dalam ehwal DEEN
.
Segala kerjasama ana dahului dengan ucapan jazakumulLahu
khairal jaza’.
[kindly let me know via YM or e-mail]
Wassalam wbt.

1 Comments:

  • At 2:47 PM, Anonymous Anonymous said…

    di Yahoo messenger ada beberapa room yg boleh dilawati pd masa2 tertentu,..dimana room2 ni ada membuat tazkirah secara online, antaranya.. MyQalam dan juga teratakk ilmu,...

     

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }