Peringatan buat diriku, sedarilah..
Bint Haji Yusof:
Coretan Peringatan buat diriku, sedarilah..
Duhai diri,
Apabila diberi nasihat nan baik atasmu,
Sediakanlah tempat untuknya bersemayam dalam jiwamu.
Janganlah engkau menjadi seperti insan tolol,
Yang membiarkannya masuk di satu telinga
dan keluar di telinga yang lain.
Duhai diri,
Berhentilah bertindak umpama magang yang mentah,
Berpalinglah kepada perburuan orang yang
berpengalaman.
Apakah tanda kematangan sempurna sudah kaurangkul?
Tidakkah diperhatikan bahawa sebiji buah akan tetap
terpaut pada cabang kerana kurang kematangan?
Sebaliknya, apabila ia benar-benar matang,
Buah itu akan jatuh dengan sendirinya,
Tanpa memerlukan seorang anak nakal
untuk melemparkannya dengan seketul batu.
Sedarilah duhai diri,
Waktu amat-amat diperlukan untuk
sebiji benih menguntumkan mekarnya
Begitu juga bagi mutiara untuk terbentuk.
APABILA SESEORANG SUDAH SEDAR,
SEPATAH KATA SUDAH CUKUP!
TETAPI,
Apabila samudera bergolak badai,
Apa gunanya suara katak yang tanpa makna?
Di kediaman khayalan sia-sia ini,
Yang terbaik ialah bertawakal kepada
RAHMAT TUHAN.
WALLAHU TA`ALA `ALAM.
~* ~* ~* ~* ~ * ~* ~* ~*
* Memetik kata penuh Hakim Nuruddin ‘Abdurrahman Jami:
“ Persenjatailah diri anda dengan perbekalan dari meja
orang-orang yang berpengalaman , dan mundurlah sampai
keluar dari jangkauan permusuhan orang-orang mentah..
Cabutlah keluar gulma dan hawa nafsu dalam diri anda
Dengan jalan merasa puas dengan nasib anda dan
Mengundurkan diri menuju kepada kehendak TUHAN.
Buatlah kediaman anda di benteng usaha yang tinggi.”
p/s: Makluman buat tamu ziarah blog Bint Haji Yusof
(Malay site: http://syahiditusuci.blogspot.com & English
site: http://syahiditusuci210284.blogspot.com).
Pada tarikh berikut:
9pm PST Friday, Jan 21st to 5am Saturday, Jan 22nd
9pm PST Saturday, Jan 22nd to 5am Sunday, Jan 23rd
Pihak pengurusan BRAVENET akan menjalankan operasi
Peningkat taraf system perkhidmatannya, ekoran itu beberapa
Link milik Bint Haji Yusof yang berada bawah kendalian
BRAVENET WEB SERVICES adalah berkemungkinan
besar akan mengalami temporary offline pada tarikh-tarikh
yang disenaraikan di atas.
Antara link ana yang dijangka bakal terlibat ialah :
* Bint Haji Yusof Forum
* Bint Haji Yusof Webjournal (online diary)
* Bint Haji Yusof Photo Center
* Bint Haji Yusof Guestbook
* Bint Haji Yusof Vote Caster
* Bint Haji Yusof Counter Strike
dan...
* SYAHID ITU SUCI 2
(website-alternatif sekitar 2004 dan awal 2005 ekoran
technical problem mlanda host blogspot. 'Ala kulli hal
kini masih belum ter'update lg, mmandangkn tdpt beberapa
link yg lbh utama yg ana aulakan. Justeru sbrg kkurangan
dan kelemahan padanya, ana mohon maaf krn ia merupakan
memori lama: 'syahiditusuci' sebelum mengorak perubahan
kepada kuniah yg lebih wajar dan sekufu buat diri iaitu
Bint Haji Yusof @ the Daughter of Haji Yusof)
Manakala link-link utama yang lain, insyaALLAH terus
Sempurna penjanaannya sebagaimana biasa.
Last but not least,
ada artikel baru di forum Bint Haji Yusof iaitu bertajuk :
“Bercerai dari Suami Akibat Kecanduan Chatting”
Dalam ungkapan kata Bahasa Melayu Malaysia:
“ Penceraian akibat bahana ketagihan ‘CHATTING’ “.
Bersama renungi dan ikhtibari. WalLAHU musta’an.
Asifi 'ala kulli hal.
Wassalam wbt.
19 DhulHijjah 1426H
Auckland, NEW ZEALAND.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home