Berbaik Sangka ( Husnu Zhan) vs Berburuk sangka (Su ‘uzhan)
Karya asal: Sebelum Su'uzhan..Habisin Dulu Husnuzhan-nya
Sumber: Forum Al-Insaan, Republik Indonesia
* Intepretasi bahasa, pengeditan, pengulasan dan pengembangan
isi: Bint Haji Yusof
Husnu Zhan
Bersangka baik sesama manusia, khususnya antara
muslim yang bersaudara adalah sesuatu yang mesti di
usaha dan pelihara sebaik dan seikhlasnya kerana ALLAH TA'ALA.
Sebagaimana yang telah digariskan dalam al Quran,
Firman ALLAH S.W.T. yang membawa maksud:
“ Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.
Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara
kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah,
supaya kamu mendapat rahmat.”
[Al Hujurat; 49:10]
Oleh sebab itulah segala bentuk sikap dan sifat yang boleh bantu memperkukuh dan memantapkan persaudaraan Islam mesti
disemai dan dipelihara pada mana-mana individu Muslim,
manakala sebarang bentuk sikap dan sifat yang dapat merosakkan
dan melupuskan ukhuwwah Islamiyyah mestilah dikikis dan
dihilangkan daripada diri.
Husnu Zhan (bersangka baik / berbaik sangka) merupakan
salah satu sifat positif yang mesti dipenuhi individu Muslim; agar hubungan ukhuwwah Islamiyyah itu tetap semarak
terjalin dengan baik selamanya filLAH.
Saudara saudariku yang dirahmati ILAHI,
Tatkala kita memperoleh informasi negatif
tentang sesuatu yang berkait dengan peribadi seseorang
apatah lagi ia seorang Muslim, seeloknya kita melakukan
tabayyun (memeriksa / investigate/menyelidik) terlebih
dahulu akan kesahihan perkhabaran sebelum
mempercayai apatah lagi meresponnya secara negative.
Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan
teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya
yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu
itu."
[Al Hujurat; 49: 6]
* * * * * * * * * * *
* Ma ma’na fasik?
Saudara saudari seaqeedah yang ana hargai filLAH,
Dalam memberikan penjelasan pada para pembaca akan
kalimah ‘fasik’ tersebut, rasa-rasanya adalah lebih mudah
ana menerangkan ia melalui satu penceritaan (yang dipetik
daripada majalah Al Bayan) yang telah ana cuba
intepretasikan ia dalam bahasa yang lebih mudah
dan tambahan perjelasan bagi mana-mana yang
dirasakan perlu. Moga ada khairnya..
BismilLAH..
“ Menurut riwayat Sa’id yang diterima dari Qatadah
bahawa RasululLAH s.a.w. telah menghantar
Al-Walid bin Uqbah bin Mu’ith sebagai wakil untuk
mengutip zakat daripada Bani Mustaliq yang telah
mengaku tunduk kepada Nabi s.a.w. dan
telah memeluk agama Islam.
( * ISLAM >> penyerahan diri kepada ALLAH dengan
bertauhid, menyerahkan ketaatan kepada-NYA,
membersihkan diri dari kesyirikan, menjauhkan diri
dari perkara bid'ah dan orang-orang musyrik serta
ahli-ahli bid'ah).
Diceritakan lagi, sesampai Al-Walid di negeri Bani Mustaliq
itu, hasrat atau maksudnya untuk memungut zakat tadi tidak
mendatangkan perolehan (hasil) yang baik. Ekoran itu,
Al Walid pun bersegeralah pulang ke Madinah dan
melaporkan kepada Nabi s.a.w. bahawa Bani Mustaliq
tersebut enggan membayar zakat dan telah murtad.
Lalu, RasululLAH s.a.w. pun mengutuskan Khalid bin Al-Walid bersama angkatan tenteranya untuk menyelidiki ehwal
tersebut dengan lebih mendalam.. (Al-Bayan – Bil 1; Mei 2003).
Manakala di dalam satu riwayat lain, dinyatakan bahawa
sebenarnya Al-Walid tidak pernah sampai pun kepada
Bani Mustaliq sebaliknya dia telah berpatah balik di
pertengahan / setengah perjalanan ekoran kekhuatiran akan
ehwal keselamatan dirinya.
Lantas, Khalid Al-Walid telah menghantar beberapa orang
untuk menyelidiki keadaan yang sebenar. Daripada perolehan
penyiasatan, ternyata didapati apa yang disampaikan oleh
Al-Walid itu adalah bohong (tidak benar) belaka,
kerana berdasarkan laporan penyiasatan yang dijalankan
dan disampaikan kepada Khalid Al-Walid, ternyata
Bani Mustaliq masih lagi mengamalkan agama Islam,
bahkan dilaporkan juga yang suara azan masih lagi
kedengaran dan begitu juga solat berjemaah tetap
pada waktunya.
Khalid pun menyampaikan hasil penyiasatannya itu kepada
Nabi s.a.w. Maka turunlah ayat ini memberi peringatan
supaya Nabi s.a.w. selidiki terlebih dahulu sebelum
mengambil keputusan – menghantar angkatan tentera.
Firman ALLAH S.W.T. yang membawa maksud:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan
teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
[Al Hujurat; 49: 6]
Peristiwa ini juga menjadi asbabul wurud hadith Nabi s.a.w.
yang bermaksud:
“ Menyelidiki dengan tenang adalah dari ALLAH dan
tergopoh-gopoh itu adalah dari Syaitan."
[* hadith yang disampaikan oleh As Sayyuti dalam Kitab Al Jami’ Kabir, daripada riwayat Ibn Abi Adduniya pada Zimmi al Ghadah daripada
Mujahid (hadith mursal) dan Sa’id ibn Mansur daripada Hassan
(hadith Mursal), dan al Khara’iti juga meriwayatkan di dalam bab Makaarimul Akhlaq dan al Baihaqi di dalam sunannya daripada Anas]
“….Melalui ayat ini [49:6], jelas al-Walid telah diberi
nama yang hina iaitu fasik, tegasnya seorang pembohong!
Ibn Zaid , Muqatil dan Sahal bin Abdullah memberi erti fasik itu
ialah Kadzaab, Pembohong!Abul Hasan al-Warraaq memberi erti orang fasik ialah orang yang tidak segan – segan menyatakan
suatu perbuatan dosa… walLAHU'alam.”
(Al-Bayan – Bil 2; April 2004).
* * * * * * * * * * * *
FADHILAH DAN MANFAAT
Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH,
Sesungguhnya terdapat banyak nilaian manfa’at yang boleh
diperoleh seorang Muslim apabila dia memiliki sifat husnu
zhan. Antaranya ialah:
Pertama:
Hubungan persahabatan akan menjadi lebih baik;
pelestarian husnu zhan (berbaik sangka) dalam hubungan
sesama Muslim dapat menghindarkan sebarang keretakan persaudaraan Islamiyyah / Muslim bersaudara. Bahkan keharmonisan dalam berhubungan akan semakin terasa dan
kemesraan sesama Muslim bersaudara akan semakin semarak
ekoran tiada kendala-kendala psikologis yang menghambat
hubungan tersebut.
Kedua:
Rasa sesal akan pertautan hubungan antara individu
Muslim akan dapat dihindarkan. Sementalahan buruk
sangka (su’uzhan) akan membuatkan seseorang menimpakan kburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar/sahih, sebagaimana yang telah difirmankan ALLAH dalam Al Quran
* Terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama; kerana
buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada
orang lain tanpa bukti yang benar, sebagaimana difirman Allah
dalam Al-Quran dalam surah Al Hujurat (49: 6) di atas.
Ketiga
Selalu merasa bahagia dan tenang menerima perkhabaran waima melihat segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun diri sendiri belum mampu mencapainya.
Hal sebegini amatlah besar pengertiannya kerana dengan demikian
jiwa kita menjadi tenang yang secara tidak langsung menghindarkan
rasa iri hati yang mana bisa berkembang membentuk
dosa-dosa baru pula.
Ini beerti kebaikan dan kejujuran akan mengarak banyak kebaikan pada kita. Manakala dosa serta keburukan akan
mengarak kita kepada dosa-dosa yang lebih besar lagi
dengan dampak negatif yang semakin banyak.
KERUGIAN BERBURUK SANGKA (Su'uzhan)
Melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka (su ‘uzhan)
adalah satu kerugian yang besar baik dalam kehidupan di
dunia mahupun di akhirat.
Mendapat Nilai Dosa
Berburuk sangka (su ‘uzhan) jelas-jelas merupakan dosa.
Tanpa sebarang dasar yang jelas; ia sudah menganggap orang lain
tidak baik. Tanpa terlebih dahulu menyelidik, sebaliknya asyik
mencari-cari kejelekan orang lain; ia akhirnya akan menyebabkan
individu itu melakukan atau mengungkapkan segala sesuatu yang
buruk ke atas individu yang lain pula.
ALLAH S.W.T. berfirman yang membawa maksud:
“ Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
dari sangkaan/kecurigaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian
dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Al Hujurat (49: 12)
Dusta yang Besar
Berburu sangka (su ‘uzhan) akan mendatangkan satu
kerugian yang besar bagi seseorang individu kerana apa yang
dikemukakannya merupakan sebesar-besar dusta.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya RasululLAH s.a.w.
bersabda:
“ Takutlah olehmu semua akan perasangka, sebab
sesungguhnya perasangka itu adalah sedusta-dustanya pembicaraan. “
(Muttafaq ‘alaih)
Menimbulkan Sifat Buruk
Berburuk sangka (su ‘uzhan) terhadap orang lain bukan
hanya setakat mengakibatkan penilaian dosa dan dusta
yang besar atas individu, bahkan jua meletuskan
kemunculan sifat-sifat buruk lain yang sangat berbahaya / berbisa baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya
dengan orang lain. Antaranya sifat ghibah, kebencian, hasad, menjarakkan hubungan dengan orang lain dsb.
Dalam satu hadith, RasululLAH s.a.w. bersabda:
“ Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke
syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih
kebenaran dia tercatat di sisi ALLAH seorang yang
benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya
dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih
dusta dia tercatat di sisi ALLAH sebagai seorang pendusta.”
(HR Bukhari).
LARANGAN BERBURUK SANGKA
Berburuk sangka (su ‘uzhan) merupakan sesuatu
yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka tidak hairanlah perbuatan ini sangat dilarang dalam ISLAM
sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam surah Al Hujurat (49:12).
Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka (su ‘uzhan), maka setiap individu mestilah menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi di antara sesama Muslim bersaudara dan aktivis da’awah. Apabila ada benih-benih perasaan berburuk sangka bercambah dalam hati maka segeralah benterasi dan jauhinya kerana ia berasak daripada godaan syaitan yang berniat buruk atas kita.
Saudara saudari seaqeedah yang ana hargai filLAH,
Sedarilah bahawasanya yang paling utama dan penting adalah pengukuhan jalinan persaudaraan secara terus menerus antara Muslim dan aktivis da’awah tanpa sekaan melalui husnu zhan (berbaik sangka) dan bukan bahkan tidak sama sekali berburuk sangka (su ‘uzhan).
Oleh kerana itu, Khalifah Umar ibn Khattab r.a. menyatakan,
“ Janganlah kamu menaruh sangka / bersangka dengan satu katapun yang keluar daripada saudaramu yang Mu’min kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata tersebut mengandungi kebaikan.”
AlhamdulilLAH...akhirul kalam..ana sudahi penulisan ini dengan
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH membuat
contoh ucapan yang baik (mengajak berbuat baik,
menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon
yang baik (subur)akar kuat (terjunam ke dalam tanah)
dan cabangnya (menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu
berbuah terus dengan izin tuhannya. ALLAH menjadikan
contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu.
Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta,
mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon
yang busuk [mati] yang tercabut akar-akarnya dari
permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi."
(Surah Ibrahim; 14:24-26)
Asifi 'ala kulli hal. YarhamkumulLAH!
Sebarang kekurangan , kelemahan dan kesilap salahan
segeralah perbetuli dan maklumi ana filLAH, verily
ALLAH S.W.T. Knows BEST!, inni al faqiir ila ROBBI.
Al mukhlisah,
Bint Haji Yusof,
7 SAFAR 1427H (Selasa),
Auckland, NEW ZEALAND.
* * * * *
Maraji:
1. Al Quran Digital Versi 2.1 - http://www.alquran-digital.com
2. Sebelum Su'uzhan ... Habisin Dulu Husnuzhan-nya - http://unisa.f2o.org/artikel.php?view=30
3. Sikap Muslim Terhadap Berita Yang diterimanya
- http://al-ahkam.com.my/home/modules/xFPDF/cache/News5.pdf
[Syor ana: BACALAH !! Banyak khairnya, insyaALLAH]
4. Sikap gopoh gapah, terburu buru - http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=7241&sid=946e35a2cec6d0e8834593cecf61ac3d
5. Penolakan kaedah 'hasan ligharih di sisi imam
attirmidhi adalah dhaeif di sisi Ahmad
- http://www.al-ahkam.com.my/home/print.php?sid=14639
6. Al-Bayan Jurnal Al-Quran & Al- Hadith Beberapa
halangan Pembudayaan Pemikiran Kritis
Dalam Masyarakat Menurut Perspektif Sunnah ,
Dr Mohd Fauzi Hamat,Jabatan Al-Quran & Al-Hadith
Akademi Pengajian Islam,April 2004.Hlm 135.
7. Al-Bayan Jurnal Al-Quran & Al- Hadith,,Syarat ‘Adalah
al-rawi Dalam Kaedah Penerimaan Hadith,Dr Mohd Fauzi Hamat,Jabatan Al-Quran & Al-Hadith Akademi Pengajian Islam,
Mei 2003.Hlm 185~186
8. JAKIM (e-rujukan) - http://www.islam.gov.my/e-rujukan
9. Sekalung ucapan “jazakumulLAHU khairal jaza’” juga
buat saudara saudari seaqeedah yang turut sama
membantu ana dalam menyiapkan penulisan ini khususnya
pada peringkat pengembangan isinya dan penambah
baikkan input daripada cuma berpandu pada karya
asal; dengan turut sama membantu ana mencari perawi
-perawi hadith sebagai dalil-dalil bagi pelengkap penulisan.
.............
p/s: AlhamdulILLAH biiznilLAH penulisan dan peng edit-an
bagi the final part of the "GREAT WOMEN" sudah sempurna
sepenuhnya. Kini tersedia buat bacaan ikhwah wa akhowatil
fadhilah di link
Syukran LILLAHI TA'ALA , juga buat akh filLAH, Abû Anas Tameem Ibn Jørn Helmer Jørgensen, Ad-Danimârkî atas kontribusinya filLAH, semoga usaha murni dalam menyebarkan
info ISLAMIYYAH nan bermanfa'at ini diberkati ILAHI,
insyaALLAH. WalLAHU Ta'ala 'Alam.
1 Comments:
At 12:23 PM, Anonymous said…
Assalamualaikum wbt...artikel ni memang bagus untuk kita teladani...semoga sama2 dapat intifadah drp topik yg telah diutarakan...sama2 muhasabah diri samada kita telah dapat mempraktikkan sifat (husnu zhan) ataupun kita masih tercari2 didalam diri sendiri ..wAllahu Ta'ala A'lam ...wassalam...
Post a Comment
<< Home