Belajar daripada Kisah Hasan al-Bashriy
Menerokai perhubung kaitan antara kisah al Hassan
berkenaan "Keutamaan Pembebasan Hamba” dengan
kata bidalan “ Jangan Menjadi Lilin / Umpama Lilin”
Pada suatu hari, Hassan al-Bashriy didatangi * tetamu
yang juga dari kalangan hamba
(dalam bahasa Indonesia; kalimah yg diguna pakai
ialah tamu budak-budak – dalam pemahaman ana,
apa yang cuba diungkapkan pada istilah budak
ialah hamba. Untuk itu jika dikatakan perbudakan
barangkali samalah ertinya dengan perhambaan,
arakian, ana intepretasikan istilah tamu budak-budak
sebagai tetamu yang terdiri daripada kalangan
hamba atau hamba abdi. WalLahu’alam)
daripada kota Basrah yang membawa bersama pengharapan
agar al-Hassan dapat menyampaikan khutbah di
masjid Basrah berkaitan keutamaan membebaskan
hamba. Al-Hassan pun ber-istitsna’ (mengucapkan
insyaALLAH), menyanggupinya.
Apabila hari Juma’at tiba, maka para hamba/budak
-budak kota Basrah merasa yakin bahawa hari itu adalah
hari kebebasan mereka. Namun, sedari awal mengucapkan
salam sampailah ke penghujung khutbah, tiada
sepatah kata pun yang diucapkan al-Hassan berkenaan keutamaan membebaskan hamba.
Kejadian ehwal yang sama turut berulang pada
beberapa hari Juma’at, hinggalah sampai kepada
suatu Juma’at baharulah al-Hassan menyampaikan
khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba
dengan begitu fasih dan baligh (mengena di hati). Seusai
solat Juma’at, para hamba tadi dipanggil oleh tuan-tuan mereka,
lalu dimerdekakan kesemua mereka itu tanpa tebusan sesen pun.
Lalu bekas hamba tadi (ataupun dengan kata lain
mantan hamba) berbondong-bondonglah mengunjungi
kediaman al-Hassan. Mereka menyampaikan rasa
kekecewaan mereka kepada al-Hassan memandangkan
beliau tidak menyampaikan khutbah tersebut pada
Juma’at yang pertama, dan ini mengakibatkan
kemerdekaan mereka pun tertunda beberapa hari.
Maka al-Hassan pun menjelaskan bahawa pada
hari Juma’at yang pertama, beliau masih belum
memiliki seorang hamba, oleh sebab itu beliau perlu
mengumpulkan sejumlah wang dahulu untuk membeli
seorang hamba. Lalu, pada Juma’at berikutnya,
beliau memang sudah mempunyai seorang hamba,
tetapi beliau masih memerlukan hamba itu untuk
membantu beliau menyelesaikan beberapa pekerjaan.
Apabila telah selesai segala urusan, maka baharulah
pada Juma’at berikutnya, beliau boleh membebaskan
hamba itu tadi. Ekoran daripada itu, setelah beliau
membebaskan hamba yang dimiliknya tadi, barulah
beliau menyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba. Sebaik mendengarkan penjelasan
al-Hassan, para mantan hamba tadi pun menundukkan muka
mereka dan beranjak pulang.
............
“ Al-Hasan benar-benar menebarkan cahaya
di kota Bashrah, dan ia bukan pemberi cahaya tipe
lilin yang melelehkan dirinya sendiri..” - Majalah
Ar-Risalah no.15/th.2 jumadil tsani-rajab 1423H/ sept 2002
* * * * * * *
* Thoyyeb,
dalam membicarakan perbidalan “jangan menjadi lilin”
Pada pemahaman ana, apabila ana fikir dan renungi
akan perbidalan ini buat beberapa ketika dan cuba mendalami
akan hakikat sebatang lilin dalam pelbagai gambaran, maka
dapatlah ana olahkan – ibarat lilin yang membakar
dirinya sendiri dan mnyuluh secarik kegelapan
dengan nyalaan kecilnya – sedangkan ia sendiri
bergelap – dan selepas satu lelehan demi lelehan
akhirnya dirinya sendiri musnah lalu padam – ia
memberi suluhan kesenangan pada orang lain sedangkan
dirinya turut merasa derita…….
Memang tiada dapat ana nafikan, bukan mudah
untuk ana mengintepretasikan perbidalan tersebut.
Ana mengambil masa yang agak lama juga bukan
sehari dua bahkan turut memohon hemah
pandangan daripada insani yang lain.
WalLAHU Musta’an.
AlhamdulilLAH, ana punya kesempatan untuk menyediakan
lampiran hasil perbincangan ana dengan beberapa
orang saudara seaqeedah dan juga para ustaz dalam
membantu menambah kejelasan ana akan ehwal ini
buat perhatian , ambil pengajaran dan pembelajaran
bersama ikhwah wa akhowat yang ana hargai filLAH.
Sesungguhnya selepas satu demi satu perbincangan,
kejelasan dan kefahaman ana mngenai kata bidalan
“jangan menjadi lilin / umpama lilin” makin cerah
dan sedikit sebanyak mengoreksi kekurangan penjelasan
ana yang dicoretkan sebelumnya tadi.
* Lampiran ringkas perbincangan ana bersama para ustaz dalam merungkaikan maksud perbidalan “jangan menjadi umpama
lilin” ini boleh diikuti di laman:
Tafadhal masykuroh, insyaALLAH banyak khairnya.
(* makluman, ia hanyalah bingkisan shj, bukannya bualan penuh
atas ketidak dapatan keluwesan ruang juga ats sebab-sebab lain
yang munasabah, walLAHU’alam)
* * * * * * *
Saudara saudari seaqeedah yang ana hormati filLAH,
Baiklah,
berbalik kita kepada kisah di atas, di sini dapatlah difahami
dan diperhatikan secara tidak langsung; atau dgn ungkap kata yang
lebih teratur apa yang dapat kita pelajari:-
Sesungguhnya dalam penceritaan tadi ia menggambarkan betapa
Al Hassan mengerti bahawa yang dipuji oleh ALLAH
sebagai ahsanu qaulan adalah orang yang menyeru
kepada ALLAH dan ia pun mengerjakannya.
Sebagaiman firman ALLAH S.W.T. dalam surah al-fushshilat ,
surah 41, ayat 33. yang mafhumnya:
" 33. Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal
yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang menyerah diri?"
Selain itu, Al Hassan pun memahami betapa besar
ancaman bagi mereka yang melupakan diri sendiri.
Dari Usamah bin Zaid :
‘Aku mendengar RasululLAH s.a.w. bersabda:
“Pada hari Qiamat, dibawa orang yang ber’ilmu
lalu dilemparkan ke dalam api neraka. Maka keluarlah berhamburan usus perutnya di sana. Dia mengelilingi
perutnya itu seperti keldai mengelilingi gandum (seperti berputarnya keledai pada poros penggilingan).
Maka para penghuni neraka mengelilinginya seraya
bertanya:
“ Wahai fulan, mengapa engkau begini / ada apa dengan dirimu?
Bukankah dulu engkaulah yang mengajak/menyuruh
kami kepada perihal yang ma’ruf dan melarang
kami akan hal yang mungkar?"
Jawab yang ber’ilmu atau orang itu:
“ Adalah aku telah menyuruh kalian kepada perihal
yang ma’ruf (kebaikan) namun aku sendiri yidak mengamalkannya. Dan aku melarang kalian akan
yang mungkar namun aku sendiri mengerjakannya”.
( Dirawikan Al Bukhari & Muslim dari Usamah bin Zaid)
* * * * * * *
Seseorang datang kepada Ibn Abbas dan berkata:
“ Hai, Ibn Abbas, saya ingin melakukan da’awah
amar ma’ruf nahi mungkar.”
Ibn Abbas bertanya kepadanya:
“Apakah anda telah mencapai derajat itu?”
Jawab hamba ALLAH itu:
“Semoga begitu…”
Ibn Abbas berkata:
“ Jika anda tidak khuatir kecewa dengan 3 ayat
dalam Al Qur’an, maka laksanakanlah!”
Maka, hamba ALLAH itu bertanya:
“ Apakah itu?”
Jawab Ibn Abbas:
1.“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan)
kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)
mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidaklah kamu berpikir?”
[Al Baqarah; 2:44]
* Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa turunnya ayat
tersebut di atas (S.2: 44) tentang kaum Yahudi Madinah
yang pada waktu itu berkata kepada mantunya, kaum kerabatnya
dan saudara sesusunya yang telah masuk agama Islam:
"Tetaplah kamu pada agama yang kamu anut (Islam)
dan apa-apa yang diperintahkan oleh Muhammad,
karena perintahnya benar."
Ia menyuruh orang lain berbuat baik, tapi dirinya
sendiri tidak mengerjakannya. Ayat ini (S. 2: 44)
sebagai peringatan kepada orang yang melakukan
perbuatan seperti itu.
(Diriwayatkan oleh al-Wahidi dan ats-Tsa'labi dari
al-Kalbi, dari Abi Shaleh yang bersumber dari Ibnu Abbas.)
2.“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat
besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan
apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
[ Ash Shaff; 61:2-3]
Kemudian Ibn Abbas bertanya pada hamba ALLAH tadi:
“ Apakah anda telah melaksanakan ini?”
Hamba ALLAH tadi menjawab:
“ Belum…”
3. Syu'aib berkata:
"Hai kaumku, bagaimana fikiranmu jika aku mempunyai
bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya
aku dari pada-Nya rezeki yang baik (patutkah aku menyalahi
perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak
bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama
aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada
Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah
aku kembali."
[ Huud; 11: 88]
Ibn Abbas bertanya lagi:
“Apakah anda telah melaksanakan ini?”
Jawab hamba ALLAH itu, “Belum..”
Maka Ibn Abbas berkata kepadanya:
“Dahulukanlah memperbaiki dirimu!”
* * * * * * *
Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH,
Hakikinya, mengaplikasikan suatu nasihat kepada
diri sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.
Sedarkah kita akan betapa besar pengaruh yang mungkin
ditimbulkan oleh aplikasi atas prinsip “ibda’ bi nafsika”
iaitu menjalankan ehwal yang di da’awahkan dengan
dirinya sendiri; atau dgn kata yang lebih akademik:
mula dari diri kita dengan semangat kita untuk
melancarkan islah ini?
Sanggupkah kita mengambil risiko itu?
Namun,
saudara saudariku,
di sini perlulah diingat, ini bukan beerti jika kita
belum mampu mengerjakan hal yang ma’ruf atau meninggalkan kemungkaran, lantas sah-sah sahaja kita meninggalkan
amar ma’ruf nahi mungkar; membiarkan saudara kita
berada dalam kemaksiatan.
TIDAK!
Dalam menafsirkan ayat 44 dari surah al Baqarah,
Ibn kathir menjelaskan,
“ALLAH bukan mencela sikap amar ma’ruf nahi
mungkar orang Yahudi sementara mereka tidak
memenuhinya; akan tetapi ALLAH mencela
mereka kerana mereka benar-benar tidak
mahu memenuhinya”.
Mengajak kepada kema’rufan dan mencegah
kemungkaran adalah sama-sama suatu kewajiban.
Iaitu yang satu tidak dapat menggugurkan yang lain.
Seorang ‘alim mempunyai dua kewajiban:
Pertama:
Mengamalkan ‘ilmu yang ia miliki untuk keselamatan
dirinya sendiri.
Kedua:
Menda’awahkannya dengan ber- amar ma’ruf
nahi mungkar. Ber-amar ma’ruf sudah tentu dengan
cara yang ma’ruf, dan nahi mungkar jangan sampai
menimbulkan kemungkaran lain pula.
Apabila seseorang itu belum mampu menerapkan sesuatu
‘ilmu pada dirinya, bukanlah ia beerti sah-sah gugur kewajiban
untuk menyeru saudaranya yang lain kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran.
Cuma apa yang ingin ditekankan di sini ialah:
Proses amar ma’ruf nahi mungkar itu akan menjadi
lebih efektif dan cepat jika yang menyeru sudah mengamalkannya atau dengan ungkapan mudah
bukan sekadar bicara di bibir tetapi seiringan
juga dengan praktikaliti. Bahkan yang wajib lagi lebih
utama bagi seseorang yang mengerti adalah ia memenuhi
tuntutan tersebut (amar ma’ruf, nahi mungkar)
bersama-sama dengan mereka yang diseru,
bukannya makin melalaikan diri sendiri.
Saudara saudari seaqeedah yang ana hargai filLAH,
Dan ekoran itu, sukalah ana mengajak entum
memerhatikan pula penjelasan oleh As Syahid
Syed Quthb dalam menafsirkan maksud ayat 44
daripada surah al Baqarah tadi dalam Kitab Tafsir
Fi Zhilalil-Qur’an karangannya.
“ ALLAH mengingkari tindakan mereka – khususnya para
pendetanya- untuk mengajak orang-orang lain berIMAN
kerana mereka sebagai Ahli Kitab yang hidup di tengah
-tengah kaum musyrikin. Sedangkan, mereka sendiri
melarang kaumnya sesame Yahudi untuk berIman
kepada agama ALLAH, yang membenarkan agama
mereka terdahulu,
‘Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan)
kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)
mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidaklah kamu berpikir?’
[Al Baqarah; 2:44]
Di samping ditujukan kepada tindakan Bani Israel, nash
al Qur’an ini juga ditujukan kepada semua manusia,
khususnya tokoh-tokoh agama. Nash ini berlaku
abadi, tidak hanya untuk satu kaum dan satu generasi
sahaja.
Bahaya para tokoh agama ini
– ketika agama sudah menjadi perusahaan
dan perindustrian
– bukan lagi ‘aqeedah, pembebas dan pembela
manusia dari kesesatan.
– Mereka mengatakan dengan mulutnya apa
yang tidak ada dalam hati mereka.
– Mereka menyuruh orang lain berbuat baik
sementara mereka sendiri tidak mahu melakukannya.
– Mereka mengajak manusia kepada kebajikan,
sedangkan mereka sendiri mengabaikannya.
– Mereka mengubah kalimah-kalimah ALLAH
dari tempatnya, menakwilkan nash-nash yang
qath’i demi melayani keinginan dan hawa nafsu.
– Dan mereka membuat fatwa-fatwa dan takwil-takwil
yang lahirnya sesuai dengan lahir nash, tetapi hakikat
-nya bertentangan dengan hakikat agama, untuk
membenarkan tindakan dan hawa nafsu orang-orang
berduit atau penguasa, sebagaimana yang dilakukan
pendeta-pendeta Yahudi.
Mengajak kepada kebaikan, tetapi tindakan yang
bersangkutan adalah bertentangan dengannya maka
hal ini merupakan satu bencana yang dapat menimbulkan
keraguan di dalam jiwa, bukan hanya pada si penda’awah
sahaja bahkan juga membahayakan da’awah itu sendiri,
kerana akan menimbulkan kebimbangan dan kegoncangan
hati di dalam hati dan fikiran manusia.
Oleh sebab, mereka mendengar perkataan yang bagus-bagus,
tetapi menyaksikan perbuatan yang buruk atau berlawanan
dengannya. Tindakan seperti inilah yang akan
memadamkan cahaya ‘aqeedah di dalam hati,
memadamkan cahaya yang dipancarkan oleh IMAN,
dan akhirnya orang-orang tidak percaya lagi kepada
agama setelah mereka hilang kepercayaan pada tokoh
-tokoh agama.
Perkataan yang diucapkannya ibarat mati dan
kering kerana ia keluar dari hati yang tidak
mempercayai ucapannya itu sendiri. Dan tidaklah
seseorang akan mempercayai kebenaran ucapannya melainkan
ia sendiri menjadi penerjemah (praktik) atau model
hidup (live model) bagi apa yang diucapkannya; dengan ungkap
kata lain membuktikan kenyataannya tadi.
Menyesuaikan perkataan dengan perbuatan dan
‘aqidah perilaku, bukanlah perkara yang mudah
dan tidak datar jalannya. Ia membutuhkan latihan,
perjuangan, dan usaha. Ia membutuhkan hubungan
dengan ALLAH, meminta bantuan daripada-NYA,
memohon pertolongan dengan petunjuk-NYA.
Dan seseorang yang tidak berhubungan dengan
Kekuatan Yang Abadi adalah lemah biarpun besar
mana kekuatannya. Ini adalah kerana kekuatan kejahatan,
kezaliman dan penyelewengan itu lebih besar
daripada kekuatannya, bahkan kadang-kadang ia
dikalahkan beberapa kali.
Sa’at-sa’at kelemahan itu kadang-kadang datang
kepadanya sehingga ia menjadi hina dan jatuh serta merugi
untuk masa lalunya, masa kini dan masa depannya. Adapun,
jika dia bersandar kepada Kekuatan Yang Azali
dan Abadi, ia akan menjadi kuat dan kuat, lebih
kuat dari orang yang kuat.
Kuat menghadapi syahwatnya, kuat menghadapi kelemahannya,
kuat menghadapi kebutuhan-kebutuhan dan tuntutan-tuntutannya,
dan kuat menghadapi orang-orang kuat yang menghadapinya.
Semua itu memerlukan kekuatan, keberanian,
serta memohon pertolongan TUHAN dengan solat
dan penuh kesabaran."
* * * * * * *
AlhamduliLah, biiznilLAH demkianlah sedikit
sebanyak yang dapat ana intepretasi, menambah
baikkan, melakukan olahan mengembangkan
lagi intipati serta melontar saujanakan lagi
paparan ilmiah kali ini khassun buat peringatan
diri ini yang tiada bersifat dengan segala kesempurnaan
juga buat dimanfa’atkan bersama saudara saudari seaqeedah
yang ana hormati dan hargai filLAH! Segala-galanya
fi khairilLAH, insyaALLAH.
Moga-moga ia dapat membantu menambah
baikkan lagi kefahaman di samping menjelaskan
lagi kesamaran yang barangkali bisa membelenggu
mana-mana insani jika membaca karya penulisan
asalnya. Ana telah cuba sedaya mungkin membawa pendekatan
dan menggarap perbahasan yang lebih ringan pada mana-mana
bahagian yang ana rasakan perlu, moga ada khairnya,
walLAHU ‘Aalimin.
Sebarang komentar dan pembetulan pada mana-mana
kekurangan amatlah ana alu-alukan filLAH.
Tafadhal, liridholLAH.
Asifi ‘ala kulli hal.
BarakalLAHUlakum!
ALLAHUMMA 'AIZ AL-ISLAM WA AL-MUSLIMIN!
Wassalamu bilkhair ajma’in.
Al faqiir ila ROBBIhi,
Bint Haji Yusof,
23 Muharram 1427H
Auckland, NEW ZEALAND.
----------------------------
Maraji:
1. Jangan Menjadi Lilin:- Belajar dari al-Hasan
al-bashriy (http://unisa.f2o.org/library.php)
2. “Jangan Menjadi Lilin:- Belajar dari al-Hasan al-bashriy “ - Kelompok Studi & Amaliyah Islam al Uswah (http://ksai-aluswah.org)
3. Majalah Ar-Risalah no.15/th.2 Jumadil Tsani-Rajab 1423H/
Sept 2002
4. Tafsir Ibnu Katsir jilid 1, penerbit Victory Agency
(Kuala Lumpur)
5. Tafsir Fi Zhilalil-Qur’an, jilid 1, penerbit Gema Insani Press
(Jakarta)
6. JazakumulLAHU khairal jaza’ atas bantuan penjelasan dan penerangan oleh : Ustaz Imran Husaini, Ustaz Maszlee,
Saudara Sulaiman, Ustaz Saffuan, Ustaz Dr.Nik Mat Gig,
dan Ustaz Kamaruddin, juga mana-mana insan atau
sumber yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu keberhasilan ana dalam usaha menintakan artikel
ini sepenuhnya. BarakalLAHUlakum!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home