Sedutan Diskusi - Kisah Hassan al Bashriy (pnambahan bg penulisan ana sebelumnya)
BismilLAH, alhamdulilLAH,
Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh,
Khassun ila hadhrati ikhwah wa akhowatil fadhiLAH,
Dido’akan kehadrat ALLAHU ROBBI,
mudah-mudahan senantiasa berada dalam keberadaan dan
‘afiyah nikmat IMAN wal ISLAM, insyaALLAH.
AlhamdulilLah, biiznilLAH pada sa’at ini
ana dikaruniakan kekuatan untuk menganalisa kembali
penulisan ana di bawah tajuk :
“Belajar daripada Kisah Hasan al-Bashriy :-
Menerokai perhubung kaitan antara kisah al Hassan
berkenaan "Keutamaan Pembebasan Hamba” dengan
kata bidalan “ Jangan Menjadi Lilin / Umpama Lilin”
Apabila ana tatapinya kembali, biiznilLah
dikaruniakan benih pencerahan a‘layya;
barangkali ada khairnya ana lampirkan gambaran
sepintas lalu akan hasil diskusi ana bersama para
ustaz berkenaannya di situs utama milik ana ini
selain catatan selengkapnya di link sampingan ana
iaitu:
Dengan harap, sedikit sebanyak ia dapat
menokok nambahkan lagi kejelasan akan tajuk
penulisan ana sebelumnya itu, walLAHU’alam.
BismilLAH..
Berikut di lampirkan sedutan-sedutan perbincangan
ana bersama para ustaz dan saudara seaqeedah
(* bagi bacaan lengkap, sila lawati
Sedutan Perbincangan 1 – Bersama Saudara Sulaiman
min Malaysia
sulaiman (2/19/2006 8:25:24 AM): nti dapat faham tak,.
maksud ana,,
syahiditusuci (2/19/2006 8:25:56 AM): faham
sulaiman (2/19/2006 8:29:04 AM): lilin.
sulaiman (2/19/2006 8:29:10 AM): maksudnya..
sulaiman (2/19/2006 8:29:37 AM): pernah tengok tak,,,
nyalan lilin dalam gelap..
syahiditusuci (2/19/2006 8:30:04 AM): mestilah pernah, waktu tak
ada bekalan eletrik
sulaiman (2/19/2006 8:30:05 AM): ana faham 2 kesimpulan,,
maksud lilin too.
sulaiman (2/19/2006 8:30:40 AM): nyalaan dia macam mana?,,,
gelap kan.. kat tengah,,
syahiditusuci (2/19/2006 8:30:44 AM): ya
syahiditusuci (2/19/2006 8:30:55 AM): kemudian?
sulaiman (2/19/2006 8:31:52 AM): maksudnya,, memberi cahaya..
( kesenangan pada org lain) sedangkan dia terpaksa,, bergelap..
sulaiman (2/19/2006 8:31:59 AM): dlm kesusahan,,
sulaiman (2/19/2006 8:32:15 AM): samakan,,, dlm cite tadi...
sulaiman (2/19/2006 8:33:19 AM): sekirannya,, dibebaskkan,,
hambanya pada ketika itu,, sedangkan,, ia amat diperlukan
pada masa too..
sulaiman (2/19/2006 8:33:57 AM): sehinggakan kerja to,,,selesai,,
sulaiman (2/19/2006 8:34:16 AM): kesimpulan,, yng 2
syahiditusuci (2/19/2006 8:34:43 AM): ya, teruskan..
sulaiman (2/19/2006 8:34:50 AM): apa yng jadi pada lilin,
,sekiranya dia menyala?
syahiditusuci (2/19/2006 8:35:02 AM): dia membakar dirinya sendiri,
mencair
syahiditusuci (2/19/2006 8:35:18 AM): dan meleleh
syahiditusuci (2/19/2006 8:35:28 AM): akhirnya habis
sulaiman (2/19/2006 8:35:59 AM): yup,,
sulaiman (2/19/2006 8:36:41 AM): untuk memberi cahaya pada org
lain,, dia mengorbankan dirinya,,
Sedutan Perbincangan 2– Bersama Ustaz Imran Husainy
min Cairo
imran husainy (2/19/2006 9:15:42 AM): o0
imran husainy (2/19/2006 9:15:48 AM): camni
syahiditusuci (2/19/2006 9:15:51 AM): kata2 "jgn jadi spt lilin"
dgn jalan cerita
imran husainy (2/19/2006 9:16:11 AM): jgn kita memberi mmanfaat
kpd org lain
imran husainy (2/19/2006 9:16:27 AM): dlm masa yg sama diri kita
yg binasa & menderita
syahiditusuci (2/19/2006 9:16:59 AM): sbentar ana fikir
imran husainy (2/19/2006 9:17:25 AM): tengok lilin
syahiditusuci (2/19/2006 9:17:31 AM): *ya
imran husainy (2/19/2006 9:17:39 AM): dia menerangi org lain
syahiditusuci (2/19/2006 9:17:46 AM): ya
imran husainy (2/19/2006 9:17:49 AM): tapi diri dia sendiri binasa
imran husainy (2/19/2006 9:17:58 AM): kenapa erk?
syahiditusuci (2/19/2006 9:18:15 AM): ya ALLAH, ustaz ni nak ikut
logik aqal scr saintifik
syahiditusuci (2/19/2006 9:18:20 AM): atau huraian biasa
syahiditusuci (2/19/2006 9:18:32 AM): jika secara logik aqal nya
imran husainy (2/19/2006 9:18:47 AM): ok jadi la kita spt bulan
imran husainy (2/19/2006 9:18:53 AM): menerangi org lain
syahiditusuci (2/19/2006 9:18:54 AM): lilin itu akan mncairkan
dirinya sendiri, melelah, lalu musnah
imran husainy (2/19/2006 9:19:08 AM): tapi kita x binasa
Sedutan Perbincangan 3- Bersama Ustaz Maszlee
min Malaysia
maszlee (2/20/2006 8:22:14 PM): ya menarik sekali bidalannya itu
syahiditusuci (2/20/2006 8:22:16 PM): d ringkaskn lg
maszlee (2/20/2006 8:22:21 PM): kita yang ramainya lilin kan
syahiditusuci (2/20/2006 8:22:21 PM): jangan jadi umpama lilin
syahiditusuci (2/20/2006 8:22:26 PM): na'am
maszlee (2/20/2006 8:22:28 PM): dan ramai juga yang lilin yang
tidak bercahaya
syahiditusuci (2/20/2006 8:22:32 PM): benar
maszlee (2/20/2006 8:22:45 PM): lebih baik jadi lilin yang
bercahaya, nantikan dapat syafaatnya juga
syahiditusuci (2/20/2006 8:22:54 PM): ini adalah kerana Al-Hasan
mengerti bahwa yang dipuji oleh Allah sebagai orang dengan
ahsanu qaulan adalah orang yang menyeru kepada Allah dan ia
pun mengerjakannya. (QS Al-Fushshilat : 33)
maszlee (2/20/2006 8:23:00 PM): kan pendorong ke jalan kebaikan
akan mendapat pahala kayak pelakunya juga
syahiditusuci (2/20/2006 8:27:04 PM): justeru, bagaimana , apa
pandangan ustaz ttg cerita tadi dan bagaimana nak dikaitkan dgn
bidalan jgn jadi umpama lilin?
maszlee (2/20/2006 8:27:18 PM): tak apa jadi lilin
syahiditusuci (2/20/2006 8:27:25 PM): maksud ustaz
maszlee (2/20/2006 8:27:28 PM): yang baiknya, kena jadi lebih
dri lilin
maszlee (2/20/2006 8:27:44 PM): yelah, kita kongsikan ilmu pun ,
akan dapat pahala seperti pelakunya juga kan?
Sedutan Perbincangan 4 – Bersama Ustaz Saffuan
min Damieta
saffuan (2/21/2006 12:53:46 PM): pada ayat tu bekenaan cahaya
saffuan (2/21/2006 12:53:48 PM): namun
saffuan (2/21/2006 12:53:57 PM): kalau dilihat pada apa yg al basry buat..
saffuan (2/21/2006 12:54:03 PM): pada khutbah pertama
saffuan (2/21/2006 12:54:14 PM): dia tidak bercakap hal hamba spt
yg dikatakan
saffuan (2/21/2006 12:54:21 PM): begitu juga pada khutbah seterus
syahiditusuci (2/21/2006 12:54:27 PM): ya
saffuan (2/21/2006 12:54:31 PM): sampailah pada khutbah tersebut
saffuan (2/21/2006 12:56:07 PM): mcm penerangan yg disampaikan
oleh ust sulaiman
syahiditusuci (2/21/2006 12:56:17 PM): ya
saffuan (2/21/2006 12:56:21 PM): al basry tidak bercakap hal hamba tu..
saffuan (2/21/2006 12:56:26 PM): sebab dia sendiri takda hamba
syahiditusuci (2/21/2006 12:56:31 PM): ya
saffuan (2/21/2006 12:56:37 PM): jadi dia dlm kegelapan berkenaan hamba
saffuan (2/21/2006 12:56:52 PM): hinggalah dia mempunyai hamba dan
lakukan apa yg dikehendaki
saffuan (2/21/2006 12:57:02 PM): baharulah dia berkhutbah pasal hamba
saffuan (2/21/2006 12:57:04 PM): jadinya..
saffuan (2/21/2006 12:57:15 PM): dia masih dlm kegelapan
saffuan (2/21/2006 12:57:32 PM): manakala lilin menerangi org lain
sedang dirinya sendiri tak tahu
Sedutan Perbincangan 5– Bersama Ustaz Dr.Nik Mat Gig
min Melbourne
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:41:18 PM): lilin, utk terangi org
lain, dia musnahkan diri dia
syahiditusuci (2/21/2006 10:41:22 PM): ya
syahiditusuci (2/21/2006 10:41:23 PM): benar
syahiditusuci (2/21/2006 10:41:43 PM): justeru apa pkaitan dgn kisah
al hassan tadi?
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:41:48 PM): bila diri dha musnah dia
dah tak leh terangi org lain dah
syahiditusuci (2/21/2006 10:41:52 PM): yg ustaz peroleh?
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:42:03 PM): banyak pengajaran tak cukup dlm PM
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:42:11 PM): nanti saya hantar emel
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:42:18 PM): sebab banyak sangat pengajaran
syahiditusuci (2/21/2006 10:42:35 PM): baiklah, alhamdulilLAH,
jazakalLAHU khairal jaza'
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:42:41 PM): cuma relevan yg arwah datuk
saya ajar ialah >>> jangan jadi lilin, tapi jadilah seperti bulan
syahiditusuci (2/21/2006 10:42:46 PM): ya
syahiditusuci (2/21/2006 10:42:47 PM): benar
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:43:00 PM): bulan itu hodoh tak cantik,
dan tak ada cahaaya
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:43:19 PM): tapi dia gunakan cahaya
matahari utk indahkan wajahnya dan menerangi org lain
syahiditusuci (2/21/2006 10:43:28 PM): tersirat benar
syahiditusuci (2/21/2006 10:43:34 PM): agak sasteratik juga
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:43:39 PM): begitu juga macam kita
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:43:44 PM): kita ini byk dosa
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:43:57 PM): jadi carilah cahaya iman
utk indahkan budi pekerti kita
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:44:12 PM): dan terangi jalan dengan
cahaya keimanan untuk org lain sam-sama lalui
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:44:38 PM): tak macam lilin, membinasakan diri utk terangi seorang pengguna, tapi bila lilin habis,
gelap semula
dr.nik mat gig (2/21/2006 10:45:00 PM): bulan menerangi kegelapan malam
utk seluruh penduduk manusia
(Untuk bacaan selengkapnya lawati:
………………………………………………..
AlhamdulilLAH, biiznilLAH, janji seorang Muslim pada
saudara seaqeedahnya akhirnya terlestari, lewat 4 pagi ana
menerima kiriman e-mail sebagaimana yang telah dijanjikan
ustaz Dr.Nik Mat Gig.
Ia adalah sebagaimana berikut:
BismilLah alhamdulilLah, assalamu'alaikum
warahmatulLahi wabarakatuh,
Pada suatu masa telah datang sekumpulan hamba dari
Kota Basrah mngunjungi al hassan, lalu mereka memohon
al hassan agar mnyampaikan khutbah berkait
keutamaan membebaskan hamba.
Lantas al hassan mbalas dgn lafaz
istisna' iaitu insyaALLAH. Maka pada JUMAAT
berikutnya sedari awal khutbah hinggalah ke phujungnya,
tak ada sepatah pun al hassan mnyebutnya.
Begitu juga pada JUMAAT2 yg berikutnya.Hinggalah pada
suatu JUMAAT baharulah beliau mnyampaikan khutbah berkait
keutamaan membebaskan hamba tadi. Maka selesai khutbah
tadi, para majikan bersegeralah memanggil para hamba mereka,
lalu dibebaskan tanpa tebusan sesen pun.
Kemudian matan hamba tadi pun pergi menemui al hassan dan
meluahkan kekecewaan mereka. Maka mantan hamba td
meluahkan rasa kecewa pada al hassan sebab jika
al hassan sampaikan khutbah itu pada JUMAAT yg pertama pastinya
pembebasan mereka lbh awal bukan selewat ini.
Setelah mndengar luahan kecewa mereka, al hassan
pun menjelaskan yang pada JUMAAT yg pertama , beliau tak
punya hamba, maka perlu usahakan wang utk mendapatkannya.
Manakala pada JUMAAT berikutnya, beliau sudah
miliki hamba , tapi.. belum boleh membebaskannya, sbb mmerlukan
hamba itu utk mbantunya mnguruskan bbrp urusan.
Apabila tlh selesai sgl urusan, maka baharulah al hassan
boleh membebaskan hambanya tadi. Kmudian baharulah beliau
menyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba td.
Apabila matan hamba2 td mndengarkannya, mereka tertunduk malu
lalu blalu pergi. Nyatanya al hassan tlh mnebarkan
cahaya di KOTA BASRAH , tp bukan ibarat cahaya lilin.
Ulasan saya [Ini merujuk kepada
penjelasan oleh Dr.Nik Mat_Gig]:
Arwah datuk saya pernah bercerita tentang lilin dan bulan ni.
Tetapi arwah datuk saya tak cerita pasal Hassan Al Basri.
Dia ceritakan tentang Hajjaj Bin Yusuf As Saqafi dan Abdullah ibnu Zubair.
Pengajaran yang boleh diperolehi dari kisah tersebut :
a. Untuk memperkatakan sesuatu, kenalah kita beramal dulu,
barulah "masin" apa yang kita perkatakan. Al Hassan untuk memperkatakan bagusnya membebaskan hamba,
dia sendiri berusaha mendapatkan hamba dan membebaskan hamba.
Di sinilah yang kita perkatakan, amal dulu barulah
kata-kata kita berkesan. Tidak cakap serupa bikin.
Pengajaran pertama dari kisah tersebut ialah perkatakanlah
apa yang telah kita lakukan, sebab amat besar kemurkaan Allah
apabila kita memperkatakan sesuatu yang tidak kita amalkan.
b. Pengajaran yang kedua, kita boleh nampak bahwa sifat
manusia yang tidak sabar. Mengharapkan sesuatu yang baik,
tetapi tidak mampu bersabar untuk memperolehi perkara yang baik.
Inilah antara ragam manusia sejak zaman Al AHssan sehinggalah
di zaman kita ini. Inilah wajah masyarakat yang bakal
dan sedang kita hadapi. Dan inilah antara ujian yang perlu kita
hadapi dalam mendidik masyarakat. Berhadapan dengan
manusia-manusia yang tidak mempunyai kesabaran. Maka
untuk itu, diri kita sendiri hendaklah bersabar.
c. pengajaran ketiga, ialah antara wajah
masyarakat yang bakal kita hadapi ialah sifat tidak mahu
bersyukur. Kita dapat lihat ketidak puas hati
mantan hamba, walaupun sudah dibebaskan. Tidak berpuas
hati kerana pembebasan mereka terlewat 3 jumaat.
Inilah antara wajah-wajah yang kita perlu hadapi.
Dan untuk menghadapi mereka, maka diri kita perlua
mensyukuri nikmat Allah.
d. Pengajaran keempat, memang jelas
membuktikan kata bidalan jangan menjadililin.
Al Hassan mempunyai seorang hamba, tetapi kerana
ada urusan yang dia tak mampu laksanakan melainkan dengan
adanya bantuan sebagai seorang hamba, maka dia tidak membebaskan hambanya itu dan terpaksa menangguh khutbahnya.
Dia tidak mahu menjadi lilin.
Merosakkan diri dia demi kesejahteraan orang lain yang
bersifat sementara. Jika dibebaskan hambanya sedangkan dia ada
keperluan lain, maka akan terbantutlah dan mungkin khutbah
pembebasan hamba olehnya ditangguhkan lebih lama kerana masalah yang belum dibereskan. Jadi Al Hassan berpandangan jauh.
Ditangguhkan pembebasan hambanya, agar boleh disegerakan
menyelesaikan masalahnya, secara tak langsung melancarkan dia
untuk berkhutbah.
e. Setelah urusan AL Hassan selesai, barulah dia
membebaskan hambanya. barulah hatinya tenang berkhutbah,
kerana urusan yang menggangu fikirannya sudah selesai
dan dia sendiri mjemperkatakan apa yang telah dia laksanakan.
f. Berkenaan lilin dan bulan.
Arwah datuk saya pernah berpesan.
Jangan menjadi lilin yang membinasakan diri untuk menerangi
perjalanan seorang manusia. Sebaliknya jadilah seperti bulan,
yang mengambil cahaya matahari untuk mengindahkan dirinya dan menerangi kegelapan malam agar ramai manusia boleh berjalan ke destinasi yang ditujui.
Kita merosakkan diri dengan emnjadi lilin, setelah
lilin habis, maka kegelapan menjelma kembali dan kita tidak
akan dapat m,enerangi perjalanan walau seorang manusia.
Tetapi dengan menjadi bulan. Bulan itu hodoh,
tetapi bulan mengambil cahaya matahari untuk menghiasi
dirinya dengan purnama. Lantas menerangi kegelapan malam ,
membantu jutaan manusia dibumi untuk bergerak di malam hari.
Dan kitaran bulan akan berterusan sehingga datanglah perintah
Allah SWT agar bulan tidak lagi menyinari di malam hari.
Kalau dikiaskan kepada diri manusia dan bulan,
dan diri manusia dan lilin.
Sebenarnya kita ini lebih hampir kepada bulan.
Sebabnya, sejauhmana hodohnya bulan, begitulah hodohnya kita dengan dosa dan kemungkaran. Dan sebijak mananya bulan mendapatkan cahaya matahari untuk menhiasi diri, itulah kiasan manusia yang berusaha mendapatkan cahaya iman walu pernah bergelumang dengan dosa dan kemungkaran.
Cahaya keimanan itulah yang akan mengindahkan diri kita bukan saja dipandang mata malah indah juga di mata hati.Bukan itu sahaja, keimanan itu akan digunakan untuk menyinari dunia kegelapan zulumat jahiliah manusia-manusia yang cintakan dunia. Inilah bidalan sinaran rembulan menyinari kegelapan malam dan membantu manusia dibumi bergerak menuju destinasi.
Salahkah menjadi lilin ?
Tidak salah.
Tetapi pastikan cahaya lilin , dihasilkan oleh lilin
bukan pinjaman dari matahari.
Andainya kita ingin berkorban dengan membinasakan diri sendiri demi orang lain, pastikan kita sudah mempunyai kemantapan iman. Sebab di hujung sakarat kita, waktu itulah syaitan akan datang berbondong-bondong untuk menyesatkan kita buat kali terakhir. Yang hanya boleh menyelamatkan kita hanyalah iman yang mantap.
Wassalam
****************************
AlhamdulilLAH, biiznilLah,
sempurna sudah warta kalam yang dapat ana coretkan
buat perkongsian dan penyebaran manfa’at ‘ilmiah fisabiliHI
bersama saudara saudari seaqeedah yang ana hargai filLAH.Moga ada khairnya.
Sebarang kesilap salahan, kekurangan, kelemahan, ketidak jelasan
padanya segeralah perbetul atau maklumkan pada ana.
WalLahu ‘Aalimin.
Yang ingin dikejar bukannya
nama, kalungan pujian, gelaran, popularity atau apa jua
asyikan duniawi sebaliknya yang ingin diburu
sebenar-benarnya ialah REDHO ILAHI. InsyaALLAH.
WalLAHU ‘Aalimin wa huwa al Wadud.
Akhirul kalam..
sebarang bentuk kerjasama, respons, keprihatinan, pertimbangan
sama ada secara langsung atau sebaliknya, ana dahului dengan
ucapan ‘jazakumulLAHU khairal jaza’.
BarakalLAHU lakum wa ahlul buyutukum!
Asifi ‘ala kulli hal.
ALLAHUMMA 'AIZ AL-ISLAM WA AL-MUSLIMIN!!
Wassalamu bilkhair ajma’in.
Al faqiir ila ALLAH S.W.T.,
Bint Haji Yusof,
23 Muharram 1427H
Downtown, Auckland, NEW ZEALAND.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home