~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: August 2004

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Wednesday, August 25, 2004

Senarai Makanan & Hikmahnya Dalam ISLAM

Bismillah, alhamdulillah,dgn izin Allah seorang sahabat lama telah mengirimkan makalah tersebut khas untuk ana. Bersamalah nahnu tatapi dan selami rahsia yang terkandung di dalamnya.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. Membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti bijihabb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser danmati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkanbahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yangmemakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sinaberpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baikdimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firmanAllah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuhtumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air.Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidakseimbangan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekascalar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakitdalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangatpanas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yangdirendam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perutyang memulas.

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianyatidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid(utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah sepertimukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organhati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit,menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Lobak merah.
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit-birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya,minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring),seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawarracun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayaiubat pada makanan.Kulit kayu manis (darchini)Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Roti (khubz)
Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam(setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telurmelegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkanparut pada kulit.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil.Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Zaitun / Buah Ara fig (fin)Fin kering adalah yang terbaik.
Di antara khasiatnya ialah untukmemanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin keranasebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin keranakhasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

(SSY-JAZAKALLAHU KHAIRAN, YA UKHTI AL 'AZIZAH!)

Sumbangan mawaddatul_islam pada Tuesday, June 22 @ 09:25:02 MYT

Saturday, August 21, 2004

28 Surah Amalan Yang Ditakuti Iblis

1. Surah Al Fatihah
2. Surah Al Baqarah ayat 1- 4
3. Ayat Qursi ditambah satu ayat sebelum dan dua ayat sesudahnya.
4. Surah Al Baqarah, ayat 284-286
5. Sural Al Imran ayat 1-9
6. Surah Al Imran ayat 18-19
7. Surah An Nisa’ ayat 115-121
8. Surah Al ‘Araf ayat 54-55
9.Surah Al Mukminun ayat 115-118
10. Surah Yaasin ayat 1-12
11. Surah As Saffat ayat 1-10
12. Surah Ghafir ayat 1-3
13. Surah Ar Rahman ayat 1-16
14. Surah Al Hasyr ayat 21-24
15. Surah Al Hadid ayat 1-16
16. Surah Al Jin ayat 1-3
17. Surah Al Zalzalah
18. Surah Al Qariah
19. Surah Al Humazah
20. Surah Al Fil
21. Surah Quraisy
22. Surah Al Kaafirun
23. Surah Al Lahab
24. Surah Al Ikhlas 3 kali
25. Surah Al Falaq 7 kali
26. Surah An Naas 3 kali
27. Surah Al ‘Araf ayat 117-122
28. Surah Yunus ayat 81-82
Dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah AL Baqarah di awal siang nescaya dia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya tau hartanya.”
(Riwayat Al Darami dan Bihaqi)

Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang membaca 10 ayat, ayat-ayat surah AlBaqarah, ayat Qursi, 2 ayat selepas dan hujung surah Al Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi.”
(Riwayat Tabrani dan Hakim).

Thursday, August 19, 2004

Kuliah Jin :Ust Hj. Ismail Kamus

Assalamualaikum w.b.t
Kehadrat akhowati fillah, di sini ana ada sertakan satu ringkasan kuliah Ustaz Ismail Kamus buat pengetahuan kita semua. Sama2lah kita memanfaatkannya.

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dariapi (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati NabiAdam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan JinTidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidakIslam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarangmengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapiorang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu(sambil berseloroh).

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnyajalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikutsirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu sukasangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bilapulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun ataubomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila NabiSulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuhserta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa NabiSulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidakperlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jikatidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagiorang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


** Kreditasi buat Ummu Husna. ** Haruman Syurgawi **

Monday, August 09, 2004

Pesanan buat sahabat.

Wahai akhowati fillah Al 'Afifah, yang senantiasa solat dan sujud kepada zat yang Maha Hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya, dan menundukkan pendengaran dan penglihatan untuk-Nya, cukuplah hadis Rasulullah berikut sebagai penyejuk hati :

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (HR. Muslim).

Ya, engkau adalah sebaik-baik perhiasan dunia, engkau adalah harapan agama, yang diharapkan dapat melahirkan generasi robbani. Perhiasan itu tidak mudah didapat, harganya terlalu mahal dan menjaganya pun tidaklah mudah. Setiap abdi Allah ingin mendapatkannya, namun tidak semua bisa memilikinya. Ia memberikan kesejukan di kala hati gersang dan menyegarkan pandangan di kala mata suram.
Perhiasan dunia itu, dalam kehidupannya senantiasa menampakkan kemuliaan dirinya. Bagaikan sekuntum mawar yang sedang mekar, harumnya tergambar dari peribadinya yang santun. Tunduk pandangannya, tegas bicaranya.
Sedikitpun tidak ada keraguan jika meninggalkannya di rumah. Ia memelihara air muka kedua orang tuanya, manakala bagi yang berkeluarga: dia amanah menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dan senantiasa menjaga kehormatan diri dan suaminya. Dalam kehidupan sehari-hari sentiasa diselimuti prestasi. Ia tahu mana kegiatan yang disukai Robbnya , untuk itu ia tidak pernah putus asa. Ia senantiasa menjaga kesucian dirinya. Tidak mudah mengeksploitasi diri dan kehormatannya, apalagi hanya sekadar menggodanya.
Kerana ingatlah selalu, bunga istimewa hanya untuk yang istimewa.Maka sentiasalah bersyukur kepada-Nya atas semua kurnia, rahmat dan petunjukNya. Takutlah engkau pada Allah dan laksanakan tugas-tugas yang Dia wajibkan kepadamu agar engkau termasuk dalam golongan hamba-Nya yang selamat dan bahagia di dunia maupun di akhirat. Bertaqwalah kepada Allah, semoga Allah memberikanmu taufiq kepada apa-apa yang dicintai dari apa-apa yang engkau dengar dan engkau baca".wallahu'alam.


[SSY>Haruman Syurgawi]
Powered by ClockBot.com }