~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: Hilangnya Wajah Yang Bersinar

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Thursday, June 14, 2007

Hilangnya Wajah Yang Bersinar

.
Ba’da tahmid wassalam,
Dalam menghitung 1,2 hari yang tinggal bagi
saya di Darul Iman sebelum berangkat kembali
ke ibu kota Negara bagi menggalas urusan
3 bulan praktikum mengajar di sana, satu hajat
yang tak kesampaian sedari kembali dari
Nueva Zelanda mula mencuit fikri dan qalbi
.

Menerokai pemikiran HAMKA dalam kolum
Dari Hati ke Hati” daripada salah satu majalah
ilmiah tempatan kegemaran saya iaitu
Milinea Muslim, setelah lebih 2 tahun tiada
peluang menikmatinya di perantauan, benar-benar
merenjut sanubari diri. Pengisiannya itu dicedok
daripada buku beliau “Pandangan Hidup Muslim”.
AlhamdulilLAH, ia adalah kado tausiyyah dan
tazkirah yang amat saya hargai dan yang menjadi
intipatinya itu amat saya rindui serta dambai
,
walLAHU Ta’ala ‘Alam. InsyaALLAH,
ayuh sama-sama ambil manfa’at darinya:

p/s: Maaf, saya mengambil keputusan tidak meminda
dan mengalih bahasa sepenuhnya, kerana keindahan
bahasa persuratannya dalam kolum itu sudah cukup
indah, unik dan insyaALLAH boleh difahami umum
.


BismilLAH..

Cuba duduk berhadapan ulama yang sholeh:
- Ulama yang berani mengatakan yang benar,
walaupun dunia menjadi lawannya.
- Ulama yang berani mengatakan yang haq
walaupun lehernya akan putus.
- Perangi lain benar.
- Dia laksana orang yang sombong apabila
berhadapan dengan penguasa dunia
.
- Tetapi dia sangat merendahkan diri apabila
berhadapan dengan orang yang lemah
.

Baru sahaja anda duduk di hadapannya
sinar matanya telah menembus ke dalam
hatimu
sehingga anda menerima segala
sesuatu dengan hati rila.

Anda merasa tenteram melihat mulutnya
komat-kamit menyebut nama Tuhan. Apabila
anda tinggalkan majlis itu sinar matanya itu
masih tetap mereka dalam ruang matamu
dan menembus ke dalam sanubarimu
.
Berhenti fikiranmu dan subur perasaan
alusmu. Berniat engkau hendak meniru
jejak beliau
.



Dia tidak berpangkat, pangkatnya hanyalah
kerana taqwanya
. Kadang-kadang dia hanya
tinggal pada sebuah langgar yang sederhana
tetapi baru sahaja kita masuk ke dalam
majlisnya ketenteraman meliputi hati kita.
Malah sinar ILAHi yang memancar pada
wajah ulama sejati itu sangatlah mempengaruhi
hati walaupun beliau tidak berfatwa
.

Apabila dia masuk ke dalam satu kampung
maka selama beliau dalam kampung itu sinar
beliau meliputi buminya
, tanaman menjadi
subur padai menjadi jaung mengupih. Beliau
duduk berdiam diri namun diamnya menjadi
pengajaran. Di kampung berlumbalah nagari
demi nagari mesjid demi mesjid
meminta beliau
datang memberi pengajaran, mengadakan tabligh.
Sehingga mesjid yang telah tua dan bobrok
dengan sekali isyarat cakap beliau saja bisa
berobahan semalam itu saja
dari atap ijuk
menjadi atap seng. Dari papan menjadi dinding batu.

Apabila beliau pernah naik kepada satu rumah
walaupun 20 tahun telah berlalu orang tua
-tua masih bercerita kepada cucu-cucu
bahawa beliau pernah naik ke rumah itu membawa
berkat
ke dalam gubuk kita.



Beliau lebih suka naik ke gubuk daripada
ke istana
. Beliau mencintai kaumnya sebab
itu kaumnya pun mencintai beliau pula
.

Seorang di antara Syeikh kami mati dalam
pembuangan.

Beliau dibuang kerana beliau berterus terang
mengatakan halal pada yang halal dan
haram pada yang haram. Tidak ada kata dua
.
Dan setelah sampai di tempat pemuangannya
sekali tidak mau beliau menundukkan mukanya
atau ruku kepada sesama manusia walau buat
itu lehernya akan dipotong. Tidak ada kata dua.
Beliau itu adalah Syaikh Dr.H.Abdul Karim
AmrulLAH.


Seorang di antara Syaikh kami mati di saat
beliau sedang memberi semangat kepada
anak cucunya dan muridnya supaya tampil
ke medan perang mempertahankan tanah
air dan agamanya daripada serangan kafir
.
Beliau adalah: Syaikh Muhammad Jamil
Jambek.


Seorang di antara Syaikh kami, mati dalam
mengerjakan sembahyang Maghrib
. Setelah
beliau mengucapkan “tasyahhud” pada
rakaat yang kedua, seketika hendak tegak
kepada rakaat yang ketiga beliau tidak
dapat tegak lagi. Beliau hendak sujud dan
sujud terus.
Seketika beliau tidak bangun lagi
baru orang tahu bahawa beliau telah wafat.
Beliau adalah Syaikh Dr.H. Daud Rasjidi.

Besar pengaruh beliau di kampung dan negeri
kami. Beliau telah mati namun bekas sinar
cahaya mereka masih tinggal dalam sanubari
kami.




Mereka itulah menerima waris Nabi. Bagi
mereka di antara dunia dengan akhirat adalah
kesatuan yang tidak berbelah bagi. Beliau tidak
mengenal pemisahan agama dengan masyarakat.
Semua orang beliau pandang anaknya.
Walaupun seorang “intelek” terdidik Barat
yang tidak mengerti agama kalau datang
waktu sembahyang disuruhnya sembahyang
juga sehingga orang itu tunduk dan pergi
mengambil wuduk.


Bila bertemu gadis moden di tengah jalan
beliau berkata: “Tutup rambutmu, anakku.
Aurat
!” Mereka tutup walaupun dengan sapu
tangan. Beliau tidak membuka mulutnya
hanya untuk dua perkara
.

Pertama untuk zikir, hubungannya dengan
ALLAH
. Kedua untuk waazh hubungannya
dengan makhluk
. Tidak ada satu langgarpun
tidak ada satu mesjid pun yang tidak ada bekas
dari tangan beliau. Kalau beliau berdiam diri
tak obahnya beliau dengan percu suar di tengan
pulau. Dia diam tetapi memberi petunjuk
kepada bahtera yang lalu lintas
.



Kian lama kian usak dan usai bilangan mereka.
Kami lihat bekas tangan mereka di mana-mana.
Ini surau tempat beliau mengajar. Sekarang telah
berjaring lawah.
Ini langgar tempat beliau dahulu
berjemaah.

Kini tebatnya tiris tidak ada yang mengis air
lagi
. Ini tabuh yang dahulu igunan panggil
orang sembahyang. Kini jengatnya telah robek
tidak berganti
. Ini kumpulan kitab yang dahulu
beliau kumpulkan sehingga dari manapun orang
datang minta fatwa beliau bersedia menjawabnya.
Sekarang kitab itu satu hilang dua entah siapa
yang mengambil
. Sisanya telah tembus dimakan
ngengat.

Kemudian terdengar lagi gelar Ulama. Kami
sangka mereka adalah ganti dari yang hilang
lalu kami datang menghadap mereka. Tetapi
cahaya seperti cahaya yang pernah kami lihat
dahulu tidak ada pada matanya.
Tambah
dilihat tambah keraguan benarkah ini ulama
ataukah orang kebanyakan? Yang sama-sama
berlari dengan orang mencari kedudukan?

Yang tidak yakin lagi akan curahan cahaya dari
langit lalu mengemis memohon cahaya dari bumi!


Padahal cahaya langit sudah lama hilang
dari wajahnya atau belum pernah menyinggung
hatinya sedang cahaya bumi yang dicarinya belum
pula tentu dapat.
Tidak ada yang singgah ke dalam
hati orang walaupun apa yang dikatakannya. Sebab
dia berkata bukan dari hati
. Keahliannya dalam
hukum Fiqh dapat dipergunakannya untuk
meringan-ringan hukum agama
. Asal dia beramal
orang telah berprasangka bahawa dia “riak”.
Asal dia bercakap orang pun telah berbisik,
Dia bohong!” - MM


* * * * * * *
HAMKA adalah seorang ulama yang dilahirkan
pada 1908 di Sumatera Barat, Indonesia. Beliau
semasa hidupnya aktif dalam agama dan politik,
juga menjadi wartawan, penulis, editor dan
penerbit. Karya ilmiah terbesar beliau ialah
Tafsir al Azhar (5 jilid) dan antara novelnya:
Tenggelam Kapal Van Der Wijck dan Di
Bawah Lindungan Kaabah
. Hamka meninggal
dunia pada 1981.
* * * * * * *



AlhamdulilLAH, moga ada khairnya,
insyaALLAH.

Akhirul kalam
..seringkas tinta hikmah buat
perenungan bersama, moga bermanfa’at
insyaALLAH:

Musyawarah bukan untuk mencari kemenangan,
tetapi untuk mencari yang terbaik
”.

Do’akan kesejahteraan dan kejayaan UMMAH!

Saamihni ‘ala kulli hal wassalamu’alaykum
warahmatulLAHi wabarokaatuh.



al faqiirah ila ALLAH Ta’ala
,
Bintu Yusof,
26 Jumaada al Awwal 1428H,
Baiti, Darul IMAN.


p/s: Kalau hubungan di antara yang memberi
cahaya putus dengan yang memberikan, org itu
tidak bersinar lagi. Jatuh jadi sarap, laksana
daun gugur dari tampuk.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }