~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: Ya RasululLAH..

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Friday, March 30, 2007

Ya RasululLAH..

.


Salam sejahtera untukmu wahai kekasih ALLAH, Rasul pilihan, panutan seluruh umat. Hari ini kami rindukan engkau, wahai nabi yang penyayang.

Ya RasululLAH,
Suatu hari dahulu, engkau mengusap kepala seekor unta yang menangis. Kisah itu masih tertulis jelas dalam riwayat Imam Muslim. Hari itu engkau masuk ke sebuah kebun. Milik seorang Anshar. Ternyata di kebun itu kau dapati seekor unta. Tiba-tiba unta itu menangis. Air matanya mengalir. Ia mengadukan dirinya padamu. Lalu kau dekati unta itu dengan penuh kasih saying. Kau usap kepalanya. Dan, ia pun berhenti menangis.

Setelah itu kau mencari tahu siapa pemilik unta itu. Tidak lama seorang pemuda Anshar dating dan mengatakan bahawa itu untanya. Engkau pun menyampaikan kepada pemuda itu, betapa untanya sangat sedih, menangis dan mengadu kepadamu.

Tidakkah kamu takut kepada ALLAH, atas binatang yang telah dijadikan-NYA sebagai milikmu?”

begitu engkau menegurnya. Lalu engkau menjelaskan,

Sesungguhnya unta itu mengadu kepadaku, bahawa engkau telah membuatnya kelaparan dan menjadikannya sangat kelelahan.”





Ya RasululLAH,
Nasib wajah-wajah kami mungkin tak semujur unta itu. Bersentuhan langsung dengan tanganmu yang mulia. Sebahagian kami sebenarnya lebih dari sekadar unta-unta yang seharusnya bisa menangis. Jiwa kami banyak yang lapar. Hati kami banyak yang lelah. Begitupun tak sedikit dari kami yang tidak pernah mengerti bahawa semua itu kerana ulah kami sendiri yang kelewat jauh menyimpang.

Di kalangan kami banyak yang memilih jalan hidup yang keliru. Sebahagian kami merasa bahawa hidup tidak membutuhkan keyakinan, hanya perlu style, selera, atau gaya secara leluasa bisa dikembang biakkan secara suka-suka. Yang muda dari kami banyak yang tak sholat. Apalagi membaca tilawah ayat-ayat ALLAH. Lupa, katanya. Sibuk, katanya. Sungguh sangat getir.

Pada saat yang sama dalam sejarah derita umatmu kelak yang dahulu kau khabarkan, sebahagian besar hari ini telah terjadi dengan sangat nyata. Mengerikan. Orang-orang yang dimusuhi dan dianiayai, hanya kerana ia bernama Muslim. Banyak yang tewas bahkan meninggalkan dunia yang fana ini. Engkau pasti sedih bila melihatnya.

Tapi lebih sedih lagi, bila berjuta lain yang masih hidup tak lagi peduli pada agamanya, tak merasa terpanggil padahal kehormatan ajaranmu ternoda. Engkau pasti sedih, bahkan banyak dari kami yang tak mengenalmu sepenuh pengetahuan.

Maafkan kami. Sebab banyak dari kami yang tidak juga mengerti, bahawa engkau telah memberikan segala jerih payah tanpa batas.





Ya RasululLAH…
Kami menyedari, bahawa mencintaimu adalah keharusan. Tapi sebahagian kami masih sangat awam, dan harus banyak belajar. Padahal, seperti kata para ahli hikmah, sebabnya kami harus mencintaimu bukan kerana soal keharusan mencintaimu, tapi kerana kami semua engkau cintai. Kami seharusnya mengerti bahawa mencintaimu adalah keputusan harian dan bukan seremoni tahunan, seperti sa’at orang memperingati kelahiranmu yang mulia. Sebab untuk setiap sehari semalam engkau telah mengajarkan begitu banyak tuntutan. AlhamdulilLAH..semua ini adalah kasih sayang yang sangat mententeramkan.


Cinta baginda nabi Muhammad Sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam pada umatnya, sejak mula hingga akhir..di dunia ini, kelmarin, hari ini dan esok.. entah seberapa banyak umatnya yang menyambut cinta itu..?

Manusia yang agung itu memang telah tiada. Meskipun telah tiada, namun kecintaan sang nabi kepada kita umatnya, tiada pernah henti. Walau terkadang yang dicinta tak pandai membalas cinta, juga tak sedar kalau selalu didoakan keselamatan dan ditangisi kesulitan yang menimpanya. Kecintaannya terbawa mati. Bahkan tidak berujung. Cinta itu selalu hadir kapan dan bagaimanapun situasinya. Tak kenal suka atau duka. Tak terbatas di sat aman atau sedang huru hara. Di saat seorang ibu dan seorang anak tidak saling mengenal, sekalipun.

Sedarilah..
Cinta pada Sang Nabi semestinyalah membawa kita berupaya mengikutinya. Menapaki setiap jalan untuk mencapai semua itu. Kita selayaknya melakukan pelbagai ‘amal yang disyariatnya. Nah..Ketuk pintu fikri, tanyalah IMAN.




Perjalanan ini sangat melelahkan. Kami berharap semoga ALLAH memberi kami kekuatan. Di sini, pertaruhan antara menjadi ada atau tiada, di antara luka-luka batin yang tak kunjung sembuh, sebahagian kami bertatih membangun kesedaran. Sebahagian lain di tengah lengah. Hidup memang bergelimang godaan..walLAHU Ta’ala ‘ALAM

ALLAHumma ini a'udhu bika min 'adhabi-l-Qabr,
wa min 'adhabi-nnar, wa min fitnati-l-mahya wa-lmamat,
wa min fitnati-l-masih ad-dajjal.
Amiin Ya ROBBAL 'Aalamiin
.

*********************************

AlhamdulilLAH..
demikianlah petikan mutiara perangsang fikri serta buat asuh nurani sejak akhir-akhir ini, bahkan saya kongsi sama pada papa, mudah-mudahan papa bisa manfa’atkan buat tazkirah/kuliyyah di masjid , insyaALLAH demikian harap saya. Perkongsian ‘ilmu dari seorang bisa bawa simbahan selautan manusia, insyaALLAH sama-sama ambil manfa’at....sungguh banyak lagi yang indah-indah boleh saya petik dari majalah “Tarbawi-Menuju keshalihan pribadi dan umat” keluaran Dzulhijjah 1426H, khasnya dari hasil kajian utama-Dirosat nya. Petikan yang saya sisipkan di atas khas bersempena bulan Rabiul Awwal 1428H ini..moga mengerti, insyaALLAH.

JazakilLAHu khairan buat Kak Gee (Dr.Foziah) atas pengenalan material tarbiyyah ini buat kami, moga ALLAH berkati usaha murni ukhti, ustaz serta anak-anak entum, alhamdulilLAH, banyak yang dapat kami pelajari, barakalLAHUlakum! Tidak lupa buat Kak Ina dan suami, Ustaz Nor Azman bagi pengisian tazkirah dan kuliyyah Deen, serta Kak Mi bagi halaqah Qasas, adik Maryam yang senantiasa maklumi kakak tentang info&tentative kuliyyah ilmiyyah serta seluruhnya adik-adik, rakan sohabat, saudara/ri yang saya kasihi dan hormati kerana ALLAH. Teruskan perjuangan..insyaALLAH redho ILAHI itu yang diimpi.

Mohon maaf lahir dan batin, insyaALLAH sama-sama perbanyakkan do’a, lantunan syukur tiada terhingga pada ALLAH Ta’ala atas nikmat yang tiada taranya. InsyaALLAH, sama-sama perbanyakan solawat buat junjungan besar Nabi Muhammad Sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam. Dan sama-sama do’akan kesejahteraan dan kejayaan UMMAH!



Wassalamu’alaykum warahmatulLAHI wabarokaatuh.


Bintu Yusof,
11 Rabiul Awwal 1428H,
IPBA, Kuala Lumpur.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }