Saudaraku, Tinggalkanlah Dusta
Sumber asal: Majalah As-Sunnah Edisi 09
/Th III/1419H-1999 M
Edit, translasi&olah kembali: Bintu Yusof
BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu
‘ala RasulilLAH Sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam.
Assalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala
wabarokaatuh,
AlhamdulilLAH, biiznilLAH, pada tika dan sa’at ini
saya dikaruniakan keluwesan dan keberadaan untuk meneruskan
hajat dan cita-cita saya agar terus-terusan tebar kongsikan
rerawan ilmiah sesama saudara/ri seaqeedah selagi hayat
di kandung badan. Moga pengongsian ini juga yang lepas
mahupun yang akan datang, ada kebaikannya dan sebarang
kelemahan waima kesilap salahan, kemaafan saya pohon
dan mohon teguri dan perbetulilah saya, seorang hamba
ALLAH Subahanahu wa Ta’ala, yang masih banyak
kekurangan dan insyaALLAH akan belajar dan terus
belajar kerana-NYA. YarhamkumulLAH!
BismilLAH..
Saudara/ri seaqeedah yang dirahmati ALLAH,
Di antara sebab yang paling banyak menjerumuskan
anak Adam ke lembah kemaksiatan adalah kerana
mereka tidak menjaga dua hal iaitu lidah dan
kemaluannya. Sehingga baginda RasululLAH Sholla
ALLAHu ‘alaihi wassalam bersabda, yang maksudnya:
''Barangsiapa yang mampu menjaga apa yang
terdapat di antara dua janggutnya dan apa yang
ada di antara dua kakinya, maka aku jamin akan
masuk surga.''
(Muttafaq alaih, dari Sahl bin Sa'ad).
Kemaksiatan yang ditimbulkan dari kemaluan
adalah zina, manakala kemaksiatan yang ditimbulkan
oleh lisan pula adalah dusta.
InsyaALLAH, fokus perbincangan kali ini
akan kita tumpukan pada perkara yang kedua, iaitu
bahaya lisan yang jika tiada hati-hati dan
diaruh pula hati yang kurang keikhlasan
dalam diri maka bisa lencong ia kepada satu bahana
yakni DUSTA.
Saudara/ri yang diberkati ALLAH,
Terkadang dengan lisannya seseorang mudah
mengucapkan kata-kata tanpa dipertimbangkan dan
difikirkan ia secara lanjut (sama ada kesan jangka pendek
atau panjang, kesan pada penutur dan yang ditutur apatah
lagi yang mendengarkan dsb), sehingga kelak ia dapat
menimbulkan fitnah dan kemudharatan
yang banyak baik bagi dirinya mahupun bagi
orang lain.
Oleh kerana itu jelaslah bahawa di antara keselamatan
seorang hamba adalah bergantung pada
penjagaannya terhadap lisannya. Nabi shollALLAHu
alaihi wa salam sendiri pernah menasihati 'Uqbah
bin Amir ketika dia bertanya tentang keselamatan,
lalu baginda bersabda yang maksudnya:
''Peliharalah lidahmu, betahlah tinggal di rumahmu
dan tangisilah dosa-dosamu.''
(HR Tirmidzi, hadits hasan).
Termasuk penyimpangan yang nyata dan
banyak terjadi dalam masyarakat kita sekarang ini
adalah melakukan dusta, baik dalam ucapan mahupun
perbuatan, baik dalam urusan menjual mahupun
urusan membeli, dalam sumpah dan perjanjian,
bahkan lebih malang lagi apabila menggunakan dusta
sebagai bumbu dakwah dan menjatuhkan orang
kerana kedengkian.
Hati-hatilah! Sesungguhnya, kemudharatan yang lebih
besar boleh terjadi apabila bahaya dusta ini tidak lagi
dipedulikan orang awam hatta yang ‘alim, mad’u
mahupun da’ienya, sehingga masalah dusta ini menjadi
kebiasaan yang membudaya dan seolah-olah sukar
untuk ditinggalkan. Na'udzubillah min dzalik.
Hakikinya, urusan dusta adalah termasuk hal yang
berbahaya, kerana ia termasuk urusan haram yang
menyebabkan pelakunya terjerumus dalam neraka.
RasululLLAH shalALLAHu alaihi wa salam bersabda,
yang bermaksud:
''Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada
kekejian dan kekejian itu menuntun ke dalam
neraka. Tidak henti-hentinya seseorang itu
berdusta dan membiasakan diri dalam dusta,
sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta”
(muttafaqun 'alaih).
Saudara/ri yang dihormati,
Sedarilah yang bahawasanya dusta itu mempunyai
beberapa pengaruh buruk, yang seandainya hal ini
disedari oleh para pendusta pasti mereka akan meninggalkan kebiasaan dustanya dan akan kembali bertaubat
kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.
Sebahagian daripada pengaruh buruk itu adalah:
1. Menyebarkan keraguan kepada dan di antara
manusia
Keraguan ertinya bimbang dan resah. Ini bererti seorang
pendusta selamanya menjadi sumber keresahan
dan keraguan, serta menjatuhkan ketenangan
pada orang yang jujur. Bersabda RasuluLLah
sholALLAHu alaihi wa salam, yang maksudnya:
''Tinggalkanlah apa-apa yang membuatmu
ragu dan ambil apa-apa yang tidak meragukanmu,
kerana sesungguhnya kejujuran itu adalah
ketenangan dan dusta itu adalah keresahan.''
(HR Tirmidzi, An Nasai, dan lainnya).
2. Terjerumusnya seseorang ke dalam salah
satu tanda munafik
RasuluLLAH shalALLAHu alaihi wa salam
bersabda, yang bermaksud:
''Ada empat hal, barangsiapa yang memiliki semuanya,
maka dia munafik sejati. Dan barangsiapa memiliki
salah satu di antaranya, bererti dia mempunyai
satu jenis sifat munafik hingga dia meninggalkannya.
Iaitu bila diberi amanat dia khianat, bila berkata
dia dusta, bila berjanji dia mengingkari, dan jika
berselisih dia berkata kotor.''
(Muttafaqun 'alaih).
Sebagaimana diketahui, bahawa orang munafik akan
menempati kerak neraka yang paling bawah. Sebutan
munafik adalah sebutan yang amat berat, maka mengapa kita
berani berdusta dan mempertahankannya padahal ia hanya akan menghantarkan kita kepada kedudukan yang buruk
lagi menghinakan.
3. Hilangnya kepercayaan
Sesungguhnya selama dusta menyebar dalam kehidupan
masyarakat, maka hal itu akan menghilangkan
kepercayaan di kalangan kaum Muslimin,
memutuskan jalinan kasih sayang di
antara mereka, sehingga menyebabkan
tercegahnya kebaikan dan menjadi penghalang
sampainya kebaikan kepada orang yang berhak
menerimanya.
4. Memutarbalikkan kebenaran
Di antara pengaruh buruk dusta adalah memutarbalikkan
kebenaran dan membawa berita yang berlainan
dengan fakta, lebih-lebih dilakukan dengan tanpa mencari kejelasan atau tabayyun (pemeriksaan/ checking)
yang disyariatkan. Hal ini dilakukan kerana para pendusta
suka merubah kebatilan menjadi kebenaran dan
kebenaran menjadi kebatilan dalam pandangan
manusia. Sebagaimana para pendusta pun suka menghias-hiasi
keburukan sehingga tampak baik dan memburuk-burukkan
yang baik sehingga berubah menjadi buruk. AstaghfirulLAH,
inilah perniagaan para pendusta yang terurai rapi dan mahal
harganya menurut pandangan mereka.
Dan apa saja yang mereka katakan tentang keburukan seseorang,
dan apapun pengaruhnya, maka hati-hatilah terhadap
mereka, baik yang anda baca dari mereka ataupun
yang anda dengar.
AWAS! Sedarilah firman ALLAH Ta'ala yang bermaksud:
“… maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang
-orang yang dusta”
(Al Ankabut; 29:3)
5. Pengaruh dusta terhadap anggota badan
Dusta menjalar dari hati ke lidah, maka rosaklah
lidah itu, lalu menjalar ke anggota badan, maka
rosaklah amal perbuatannya sebagaimana rosaknya
lidah dalam berbicara. Maka jika ALLAH Subahanahu
wa Ta'ala tidak memberikan kesembuhan dalam kejujuran
kepada para pendusta itu maka semakin rosaklah mereka
dan akhirnya menjerumuskan mereka ke arah
kehancuran.
RasuluLLAH shalALLAHu alaihi wa salam
bersabda, yang maksudnya:
''Sesungguhnya kejujuran itu menuntun
kepada kebajikan, sedangkan dusta menuntun
kepada kedurhakaan.''
(Muttafaq 'alaih).
WalLAHU Ta’ala ‘ALAM.
Demikianlah, itulah sebahagian kecil dari akibat buruk dusta;
yang semuanya itu merupakan akibat yang terasa di dunia
ini, dan sesungguhnya balasan yang menanti bagi pendusta
adalah lebih dahsyat dan mengerikan lagi di sisi
ALLAH Ta’ala.
AstaghfirulLAH..betapa para pendusta akan berjalan
di atas jalan yang menuju neraka, kerana dengan berdusta
bererti ia akan membuka pelbagai pintu keburukan
lainnya. RasuluLLAH shalALLAHu alaih wa salam
bersabda, bermaksud:
''Sesungguhnya dusta itu menuju kepada kekejian
dan kekejian menuntun ke neraka, seseorang terus
menerus berdusta sehingga dicatat di sisi ALLAH
sebagai pendusta.''
(muttafaq 'alaih)
Saudara/ri yang dikasihi kerana ALLAH,
Untuk itu, ambil perhatilah, sedari dan berhati-hatilah
akan bahaya dusta sehingga takut untuk melakukannya
dan mohon pada ALLAH Ta’ala agar dijauhi daripada
yang sedemikian itu. InsyaALLAH, antara cara yang boleh
membantu kita untuk darinya adalah:
1. Tidak bergaul dengan para pendusta dan mencari teman
yang Sholeh lagi jujur.
2. Mempunyai keyakinan yang mantap akan bahaya yang
ditimbulkan ‘dusta’ baik di dunia mahupun di akhirat.
3. Melatih hati dan lisan untuk selalu berkata
dan berbuat jujur.
4. Selalu aktif mengkaji Al-Quran dan mengamalkannya.
Semoga ALLAH Subahanu wa Ta’ala menganugerahkan
kejujuran kepada kita semua dalam ucapan mahupun
perbuatan, insyaALLAH, amiin.
Akhirul kalam..ayuh sama-sama kita usaha
dan do’akan kesejahteraan dan kejayaan baik
dalam urusan perjuangan waima penghidupan bukan sahaja
untuk diri, famili bahkan UMMAH, agar ISLAM terus
MUMTAZ fi ardhilLAH, insyaALLAH, amiin.
ALLAHUMMA a’iz ISLAM wa AL MUSLIMUN!
ALLAHU AKHBAR 3x!!!
Saamihni ‘ala kulli hal, hadanaLLAHu Ta’ala
wa iyyakum ajma’in, wa bilLAHI tawfiq wa al hidayah wassalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala
wabarokaatuh.
al faqiirah ila ALLAH Ta’ala,
Bintu Yusof,
6 Dzul Qaedah 1427H,
Darul IMAN, Malaysia.
p/s: Buat adik-adik yang sedang berjuang dalam medan
peperiksaan SPM, ma'a tawfiq wa an najjah diucapkan, insyaALLAH sama-sama usaha dan do'akan yang
terbaik milik semua, amiin. Manakala bagi adik-adik
serta sohabat sohabiah yang pulang bercuti waima yang
selamat kembali meneruskan perjuangan di tanah
air, moga thabat, ikhlas kita pada ALLAH dalam
segenap urusan, DIA bantu kita,
walLAHU Musta'an.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home