Eid al Mubaraqah 1427H
Wassolatu wassalamu ‘ala RasulilLAH sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam
Assalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala wabarokaatuh
AlhamdulilLAH, ketika umur masih lagi dalam madrasah Ramadhan ini,
AlhamdulilLAH, ketika usia masih dipanjangkan peluang menguak jendela kemenangan yang fitri,
AlhamdulilLAH, ketika bibir, qalbu dan jawarih punya keringanan untuk terus ber’amal ibadat untuk ILAHI ROBBI
Perkenankanlah kami mengucapkan..
Salam ‘Eidul Fitri al Mubarak 1427H
TAQABBALALLAAHU MINNA WA MINKUM TAQABBAL YAA KARIIM
Semoga kita sama-sama meraih rahmat, maghfirah dan itkum minannar, hingga kembali fitri dan tergapai darjat Taqwa, insyaALLAH, amiin.
Dalam pada bergembira di laman Syawal, usah dilupa nasib saudara/ri seaqeedah kita sekeliling buana, insyaALLAH sama-sama usaha dan do’akan yang terbaik bukan sahaja buat diri, famili, bahkan UMMAH seluruhnya agar semua cemerlang, gemilang dan terbilang, amiin.
Semoga ALLAH Subahanahu wa Ta’ala memberikan kita kesempatan untuk menuai benih, menyiram tanaman dan membajak hasil yang lebih berkualiti hendaknya pada Ramadhan 1428H, walLAHU Musta’an. Begitu juga amalan semasa dalam madrasah Ramadhan seperti siyam ,tilawah al-Quran, qiam perlu diteruskan, renunglah sabda baginda Nabi Sholla ALLAHU ‘alaihi wassallam, daripada Aishah ra,
“datang seseorang kepada baginda Nabi Sholla ALLAHU ‘alaihi wassallam, dan bertanya apakah amalan yg lebih utama, baginda menjawab " amalan yang tetap walaupun sedikit" -au kama qal-
( hadith riwayat Bukhari dlm shahih, kitab taubat & ampun)
Salam Kemaafan dan Salam Eidul Fitri, ikhlas daripada kami:
Haji Yusof sefamili,
Darul IMAN 1427H.
Hadiah Syawal buat semua,
pengongsian puisi hasil karangan Dr.Latiff. Moga bermanfa’at, insyaALLAH.
Ramadhan kini tiba di akhirnya
Ummat Islam sudahpun bersedia
Menyambut Syawal hari yang mulia
Menentang nafsu telah berjaya
Namun apakah sanggup kita gembira
Dihari Syaithan di bebaskan semula
Ditutup pula pintu-pintu syurga
Berakhir peluang amalan yang berganda
Para tabi'in pernah menyambutnya
Berpakaian hitam tanda berduka
Apakah berpeluang bertemu semula
Atau akan berakhir usia ?
Hari Raya penuh kesalan
Apakah cukup semua amalan ?
Sunat dan fardhu telah dilaksanakan
Lailatul Qadar telah di bangunkan
Ya ALLAH, lemahnya diri
Mengenang masa silih berganti
Usia yang muda sudah di akhiri
Amal dan Ibadah tak sempurna lagi
Adakah Rahmah telah ku perolehi
Kemudian Maghfirah mungkinkah ku lepasi
Perjalanan ke syurga masih jauh lagi
Bagaimanakah neraka dapat ku jauhi ?
Ku lihat Ummah sering terpedaya
Dengan semangat berhari raya
Berbelanja besar penuh bergaya
Kononnya menunjuk tanda berjaya
Namun apakah nasib teman dan saudara
Nun jauh di Pakistan sana
Atau di Acheh yang dilanda bencana
Apakah mungkin mereka bergembira ?
Tiada ibu dan juga bapa
Telah kehilangan sanak saudara
Ujian Allah yang datang melanda
Apakah erti berhari raya ?
Pernah berlaku di suatu masa
Rasulullah berjalan di Hari Raya
Bertemu anak yang serba tiada
Lalu dia ditanya baginda
Apakah tiada pakaian yang sempurna ?
Untuk menghiasi hari yang mulia ?
Lalu jawab anak yang berduka
Ayahku telah syahid di jalan Nya
Ibu ku kini nafkah pun tiada
Bagaimana aku dapat bergaya ?
Lalu menitislah airmata baginda
Mengenang nasib anak yang mulia
Dengan sedih baginda berkata
Engkaulah anakku marilah segera
Ku pakaikan baju yang lebih sempurna
Ayahmu kini bertemu Pencipta
Jangan bersedih, keluargamu kan ke syurga
Akhir kalimah aku meminta
Maafkanlah segala dosa
Diriku yang lalai dan tidak sengaja
Semoga disambut hari yang mulia
mendapat keampunan dan mendapat Taqwa
Abdul Latiff
/////PPIM-NET /////
PPIM: http://www.ppim.org.my
0 Comments:
Post a Comment
<< Home