~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: Penjelasan Hadith Tentang Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Saturday, September 23, 2006

Penjelasan Hadith Tentang Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan

.
BismilLAH, alhamdulilLAH,



Tanggal 27 Sya’aban 1427H, di bumi Nueva Zelanda, usai Subuh seorang adik Muslimah ‘pm’ (private message) saya di YM (yahoo messenger) bertanyakan akan kesahihan satu message yang di’forward’ kan padanya, apakah benar akan kewujudan hadith sedemikian?

AlhamdulilLAH, biiznilLAH, dikaruniakan keluwesan dan kedayaan atas kudrat serta fikri untuk cuba melakukan bedah ilmiah dan pembacaan lanjut, bagi mencari penjelasan yang lebih kukuh buat ehwal tersebut kerana saya sendiri masih punya takat ilmu yang cetek dalam perkara ini. Namun, itu bukanlah faktor yang bisa menghalang kedahagaan saya dalam terus meneguk mutiara ilmu ILAHI. Moga ALLAH Ta'ala memandu saya dan mempermudah segala urusan, walLAHU Musta’an.

PENJELASAN:

~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~

Do'a Malaikat jibril Menjelang Ramadhan "

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at. karenanya melalui pesan ini saya memohon maaf jika slama ini saya memiliki kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani semuanya dengan khusyuk, amin


~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~

* Baiklah, memandangkan bertali arus rakan-rakan di ym mem ‘pm’ kan hadith yang sama kepada saya, dan ada beberapa orang antara mereka sempat disampaikan penjelasan tetapi ada juga yang tiada sempat diperjelaskan memandangkan ketika itu sudah larut malam di sini. Penjelasan berikut adalah keberhasilan usaha bersama saudara/ri seaqeedah, moga ALLAH merahmati, yarhamkumulLAH! Amiin.

Responsi:

Merujuk kepada seorang saudara seaqeedah, Abu AbdilLAH, seringkali juga dari Ramadhan ke Ramadhan masalah sebegini diperkatakan. Maka, apabila dibuka kitab Sifat Puasa Nabi s.a.w. yang ditulis oleh Syaikh Salim Ied al Hilaly dan Syaikh Ali Hassan Abdul Hamid, apabila diperhatikan kiriman hadith tadi. Ternyata jauh sekali perbezaannya.


1.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu juga,(bahawasanya) Rasulullah s.a.w. pernah naik mimbar kemudian berkata :

Amin,Amin, Amin"

Ditanyakan kpd baginda :

"Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?"

Baginda s.a.w. bersabda. Ertinya :

“Sesungguhnya Jibril 'Alaihis salam datang kepadaku, dia berkata :

"Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tp tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan ALLAH jauhkan dia, katakan "Amin",

maka akupun mengucapkan Amin...."

[Hadits Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 dan Al Baihaqi 4/204 dari jalan Abu Hurairah. Hadits ini shahih, asalnya terdapat dalam Shahih Muslim 4/1978. Dalam bab ini banyak hadits dari beberapa orang sahabat, lihatlah dalam Fadhailu Syahri Ramadhan hal.25-34 karya Ibnu Syahin]

* Ini disalin dari Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, hal. 27-28, Pustaka Al-Haura.



2.

Manakala yang hadith yang lebih lengkap lagi ialah:

Disalin oleh Abu AbdilLAH dari buku Birrul Walidain oleh Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawa, hal. 44-45 terbitan Darul Qalam.

Ertinya :

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, amin, amin".

Para sahabat bertanya,

"Kenapa engkau berkata 'Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?"

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : 'Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!'

Maka kukatakan, 'Amin'

Kemudian Jibril berkata lagi,

'Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!',

Maka aku berkata : 'Amin'.

Kemudian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata lagi.

'Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi justeru tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!'

Maka kukatakan, 'Amin"

[Hadits Riwayat Bazzar dalama Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah)]



WalLAHU Ta’ala ‘ALAM,

Mudah-mudahan penjelasan ini ada manfa’atnya. Kesimpulan yang dapat diperbuatkan daripada ehwal perbicaraan di atas ialah:

Hadith yang diforwardkan oleh ramai dan di chain-pm (rantai pm) bukan sahaja kepada saya bahkan yang lain, tiada langsung hubungannya dengan keharusan apatah lagi kewajiban bermaafan sebelum puasa Ramadhan. Lagipun, proses maaf memaafkan sesama Muslim boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, jangan nak mengharapkan ketibaan bulan Ramadhan sahaja, bahkan tidak ada tuntutan syari’at yang menganjurkan kita mengumpulkan ia dahulu dan tunggu bulan Ramadhan baharulah nak buat, walLAHU Ta’ala ‘Alam.

Nasihat saya buat saudara/ri seaqeedah yang saya hormati dan hargai kerana ALLAH Ta’ala, mohon agar lebih berhalus, berhati-hati dan amatilah baris-baris mesej sebelum di ‘forward’ kan pada umum. Dan seperkara lagi, bukan sahaja peringatan buat kalian bahkan diri saya sendiri selaku anak pelajar di perantauan yang mana tak punya perbekalan kitab-kitab agama yang cukup di sisi dan pastinya peralihan pergantungan pada e-book, situs-situs Islamik, e-kitab, e-hadith dan sebarang wasilah online lagi, agar turut teliti dan berhikmah dalam pemilihan bahan bacaan dan titip penghujahan kerana ada kalanya ia bisa dipertikai akan kesahihannya (vailidity).



WalLAHU’ALAM, insyaALLAH kepulangan ke tanah air tidak lama lagi, akan membuka ruangan yang lebih luas dan banyak bahan konkrit buat pembacaan diri seterusnya memperlebar sayap pengetahuan diri, moga ALLAH mempermudah segala, walLAHU Musta’an.

Saamihni ‘ala kulli hal.

Salam Ramadhan al Maghfirah 1427H.

InsyaALLAH, sama-sama mendo’akan kesejahteraan, keselamatan, kejayaan dan keamanan buat UMMAH dan ISLAM! Agar terus cemerlang, gemilang dan terbilang, amiin.

Hadanallah wa iyakum ajmain, Wa billahi taufiq wa al hidayah wa salamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
29 Sya’aban 1427H,
Auckland, Nueva Zelanda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }