~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: Bagaimana Wanita Memilih dan Dipilih Suami

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Saturday, July 08, 2006

Bagaimana Wanita Memilih dan Dipilih Suami

.
Bintu Yusof:

BismilLAH, alhamdulilLAH..

ISLAM
tidak sesekali melarang sesuatu yang bermanfa’at bagi penganutnya, tetapi ia menyusun aturan terbaik bagi kita.

CINTA KASIH dalam ISLAM mempunyai bahagian-bahagian yang ‘Aadalah (adil) antara Sang Pencipta dan makhluk ciptaan-NYA, insan dengan insan, bahkan jua perkisaran individu dengan masyarakat.

Hanya…
Apabila CINTA KASIH itu terkeluar daripada aturan yang ditetapkan oleh-NYA,
Akibatnya, BUKAN CINTA KASIH yang diraih sebaliknya LELEHAN DERITA..sengsara pula jadinya..walLAHU A’LAM.


~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~*

Bagaimana Wanita Memilih dan Dipilih Suami



Karya asal oleh : Ummu Abdillah
Sumber: http://jilbab.or.id/index.php?option=content&task=view&id=94
Trasliterasi bahasa dan pengemaskinian isi penulisan: Bintu Yusof

~*

Pernikahan atau menikah bukanlah satu perkara yang asing dan bukan lagi sesuatu yang memayahkan keadaan dalam konteks hari ini.

ISLAM
telah melampirkan tata cara penyelesaian dan adab-adab nan indah bagi penyempurnaan niat murni ini bagi Muslim Muslimat. Persoalannya kini bagaimana seharusnya ia?

Dalam risalahnya, “Penghargaan ISLAM terhadap Wanita” terjemahan Takrimul Mar’atu fil ISLAM oleh Muhammad bin Jamil Zainu, Syaikh telah menulis banyak bersangkutan hal ini, dan di antara beberapa nasihat yang diusulkan ialah:

(*Publikasi oleh Pustaka Mantiq, 1996)





1. Jangan kaumemandang kepada harta, kedudukan, keindahan paras rupa, tetapi pilihlah yang ta’at pada agama.

RasululLAH shollaLAHU ‘alaihi sallam bersabda:

Sekiranya datang kepadamu seorang pemuda yang meminangmu yang mana kausenangi agama dan akhlaqnya, maka terimalah. Sekiranya tidak, ia bisa menjadi fitnah di atas bumi dan kerosakan yang besar

(HR Tirmidzni dan selainnya)

2. Sekiranya dicintai oleh suami yang ta’at beragama, maka dia akan menjadi pendorong dalam hal agama dan duniamu.

3. Sekiranya dirimu tidak dicintai, maka minimalnya dia tidak membencimu, mendzalimi dirimu, dan menghinamu, kerana dia akan ber’amal sebagaimana yang disabdakan baginda s.a.w.:

Dilarang seorang Mukmin menghina Mukminah (isterinya), sekiranya dia tidak menyenangi sesuatu, maka akan menyukai yang lain.”

(HR.Muslim)





4. Suami yang ta’at pada agama akan menjadi pemandu dalam mendidik anak-anak dan memelihara keluarga dengan pendidikan agama ISLAM yang shohihah.

5. Maka ISLAM akan menjadi pedoman asas kehidupan dan kayu ukuran hukum mereka, dan akan berhasil mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

6. Suami yang ta’at pada agama akan menasihatimu (si isteri) apabila engkau dalam kekeliruan dan ia akan membantu memberikan kejelasan tentang kebenaran, maka terimalah dia.





7. Bagi suami yang Muslim, maka pilihannya isteri yang Sholihah yang berpegang teguh kepada agama, yang bisa menjaga rumah tangga mereka dan keluarga dari sebarang bahana kerosakan. Dan ia setia menjaga hak suaminya; menurut sabda RasululLAH s.a.w.

Dikahwini wanita kerana empat hal: (1) hartanya, (2) keturunannya, (3) kecantikannya, (4) agamanya, maka pilihlah yang ta’at beragama, kerana akan sejahtera hidupnya

(Muttafaq ‘alaih)

Dan, hidayah Nabawiyyah bagi suami isteri, bahawa yang penting adalah ‘amalnya, bukan parasnya, sebagaimana sabda baginda s.a.w.:

Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa kalian, atau keturunan kalian, akan tetapi IA melihat hati dan ‘amal kalian”.

(HR Muslim).





*Moga ada khairnya, insyaALLAH. Saamih ni ‘ala kulli hal, bersama do’akan kejayaan dan kesejahteraan buat Ummah serta usahakan kebaikan bukan sahaja buat diri bahkan semua, walLAHU Musta’an.

Wassalamu bilkhair ajma’in.


al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
12 Jumada Al Akhirah 1427H
The Railway Campus (TRC), NZ.

1 Comments:

  • At 8:05 AM, Anonymous Anonymous said…

    Jaga rahsia suami isteri

    DARIPADA Abi Said al-Khudri katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

    Sesungguhnya manusia yang paling jahat kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat nanti ialah lelaki yang bergaul (menyetubuhi) wanita dan wanita juga bergaul dengannya kemudian dia membongkar rahsianya. (Muslim).

    Pengertian

    Dalam hadis ini Rasulullah menerangkan bahawa membuka rahsia rumah tangga adalah sikap buruk yang akan menjatuhkan martabat seseorang di sisi Allah di akhirat nanti. Pergaulan antara suami isteri adalah merupakan rahsia yang tidak sepatutnya dianggap kecil dan murah. Orang yang tidak ada kehormatan saja yang sanggup membuka rahsia sulit tersebut. Rahsia isteri bererti rahsianya sendiri, demikianlah juga sebaliknya.

    Kesimpulan

    Suami isteri haruslah pandai menjaga rahsia di antara satu sama lain. Jangan sekali-kali membuka rahsia sendiri.

     

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }