~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: BerbekalLAH Ke-TAQWA-an..

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Tuesday, April 25, 2006

BerbekalLAH Ke-TAQWA-an..

.
BismilLAH..




Berbekallah ketaqwaan
Kau tak tahu saat malam berlalu

Adakah ia menyisakan umur bagimu
Hingga fajar datang menjelang

Berapa banyak orang yang sihat
Meninggal tanpa ada penyakit

Berapa banyak orang yang sakit
Hidup lama sepanjang hayat

Berapa banyak anak-anak belia
Memotong perjalanan umurnya
Jasad mereka terbujur lelap
Di kuburnya yang hitam dan gelap

Berapa banyak mempelai wanita
Berhias untuk suami tercinta
Ajal tidak lagi dapat ditunda
Pada saat malam pertama

Berapa banyak muda dan mudi
Pagi berasmara petang bersenang hati
Tiada pengetahuan yang terpaut
Kain kafannya sedang dirajut(dijahit)


*****



* Nukilan oleh ‘limaunipis’ daripada bicaramuslim.com.
merujuk pada buku “50 Wasiat Rasulullah saw
untuk Wanita
” karya Majdi As Sayyid Ibrahim

*****



Abu Darda’ berkata:

Seseorang ingin mendapatkan apa yang diharapkannya.
Padahal ALLAH S.W.T. tidak mahu kecuali apa yang
dikehendaki-NYA. Kadang-kadang seseorang berkata
tentang maafaat dan harta bendanya, tetapi taqwa
pada ALLAH S.W.T. lebih utama daripada apa yang
seharusnya dia ambil menafaatnya
.”


*****


Bintu Haji Yusof:

BismilLAH, alhamdulilLAH..

Ikhwah wa akhowatil fadhilah,

MARILAH!

kita meningkatkan keTAQWAan kita kepada
ALLAH Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan
dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-NYA
dan meninggalkan segala larangan-NYA.


Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan
beriman serta selamat di dunia dan di akhirat

Akhirul kalam..



InsyaALLAH,

bersama-samalah kita memohon kepada
ALLAH Ta’ala
agar DIA menjadikan kita termasuk
dalam golongan yang berpegang kepada kitab ALLAH
dan Sunnah Rasul-NYA
baik secara dzaahir mahupun
batin dan mewafat/matikan kita dalam keadaan yang
demikian ini
(dalam keadaan masih berpegang teguh pada
al HAQ) dan melindungi kita di dunia, bahkan lebih-lebih
lagi di akhirat
.

Dan (melindungi) hati kita dari ketergelinciran sesudah
DIA memberi petunjuk kepada kita dan memberikan
kepada kita rahmat-NYA, sesungguhnya
DIA MAHA PEMBERI.


Amiin, amiin ya ROBBUL ‘Aalamiin.




Saamih ni ‘ala kulli hal.

BarakalLAHUlakunna!

WabilLAHI tawfiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.





al faqiirah ila ROBBI,
Bintu Haji Yusof,
27 Raby al Awwal 1427H (Sls)
TRC, Downtown, Auckland, NZ.






p/s: Asalamu’alaikum wbt, kepada saudara/ri seaqeedah
yang masih lg kesamaran atau tiada jelas akan makna ‘Taqwa’, insyaALLAH, bolehlah merujuk di ruangan:

  • * Bintu Haji Yusof Forum yang disertakan oleh saudari
    Amani, jazakilLAHU khairan katiron ya ukhti
    al habibah, barakilLAH! Amiin.


    Latest in
  • * Bintu Haji Yusof English Site

    ~*Complaining only to ALLAH*~

    Dan beberapa lagi updates di lain-lain link Bint Haji Yusof
    mlalui capaian-capaian links yang tersedia di bahagian atas
    side-bar kanan. Moga ada khairnya, insyaALLAH.
    WalLAHU'ALam
    .

  • 0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Powered by ClockBot.com }