AL-‘ISYQU (PENYAKIT MABUK CINTA)
Sumber PRIMER: Majalah As-Sunnah Edisi 08/Tahun
VI/1423H/2002M
Sumber SEKUNDER: (dari tulisan Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah
dalam kitab beliau Zadul Ma'ad Fi Hadyi Khairi Ibad)
Pengeditan, Intepretasi bahasa dan Olahan
isi kandungan : Bintu Haji Yusof
BismilLAH Ar Rahman Ar Rahim
Ana memohon perlindungan juga pencerahan daripada
ALLAH S.W.T. daripada sebarang penyimpangan dalam penulisan semula karya ini dari aspek pengalih bahasa
(translaterasi bahasa), penyusunan kata-kata dan pengolahan
isi bagi mana-mana butiran yang kesamaran bagi memudahkan pemahaman dan penghayatan dalam pembacaan.
WalLAHU Musta’an.
AL-'ISYQU
Penyakit mabuk cinta (al isyq) akan menimpa orang-orang
yang:
1. Hatinya kosong dari rasa mahabbah (cinta) kepada ALLAH,
2. Selalu berpaling dari ALLAH
3. Jiwanya dipenuhi rasa keasyikan cinta kepada selain ALLAH
Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH S.W.T.
Sedarilah, apabila hati kita dibajai sepenuh rasa kecintaan
kepada ALLAH S.W.T. dan disirami kerinduan yang tiada terhingga untuk bertemu dengan –NYA, insyaALLAH,
Ia dapat menjadi perisai kebal atau antibodi paling berkesan
terhadap serangan virus ini, sebagaimana yang telah
terjadi kepada nabi Yusuf ‘alaihissalam,
Firman ALLAH S.W.T.
“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan
sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah dia
tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya
perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak
baik dan perbuatan-perbuatan yang keji kerana
sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang
dibersihkan dari segala dosa”
[YUSUF; 12:24]
Berdasarkan ayat di atas, dapatlah difahami bahawa
imunisasi yang paling berkesan bagi menolak virus
ini adalah nilaian KESEDARAN dan KEIKHLASAN pada
TUHAN yang ada padanya. Nilaian tersebutlah yang akan
memalingkan insan daripada sebarang sarana yang boleh
menjerumuskannya ke dalam lubuk kemaksiatan.
Berkata ulama salaf,
“Penyakit cinta ialah getaran hati yang kosong
daripada segala sesuatu selain apa yang dicintai
dan dipujanya.”
ALLAH S.W.T. berfirman mengenai ibu Nabi Musa
‘alaihissalam,
“ Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa
kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan
perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika
tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan
sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia
dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).”
[Al Qasas; 28:10]
Yakni, kosonglah hati ibu nabi Musa a.s. daripada
segala sesuatu melainkan nabi Musa a.s.; kerana ia
sangat cinta kepada nabi Musa a.s. dan
rasa bergantung hatinya kepada anaknya itu.
Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH S.W.T.
Bagaimanakah virus ini boleh berjangkit?
Penyakit al isyq dikatakan terjadi kerana dua sebab;
1. Menganggap apa yang dicintainya itu indah
2. Perasaan ingin memiliki apa yang dicintainya
Menurut penulis iaitu Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah dalam kitab
beliau Zadul Ma'ad Fi Hadyi Khairi Ibad, yang ana petik
daripada Majalah As-Sunnah Edisi 08/Tahun VI/1423 H/
2002 M:
“Jika salah satu daripada dua faktor ini tidak ada,
nescaya, insyaALLAH virus ini tidak akan berjangkit. “
Sememangnya tiadalah dapat dinafikan bahawasanya penyakit
kronis ini telah membingungkan dan mendatangi ramai
orang; bahkan banyak juga pakar-pakar yang mencuba
dan berupaya memberikan terapinya, namun menurut penulis,
solusi (jalan penyelesaian) yang diberikan itu masih belum
mengena atau bisa juga ditakrifkan kadaran keefektifannya
masih lagi tiada sempurna.
Makhluq Diciptakan Saling Mencari yang Sesuai
Dengannya
Berkata Ibnu Al Qayyim, ketetapan ALLAH dengan hikmah-NYA menciptakan makhluq-NYA dalam kondisi (keadaan) saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah, mereka akan
saling tertarik dengan yang punya keserasian padanya, dan sebaliknya akan menjauh dari yang berbeza atau kurang keserasian dengannya.
Rahsia terdapatnya pencampuran dan kesesuaian di
alam ruh, menyebabkan wujud keserasian serta kesamaan
sesama makhluq, begitulah sebaliknya andai ada perbedaan
di alam ruh maka tidak wujudlah keserasian dan kesesuaian
antara mereka
Firman ALLAH S.W.T.
“Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua
dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan
daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri),
untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu
diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri
isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan
yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu
(ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat
(dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu
kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya
jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami
nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang
yang bersyukur.”
[Al A’raf, 7:189]
Dalam ayat ini dapatlah difahami yang hakikinya perasaan
tenteram dan senang seorang lelaki akan pasangannya
yang dibenihkan-NYA dalam jiwa insani adalah penyebab timbulnya cinta. Dan bukan dinampakkan yang pendorong cinta
itu bergantung pada kecantikan paras rupa.
Sabda nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadith:
“ Roh-roh itu ibarat tentera yang saling.berpasangan,
yang saling mengenal sebelumnya akan bersatu dan
yang saling mengingkari akan berselisih”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam majalah As Sunnah Edisi 08/Tahun VI/1423 H/
2002 M dinyatakan:
“…Dalam Musnad Imam Ahmad diceritakan, bahwa asbabul wurud hadits ini yaitu ketika seorang wanita penduduk
Makkah yang selalu membuat orang tertawa hijrah ke
Madinah, ternyata dia tinggal dan bergaul dengan wanita
yang sifatnya sama sepertinya. Yaitu senang membuat
orang tertawa. Karena itulah Nabi mengucapkan hadits ini….”
Oleh sebab itulah syariat ALLAH S.W.T. menghukumi sesuatu
itu sesuai dengan jenisnya. Adalah mustahil syariat menghukumi
dua hal yang berbeza perlakuan atau dengan kata lain mengumpulkan
dua hal yang kontradiktif. Sebaliknya ia diletakkan dalam kesamaan, sesungguhnya ALLAH S.W.T. adalah sebijak-bijak PENGADIL
dan ADIL PENDADILANNYA.
Penerapan kaedah ini bukan sahaja bagi pelestarian
bagi urusan duniawi bahkan jua di akhirat:
ALLAH S.W.T. berfirman:
“ (Allah berfirman kepada malaikat): Himpunkanlah orang
-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan
seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah.”
[As Saaffat; 37:22]
Saidina Umar Ibnu Khattab dan setelahnya Imam Ahmad
pernah berkata mengenai tafsiran kalimah “azwajahum” dalam
ayat tadi yang beerti sesuai atau punya kesaman dengannya.
ALLAH S.W.T. juga berfirman:
“Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya.”
[At Takwiir; 81:7]
Apa yang cuba disampaikan di sini ialah, setiap insan itu
akan diiring bersama dengan orang-orang yang sama perilakunya. ALLAH S.W.T. akan mengiringkan orang
-orang yang saling mencintai kerana ALLAH ke dalam
syurga, manakala orang-orang yang saling berkasih-kasihan
atas jalan syaitan atau kepuasan nafsu semata akan diiring
mereka tadi ke dalam neraka jahim.
“ Mau tidak mau, maka setiap orang akan digiring
dengan siapa yang dicintainya. “
[majalah As Sunnah Edisi 08/Tahun VI/1423 H/2002 M]
Dalam Mustadrak Al Isyq Hakim disebutkan, bahawa
Nabi shalallahu alaihi wa salam bersabda,
"Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum,
kecuali akan diiring bersama mereka kelak."
(HR Ahmad)
Manakala dalam
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Abu Al-Qasim s.a.w pernah bersabda:
“Sesungguhnya kumpulan pertama yang akan
memasuki Syurga adalah umpama bulan purnama
dan kumpulan berikutnya bagaikan cahaya bintang
yang bergemerlapan di langit. Masing-masing
mempunyai dua orang pasangan yang tulang
sumsum betisnya jelas kelihatan. Di dalam
Syurga tiada seorang pun yang bersendirian
tanpa pasangan.”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim
[Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5062
Cinta Dan Jenis-Jenisnya
Cinta itu ada pelbagai jenis dan tingkatannya.
Cinta yang tertinggi dan paling mulia ialah
mahabbatu fillah wa lillah (cinta kerana ALLAH dan
di dalam agama ALLAH). Iaitu cinta yang mengharuskan
mencintai apa-apa yang dicintai ALLAH, dilakukan
berlandaskan cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA.
Cinta berikutnya adalah cinta yang kerana adanya
kesamaan dalam cara hidup, agama, madzhab, ideologi,
hubungan kekeluargaan, profesion dan kesamaan dalam
hal-hal lainnya.
Antara jenis-jenis cinta yang lain ialah:
1. Cinta yang motifnya kerana ingin mendapatkan
sesuatu daripada yang dicintainya, baik kerana kedudukan,
harta, pengajaran dan bimbingan, ataupun tuntutan biologi.
* Cinta yang didasari hal-hal seperti tadi - iaitu al mahabbah
al 'ardiyah - akan hilang bersama hilangnya apa yang ingin
didapatkan dari orang yang dicintainya.
* Yakinlah, bahwa orang yang mencintaimu kerana sesuatu,
akan meninggalkanmu ketika ia telah mendapatkan apa
yang diingininya daripadamu.
2. Cinta karena adanya kesamaan dan kesesuaian
antara yang menyinta dan yang dicinta.
* Mahabbah al isyq termasuk cinta jenis ini. Tidak akan sirna melainkan jika ada sesuatu yang menghilangkannya.
Cinta jenis ini, iaitu berpadunya ruh dan jiwa. Oleh kerana
itu tidak terdapat pengaruh yang begitu besar baik berupa rasa
was-was, hati yang gundah gulana mahupun kehancuran kecuali
pada cinta jenis ini.
Saudara saudariku,
Timbul pertanyaan, bahawa cinta ini adalah dengan
bertemunya ikatan batin dan ruh
Timbul pertanyaan, bahwa cinta ini merupakan
bertemunya ikatan batin dan ruh, tetapi mengapa
ada cinta yang bertepuk sebelah tangan?
Bahkan kebanyakan cinta seperti ini hanya
sepihak dari orang yang sedang keasmaraan sahaja?
Jika cinta ini perpaduan antara jiwa dan ruh,
maka tentulah cinta itu akan terjadi antara kedua
belah pihak dan bukan satu pihak sahaja?
Jawabnya ialah,
bahawa tidak terpenuhinya hasrat disebabkan
kurangnya syarat tertentu. Atau adanya penghalang
sehingga tidak terealisasikan cinta antara keduanya.
Hal ini disebabkan tiga faktor:
Pertama, bahawa cinta tersebut hanya sebatas cinta iaitu
terhasil kerana adanya kepentingan. Oleh kerana itu tidak
mesti kedua-duanya saling mencintai.
Kedua, adanya penghalang sehingga seseorang tidak
dapat mencintai orang yang dicintainya, baik kerana adanya
cela dalam akhlak, bentuk rupa, sikap dan faktor lainnya.
Ketiga, adanya penghalang dari pihak orang yang dicintai.
*Jika penghalang ini dapat disingkirkan, maka akan
terjalinlah bebenang cinta antara kedua-duanya.
Sekiranya bukan kerana kesombongan, hasad, cinta kekuasaan
dan permusuhan dari orang-orang kafir, nescaya para rasul
-rasul akan menjadi orang yang paling mereka cintai,
bahkan lebih dari cinta mereka kepada diri, keluarga dan harta.
Terapi Penyakit Al-Isyq
Sebagai salah satu jenis penyakit, tentulah al-isyq dapat disembuhkan dengan terapi-terapi tertentu, insyaALLAH.
Antara terapi-terapi tersebut adalah sebagaimana berikut:
Sekiranya terdapat peluang bagi orang yang sedang
keasmaraan tersebut untuk meraih cinta orang
yang dikasihinya dengan ketentuan syariat dan
suratan taqdirnya, maka inilah terapi yang paling utama.
Sebagaimana terdapat dalam shahihain dari riwayat Ibnu
Mas'ud radhiallahu anhu:
“Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a.
Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri
Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a
bertanya:
Wahai Abu Abdul Rahman:
“Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan
muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat
mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah.”
Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab:
Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang
pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami:
“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang
telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan
menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal
iaitu benteng nafsu.”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim
[Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2485
Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH,
Hadith tersebut telah melampirkan dua solusi (penyelesaian),
utama dan pengganti. Solusi UTAMA ialah MENIKAH.
Jika solusi ini dapat dilaksanakan, maka tidak boleh
mencari solusi lain.
Ibnu Majah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa
Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda,
" Aku tidak pernah melihat ada dua orang yang
saling mengasihi selain melalui jalur pernikahan."
Inilah tujuan dan anjuran ALLAH S.W.T. untuk
menikahi wanita, baik yang merdeka ataupun
budak (hamba)
dalam firman-NYA
“ALLAH (sentiasa) hendak meringankan (beban
hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu
dijadikan berkeadaan lemah”
[An Nisa’; 4:28]
ALLAH S.W.T. menyebutkan dalam ayat ini keringanan
yang diberikan terhadap hamba-Nya. Dan sesungguhnya
ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui akan kelemahan
manusia dalam menahan syahwatnya, sehingga
memperbolehkan para wanita yang baik-baik dua, tiga,
ataupun empat (poligami/bermadu).
Sebagaimana ALLAH memperbolehkan mendatangi budak
-budak (hamba) wanita mereka. Sehingga ALLAH membuka
bagi mereka pintu untuk menikahi budak-budak (hamba)
wanita jika mereka membutuhkannya sebagai peredam
syahwat. Demikianlah keringanan dan rahmat-NYA
terhadap makhluk yang lemah ini.
“…Jika terapi pertama tidak dapat dilakukan akibat
tertutupnya peluang menuju orang yang dikasihinya
karena ketentuan syar'i dan takdir, maka penyakit ini
bisa semakin ganas. Adapun terapinya harus dengan
meyakinkan pada dirinya, bahwa apa-apa yang
diimpikannya mustahil terjadi. Lebih baik baginya
untuk segera melupakannya. Jiwa yang telah
memutus harapan untuk mendapatkan sesuatu,
niscaya akan tenang dan tidak lagi mengingatnya.
Jika ternyata belum terlupakan, dapat mempengaruhi
keadaan jiwanya hingga semakin menyimpang jauh…”
[majalah As Sunnah Edisi 08/Tahun VI/1423 H/2002 M]
Saudara saudariku,
Dalam keadaan sedemikian itu, wajib baginya untuk
mencari terapi yang lain. Iaitu dengan mengaruh
‘aqalnya berfikir, bahawa menggantungkan hatinya
kepada sesuatu yang mustahil dijangkaunya
itu adalah ibarat perbuatan sia-sia sahaja dengan
perkataan yang lebih kasar ialah “kerja gila”,
umpama sang pungguk rindukan bulan. Masakan
mungkin ia menjadi kenyataan, walLAHU’Alam.
Apabila kemungkinan untuk mendapatkan apa yang
dicintainya terhalang kerana larangan syariat,
maka terapinya ialah dengan menganggap bahawa
yang dicintainya itu bukan ditaqdirkan menjadi
miliknya.
Jalan keselamatan atau penyelesaiannya ialah
dengan menjauhkan dirinya daripada orang yang
dicintainya. Dia harus merasa bahawa pintu ke arah
yang diingininya itu telah tertutup dan adalah mustahil
tercapai.
Jika ternyata jiwanya selalu menyuruhnya
kepada kemungkaran dan masih tetap menuntut
ke arah itu, maka hendaklah ia mahu tidak mahu
meninggalkannya kerana dua hal:
PERTAMA:
Takut akan ALLAH S.W.T.
Iaitu dengan menanamkan perasaan dan kesedaran
bahawa ada yang lebih layak dicintai, lebih bermanfa’at,
lebih baik dan lebih kekal.
Seseorang yang ber’aqal sepatutnya bijak mempertimbangkan
antara mencintai sesuatu yang cepat sirnanya dengan
sesuatu yang lebih TINGGI DERAJATNYA.
Janganlah sampai menggadaikan KENIKMATAN ABADI
yang tidak pernah terlintas atau tergambar dalam fikiranmu dengan kenikmatan sesaat yang segera berbalik menjadi
sumber penyakit. Ibarat orang yang sedang bermimpi indah atau berangan-angan kemudian apabila tersedar nyatanya ia hanyalah
sebuah mimpi dan khayalan semata, akhirnya sirnalah segala
keindahan semu. Yang tinggal hanyalah keletihan nafsu dan
kebinasaan menunggu.
KEDUA:
Yakinilah bahawa risiko yang sangat menyakitkan akan ditemuinya jika gagal melupakan orang yang dikasihinya itu.
Dia akan mengalami dua hal yang menyakitkan sekaligus:
1. Gagal mendapatkan kekasih yang diiginkannya
2. Bencana yang menyakitkan dan siksa batin dan jiwa
yang pasti akan menimpanya.
Apabila seseorang itu sedar dan yakin akan akibat-akibat yang memudharatkan tadi, nescaya, insyaALLAH akan menjadi
mudahlah baginya meninggalkan perasaan ingin
memiliki insan yang dicinta itu. Dia akan berfikir,
bahawa sikap sabar menahan diri itu lebih baik.
‘Aqal, agama, harga diri dan kemanusiaannya akan memerintahkannya untuk bersabar, demi mendapatkan KEBAHAGIAAN ABADI. Sementara kebodohan, hawa nafsu, kezalimannya akan memerintahkan ia untuk mengalah lantas hanyut
lagi, naudzubilLAH.
~* Sesungguhnya, orang yang terhindar ialah orang
-orang yang dipelihara oleh ALLAH S.W.T. *~
Jika hawa nafsunya masih tetap bebal juga degil dan
tidak mahu menerima terapi tadi, maka hendaklah ia berfikir mengenai dampak negatif dan kerosakan yang akan ditimbulkannya segera, dan kemashalatan yang akan
gagal diraihnya. Sesungguhnya, ingatlah bahawa mengikut
hawa nafsu dapat menimbulkan kerosakan dunia dan
menepis kebaikan yang bakal diterimanya. Lebih parah lagi,
dengan memperturutkan hawa nafsu ini akan menghalanginya
untuk mendapat PETUNJUK ILAHI yang merupakan kunci
keberhasilan dan kemashalatannya dalam penghidupan.
Jika terapi ini tidak mampan juga untuknya, hendaklah
dia selalu mengingati sisi-sisi keburukan kekasihnya
dan hal-hal yang dapat membuatkan ia makin jauh
daripadanya. Jika dia mahu mencari-cari kejelekan (apa
yang kurang baik) yang ada pada kekasihnya, nescaya, dia
akan mendapatkan kekurangan itu lebih dominan berbanding
keindahannya. Justeru, hendaklah dia banyak bertanya kepada
orang-orang yang berada di sekeliling kekasihnya tentang
peribadi yang berkurangan akan kekasihnya yang mana ia
belum ketahui sebelumnya ini. Sebab sebagaimana
kecantikan sebagai faktor pendorong kuat seseorang
untuk mencintai kekasihnya, maka demikianlah pula
kejelekan merupakan faktor pendorong kuat agar ia
dapat membenci dan menjauhinya.
Tetapi kena ingat,
Hendaklah dia mempertimbangkan dua sisi ini
dan memilih yang terbaik baginya;
* Jangan terpedaya kerana kecantikan kulit,
dan membandingkannya pula dengan orang yang terkena
penyakit sopak dan kusta.
* TETAPI, hendaklah dia memalingkan pandangannya
kepada kejelekan sikap dan perilakunya. Hendaklah
dia menutup pandangannya dari kecantikan fizikal semata
sebaliknya lihatlah kepada kejelekan yang diceritakan
mengenai hatinya.
Jika terapi ini masih sahaja tidak mampan baginya,
Maka TERAPI TERAKHIR
Iaitu mengadu dan memohon dengan sepenuh kejujuran
dan keikhlasan kepada ALLAH S.W.T., Penolong orang
-orang yang ditimpa musibah jika memohon kepada-NYA.
Hendaklah dia menyerahkan jiwa sepenuhnya di hadapan kebesaran-NYA sambil memohon, merendahkan dan menghinakan diri. Jika dia dapat melaksanakan terapi
terakhir ini, alhamdulilLAH, maka sesungguhnya dia telah
membuka pintu tawfiq (pertolongan ALLAH). Hendaklah ia
berbuat iffah (menjaga diri) dan menyembunyikan
perasaannya. Jangan memburuk-burukkan kekasihnya
dan mengaibkan ia di hadapan manusia ataupun menyakitinya.
Sebab hal tersebut merupakan kezaliman dan melampaui batas.
Penutup
Demikianlah, alhamdulilLAH, serba ringkas terapi-terapi
khusus bagi menyembuhkan penyakit ini. Namun mestilah
diingat akan kata pepatah “ Mencegah lebih baik daripada Mengubati”. Justeru, sebelum dijangkiti virus ini, maka
lebih baiklah menghindarinya.
Bagaimanakah cara menghindarinya?
Tidak lain, iaitu dengan tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa).
Jadilah insan yang punya ta ‘alluq bilLAH yang kuat!.
Semoga apa yang dilampirkan ini bermanfa’at,
walLAHU Ta’ala ‘ALAM.
Saamih ni 'ala kulli hal.
Hadaanallah wa iyyakum wa Baarakafiina
wa iyyakum ajma'in.
Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.
al faqiirah ila ROBBI,
Bintu Haji Yusof,
16 Raby` al-awal 1427H (Jumaat)
Downtown, Auckland, New Zealand.
MARAJI:
1. Majalah As-Sunnah Edisi 08/Tahun VI/1423 H/
2002 M (dari tulisan Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah dalam
kitab beliau Zadul Ma'ad Fi Hadyi Khairi Ibad)
2, Laman Web Al Islam (Bhg rujukan al Quran & Hadith),
Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf,
Dakwah dan Nasihat (http://www.al-islam.com/mal/)
3. Al Quran Digital Versi 2.1 - http://www.alquran-digital.com
1 Comments:
At 10:27 AM, Bint Haji Yusof @ Bint ul Islam said…
BismilLAH, alhamdulilLAH
Assalamu'alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh,
khas buat saudara/ri seaqeedah yg ana hargai filLAH,
" Usah diratapi perpisahan dan kegagalan kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang TUHAN kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasih-NYA jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaran-NYA itu? "
----------------------------------
* skadar renungan bsama buat rakan2 yg mmerlukan hanya skdaran bicara nasihat bisa kukulumkan buat kalian, seandainya tak daya jd rescue rangers buat kalian, asifi, walLAHU'Alam, moga ada khairnya, insyaALLAH.
Asifi.
* Apa2 pun bawakanlh sgl pngaduan pada YANG ESA, ssungguhnya DIA MAHA MNDENGARKAN keluhan para du'ah-NYA. DIA ADALAH AS SAMAD segala2nya
WalLAHU Musta'an.
-----------------------------------
al faqiirah ila ALLAH,
Bintu Yusof,
22hb April 2006
Auckland, NEW ZEALAND.
Post a Comment
<< Home