Apabila Sakit Merupakan Suatu Nikmat dan Anugerah
Karya asal oleh: Abu Faradisa & Ummu Fida Firdausa
Tarikh publikasi : Saturday, 26 July 2003
Bedah 'ilmiah, rombakan, penambahan dan
pengembangan isi serta penulisan semula: Bint Haji Yusof
Alhamdulillah 'illathee hadaana lihaatha,
wa maa kunna linahytadiya lawlaa an hadaanAllah.
Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh,
Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH S.W.T.
Persoalan-persoalan dan coretan kalam yang bakal
diajukan dan dibacai berikut bukan sahaja ana hala tujukan
pada kalian semata BAHKAN buat diri ana sendiri. Ia
di olah, dibedah ilmiah, dikembangkan pengisiannya
juga diperkukuhkan lagi dengan pencarian dalil-dalil
naqli yang sahih sebagai pendokong hujjah penulisan
semula ini.
Ana usahakan dan tintakan khusus buat manfa’at bersama
saudara saudari seaqeedah yang ana hargai dan hormati kerana
ALLAH S.W.T. pada paparan kali ini agar tiada terlalu
berpandukan karya asalnya; Sebaliknya ditambah baikkan
isi dan diperelokkan lagi bicara penyampaian ini buat
perhatian bersama, moga keberhasilan daripada penulisan
ini ada manfa’atnya, insyaALLAH.
Sebarang kekurangan ataupun yang bersalahan
segeralah perbetuli dan maklumi ana sama ada melalui
kiriman mel, private messages (pm) di yahoo messenger
ataupun titipkan sahaja di ruangan komentar yang disediakan
pada setiap penghujung artikel, moga ada khairnya,
insyaALLAH.
BismilLAH, alhamdulilLAH..
Saudara saudariku,
Adakah pernah anda merasai sakit, mengalami
kesakitan atau jatuh sakit?
Bagaimanakah perasaan anda ketika menghadapinya?
Adakah anda merasa suka, tenang, gembira, sedih,
tidak selesa, resah gelisah, geram, marah, benci,
atau apa-apa rasa; yang mana ia tiada dapat dibiaskan
pada ungkapan perkataan sama ada ia berupa positif
mahupun negatif buat anda?
WalLAHU Ta’ala ‘Alam.
Wahai saudara saudari yang ana hargai ikhlas kerana ALLAH,
Sedarilah, bahawasanya apa jua kesakitan yang menghinggapi
kita, penderitaan yang membumbui kita, kesempitan yang
dirasai kita, kesulitan yang berupa kegelisahan pada kita;
Semua itu adalah satu nikmat dan anugerah yang dikaruniakan TUHAN kepada hamba-NYA.
Yang mana bukan selalu ia mengunjungi semua orang pada
setiap detikan masa; Janganlah sesekali membenci akan ia,
apatah lagi melontarkan keluhan mendalam padanya, sebaliknya
saudara saudariku,
Apabila ia datang melabuhkan diri pada kita, sama-samalah kita
waspadai dan peringatkanlah pada diri yang:
1. Sakit / kesakitan / penyakit yang kita alami itu
adalah didatangkan oleh ALLAH Subahanahu wa Ta’ala.
Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al Hadid (57:22-33)
Yang bermaksud:
''Tiada sesuatupun bencanapun yang menimpa di bumi
dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah
tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu
adalah mudah bagi ALLAH. (Kami jelaskan yang
demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita
terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya
kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang
diberikanNya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai
setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.''
(Al-Hadid; 57:22-23)
2. Waspadai dan peringatkanlah pada diri kita
bahawa setiap sakit/ kesakitan / penyakit ada
kebaikannya buat diri kita.
Saudara saudariku yang dirahmati ILAHI,
Di sebalik kesemua yang kita alami itu, hakikinya terdapat
HIKMAH dan FAEDAH yang pasti akan membawa seribu
pengertian juga penghayatan yang berisi; apabila kita menghadapinya dengan penuh kesabaran dan kerelaan .
Di antaranya adalah:
a. Dosa dan kesalahan diampunkan.
1. Hadis Abu Said r.a:
Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:
“Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang
mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit
yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada
kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka
hal yang demikian merupakan penghapus bagi
kesalahan-kesalahannya.”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4670
...
2. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam
keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku.
Aku katakan kepada baginda:
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar
tidak sihat.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah
sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara
kamu.
Aku berkata:
Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Benar.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit
dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan
kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana
daun yang gugur dari pokoknya .”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4663
...
3. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Ketika diturunkan ayat: مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ
Yang bermaksud:
Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi
pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam
merasa amat sedih tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w
bersabda:
“Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu
pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri “
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4671
b. Ditinggikan atau dinaikkan darjatnya
1. Hadis Aisyah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu,
dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan
musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya
satu kesalahan disebabkan musibah tersebut.”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4664
...
2. Daripada Aisyah r.a., dia berkata:
“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
wa Sallam bersabda (yang ertinya):
''Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit
sedikit pun, melainkan ALLAH menghapus darinya
satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu darjat.”
(Ditakrij Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)
..
3. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dia berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda
(yang ertinya):
''Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki
kedudukan di sisi ALLAH, namun tidak ada satu
amal yang dapat menghantarkannya ke sana.
Maka Allah senantiasa mencubanya dengan
sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia
dapat sampai ke kedudukan itu.''
(Ditakhrij Abu Ya'la, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim;
Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)
c. Pembuka jalan ke Syurga
Hadis Ibnu Abbas r.a:
Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya:
Ibnu Abbas bertanya kepadaku:
Mahukah kamu jika aku memperlihatkan seorang
wanita yang menjadi calon penghuni Syurga?
Aku menjawab:
Sudah tentu.
Ibnu Abbas berkata:
Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah datang kepada
Nabi s.a.w dan berkata:
Sesungguhnya aku diserang penyakit sawan babi
atau gila babi. Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah
kepada Allah demi menyembuhkanku.
Nabi s.a.w bersabda:
Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah
Syurga. Sekiranya kamu mahu sembuh, aku boleh
mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu.
Wanita itu berkata:
Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh,
jadi berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkanku.
Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4673
d. Keselamatan dari Api Neraka
1. Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, bahwa beliau menjenguk
seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah.
Lalu baginda bersabda (yang ertinya):
''Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman,
'Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa
hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari
neraka pada hari akhirat.''
(Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan AL-Hakim.
Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)
...
2. Hadis Ibnu Umar r.a:
Dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:
"Demam itu berasal dari didihan Neraka Jahanam.
Oleh itu, sejukkanlah demam itu dengan air ."
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4093
...
3. Hadis Asma' r.a:
Bahawa pernah ada seorang wanita yang gelisah kerana demamnya
yang teruk, beliau dibawa berjumpa Asma', lalu Asma' meminta
air kemudian menyiramnya ke dalam baju wanita itu.
Asma' berkata:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Sejukkanlah kepanasan demam itu dengan air. Baginda juga bersabda: Sesungguhnya panas itu adalah dari didihan Neraka Jahanam .”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4098
...
4. Hadis Rafi' bin Khadij r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya kepanasan demam itu adalah kepanasan
yang berasal dari Neraka Jahanam. Oleh itu, sejukkanlah kepanasan itu dengan air .”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4099
e. Membawa atau membuatkan kita ingat akan ALLAH
dan kembali kepada-NYA
Amnya, tatkala seseorang individu berada dalam keadaan sihat
wal ‘afiat ada sahaja yang mengaruhnya tenggelam dalam
kenikmatan duniawi dan syahwat. Kesibukan dalam urusan
duniawi adakalanya dapat melalaikan individu hingga ia
melalikan dirinya akan pandangan dan penilaian ALLAH
sehingga dalam diam, tanpa sedar dirinya telah terjerumus dalam kemaksiatan dan kederhakaan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.
NaudzubilLAHI min dzaliik.
Justeru, apabila ALLAH S.W.T. menguji dan menduga hamba-NYA
tadi dengan sakit atau musibah lain, umumnya mana-mana individu
tadi akan segera ingat kepada ROBB-nya, lantas beristighfar,
bertaubat, insafi diri dan kembalilah ia memenuhi suruhan-suruhan
yang juga hak-hak ALLAH yang telah diabaikannya.
Dari Abdurrahman bin Sa’id, dari bapanya, dia berkata:
“Aku bersama Salman menjenguk orang yang sedang
sakit di Kandah. Tatkala Salman memasuki tempat
tinggalnya, dia berkata, ''Bergembiralah, kerana
sakitnya orang mukmin itu akan dijadikan Allah
sebagai penebus dosanya dan penyebab kewaspadaannya. Sedangkan sakitnya orang kafir itu laksana
keldai yang diikat pemiliknya, kemudian dia
melepaskannya kembali, namun keledai itu
tidak tahu mengapa ia diikat dan mengapa
ia dilepaskan.''
Apa yang cuba disampaikan daripada kisah tadi ialah
penyakit yang menimpa seseorang Mu’min itu
merupakan penebus bagi dosanya, penyebab yang
mengaruhnya bertaubat, dan pembangkit lenanya
dari kealpaan berterusan.
Manakala bagi orang kafir pula amatlah berbeza sama sekali,
kerana ia akan tetap berada dalam kederhakaan, penyakit
yang menimpa tiada membawa apa-apa nilai keinsafan
padanya dan tiadalah dia kembali kepada ROBB-nya
ke landasan kebenaran (siratul mustaqiim). Sebagaimana
pengibaratan yang diberokan iaitu ibarat seekor keldai
yang dipegang dan diikat, kemudian dilepas kembali,
namun ia tidak tahu mengapa ia diikat lalu dilepas lagi.
f. Mencelikkan dan mengingatkan seorang hamba
akan nikmat yang diberikan ALLAH atasnya.
Hakikinya, sakit atau musibah yang menimpa pada mana
-mana individu, akan dapat membuatkan ia ingat akan
nikmat yang telah ALLAH S.W.T. berikan padanya
ketika ia sihat. AlhamdulilLAH dengan hal yang
demikian itu, makin bersyukurlah seseorang insan itu
kepada TUHAN.
Seorang penyair berkata:
“Seseorang itu tidak akan mngenal (menghargai)
akan tanda-tanda sihat selagi mana ia belum
ditimpa kesakitan (jatuh sakit).”
g. Menyedarkan seseorang individu tentang keadaan
atau perkhabaran orang-orang yang sakit.
ALLAH S.W.T. menimpakan dugaan sakit kepada kita agar kita mengingati saudara-saudara kita yang sedang sakit,
yang selama ini mungkin ada yang kita terabaikan (terlepas pandang).
Ia dapat membuatkan kita kembali sedar dan secara tidak langsung mengetuk pintu hati kita untuk membantu memenuhi
hak-hak saudara kita yang sedang sakit mislanya
menziarahinya, membantu menguruskan keperluannya,
meringankan penderitaan yang dialaminya, menghiburkannya,
membantunya mencari ubat yang sesuai, mendo’akan
kesejahteraannya dsb.
h. Menyucikan hati dari pelbagai penyakit hati
dan sifat mazmumah.
Keadaan yang sihat adakalanya boleh mendorong
mana-mana individu bersikap sombong, bangga
dan taajub kepada diri sendiri memandangkan
kudrat yang sihat membolehkan ia bebas berbuat
apa sahaja mengikut kemahuan hatinya.
Namun apabila sakit menghinggapi diri, penderitaan menghurunginya, secara tidak langsung jiwa
yang dahulunya keras menjadi lembut, segala sifat
sombong, takabur, hasad dengki, membanggakan diri mula
luruh daripadanya sedikit demi sedikit. Hinggalah
akhirnya ia kembali tunduk dan pasrah kepada
ALLAH S.W.T. serta mempertingkatkan ketekunan
pengibadahan kepada-NYA. AlhamdulilLAH.
i. Menjadikan seseorang individu itu ‘SABAR’
Abdul Malik bin Abjar berkata:
''Setiap orang pasti mendapat cubaan afiat, untuk
dilihat apakah dia bersyukur, atau mendapat
bencana untuk dilihat apakah dia bersabar.''
Saudara saudariku yang dirahmati ILAHI,
AlhamdulilLAH, lihatlah dan mengertilah akan
betapa besarnya faedah dan hikmah yang dapat diperoleh
individu ketika mengalami sakit
Bukankah kesakitan itu merupakan suatu
NIKMAT dan ANUGERAH?
Justeru usah lagi benci, marah akan ia ataupun
merasa kecewa dengan kehadirannya.
Sesungguhnya semakin berat penderitaan, semakin
berlipat gandalah pahala atas individu setimpal dengan
sifat sabarnya dalam menghadapi cubaan tersebut.
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam
keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku.
Aku katakan kepada baginda:
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar
tidak sihat.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah
sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara
kamu.
Aku berkata:
Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Benar.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
Setiap orang muslim yang ditimpa musibah
atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan
mengampunkan kesalahan-kesalahan dari
sakitnya, sebagaimana daun yang gugur
dari pokoknya ."
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4663
Hadits di atas memberikan penjelasan kepada kita bahwa
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menerangkan
bahawa apabila penyakit yang ditimpakan atas individu itu
bertambah berat maka pahalanya dilipat gandakan
dan pelipat gandaan ini terus meningkat sampai terhapusnya
kesalahan-kesalahannya. Dengan erti kata lain, beratnya sesuatu penyakit yang ditimpakan individu itu dapat mengangkat derajatnya dan menghapuskan kesalahan-kesalahan
yang ada padanya.
Saudara saudari yang ana hormati kerana ALLAH S.W.T.,
Apabila kita sudah maklum akan hal ini; iaitu betapa
rasa sakit atau musibah yang menimpa itu
dapat menghapuskan dosa dan mengangkat
darjat seorang hamba Tuhan; maka hendaklah
kita tekatkan nilai kesabaran dan rasa redha
dalam diri akan hal tersebut agar kita, insyaALLAH
dapat merangkul apa yang dijanjikann ALLAH S.W.T.
terhadap orang-orang yang sabar antaranya ialah:
1. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Al Imran (3:146)
Yang bermaksud:
“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah
berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang
yang taat kepada ALLAH, maka mereka tidak
merasa lemah semangat akan apa yang telah
menimpa mereka pada jalan (agama) ALLAH
dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak
pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah),
ALLAH sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar.”
2. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Az Zumar (39:10)
Yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu
ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu):
Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah
kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang
berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan
(yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi
ALLAH ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu
ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang
bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan
pahala mereka dengan tidak terkira.”
3. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Ar Raad (13:23-24)
Yang bermaksud:
“ Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan
memasukinya bersama-sama orang-orang
yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa
mereka dan isteri-isteri mereka serta anak
-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula
akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;
(Memberi hormat dengan berkata): Selamat
sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan
kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan
amal kamu di dunia dahulu.”
Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ROBBI,
Bukankah semua itu merupakan suatu kemuliaan?
Bukankah semua itu merupakan pembawakan
pada darjat yang tinggi?
Tidakkah kita semua mengidamkan agar sakit
yang kita alami menjadi suatu nikmat dan anugerah
yang besar nilaiannya?
Jadi, ayuh, sama-samalah kita peringati diri:
Jangan kita biarkan semua janji-janji itu
hilang begitu sahaja dibawa arusan masa.
Jangan dibazirkan kesempatan yang hadir
di depan mata, sedangkan kita mampu meraihnya.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un....
AWAS!!
Jika perkara ini tidak di ambil tahu maka sikap
tidak ambil tahu itulah MUSIBAH sebenarnya.
Malah jika sudah tahu dan tidak juga ambil tahu
maka makin besar lagilah MUSIBAHnya.
Jika kita sudah arif bahawa di sebalik setiap
kesakitan atau timpaan sakit itu adanya kenikmatan
yang besar, ada janji-janji ALLAH yang amat
menggiurkan tapi kita butakan mata juga maka
makin besarlah MUSIBAHnya.
Jika kita sudah faham akan keutamaan dan kelebihan
bersabar tatkala ditimpakan kesakitan namun kita abaikan
ia maka ini adalah MUSIBAH yang sangat besar.
………Renung-renungkanlah…
Akhirul kalam, ana titipkan sepotong hadith buat
penghayatan bersama saudara saudari seaqeedah yang
ana kasihi kerana ALLAH S.W.T., cuba terokai khazinatul
asrar yang tersirat dalamnya:
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman.
Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin
sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan
orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat
tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang.”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5024
Semoga bermanfaat, Allahu A'lam.
Ismihli ‘ala kulli hal,
YarhamkumulLAH!
Hadaanallah wa iyyakum wa Baarakafiina wa iyyakum ajma'in
Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.
Al faqiir ila ROBBIhi,
Bintu Yusof,
23 Safar 1427H (Khamis),
Auckland, NEW ZEALAND.
MARAJI:
1. Ketika Sakit Merupakan Nikmat & Anugerah, Abu Faradisa
& Ummu Fida Firdausa (http://www.jilbab.or.id/index.php?option=content&task=view&id=74)
2. Laman Web Al Islam (Bhg rujukan al Quran & Hadith),
Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf,
Dakwah dan Nasihat (http://www.al-islam.com/mal/)
3. Tuhfatul Maridh, Abdullah bin Ali Al-Ju'aitsin, Edisi Indonesia: Hiburan bagi Orang yang Sakit, Penerjemah: Kathur Suhardi.
Penerbit: Putaka Al-Kautsar, Jakarta.
4. Tasliyatu Ahlil Masha'ib, Muhammad bin Muhammad
Al-Manjabi Al-Hambali. Edisi Indonesia: Hiburan Bagi Orang
yang Tertimpa Musibah. Penerjemah: Abu Umar Basyir.
Penerbit: Darul Haq, Jakarta
5. Tuhfatun Nisaa', Abu Maryam Majdi Fathi As-Sayyid.
Edisi Indonesia: Bingkisan Istimewa bagi Muslimah.
Penerjemah: Izzudin Karimi, Lc. Penerbit: Darul Haq, Jakarta
6. Catatan-catatan pribadi, dan sumber-sumber yang
tidak terikat
1 Comments:
At 2:32 AM, Yin Areesa said…
Assalamua'laikum.Benar sakit itu tanda Dia sayangkan hambaNya. Sakit itu menuntut kita supaya menadah kasih padaNya. Sakit itu sebab hati kita sudah terlalu kotor dgn mazmumah, dan ia perlu dibersihkan dgn mahmudah...Syukur sebab nikmat sakit, kita kembali meraih simpatiNya.Amin.
Post a Comment
<< Home