“Abati, Ummi dan Puteri…” cetusan ikhlas dr strata sukma seorang al faqiirah ila ROBBIha..
BismilLAH, alhamdulilLAH,
Segala puji-pujian hanyalah layak bagi TUHAN Semesta ‘Alam.
“Betapa pun seluruh kata-kata dirangkum untuk memuja
dan memuji ALLAH
Pastilah tiada erti dibandingkan keagungan ALLAH yg sebenarnya
Betapa pun seluruh makhluq berhimpun, langit dan bumi
untuk memuja dan memuji ALLAH
Pastilah mungil dibanding kebesaran ALLAH yang sesungguhnya,
Puja puji memang hanya milik ALLAH
Tiada pernah ada setitis pun pujian yang datang kepada makhluq
kecuali titis itu adalah milik ALLAH
Tidak pernah terhembus pujian kepada seorang hamba
kecuali hembusan itu adalah pujian daripada ALLAH…” – The Fikr
~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~*
Syukran lilLAHI TA’ALA, dengan izin TUHAN,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Pada suatu hari, seorang puteri Muslimah kecil bersama secangkir senyuman nan manis berlarian anak mendapatkan ayahanda tersayang, sebaik si ayah kembali daripada menunaikan solat fardhu subuh di sebuah Masjid yang letaknya cuma 1984 langkah daripada rumah mereka. Melihatkan ia, pastinya insan terasa senang di hati kerana anak kecil itu nyatanya jiwanya masih suci, masih belum dinodai karat nafsu songsongan jahiliyyah.
Ibarat kain putih (shiroi) yang nyatanya tiada lagi tersisa kotoran degil padanya, susun atur perbicarannya kosong daripada sebarang pendustaan, subahanalLAH, alhamdulilLAH, insyaALLAH… bisa sahaja mengimarahkan lagi istana (shiro) impian (yume) kedua-dua orang tua tercinta. Apatah lagi apabila digamatkan sari pati jiwa nan bahagia (qalbu salim) dan sudah tentu YANG PALING UTAMA, Rahmat TUHAN dalam perantauan menuju ke akhirah.
Puteri:
Ya abati al fadhil, ceritakanlah pada anakanda akan pekerti seorang Muslimah sejati. Ingin sekali diri anak kecil ini mendengarkan ia terutama perbicaraan abati yang anakanda sayangi sekali kerana ALLAH TA’ALA. Ayuh abati, ceritakanlah…anakanda mendengar..
Si Ayah membelai rambut puteri kecilnya lalu didakapi serta dikucupi dahinya, hembusan damai bayu lalu apatah lagi di pagi hari membumbui rasa kesegaran pada diri. Di kala itu zikrulLAH tak lekang membasahi bibir, sebagai tanda ingatan dan lafaz kesyukuran bagi-NYA, sejuk hati seorang ayah..
Si Ayah:
AlhamdulilLAH, syukur pada ALLAH akan keberolehan nikmat untuk bangkit menghirup udara segar milik-NYA dan meneruskan derap perjuangan yang nyatanya masih belum selesai..syukur pada TUHAN atas karuniaan putera puteri nan sholihah buat diri dan suri hati tercinta. AlhamdulilLAH, nampaknya pantas benar masa berlalu puteriku kini sudah bisa meninta bicara, menyusun kata, mula mengenal erti dahaga akan suatu pengisian rohaniah tanpa mengira tempat dan masa. AlhamdulilLAH, tiadalah akan diriku ini membiarkan jiwa bintang-bintang timur hatiku kehausan dan kekosongan daripada kesyahduan NUR SYAHADAH. (bicara sang ayah di dalam qalbu)
Puteri:
Ya abati al akhyar, mengapa tiba-tiba sahaja anakanda lihat ada manik-manik jernih mengalir daripada kolam air mata abati? Apakah ada sebarang perbicaraan atau perlakuan anakanda yang mengesani jiwa abati? Maafkanlah anakanda, anakanda salah, anakanda silap, anakanda masih kecil, tiada mengertikan apa-apa, tunjukilah dan bimbingilah anak kecil ini.
Sang puteri yang nyatanya sungguh lembut ciptaanya, tanpa sekaan bergenangan jua kolam air matanya, kedengaran esakan anak kecil yang tiada berdosa itu dalam pangkuan ayahanda tersayang.
Sang Ayah, menoleh kearah puteri kesayangannya itu sambil tersenyum.
Si Ayah:
Wahai anakku, usah khuatir, alhamdulilLAH, anakanda tiada punya apa-apa kesalahan yang bisa ayahanda ma’afkan daripada jiwa nan tulus lagi suci itu. Senyumlah, mana perginya senyuman manis mu ya anakku, rindulah…(usik sang ayah)
Lantas, sang puteri menguntumkan senyuman yang paling manis buat insan yang nyatanya begitu bermakna baginya.
Si Ayah:
AlhamdulilLAH, beginilah…baharulah abati sayang, ummi sayang, adik-adik sayang, bahkan semua orang sayang, lebih-lebih lagi TUHAN padamu, wahai jiwa yang kecil. Usah bergusaran lagi ya, ingat tiada guna dibazirkan bergelen air mata untuk insani, lebih baik dicurahkan hujanan air mata buat YANG LEBIH BERHAK. Insan tiada bisa berbuatkan apatah lagi mencapai apa-apa melainkan dengan izin-NYA. Jadi, ingat-ingatlah duhai puteriku, dan.. jangan nakal-nakal nanti kena apa?
Puteri:
Nanti-nanti kena cubit sampai sebut kata “SAKIT!!”. Tak mahulah, kasihan pada anakanda nanti anakanda kesakitan. Ya abati al hasan, baiklah, anakanda tiada mahu jadi anak yang nakal tetapi yang panjang ‘aqal, agar bisa menggarap penambaikkan buat UMMAH, agar bisa membantu kembalikan kegemilanga UMMAH, insyaALLAH ya abati al ‘aziz, insyaALLAH. Abati, ceritakanlah apa yang anakanda pinta tadi. Abati ceritakanlah perihal Muslimah sejati pada anakanda, impian di hati ingin menjadi muslimah bersyaksiah tinggi, berbudi pekerti , mencakupi kesholihan pada diri, mudah-mudahan bisa menjadi penghuni syurgawi ILAHI, insyaALLAH.
Si Ayah:
MasyaALLAH, subahanalLAH, alhamdulilLAH, pintar benar anakanda berbicara sekarang, baguslah. Wahai anakku, untaikanlah mutiara kalam nan indah lagi bermanfa’at dalam pergaulan, ingatlah yang madah kata kita bakal jadi bahan dengaran orang, mudah-mudahan bicara kita bukanlah yang sia-sia agar dapat membawa simbahan manfa’at buat semua, insyaALLAH.
Puteri:
InsyaALLAH, amiin.
Si Ayah:
Baiklah, dengarkanlah abati berbicara..
Aduhai puteriku sayang..
Seorang Muslimah ILAHI,
bukanlah dinilai atau dilihat pada kecantikan paras rupanya, tetapi perletakan penilaian adalah pada kecantikan yang terlantera pada hati yang ada di sebalik tampilan luarannya itu.
Seorang Muslimah ILAHI,
bukanlah dinilai dan dilihat pada bentuk fizikal tubuhnya yang mempesona, tetapi perletakan penilaian adalah pada sejauh mana ia mampan dalam menutupi bentuk tubuhnya daripada menjadi santapan panahan syaitan di mata-mata insan hingga mengiurkan mereka.
Puteri:
NaudzubilLAHI min dzaaliik, mohon dipinggirkan semua basa basi nafsu nafsi yang meliar itu daripada diri ini, insyaALLAH, walLAHU Musta’an.
Si Ayah:
InsyaALLAH, amiin, walLAHU ‘Aarifiin wa ‘Aadiliin wa HUWA Al Wadud. AlhamdulilLAH, ahsanti ya habibati. Syukur pada-MU, Tuhan..syukur..
Aduhai puteriku sayang..
Seorang Muslimah ILAHI,
Bukanlah dinilai dan dilihat pada berapa banyak perbilangan bakti kebaikan yang ia hulurkan dan jambatkan pada mana-mana insan, tetapi perletakan penilaian adalah pada setulus mana keikhlasan dan kemurniaan hasrat hatinya dalam menjana kebaikan tersebut. Yang tak tampak di pandangan mata insan, kerana ia bukan zahiriah tapi batiniah. IKHLAS tiada dapat kita ukuri ketebalannya tapi ingat TUHAN itu Amat Cepat Perhitungan-NYA, justeru malulah akan pandangan-NYA.
Puteri:
AlhamdulilLAH, anakanda bisa mengerti ya abati al mukhtar, insyaALLAH akan anakanda awasi diri nan sedia lemah ini sentiasa, insyaALLAH..
Si Ayah:
AlhamdulilLAH, syukur pada TUHAN atas setiap perencanaan-NYA buat hamba..alhamdulilLAH..
Aduhai puteriku sayang..
Seorang Muslimah ILAHI,
Bukanlah dinilai dan dilihat pada seberapa gemersik dan lunak alunan suaranya, tetapi perletakan penilaian adalah pada setiap susunan kata-kata yang terungkap daripada mulutnya. Awasilah lidahmu, duhai puteriku..lidah yang tak bertulang itu, boleh membawa kebahagiaan dan lidah itu juga boleh membawa kebinasaan kepada seseorang. Bak kata pepatah…
Puteri:
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa..kan abati al akhyar?
Si Ayah:
AlhamdulilLAH, mubarak ‘alaik! Beginilah, anak ummi abi, yang panjang ‘aqal, yang berpekerti mulia, yang berIman, yang sholihah, yang baik hati, baharulah semua orang sayang, alhamdulilLAH, syukur pada TUHAN.
Puteri:
AlhamdulilLAH, segala puji-pujian hanya layak bagi TUHAN. Abati al hakim, lidah yang tidak bertulang itu boleh memertabatkan manusia kerana itu seringkali juga manusia dimuliakan kerananya. TETAPI, AWAS!! Lidah itu juga boleh menjatuhkan seorang manusia kerana itu seringkali juga manusia hina kerana lidah. Benar kan ya abati al habib?
Si Ayah:
Na’am, benar ya puteri yang bijak bestari, alhamduliLLAH.
Lafaz kesyukuran pada ALLAH nyatanya tak lekang meniti bibir sang ayah jua bintang timurnya itu.
Puteri:
Ya abati al hafiz, sambunglah lagi bicara berkaitan Muslimah ILAHI, silakanlah abati, anakanda menanti ni..
Si Ayah:
Baiklah duhai puteri kesayangan ayahanda,
Seorang Muslimah ILAHI,
Bukanlah dinilai dan dilihat pada keahlian dan kepetahannya membahas hujah, lantunan kata-kata yang tiada kering dari mulutnya, tetapi perletakan penilaian adalah pada bagaimana susun atur, pilihan kata-kata dalam ia berbicara. Adakah ia secara sopan dan berhikmah, adakah hujahannya itu berasas, adakah ia diluahkan secara ikhlas dan berlapang dada ataupun sebaliknya…bersalutkan gelombang kemarahan, caci nista, noda-noda hasad dengki pada yang mendengarkan..naudzubilLAH, bukan itu yang kita mahukan, bukan sengketa yang kita mahu letuskan, bukan mahu membuka luka di hati insan..
Puteri:
NaudzubilLAHI min dzaliik, mohon dijauhkan semua itu daripada kita. Jika pedang melukai tubuh, masih punya harapan untuk sembuh, TETAPI, jika lidah yang melukai hati, ke mana ubat akan dicari..Oh TUHAN, pedomanilah dan hidayahilah kami..
Si Ayah:
AlhamdulilLAH, dikau bisa mengerti wahai anakku, syukurlah..
Seorang Muslimah ILAHI,
Bukanlah dilihat pada keberaniannya dalam menyarung apa jua pakaian pada tubuhnya, mempamer keanggunan pada insan sekitar, tetapi perletakan penilaian adalah pada sejauh mana ia berani mempertahan dan menjaga kehormatan diri selaku seorang Muslimah yang bersyaksiah pada jalan-NYA.
Seorang Muslimah ILAHI,
Bukanlah dilihat pada berapa bilang lipatan kajangan ujian atau betapa dahsyat ujian yang dikenakan atas dirinya, tetapi peletakan penilaian adalah pada sejauh mana ia mampu menghadapi cabaran, dugaan dan ujian yang dikaruniakan TUHAN atas dirinya. Sekukuh mana terpatrinya nilaian kesabaran pada jiwanya dan ketekunannya dalam meneruskan pengibadahan biar sehebat mana badai melanda. Duhai anakku, bersama renungi firman ALLAH S.W.T. dalam surah al Baqarah, surah yang kedua pada ayat 153.
Puteri:
Sebentar ya abati al ‘aziz, anakanda dapatkan mushaf al Quran daripada Ummi as sa'adah.
Sang ayah mengangguk tanda setuju sambil merafa’kan kesyukuran pada YANG ESA, alhamdulilLAH..
************
Puteri:
Ya ummi as sofiyyah, mohon bantu anakanda gapai mushaf al Quran daripada atas almari ini. Abati menantikan anakanda di luar sana, anakanda ingin bacakan ayat 153 surah Al Baqarah buat abati.
Si Ibu:
AlhamdulilLAH, baiklah, sudah tentu sayangku. Sebelum itu, pergi ke bilik air sebentar, basahi dirimu, sayangku, dengan wudhu’, kerana ini kitab suci yang mengandungi kalam TUHAN, maka bersihkanlah dirimu dahulu agar lebih rahmat dan barakah-NYA buat kita, insyaALLAH.
Puteri:
MasyaALLAH, jazakilLAHU khairan katiron ya ummi al karimah, anakanda berjumpa Dr.Tan sebentar ya, Ummi nantikan anakanda di sini.
(*Dr.Tan ialah merupakan salah satu alas bahasa yang kami manfa’ati bila mana menyatakan hajat ingin ke Tandas sesama famili)
Si Ibu:
AlhamduliLAH, sejuk pandangan mata ummi apatah lagi hati ini bila melihatkan si jantung hati sesegar embunan pagi, lihat bukankah makin segar dan sejahtera rasa di jiwa sesudah anakanda berwudhu. Ummi tanggapi senyuman manismu buat ummi itu, maknanya ‘ya’. Sayang anak ummi abi, ayuh, kita sama-sama kehadrat abati al fadhil, kasihan ia menunggu anakanda, ke manalah puteri kesayangannya menghilang…mari anakku sayang..
************
Maka berpimpinan tanganlah kedua-dua mereka, mendapatkan sang ayah yang melabuhkan punggungnya pada bangku kayu di bawah rimbunan pokok mangga di laman rumah. Di sisinya kelihaan ada dua buah buku, apakah agaknya itu?
Si Ibu dan Puteri:
Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh ya abati al fahmi, dido’akan kehadrat ROBBI, mudah-mudahan kita semua senantiasa dalam jagaan-NYA, insyaALLAH, amiin.
Si Ayah:
Wa’alaikumussalam warahmatulLAHI wabarakatuh, alhamdulilLAH, insyaALLAH, buat Ummah juga, amiin. Ummi pun ada sekali, baiklah mari sama-sama kita dengarkan anakanda kesayangan kita ini, mengalunkan bacaan ayat al Quran, silakan anak ummi abi, tafadhal masykuroh..tapi sebelum itu sama-sama kita bacakan ummul Quran al fatihah beserta solawat dan salam buat jungungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. sebanyak tiga kali.
Usai segala, maka puteri Muslimah kecil itu memulakan ia dengan ta’awuz diikuti basmalLAH, seterusnya ayat tadi al Baqarah 2:153
Puteri:
Ya abati ya ummi, apakah maksud terjemahan bagi ayat tadi? Mohon bantulah anak kecil ini yang nyatanya masih cetek ‘ilmunya, namun insyaALLAH akan terus giat dengan penuh keiltizaman untuk tambah baikkan pada diri dari masa ke masa.
Si ibu:
AlhamdulilLAH, ahsanti! InsyaALLAH, khair, amiin. Baiklah, ya abati al habib, silakanlah, pada hemah ummi, abati lebih dalam ke’arifannya berbanding kami berdua. Tafadhal ya habibi..
Si Ayah:
Baiklah, insyaALLAH, syukurlah pada-NYA dan terima kasih juga buat kedua-dua bintang hati abati ini, sama-samalah kita mencedok titisan ‘ilmu daripada lautan ILAHI, selaku musafir dalam perjuangan, selama mana kita punya nyawa selagi itu kita mesti tambah perbekalan terbaik di bumi nan fana ini untuk dibawa penghadapan pada KEKASIH AGUNG kita iaitu..
Si Ibu dan Puteri:
ALLAHU ROBBI!
Si Ayah:
AlhamduliLLAH, mubarak ‘alaik! Duhai ummi dan puteriku sayang, maksud firman ALLAH TA’ALA itu tadi adalah:
BismilLAH Ar Rahman Ar Rahim,
“Hai orang-orang yang berIman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar.” Al Baqarah, ayat 153.
Si Ibu dan Puteri:
AlhamdulilLAH, insyaALLAH, amiin, buat abati juga, amiin, bahkan UMMAH keseluruhannya, amiin.
Puteri:
Ya abati al mukhtar, teruskanlah penceritaan kita tadi, apalagi berkenaan pekerti seorang Muslimah ILAHI?
Si Ayah:
AlhamdulilLAH, baiklah sayang anak ummi abi . (Cetus kata sang ayah, sambil mencubit manja pipi anak kecilnya itu).
Si Ibu:
Ya abati al hassan, janganlah demikian, kasihan anak kita, sakitlah ia. Ia tak punya salah, ia hanya meminta bicara tarbiyyah daripada ayahanda tersayang, bahkan ummi pun bisa dengari sama, mudah-mudahan kami sama-sama jadi yang mithali dan sholihah demikian jua buat abati, insyaALLAH, amiin.
Puteri:
La ba’sa ya ummi, ya abi, tak sakitlah, abati cuma cubit-cubit manja pada anakanda, itu tandanya ia sayang bukan marah. Masakan mungkin anakanda menangis apatah lagi bermuram durja kerana itu, nanti suramlah ‘alam. Tidak mahulah demikian, seharusnya makin hari kita makin ceria sebagaimana sinar mentari yang cemerlang, baharulah simbahan kebahagian melempiasi persekitaran jua, hasilnya mana-mana duka atau resah insani bisa terubat di samping hujanan rahmat ILAHI, insyaALLAH, amiin.
Si Ibu:
AlhamdulilLAH, bagus anak ummi abi ini, benar kata anakanda. Jika nak berhujanan air matamu, biarlah berasas, paling bagus hujanan air mata keinsafan pada TUHAN.
Si Ayah:
AlhamdulilLAH, syukur pada TUHAN, beginilah semuanya, agar jadi insan yang berIman, bertaqwa, sholih wa sholihah, berakhlaq mulia dan baik hatinya, insyaALLAH, amiin. Baiklah, ketahuilah duhai ummi dan anakandaku sayang,
Seorang Muslimah ILAHI,
Bukanlah dinilai dan dilihat pada kekhuatiran dirinya menjadi siulan, usikan, mainan dan godaan pemuda pemudi di jalanan nanti, tetapi peletakan penilaian adalah pada kekhuatiran akan kehadirannya nanti akan membuatkan orang-orang sekitar/khalayak tergoda dengannya.
Dan ingatlah..
duhai kedua-dua buah hatiku yang dirahmati ALLAH, insyaALLAH, amiin,
Seorang Muslimah ILAHI..
Bukanlah dinilai dan dilihat pada betapa pandai dan hebatnya ia bergaul sesama saudara/ri seaqeedah dan yang lainnya, tetapi peletakan penilaiannya adalah pada sebagus dan seteliti mana ia mampu menjaga syaksiah (kehormatannya) dan akhlaqul karimah selaku seorang Muslimah dalam pergaulannya itu.
Si Ibu:
AlhamduliLLAH, masyaALLAH ya habibi, syukurlah nampaknya tiadalah sia-sia kita berhimpun di pagi hari berpayungkan lembayung mawaddah dan rahmat ILAHI, sungguh bicara abati bukanlah obrolan yang sia-sia semata, sebaliknya amat besar manfa’at dan maknanya buat ummi dan buah hati kita, walLAHU TA’ALA ‘ALAM. Semoga ALLAH merahmati usaha murni abati ini, insyaALLAH, amiin.
Puteri:
Na’am, benar kata ummi al fadhilah, ahsantuma! AmiinDan tidak lupa kunjungan do’a pada TUHAN agar curahan rahmat-NYA jua simbahi Ummah, insyaALLAH, amiin.
Si Ayah dan Si Ibu:
InsyaALLAH, amiin.
Puteri:
Ya abati al mukhtar, siapakah gerangan muslimah yang benar-benar akan dapat mencakupi keseluruhan pekerti mahmudah tadi pada diriinya?
Si Ayah:
Anakku sayang, ambillah ini:
bacaan -->fahaman-->penilitian-->penilaian-->bentuk idea dari gabungan = cemerlang
Si Ibu:
*Mengangguk tanda mengiyakan lantas menguntum senyuman yang paling manis “terimalah sayangku, kerana sesungguhnya suatu waktu ia dihadiahkan pada ummi, kini giliran anakanda pula, duhai puteri kesayangan ummi abi, moga ada khairnya, insyaALLAH, amiin.”
Si Ayah:
InsyaALLAH, amiin.
*******************
AlhamdulilLAH, segala puji-pujian hanya layak bagi TUHAN, juga tak lupa kunjungan ucapan terima kasih buat kedua orang tua tersayang atas asuhan, tarbiyyah dan didikan buat anakmu, yang menurut pengibaratan ayahanda pada diri ini:
“Anakanda, masih anak kecil yang baharu merangkak-rangkak, belum lagi bisa bertatih apatah lagi berlari-larian, masakan mampu, pasti kan jatuh di pertengahan jalan, andai tanpa pimpinan sesiapa yang lebih matang daripada anakanda”.
Na’am, ya abati al ‘aziz, sesungguhnya diakui diri ini masih punya kelemahan, kekurangan, kesilap salahan, karat-karat jahiliyyah dan saki baki noda nafsu nafsi yang mesti tekun dilupuskan daripada jiwa ini biar sampai tak bersisa. Masih cetek pengetahuannya dan perlu pada penambah baikkan dari masa ke masa khususnya ehwal DEEN, bukan mudah untuk mencakupi nilaian as sholihah pada diri, ini bukan perkara entengan, sebaliknya memerlukan keiltizaman dan keseriusan dalam berusaha. Jangan hanya pandai menjalin kata-kata manis lagi indah, memercikkan nasihat buat semua, sedangkan diri sendiri tiada tampak sebarang perubahan. NaudzubilLAH, mohon djauhkan diri nan lemah ini daripada tergolong sebagai ‘munafiq ‘ilmu’, naudzubilLAHi min dzaaliik.
Dalam kamar ini, atas sebuah meja di pinggiran jendela, di sisiku, dua buah buku pemberian insan-insan tersayang nan jauh daripada pandangan mata, namun insyaALLAH kan terus tersemat dalam lipatan kamus jiwa, “Jejak Sukses 30 Wanita BerIman” dan “Sifat Wanita Penghuni Syurga”. Segala puja dan puji hanya milik TUHAN.
AlhamdulilLAH, bersamalah kita do’akan kehadrat ROBBUL ‘Aalamiin, mudah-mudahan dikeluarkan kita semua daripada kegelapan waham dan mohon dimuliakanlah diri kita dengan cahaya kefahaman. Dan dibukakanlah bagi kita beberapa pintu ‘ilmu, serta dihiasilah diri kita dengan perangai yang baik yang penuh dengan kasih sayang. Dengan berkat rahmat-MU, wahai ALLAH, Zat Yang Maha Pengasih di antara yang pengasih dan semoga ALLAH mencurahkan rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sohabat sekalian, insyaALLAH, amiin.
Akhirul kalam..
bersamalah do’akan kesejahteraan buat UMMAH! Moga ISLAM kan cemerlang, gemilang dan terbilang selamanya, insyaALLAHU TA'ALA. ALLAHU AKHBAR 3X!!
Saamih ni ‘ala kulli hal,
WabilLAHI tawfiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.
al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Haji Yusof,
22 Raby al Akhar 1427H
Auckland, NEW ZEALAND.
p/s:
“ sesungguhnya daku sedar yang diri ini ibarat kudup bunga yang belum sedia mekar menghiasi jagat raya ILAHI. Ya ROBBI pedomanilah dan hidayahilah hamba-MU ini, sesungguhnya diriku ini hanyalah seorang perantau akhirah, musafir perjuangan; yang meletakkan syahid sebagai cita-cita tertinggi, SYAHID yang SUCI, putih bersih dalam menghadap-MU, moga matiku nanti husnul khotimah, bertemu-MU TUHAN di singgahsana, JANNAH, insyaALLAH, amiin --- the daughter of Haji Yusof, 19 Jumaada al-awal 1404H (Sls) Darul IMAN.”
Kerana sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang ertinya :
"Barangsiapa yang memohon kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala dengan benar untuk mati syahid, maka ALLAH Subhanahu wa Ta'ala akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidur".
(Hadits Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam shahihnya, Al-Hakim dan ia menshahihkannya).
1 Comments:
At 11:25 AM, A Shy Millionaire said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Post a Comment
<< Home