~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: JANJI BERTEMU DI SYURGA

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Saturday, April 29, 2006

JANJI BERTEMU DI SYURGA

.
Sumber: Kisah-Kisah Nyata Tentang Nabi, Rasul,
Sahabat, Tabi'in, Orang-orang Dulu dan Sekarang


Oleh: Syaikh Ibrahim bin Abdullah Al-Hazimi
(Darul Haq)

Transliterasi bahasa, pengemasan isi dan
penulisan :
Bintu Yusof

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

BismilLAH, alhamdulilLAH wassolatu wassalamu
’ala RasulilLAH s.a.w.,
ana memohon perlindungan
dan petunjuk daripada ROBBI dari sebarang penyimpangan
dalam penulisan semula kisah ini
, moga dipercerahkan oleh
-NYA. Sebarang kekurangan dan kelemahan padanya
bersegeralah maklumi dan betuli ana, inni al faqiirah
ila ROBBI – Bint Yusof.




~* ~* ~* ~* JANJI BERTEMU DI SYURGA *~ *~ *~ *~





Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq
bin Ibrahim
dari Raja’ bin Amr An-Nakha’i,
beliau berkata:

“Pada suatu ketika di Kufah terdapat seorang pemuda
yang tampan, kuat beribadah dan sangat rajin
.
Pada suatu hari pemuda tadi berkunjung ke perkampungan
Bani Na-Nakha’
.

Di sana ia telah melihat seorang wanita yang cantik
daripada kalangan penduduk kampung tersebut sehinggalah
timbul rasa cinta padanya. Dan ternyata, si wanita
cantik itu pun mempunyai perasaan sedemikian

pada pemuda tadi.

Disebabkan pemuda tadi sudah jatuh cinta pada
wanita itu
, maka akhirnya ia mngambil keputusan
mengutus seseorang dari sebelah bapanya
untuk pergi melamar wanita tersebut bagi dirinya.
Tetapi, ayah kepada wanita tersebut memaklumkan
yang puterinya itu telah pun dijodohkan dengan
sepupunya.

Walaubagaimanapun, rasa kecintaan antara kedua
-duanya itu. tidak meluntur, sebaliknya semakin berkobar
-kobar pula.

Si wanita cantik itu – akhirnya - mengirimkan pesanannya
kepada si pemuda tersebut, yang berbunyi:




Aku telah mengetahui betapa besar cintamu kepadaku,
dan betapa besar pula aku diuji dengan kamu. Apabila
kamu bersetuju, aku akan mengunjungimu atau aku
akan mempermudah jalan bagimu untuk datang
menemuiku di rumahku
.”


Maka dijawab oleh si pemuda tadi melalui orang suruhan
-nya,



Aku tidak bersetuju dengan kedua-dua alternatif
(pilihan) tersebut
:

Sesungguhnya aku merasa takut apabila aku
berbuat maksiat pada ROBB-ku akan azab yang
akan menimpaku pada hari yang besar
.”
(*Yunus; 10:15)

Aku takut pada api yang tidak pernah mengecil
nyalanya dan tidak pernah padam kobarannya
.”


Ketika disampaikan pesanan pemuda tadi kepada si wanita
tersebut, ia berkata:



Walau demikian, rupa-rupanya dia masih takut
kepada ALLAH? Demi ALLAH, tidak ada seseorang
yang lebih berhak untuk bertaqwa kepada ALLAH
daripada orang lain. Semua hamba sama-sama
berhak untuk itu
.”


Sedari sa’at itu, si wanita tersebut mula meninggalkan
urusan-urusan duniawi dan menyingkirkan segala
perbuatan buruknya serta mulai ber’ibadah,
mendekatkan dirinya kepada ALLAH (taqarrub
ilALLAH).
Walau bagaimanapun, dalam pada itu, ia tetap
menyimpan perasaan cinta dan rindunya pada
sang pemuda
tersebut. Sementelahan itu, tubuhnya mulai
kurus (zahiriah) dan kurus menahan perasaan rindunya
(batiniah), sampai akhirnya dia meninggal dunia
kerana hal tersebut/keadaan yang sedemikian.



Si pemuda tadi seringkali menziarahi kuburan wanita itu,
dia menangis dan mendo’akannya. Suatu hari, pemuda
tersebut tertidur di atas kuburan wanita itu. Dia bermimpi
berjumpa dengan kekasihnya itu dengan penampilan
yang sangat baik.
Dalam mimpinya dia sempat bertanya:




Bagaimana keadaanmu? Dan apa yang kaudapatkan
setelah meninggal
?”


Si wanita itu menjawab:



Sebaik-baik cinta – wahai orang yang bertanya
– adalah cintamu. Sebuah cinta yang dapat mengiring
menuju kebaikan
.”


Pemuda itu bertanya:



Jika demikian, ke manakah kau menuju?”


Si wanita itu menjawab:



Aku sekarang sedang menuju kenikmatan
dan kehidupan yang tidak berpenghujung.
Di syurga kekekalan yang dapat kumiliki dan
tidak akan pernah rosak
.”


Pemuda itu berkata:



Aku harap kau selalu ingat akan diriku di sana,
kerana aku di sini juga tidak melupakanmu
.”


Si wanita itu menjawab:



Demi ALLAH, aku juga tidak akan melupakanmu.
Dan aku minta kepada TUHAN-ku dan TUHAN-mu
(ALLAH Subhanahu wa Ta’ala) agar kita nanti dapat
dikumpulkan bersama. Maka, bantulah aku dalam
hal ini dengan kesungguhanmu dalam ber’ibadah
.”


Si pemuda itu bertanya lagi:

Bilakah aku akan dapat melihatmu?”


Jawab si wanita itu:

Tidak lama lagi kau akan datang melihat kami.”



Tujuh hari kemudian (setelah mimpi itu berlalu), si pemuda
itu telah dipanggil oleh ALLAH S.W.T. menuju kehadirat
-NYA
; meninggal dunia.


~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


Inna lilLAHI wa inna ilaihi raji’uun (Daripada ALLAH
kita datang, dan kepada ALLAH jualah kita kembali
)


Bersama ini juga ana titipkan ayat penuh daripada Surah Yunus
tadi iaitu:





Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat
Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang
yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk
menerima balasan): Bawalah Quran yang lain
daripada ini atau tukarkanlah dia. Katakanlah
(wahai Muhammad): Aku tidak berhak menukar
-kannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya
tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku
sahaja. Sesungguhnya aku takut, jika aku men-
derhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang
besar (soal jawabnya)."


(Yunus; 10:15)


~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


Syukran lilLAHI TA’ALA,

BiiznilLAH,
teringat ana akan nukilan seorang saudara seISLAMI..pesannya buat saudara saudari
seperjuangan filLAH…






“Jangan kerana CINTA kita gugur. Jangan kerana CINTA,
prinsip akan menjadi larut cair. CINTA tak semestinya akan
berakhir dengan PERKAHWINAN dan PERKAHWINAN
juga tidak semestinya akan menoktahkan titik kepada percintaan.
Bahkan jika dizinkan oleh taqdir-NYA, CINTA itu akan terus
bersambung ke alam akhirat. Suami yang SHOLIH dan
isteri yang SHOLIHAH akan berCINTA lagi di SYURGAWI
ILAHI
– tempat pertama melahirkan CINTA. KeSETIAanlah
yang mengIKAT CINTA. KeCURANGan akan meRANAPkan
CINTA
. Sebuah PERKAHWINAN akan menjadi INDAH jika
CINTA terus diKEKALkan.”

Ikuti bicara selanjutnya di :

  • * Bintu Haji Yusof Webjournal


    ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


    Akhirul kalam..

    Bicara nan tulus kerana ALLAH S.W.T. yang dilantunkan
    ikhlas dari strata sukma Bintu Haji Yusof:





    “Sukar untuk diuntaikan mutiara kalam bagi memancarkan
    isi hati dan perasaan seorang insan. Sesungguhnya, CINTA
    SUCI
    dalam pandangan ISLAM ialah jika seseorang itu
    menyintai seseorang yang lain dengan niat yang
    baik iaitu ingin memilikinya demi menyempurnakan

    SUNNAH RASULULLAH s.a.w., tidak dipengaruhi nafsu
    berahi atau dorongan lain yang boleh membawa kekejian,
    CINTA yang lahir daripada perasaan hatinya sendiri.



    CINTA SUCI dapat memperkuatkan azam untuk mencapai
    cita-cita, bekerja dengan lebih rajin bahkan CINTA yang SUCI,
    tidak harus berputus asa dan merasa kecewa. Manusia hanya
    mampu merancang tetapi kesudahannya terletak pada tangan
    YANG MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG
    (ALLAH Subhanahu wa TA’ALA).




    Wahai saudara saudari seaqeedah yang ana hormati dan
    hargai kerana ALLAH TA’ALA, ingatlah yang bahawasanya
    IKATAN antara LELAKI dan WANITA adalah IKATAN
    IMAN dan KASIH SAYANG
    . Ikatan yang mendalam,
    rapat, semulajadi dan unik. Dan semua ini ialah keajaiban
    yang lahir dari menyebut nama ALLAH. WalLAHU
    TA’ALA ‘ALAM
    .”



    Saamih ni ‘ala kulli hal.

    BarakalLAHU lakunna!

    WabilLAHI tawfiq wal hidayah

    Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.


    al faqiirah ila ROBBI,
    Bintu Haji Yusof,
    1 Raby ul Akhir 1427H (Sabtu)
    TRC, Downtown, Auckland, NZ.




  • 1 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Powered by ClockBot.com }