~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: Penasihat yang Penuh Kasih Sayang

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Sunday, October 08, 2006

Penasihat yang Penuh Kasih Sayang

.
Penasihat yang Penuh Kasih Sayang

Nukilan asal: Ukhti ‘Aisyah daripada Jilbab.or.id.
Bersumberkan: Kitab Haakadza.. Tahaddatsas Salaf,
oleh Dr. Musthafa Abdul Wahid

Tarikh Publikasi: 27 Julai 2003, Ahad
Translasi, edit dan olah semula: Bintu Yusof


BismilLAH..





Diriwayatkan oleh Sufyan Ats-Tsuary Rahimahullah bahawa Abu Dzar Radhillahu anhu berdiri di sisi Kaabah seraya berkata :

'' Wahai Manusia, saya adalah Jundab Al-Ghifary, sahabat Rasulullah Sholla ALLAHu 'Alayhi wassalam, kemarilah kalian untuk menemui saudara kalian yang menasihati dengan penuh kasih sayang.''

Maka apabila mereka berkumpul disekelilingnya, Abu Dzar bertanya:

''Bukankah kalian tahu bahawa jika salah satu di antara kalian ingin berpergian maka dia akan mempersiapkan bekal yang layak baginya dan menyampaikannya ke tempat yang ia tuju?''

Mereka menjawab:

''Benar, memang demikian seharusnya wahai Abu Dzar.''

Abu Dzar pun berkata:

''Jika demikian, maka ketahuilah bahawa perjalanan di hari kiamat lebih jauh dari apa yang kalian tuju di dunia ini, maka ambillah bekal yang dapat menyelamatkan kalian.''





Lalu, mereka bertanya:

''Apakah bekal yang layak kami persiapkan untuk perjalanan tersebut wahai sahabat Rasulullah Sholla ALLAHu 'Alayhi wassalam?''

Beliau menjawab:

''Berhajilah kalian untuk menghadapi urusan yang agung, shaumlah kalian di hari yang panas untuk menghadapi lamanya berdiri di padang Mahsyar dan sholatlah dua rakaat di kegelapan malam kerana kubur itu menakutkan.''

Lalu, mereka berkata:

''Semoga ALLAH membalas kebaikanmu wahai Abu Dzar, tambahkanlah nasihat anda untuk kami.''





Maka Abu Dzar menyambung lagi bicaranya:

''Berkatalah dengan ucapan yang baik dan jangan melontar ucapan yang tidak baik untuk menghadapi saat sendiri di padang Mahsyar, bersedekahlah dengan hartamu, agar kalian selamat dari kesusahan di hari itu.''

Lalu, mereka berkata:

''Alangkah bagusnya nasihat anda wahai sahabat Rasulullah, teruskanlah nasihat ini!''





Abu Dzar melanjutkan bicaranya:

''Jadikan dunia untuk majlis dua hal, iaitu majlis untuk memburu akhirat dan majlis untuk mencari yang halal. Adapun yang ketiga, akan mendatangkan kemudharatan dan tiada memberikan manfaat bagimu. Jadikan harta milikmu menjadi dua bagian. Bahagian pertama sebagai nafkah yang halal bagi keluargamu dan bahagian kedua untuk bekal akhiratmu, selain daripada keduanya itu akan mendatangkan mudharat bagimu dan tidak akan memberikan manfaat padamu. Wahai manusia, wasapadalah, tiada mustahil rasa tamak dapat membunuhmu sedangkan kamu tak mampu mencegahnya.''


****************************************

AlhamdulilLAH..

Sahabat yang agung ini telah menunaikan kewajiban dengan sebaik-baiknya, mengutarakan dengan tegas kalimat yang benar dimanapun beliau berada. Dalam nasihatnya, beliau mengaitkan antara ibadah dengan akhlak. Beliau menyalurkan harta pada tempat yang tepat, ikut pertimbangan yang sebetulnya (haq) dalam memperbaiki masyarakat, memenuhi kebutuhannya dan melarang kebakhilan, menumpuk harta dan mengabdi kepada harta.

Sudah semestinya pendapatan itu berasal dari yang halal, kemudian digunakan untuk nafkah yang wajib atau sedekah jariyah demi terealisasinya takaful ( bahu-membahu) dan keseimbangan dalam masyarakat muslim, sedangkan selain harta yang demikian itu maka akan mendatangkan mudharat dan tiada manfaat, sebagaimana firman ALLAH Subhanahu wa Ta'Ala yang ertinya :





“…kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan ALLAH, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) ALLAH Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepada-NYA dalam segala hal) dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) DIA akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

(Muhammad; 47:38)

Demikianlah nasihat dari saudara yang menasihati dengan penuh kasih sayang sebagaimana yang digambarkan Abu Dzar sendiri. Beliau menasihati mereka untuk berbekal Taqwa dan ‘Amal Sholih. Kemudian, beliau memberikan rincian bekal yang bermanfaat bagi mereka, yakni ibadah yang khusyu' dan tulus, menjauhi bencana lisan, mengarahkan semangat untuk mendapatkan yang halal, atau beramal untuk akhirat.





MasyaALLAH!!!
Sungguh tidak ada lagi kejujuran, nasihat dan kasih sayang seorang sohabat yang lebih indah dari itu.

p/s: InsyaALLAH, ayuh, sama-sama manfa’ati RAMADHAN 1427H sebagus mungkin untuk-NYA, insyaALLAH yang terbaik milik semua, kita do’akan itu, amiin. Dan bersama usaha dan doakan kejayaan dan kesejahteraan bukan sahaja buat diri, famili bahkan UMMAH,moga semuanya cemerlang, gemilang dan terbilang, insyaALLAH, amiin. Saamihni ‘ala kulli hal, wassalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala wabarokaatuh.

-14 Ramadhan 1427H – Auckland, New Zealand.-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }