Menjadi Wanita Sholihah
Penulisan asal: Khilafah Online, Indonesia.
Tarikh publikasi: 26 Ogos 2004
Translasi & olahan semula: Bintu Yusof
Membentuk bahkan untuk menjadi seorang wanita
yang sholihah bukanlah sesuatu yang mudah, apatah
lagi pada zaman ini, yang mana kehidupan para wanita
mula gamat di asyikkan oleh pelbagai kemewahan duniawi
baik dari segi wang ringgit, gaya hidup yang bercitarasa
tinggi, bersosialan, berhiasan, beli belah, hiburan sini sana
dsb. Sehingga bukanlah satu yang asing lagi bagi wanita
yang mengakui dirinya sebagai “Muslimah”, lalai akan
jati diri yang sebenarnya. Lahiriahnya seperti Muslimah
namun jiwanya sedikit demi sedikit telah menyimpang
dari fitrah seorang wanita sholihah.
Sholihah memang bukanlah label yang boleh
diperoleh dan dimahkotakan secara semulajadi
atau automatik atas setiap wanita tanpa izin ALLAH
Ta’ala. Untuk meraih mahkota Sholihah, Muslimah
haruslah terus dan terus belajar membenihi nilai-nilaian
mahmudah dan bermanfa’at pada dirinya. Sudah tentu,
insyaALLAH dengan selalu mengkaji tuntutan
-tuntutan dari ALLAH Subahanahu wa Ta’ala,
RasululLAH sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam,
dan teladan-teladan yang telah banyak dicontohkan
oleh para shohabiyah; pendek kata, untaian dasar
-dasar Deenul ISLAM tersebutlah yang dapat membantu
para Muslimah agar sentiasa berada dalam “bingkai Sholihah”.
Buat diri saya bahkan saudari-saudari Muslimah
yang saya kasihi dan hormati kerana ALLAH Subahanahu
wa Ta’ala, hendaklah kita selalu mengingat bahawa:
1. Wanita Sholihah ialah wanita yang taat kepada
ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak
ada, oleh kerana ALLAH telah memelihara mereka
(An Nisa; 4:34).
2. Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan
memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik
daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat,
yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang
berpuasa, yang janda dan yang perawan.
(At Tahrim; 66:5)
3. “Apa yang dicari seorang Mukmin setelah Taqwa
kepada ALLAH, tidak lebih dari seorang wanita
yang Sholihah, apabila diperintah ia menta’atinya,
apabila dipandang sangat menyenangkan, apabila
disumpah ia melaksanakannya dengan jujur,
dan apabila ditinggal pergi ia menjaga dirinya
dan harta suaminya.”
(HR Ibn Majah dari Abu Umamah r.a.)
4. Berkata Umar ibn Khathab R.A. dalam atsarnya:
“Tidak ada pemberian yang lebih baik kepada
seseorang setelah pemberian IMAN kecuali
wanita yang Sholihah.”
5. Anas bin Malik r.a. berkata bahawasanya RasululLAH
sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam pernah bersadba:
“Barangsiapa yang dikaruniai seorang isteri yang
Sholihah, beerti dia telah membantunya menyempurnakan setengah daripada Ad Deennya. Maka hendaklah ia
bertaqwa kepada ALLAH pada setengah yang lainnya”.
(HR Tabhrani, Hakim dan Baihaqi).
6. Diriwayatkan oleh Imam at Tirmidzi dari Tsauban,
dia berkata:
Ketika turun ayat:
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak
dan tidak menafkahkannya pada jalan ALLAH…"
Kami sedang dalam perjalanan bersama RasululLAH
sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam, seorang Shahabat
berkata:
"Firman ALLAH tersebut menyinggung tentang
emas. Kalau saja kami tahu harta apakah yang
paling baik niscaya kami akan mengambil dan akan menyimpannya."
Mendengar itu RasululLAH sholla ALLAHU ‘alaihi
wassalam bersabda:
"Harta yang paling baik ialah lisan yang berdzikir,
hati yang bersyukur, dan seorang isteri yang berIman
yang membantu memperkuat keImanan suaminya."
(HR. Tirmidzi dan menurutnya hadits tersebut hasan).
7. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, bahwa RasululLAH
sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam bersabda:
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
adalah wanita yang Sholihah."
(HR. Muslim).
8. "Mahukah aku beritahukan kepadamu tentang sebaik
-baik harta pusaka seseorang? Iaitu wanita Sholihah
yang menyenangkan jika dipandang, yang taat padanya
jika disuruh, yang bisa menjaganya jika ditinggal pergi."
(HR. Abu Daud dan al-Hakim dari Umar ra).
9. Abdurrahman bin Abza berkata:
ALLAH berfirman kepada Nabi Dawud as:
"Dan ketahuilah bahwa isteri yang Sholihah bagi
suaminya bagaikan raja yang bermahkotakan emas,
tiap ia melihatnya menyenangkan hatinya, sebaliknya
wanita yang jelek akhlaknya terhadap suaminya
bagaikan tanggungan yang berat terhadap orang
yang tua."
10. Abu Sulaiman ad-Darani mengatakan:
"Seorang isteri Sholihah bukanlah termasuk bagian
dunia kerana dia telah memberimu peluang keluasaan
untuk urusan akhirat, yakni dengan membantu mengatur rumahtanggamu sekaligus memenuhi kebutuhan batinmu."
MasyaALLAH, alhamdulilLAH, betapa indahnya nilai
perletakan dan keistimewaan buat wanita Sholihah apatah
lagi ia seorang Muslimah. Ambillah masa duhai diri
serta teman-teman Muslimah sekalian, lihatlah betapa
ia bukan perkara entengan, harus punya hajat, niat,
usaha, keiltizaman dalam berusaha dan kunci utama ialah
Ikhlas dalam meraih mahkota Sholihah. ALLAH Subahanahu
wa Ta’ala itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang bahkan
ALLAH Maha Tahu akan isi hati dan takat kemampuan kita,
ikhlas kita pada ALLAH insyaALLAH DIA senantiasa
membantu kita.
Moga sama-sama usaha dan do’akan bukan sahaja buat diri
bahkan saudari-saudari Muslimah kita yang lain agar sama
-sama kita capai As Sholihah, ketemui As Sholihin seterusnya memangkin biah hasanah, sakinah dan mahmudah juga melahirkan generasi Muslim Mukmin yang Muttaqqin
yang akan turut sama mencemerlang, menggemilang dan menterbilangkan UMMAH dan ISLAM fisabililLAH,
insyaALLAH, amiin.
Moga bermanfa’at insyaALLAH.
Saamihni ‘ala kulli hal, dan salam Ramadhan al Maghfirah
1427H, manfa’atilah ia sebaik-baiknya, kerana belum guarantee
(pasti) tahun hadapan kita bisa menghuninya lagi, walLAHU Ta’ala ‘ALAM.
Hadanallah wa iyakum ajmain, Wa billahi taufiq wa
al hidayah wa salamu alaikum wa rahmatullahi wa
barakatuh.
al faqiirah ial ROBBIha,
Bintu Yusof,
7 Ramadhan 1427H,
Auckland, Nueva Zelanda.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home