~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: Warkah Istimewa buat Saudari-saudari Muslimahku

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Sunday, November 05, 2006

Warkah Istimewa buat Saudari-saudari Muslimahku

.




BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu ‘ala RasulilLAH Sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam.

Assalamu’alaykum warahmatulLAHi Ta’ala wabarokaatuh,

Khas buat saudari-saudari Muslimah kehormat yang diri ini hargai dan hormati kerana ALLAH Ta’ala, saya do’akan moga-moga kalian senantiasa berada dalam keceriaan dan kebahagiaan yang makin membunga dari masa ke masa hasil tuaian CINTA nan kudus bersama KEKASIH nan AGUNG, ROBBUL IZZATI, insyaALLAH, amiin.

AlhamdulilLAH,
Dengan izin ALLAH Subahanahu wa Ta’ala maka pada tika dan sa’at ini saya beroleh peluang untuk mencoret sepucuk lembaran eletronik ringkas buat saudari-saudari seaqeedah yang saya kasihi kerana-NYA. AlhamdulilLAH, segala ucap utama kesyukuran hanya layak bagi ALLAH Ta’ala

Saudari-saudari yang mana rahmat ALLAH tak pernah putus atas mereka,



Sungguh bertuah diri kita para Muslimah, betapa istimewanya kita DIA ciptakan, dari rahim-rahim kita inilah lahirnya para Mujahid Mujahidah ILAHI, dari kesyaksiahan yang kita pelihara inilah membuatkan Amir Baitul Muslim kita merasa tiada khuatir meninggalkan kita sendirian di rumah apabila ia keluar berjuang fisabililLAH, dari rasa kehormatan dan kemurnian sayang yang membaluti jiwa kita inilah menyejukkan hati orang tua di kedua belah pihak yang kita hormati filLAH, dan dari rasa keihsanan dan kemuliaan akhlaq kita inilah melahirkan masyarakat yang harmonis, insyaALLAH segala-gala ini adalah dengan izin-NYA. Moga sama-sama mendapat yang terbaik daripada-NYA, kita do’akan itu, amiin Ya ROBBAL ‘Aalamiin.


Pernah suatu ketika saya titipkan mutiara tazkirah ini pada ikhwah wa akhowat filLAH dan barangkali ada di kalangan kalian biiznilLAH berpeluang membacanya sama ada dari milis saya waima jejambatan info rerakan seperjuangan, ‘ala kulli hal, insyaALLAH kali ini saya titipkan kembali buat peringatan dan renungan kita bersama kembali, moga bermanfa’at. insyaALLAH:



KeIMANan yang BENAR bertanam dalam jiwa akan menjadikan perjalanan kehidupan kita atas atsar perjuangan fisabililLAH ibarat sebuah KISAH CINTA;

- Yang mana segala keSETIAan yang kita pasakkan dan juzuk-juzuk PENGORBANAN yang kita bawa kehadapan ROBBI akan menukarkan UJIAN PAHIT itu menjadi KENANGAN yang MANIS.

- Manakala ketumbukan keSABARan yang kita gengam erat alhamdulilLAH menjadikan segala BEBANAN yang kita tanggung itu menjadi RINGAN.

- KeYAKINan yang PASTI & MESTI pada JANJI-JANJI ALLAH menjadikan JIWA kita senantiasa gagah melayar TENANG hatta ketika merentasi PERJALANAN yang begitu SUKAR.

- Dan SUDAH TENTU keRINDUan yang MUTLAK pada-NYA lah yang menjadi PEMBAKAR SEMANGAT setiap kali kita berhadapan dengan keGAGALan.

AlhamdulilLAH,
Demikianlah hendaknya, walLAHU Musta’an.




"Dear brethren,
Everything that is decreed for the Muslim is best for him.
Calamities should strengthen our heart and reshape our outlook in a positive sense. Indeed, with each difficulty there is relief. Do not let trifles be the cause of your destruction. Indeed,ALLAH is Oft-giving"

- Dr. 'Aaidh AbdulLAH al Qarni



InsyaALLAH moga kita sama-sama THABAT dalam usaha membina SATU PERKAMPUNGAN BAHAGIA berasakan batu bata ‘amalan dan cerucuk bina’an pengIBADATan nan IKHLAS untuk ALLAH Subahanahu wa Ta’ala, sungguh mahkota SHOLIHAH itulah yang kita impi, insyaALLAH bersama menuju keredhoan ILAHI ROBBI.

AlhamdulilLAH, walLAHU Ta’ala ‘ALAM.

Baiklah, saya akhiri coretan saya pada 13 Syawal1427H ini dengan perkongsian tazkirah nukilan al akhyar, moga ada khairnya, insyaALLAH:



Nun di sana cita-cita..Ya Akhirat namanya..Di dunia ini bukan tempat tinggal..Di sini hanya sbentar tidak kekal..Betulkan niat daripada sekarang..Tukar sikap yang merugikan.. Quran & Sunnah jadikan panduan..Agar besok kita tak kekesalan..Biar susah sedikit kerana TUHAN..Untuk menghindar kesusahan yang besar..Yang tidak sanggup ditanggung badan..Ambillah ikhtibar kalau mahu sedar..Ayuh bersegera menuju ALLAH Subahanahu wa Ta'ala..Don't do something for show!"

AlhamdulilLAH, walLAHU ‘Ala ‘ALAM.

Moga bermanfa’at, insyaALLAH. Saamihni ‘ala kulli hal.

Salam optimis dalam perjuangan dan penghidupan fi sabili-HI. Moga MUMTAZ! InsyaALLAH, amiin.



Ilal liqo’en jadid insyaALLAH. Bersama-sama usaha dan do’akan kebaikan dan kesejahteraan bukan sahaja buat diri, famili bahkan UMMAH & ISLAM agar sama-sama MUMTAZ! InsyaALLAH, amiin.

Wassalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala wabarokaatuh.


al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
13 Syawal 1427H,
Auckland, NEW ZEALAND.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }