Perdebatan dalam Perbezaan
BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu
‘ala RasulilLAH Sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam,
Assalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala
wabarokaatuh
BiiznilLAH, semalam saya sudah sempurna menduduki
peperiksaan semester akhir di Universiti, moga segala-galanya
adalah yang terbaik, insyaALLAH. BiiznilLAH, sempurna
satu urusan itu, selagi mana hidup ini merupakan satu
perantauan menuju akhirah serta permusafiran dalam
perjuangan fisabililLAH, kesinambungan urusan
tak kan kenal erti noktah selagi ruuhi belum mencecah
halkum.
AlhamdulilLAH, kesibukan yang menjengahi fikri, jawarih
wa qalbi insyaALLAH menjadikan diri ini senantiasa dalam
jaga, penuh kehati-hatian dari masa ke masa dan pastikan
hati milik diri bahkan sekitar diri adalah terjaga rapi
sebaiknya sedaya mungkin, kerana sungguh ROBBI MAHA
HALUS lagi TELITI PEMERHATIAN-NYA atas diri. Moga
-moga kewaspadaan ini terus-terusan insyaALLAH, agar
diri ni terus dalam keadaan jaga bukan lelap apatah lagi alpa.
Moga-moga diri ini akan terus punya hati yang hidup kerana
hati yang mati tidak akan dapat menghidupkan hati-hati yang lain, walLAHU Musta’an.
Saudara saudari yang saya hormati kerana ALLAH,
InsyaALLAH, olahan penulisan saya kali ini adalah bertunjangkan
idea asal saudara Ucup al Bandungi; sebagaimana beberapa coretan
saya yang lain di web ini, saya akan integrasikan kefahaman saya
dengan apa yang saya baca sebelum proses perincian dan penulisan semula dilakukan. Adapun, pada mana-mana pengisian atau wadah penyampaian (khusus dari sudut bahasa) andai kata punya kesamaran
apabila sampai ke mata pembacaan saudara/ri seaqeedah saya, maka
saya akan cuba olahkan pengisian ke pemahaman yang lebih mudah di samping menambahkan pengisian di mana-mana
bahagian yang saya rasakan perlu dan kena, moga ALLAH Ta’ala senantiasa memandu saya dan menjauhkan saya daripada tersasar keluar dari hujjatul haq, walLAHU Musta’an.
‘Ala kulli hal, titik peluh serta hempas penat memerah fikir penulis
asal tetap saya hargai, kerana itu dalam apa jua yang meletuskan citra penulisan saya, akan tetap saya nyatakan nama penulis yang memberikan momentum setiap penulisan saya, moga ALLAH merahmati nya jua, amiin.
~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~
BismilLAH..
Perdebatan dalam Perbezaan
Idea asal: Ucup al-Bandungi bukan Rumi
Olahan kembali: Bintu Yusof
“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab,
melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali
dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan
katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab
-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang
diturunkan kepadamu; TUHAN kami dan TUHAN
-mu adalah satu; dan kami hanya kepada-NYA
berserah diri”
(Al Ankabut; 29:46)
Perbezaan pendapat adalah hal yang wajar terjadi di
dalam komuniti masyarakat. Ini adalah satu gambaran realiti
yang tidak boleh dinafikan lagi. Jangankan perbezaan di
antara golongan yang punya kefahaman yang berbeza,
bahkan bagi yang berada dalam satu aliran kefahaman
pun kadangkala boleh terjadi perbezaan pendapat, yang mana jika
dibiarkan tidak mustahil boleh mengarah pada perseteruan,
pertikaian hingga perpecahan.
Manusia diciptakan berbeza-beza. Ini termasuklah dari cara
berfikir, cara menyampaikan pendapat, kemampuan
menerima pendapat dan hinggalah kemampuan untuk
menerima perbezaannya. Sesungguhnya tidak ada dua
atau lebih manusia yang hidup di dunia ini diciptakan sama
persisnya, walLAHU’ALAM. Apalagi dalam kebejatan dunia
menuju ambang akhir zaman ini, dengan adanya pelbagai
aliran faham dan berbagai-bagai institusi pendidikan, maka
semakin bertambahlah ragam-ragam pendapat terhadap
setiap satu fenomena.
Dimisalkan melihat seekor gajah.
Ada yang melihat dari depan, maka yang terlihat ialah
kepalanya.
Ada yang melihat dari sisi, maka yang terlihat ialah
tingginya.
Ada yang melihat dari atas, maka yang terlihat ialah
panjangnya.
Ada yang melihat dari bawah, maka yang terlihat ialah
perutnya.
Ada yang melihat dari belakang, maka yang terlihat ialah
ekornya.
Sedangkan gajah yang besar itu sendiri, tidak mampu
melihat dirinya secara utuh melalui mata kecilnya.
WalLAHU Ta’ala ‘ALAM.
Saudara/ri yang dirahmati ALLAH,
Kefahaman dan ketidaksefahaman pendapat seharusnya
ditangani dan disikapi dengan bijak serta teliti.
Menyedari timbulnya pelbagai ragam cara pandangan tadi, lalu
mencuba meletakkan diri kita pada pihak rakan bicara
kita (sama ada atas simpati, ihsan atau kewajaran pada ‘aqal),
sehingga kita dapat melihat apa yang mereka lihat, merasakan
apa yang mereka rasa, mendengar apa yang mereka dengar,
dan memahami apa yang mereka fahami. Mohon hindari
penggunaan “kaca mata kuda”, yakni mempertahankan pendapat
sendiri sejadi-jadinya, tanpa memberi peluang insan lain menyuarakan pandangannya sama. Jangan mudah memandang enteng apatah
lagi memperlekeh bicara saudara kita, ISLAM menganjurkan
toleransi, ringankan hati dan telinga waima sekelumit untuknya,
kemudian baharulah ketimbang fikir satu persatu sebelum
membulatkan apa-apa keputusan.
Namun, dalam pada itu, ada juga pendapat yang tidak
layak sikapi dengan erti konteks dilayani amat hingga menghabiskan
masa kita yang sememangnya amat mungil berbanding perbilangan
urusan lain yang ALLAH Subahanahu wa Ta'ala galaskan
atas kita selaku di khalifah di muka bumi-NYA ini.
Persoalaannya jenis perbezaan pendapat yang
bagaimanakah?
Jawabnya ialah perbezaan pendapat yang niatnya
hanya atas dasar ingin berdebat, memuaskan syahwat
mulut dan ego, kebuakan rasa amarah dan kemuakan
hati, tanpa ada keinginan muafakat dan rasa saling menghormati serta saling menghargai perbezaan
pendapat. Maka, jika demikianlah ia begitu, tinggalkan
sahaja. Katakan sahaja, bagiku urusanku, bagimu
urusanmu, walLAHU’ALAM bishowab.
InsyaALLAH banyak lagi urusan-urusan dan ‘amal
pengibadatan buat ROBBI yang bisa dimanfa’ati buat
mengisi masa-masa kita, yang mana jauh lebih banyak
faedahnya buat pengislahan diri serta penyumbang pada pembangunan UMMAH berbanding hal yang sedemikian
itu.
AlhamdulilLAH, teringat pula pada petikan bicara
bual saya bersama seorang Mu’alim pada 7 Ogos
yang lepas:
Bintu Yusof : "Orang berakal itu bukanlah orang yang
pandai mencari-cari alasan untuk membenarkan
kejelekannya setelah terjatuh kedalamnya, tetapi
orang berakal ialah orang yang pandai menyiasati
kejelekan agar tidak terjatuh ke dalamnya."
Mu’alim : AlhamduliLLAH berdasarkan konsep dua
hadith rasulLLAH s.a.w
Mu’alim : haasibu alfusakum qabla antuhaasabu
Mu’alim : dan kullu bani adam khatta un..
Bintu Yusof : ya, mohon jelaskan ya ustaz al mukhtar
Mu’alim : masyaALLAH indah dan berfaedah untuk
semua
Mu’alim : kehebatan seseorang ialah bila mereka
mengetahui kelemahan diri dan mencari
kekurangan tersebut untuk diperbaiki,
bukannya mendabik dada mengatakan CERDIK
dan Bijak sedangkan perbaikian diri adalah perkara
utama dalam hidup..berdasarkan hadith yang diberikan
kepada Aisyah r.a : sekiranya seseorang daripada
kamu mencari kekurangan diri dan merasakan
dirinya banyak melakukan kesalahan dan
kesilapan dan dia bersegera memp-erbaiki dan
minta ampun kepada ALLAH,maka ALLAH
akan mudah mengampunkannya
Renung-renungkanlah, moga bermanfa’at, insyaALLAH.
Akhirul kalam..bermahkotalah dengan mahkota
budi utama. Bersimbollah dengan simbol perdamaian. Berpandukanlah pada sumber al haq kitabulLAH
wa sunnah RasululLAH sholla ALLAHu ‘alaihi
wassalam. Moga segala-galanya dijalankan dengan
penuh hati-hati, agar semua hati adalah terjaga,
kelak jangan sampai tak terjawab bila dipersoal ROBBUL
‘Aalamiin di hari pengadilan nanti.
Saamihni ‘ala kulli hal, insyaALLAH bersamalah kita
usaha dan do’akan moga keharmonisan UMMAH
terpelihara agar kecemerlangan, kegemilangan dan
keterbilangan ISLAM bisa terus utuh membumi, amiin.
WalLAHU Musta’an.
Hadanallah wa iyakum ajmain, Wa billahi taufiq
wa al hidayah wa salamu alaikum wa rahmatullahi
wa barokaatuh.
al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
17 Syawal 1427H,
Auckland, Nueva Zelanda.
~*~*~*~*~*~*~~*~
p/s: BismilLAH, alhamdulilLAH, antara nukilan
bawah payungan perbicaraan yang sama dengan
hal di atas:
*Bintu Yusof:
Namun, perbualan saya dengan seorang Mu’alim
pada 30 Oktober yang lepas, membuatkan saya
terfikir kembali tentang penulisan artikel
di bawah ini:
Bintu Yusof: awas jgn mudah kenakan hukum
kolektif pada semua kaum hawa, hati2lah
Mu’alim: sebab tu saya cuba juga untuk nilai sendiri
-
Mu’alim: maafkan saya
Mu’alim: hukum adalah aghlabyyah = perkara
terbanyak
Bintu Yusof: baiklah, maafkan saya juga ats bicara
saya yg kurang enak barangkali spjg masa ini,
walLAHU'ALAM
Mu’alim: tak mengapa,ia tak mengganggu saya
Mu’alim: saya terima ia sebagai perkara biasa,
dan jangan risau ia bukan kekasaran
Bintu Yusof: maaf, apa yg ustaz cuba sampaikan
ttg hukum tsebut, maaf atas kelemahan dan
kcetekan ilmu pada diri saya tak mngerti
Bintu Yusof: mohon ihsan perjelaskan
Bintu Yusof: maafkan saya
Mu’alim: hukum adalah aghlabyyah=perkara
terbanyak ertinya,sesuatu hukum dilihat
daripada perkara yang terbanyak berlaku
walaupun ada segelintir yang tak sedemikian,
Bintu Yusof: alhamdulilLAH, saya jelas sekarang,
syukran katiron
WalLAHU Ta’ala ‘ALAM, masih banyak yang
perlu saya dalami, insyaALLAH belajar terus belajar.
~*~*~*~*~*~*~~*~
Mengimbas tinta mu’alif 1426H:
0 Comments:
Post a Comment
<< Home