~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: Indahnya Nasihat & Peringatan

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Saturday, December 30, 2006

Indahnya Nasihat & Peringatan

.


BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu
‘ala RasulilLAH sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam
,

Firman ALLAH Subahanahu wa Ta’ala yang bermaksud:


Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang yang berIMAN dan ber’amal sholeh dan
mereka pula saling berpesan-pesan untuk kebenaran dan
berpesan-pesan dengan kesabaran


(Al ‘Asr; 104: 1-3)

dan

Dan tetaplah memberikan peringatan, kerana sesungguhnya
peringatan itu bermanfa’at bagi orang-orang berIMAN


(Adz Dzaariyaat; 51:55)





AlhamdulilLAH, betapa MAHA PENGASIH lagi MAHA
PENYAYANG ALLAH Ta’ala
, yang MAHA MENDENGAR
KAN
keluhan para du’ah-NYA dan menetapkan kita senantiasa
dalam ‘afiyat IMAN serta tetaplah kita senantiasa dalam
peringatan dan mohon perlindungan dari sebarang sifat lupa
dan alpa, walLAHU Musta’an.

Syukur pada ALLAH, ada sahaja bijian halwa NIKMAT
yang dibenihkan ke ‘alam dunia buat hamba-hamba-NYA
untuk manfa’at pengislahan, permujahadahan dan pentafakuran
mereka dalam mengharungi permusafiran mereka menuju
AKHIRAH.

Ada halwa nikmat yang berbentuk UJIAN baik fizikal,
emosi waima rohani
bagi mengajar kita erti “SABAR”,
hakikatnya kita sedang belajar dan dididik melaluinya
justeru usahlah merasa kecewa atau dikecewakan. Semuanya
berlaku dengan izin ALLAH, yang dengan itu DIA
hendak mendidik kita
, maka terimalah hadiah itu dengan
baik, insyaALLAH hati yang punya rasa redha dan ikhlas
akan beroleh kekuatan dan kebahagiaan bukan lagi
keresahan dan kegelisahan.

Selain itu ada juga halwa nikmat yang berupa sohabat
yang sholeh, masyaALLAH,
insan yang akan senantiasa
memberikan kita nasihat dan bimbingan, membimbing
kita baik langsung atau tidak langsung agar senantiasa
berada di landasan kebenaran dan kewaspadaan.

AlhamdulilLAH, sesungguhnya, nasihat yang disampaikan
dari jiwa yang bersih akan senantiasa dikenal ‘aqal dan
dikenang hati
penerimanya, moga ALLAH berkati segala,
insyaALLAH, amiin.

AlhamdulilLAH
, masih segar di ingatan saya, tanggal
20 Mei 2005, seorang sohabat yang sholeh telah mengunjung
kan ke kantung mel saya sebuah sajak buat renungan saya
semasa saya di rantau orang. AlhamdulilLAH, ia amatlah
saya hargai, dan isinya saya hayati sedalam-dalamnya,


ANTARA SANTAN DAN MUTIARA

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..

Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..

Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..


Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU
PILIHAN..

Menjadi santan..

mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..





AlhamdulilLAH, setiap bingkisan mutiara nasihat
yang dihadiahkan baik kecil mahupun besar tetap
akan saya kenang dan takkan saya sia-siakan, saya
amat bersyukur pada ALLAH, sebab gado-gado nasihat
yang sedemikian baik sepatah kata hatta berkajangan
skripnya adalah satu kemanisan buat saya apatah lagi
dalam membina kesyaksiyahan seorang MUSLIMAH
ILAHI
pada diri, mohon petunjuk dan bantuan-NYA.
AlhamdulilLAH
, apabila hati-hati sering dihidupkan
dengan nasihat dan peringatan, akhirnya semua itu
akan membantu mengukuhkan lagi keCINTA-an
kita pada ALLAH dan akan terus berusaha memenangi
CINTA-NYA. WalLAHU Musta’an
.





Barangkali ada yang tertanya-tanya, apakah reaksi dan
balasan saya bagi insan yang telah mengirimi sajak di
atas pada saya, jawabnya alhamdulilLAH dengan izin
ALLAH
jawapannya dibenihkan dalam strata sukma
saya, maka saya balasilah ia sebagaimana berikut:

My answer
A real pearl doesn’t need light to make it shining
A sun doesn’t need heater to make it warm
Oceans do not need salt to make it salty…
They are shining themselves…

The light… the salt … already be part of them…
They will keep shining even if buried in the deepest ocean
They are precious without advertisement,…
They are the ones whom are called REAL MU’MINAH

A wara’..tawadhu’…MU’MINAH
Will not use her appearance quality just for the sake to
make you fall on her laps..
Or .. to crush other’s hearts..
Only the GREAT MUSLIM will know for real…

Fair in the eyes of men is the love of things they covet:
Women and sons;
Heaped-up hoards of gold and silver;
horses branded (for blood and excellence);
and (wealth of) cattle and well-tilled land.
Such are the possessions of this world's life;
but in nearness to Allah is the best of the goals (To return to
).”

[Qur'an Ali Imran; 3:14]

.



Demikianlah sebahagian daripada jawapan saya, manakala
selebihnya agaklah panjang untuk dititipkan segala-gala
di sini. Moga ada khairnya, insyaALLAH.

AlhamdulilLAH,
sedari hari itu saya terus ingatkan diri saya baik isi sajak
yang disampaikan atas saya bahkan apa yang saya tulis
sebagai jawapannya, dan insyaALLAH terus suburkan
iltizam untuk menggapainya, moga kata-kata tidak
tinggal kata-kata tapi mestilah ditekadkan dalam hati
dan diusahakan dalam konteks perbuatan, moga
ALLAH mempermudah segala
Begitulah nasihat, do’a
dan harapan
saya buat saudari-saudari Muslimah
sekalian, moga bingkisan yang dipaparkan dapat
dimanfa’ati bersama, insyaALLAH sama-sama
kita usaha bina kepribadian sholehah pada diri
dan memburu keredhoan ILAHI ROB
BI.


Wallahu alam bishshowab….
Subhanakallahumma wabihamdika ashadu ala ilaha
illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik






Selamat Menyambut Eidul Adha 1427H, maaf lahir
dan batin
, hayatilah erti pengorbanan dan hargailah sebuah pengorbanan. Perkukuhkan SAYANG kita
pada ALLAH Ta’ala, segar suburkan CINTA kita
pada RasululLAH sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam
dan semaikanlah KASIH sesama Muslim bersaudara.

Do’akan kesejahteraan buat semua!
InsyaALLAH kebaikan milik semua.

Ismihni ‘ala kulli hal, wassalamu’alaykum
warahmatulLAHI Ta’ala wabarokaatuh.


al faqiirah ila ROBBIha,

Bintu Yusof,
9 Dhul Hijjah 1427H,
Darul IMAN, Malaysia.


~* ~* ~* ~* ~* ~* ~*


p/s: salam..lambaian HAJI..terkenang akan sebuah
sajak kiriman ayahanda yang dikasihi dan dihormati
kerana ALLAH pada awal 2006
  • *Albaitu al-Mu3azzam



  • 0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Powered by ClockBot.com }