~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: QANA'AH

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Sunday, March 25, 2007

QANA'AH

.
Qana’ah Sifat Mulia yang Harus
dimiliki Para Isteri

Idea asal: Ummu Raihanah Sydney
Sumber: Majalah As Syari’ah Online
Translasi&olah kembali: Bintu Yusof




BismilLAH,
Ba’da tahmid wassalam

Syukur pada ALLAH,
biiznilLAH
hati ini direnjut-renjut untuk meneruskan
lembaran penulisan di laman ini biarpun di kala ini
dhimpiti sama bebanan tahun akhir pengajian di IPBA.
Rasa rindu yang tak bisa digambarkan, rindu untuk
mengongsi ‘ilmiah
yang telah dicedok daripada hasil
pembacaan dan halaqah bersama akhowat Muslimah
sekalian.

InsyaALLAH, sohabat sohabiah yang saya hormati
sekalian, pada kesempatan pulangnya saya ke Darul
IMAN
di hujung minggu ini atas urusan keperluan,
saya mengunjung seruang waktu buat penulisan ini.
JazakumulLAHU ahsanul jaza’ buat mama, papa
serta adik-adik
yang mengerti serta izinkan ruang
buat kakak sedikit untuk menulis,
yarhamkumulLAH!

MasyaALLAH..
Sudah lama pembacaan ini dalam simpanan saya
sedari saya di bumi Nueva Zelanda dahulu, Cuma
menantikan masa dan tempat yang sesuai bagi saya
melestarikannya. AlhamdulilLAH, sebagaimana
dalam paparan-paparan yang sudah, telah saya usaha
permudah dan olahkan mana-mana bahagian pengisian
yang mana dikira perlu, sebelum dikemas kini dan
dicoret tulis yang baru (fresh edition) buat pembaikan
bersama, walLAHU’ALAM.

Moga ALLAH mengurniakan barokah pd
penitip idea asal, Ummu Raihanah sefamili,
barakalLAHulakum, amiin. InsyaALLAH, sama-sama
ambil manfa’at daripadanya.


BismilLAH..




Sikap Qana’ah atau menerima apa adanya pada hal
kebendaan (duniawi)
dalam kehidupan suami isteri
sangat diperlukan
. Terutama bagi seorang isteri,
tanpa hadirnya sifat qana’ah maka dapatlah dibayangkan
betapa susahnya seorang suami. Setiap kali pulang
ke rumah, maka apa yang menjadi juadah telinganya
pastilah keluhan-keluhan sang isteri; belum punya ini,
belum miliki itu, mahu beli pakaian, kasut dan jilbab
baru, ingin beli barang kemas, perkakas rumah tangga
dan sebagainya lagi.




AlhamdulilLAH, diucap apabila dilihat situasi tadi
berlangsung pada sang suami yang memiliki banyak
harta
, mudah-mudah permasalahan itu bisa ia tangani
secara aman. Namun, astagfiruLLAH..melurut-lurut
dada
rasanya andai situasi itu tertimpakan pada suami
yang kurang berada
, maka hasilnya nanti terjadilah
pertengkaran dan perselisihan apabila si isteri
memandang kedudukan suami dengan sebelah mata
kerana gaji yang kecil. Terkadang terkeluar keluhan
bila ada si Fulan yang mampu mendapatkan pekerjaan
dengan gaji yang besar, tapi mengapa suaminya tidak???
AstaghfirulLAH.. sehingga impian membina sebuah
rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah
semakin menjauh. Hati menjadi resah dan gundah
lantas hilanglah rasa syukur, baik kepasa suami mahupun
kepada ALLAH Ta’ala.

Awas!! Apabila hal ini sudah menimpa seorang isteri
maka waspadalah ya ukhti…sesungguhnya engkau
telah membebani suamimu di luar kemampuannya
.

Engkau telah membuatnya terlalu sibuk dengan dunia
untuk memenuhi segala keinginanmu. Berapa banyak
kaum suami yang meninggalkan majlis ‘ilmu syar’ie
demi mengejar wang? AstaghfirulLAH..
betapa sebelum menikah ia amat rajin menghadiri majlis ‘ilmu, namun
setelah menikah jarang terlihat ia lagi, mungkin yang
dahulunya datang seminggu sekali tetapi sekarang
frekuensinya menjadi sebulan 2 kali atau sekali
bahkan mungkin tidak datang lagi!! Atau berapa banyak
kaum suami yang rela menempuh jalan yang diharamkan
ALLAH Ta’ala demi membahagiakan sang isteri tercinta.
AstaghfirulLAH
, konteks terakhir tadi banyak ditempuhi
para suami yang minimum sekali ‘ilmu agamanya
sehingga demi “senyuman sang isteri” ia rela menempuh
jalan yang dimurkai-NYA. Wal’yyadzubilLAH.





Duhai, para isteri..
Engkau adalah sebaik-baik perhisan di atas muka
bumi ini apabila engkau memahami DEEN
-mu (agama).
Maka jadilah wanita dan isteri yang sholihah,
insyaALLAH
itu semua boleh dicapai apabila
engkau mampu mengendalikan hawa nafsumu.
Bergaul bersama kawan-kawan yang sholihah dan
ber’ilmu, dan tutuplah matamu
apabila engkau
melihat sesuatu yang tidak mungkin mampu engkau
raih, sebaliknya muhasabahi, sedari dan insafilah,
pandanglah ke bawah,
betapa masih banyak yang
lebih menderita dan lebih miskin hidupnya berbanding
hidupmu. InsyaALLAH dengan itu, engkau akan
dapati dirimu bahkan berhasil menjadi orang yang
mudah mensyukuri nikmat-NYA.


Sifat qana’ah ibarat mutiara yang tertanam jauh di
dasar lautan
, barangsiapa yang sanggup mengambilnya
dan upaya memilikinya maka beruntunglah ia. Seorang
isteri yang memili sifat qana’ah ini maka dapatlah ia
membawa ketenteraman dan kedamaian dalam rumah
tangganya.
Percayalah, suami pun akan merasa sejuk
dan senang berdampingan denganmu, biiznilLAH
rasanya ia akan enggan menjauh darimu, sayang
amat zaujahnya yang sholihah itu,
ALLAHU yubaariik fi!




MasyaALLAH, alhamdulilLAH..
Betapa bahagia para suami yang memiliki isteri yang
qana’ah
, mana-mana isteri sahaja mampu memiliki
sifat ini apabila ia mahu berusaha sekuat tenaga dan
berdo’a kepada ALLAH Subahanahu wa Ta’ala
semata.

InsyaALLAH, sama-sama usaha dan do’akan:

BismilLAH..
Ya ALLAH, janganlah KAU jadikan dunia satu-satunya
keinginan utama kami, Amiin
.”

WalLAHU’ALAM bishawwab.


Saamihni ‘ala kulli hal, do’akan UMMAH sama!
ALLAHUMMA a’iz ISLAM wa al Muslimun,
amiin!

Ilal liqo’en jadid, insyaALLAH.
Wassalamu’alaykum warahmatulLAHi wabarokaatuh.



al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
Bumi ALLAH,
5 Rabi al Awwal 1428H.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }