~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: Menggapai 1000 Kebaikan dalam Sehari

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Monday, February 19, 2007

Menggapai 1000 Kebaikan dalam Sehari

.

Penulis asal: Ummu Raihanah
Tarikh publikasi: 3 Okt 2004
Olah semula: Bintu Yusof





Merangkul seribu kebaikan dalam sehari?
Apakah daku mampu mencapainya?
1000 kebaikan dalam sehari?

Duhai saudariku,
Pastinya, Ya..ia akan menjadi mudah bagi insan yang punya
kesungguhan dalam meraihnya.


Ya…ia akan menjadi mudah bagi yang benar-benar
mengharapkan hari penghisabannya di hadapan ALLAH
Subahanahu wa Ta’ala nanti dipenuhi ‘amal sholeh dan
terhapuslah segala keburukannya.


Ya… ia akan menjadi mudah bagi hamba-hamba ALLAH
yang teguh bertekad Akhirat yang menjadi tujuan utamanya,
maka segala jalan untuk meningkatkan ‘amal sholih akan
selalu dicari dan diliriknya.


Dititipan khas buat saudari-saudari Muslimah yang dikasihi
dan dihormati kerana ALLAH Ta’ala sekalian, insyaALLAH
ini merupakan peluang keemasan untuk mengumpulkan
pahala yang bermanfa’at sebagai penghapus keburukan dan
dosa-dosa.






Saudariku..
siapakah yang tidak tergerak hatinya untuk mengetahui
bagaimanakah caranya seseorang hamba itu dapat meraih
seribu kebaikan setiap hari?


RasuluLLAH shalALLAHu ‘alaihi wassalam telah
memberitahu hal ini kepada para sahabat baginda agar
para sahabat ridhwanuLLAH ‘alaihim ajma'in berlumba
-lumba untuk mendapatkannya.
Suatu ketika, seorang
sohabat yang mulia iaitu
Sa’ad bin Abi Waqash
radhiyALLAHu anhu berkata:

''Pada saat kami bersama RasuluLLAH shalALLAHu
‘alaihi wassalam
, baginda bersabda:

''Apakah seseorang di antara kalian tidak mampu untuk
mendapatkan 1000 kebaikan dalam sehari
?''

Maka salah seorang yang duduk di antara kami bertanya:

''Bagaimana salah seorang d iantara kami mendapatkan
1000 kebaikan
?''

Baginda shalALLAHu ‘alaihi wassalam bersabda:

''Bertasbih 100 kali,nescaya ditulis baginya 1000 kebaikan
atau dihapus darinya 1000 kesalahan''


(Hadith Shahih Riwayat Muslim no.2698)





Ukhti Muslimah, renungkanlah hadith diatas.
SubhanaLLAH, Maha Suci ALLAH Ta’ala betapa besar
pahala yang ALLAH sediakan bagi hamba-hamba-NYA
yang mahu mengingat-NYA.
Senantiasa lidahnya basah
dengan dzikruLLAH. Bagi seorang hamba yang hatinya
benar-benar lurus maka untuk mengamalkan hadith di atas
bukanlah suatu hal yang sulit. Akan tetapi bagi mereka yang
hatinya sakit dan terlanjur cintanya kepada dunia maka
mengamalkan hadith tersebut seakan-akan sulit membuatnya
mendaki kelangit. WalLAHU ‘Alam.

Saudariku,
seterusnya dilampirkan pertanyaan berikut yang juga
merupakan satu peringatan saban waktu buat diriku
al faqiirah ila ROBBIha,

Membaca dan menyelami intipasti hadith tersebut,
tidakkah dari sekarang engkau ingin melaksanakannya?

Tidakkah engkau mengiginkan kesalahan-kesalahanmu
tertutup dan terhapus dek tasbihmu kepada-NYA?


Wahai ukhti Muslimah,...
marilah kita bersegera menuju kepada-ALLAH Ta’ala.
Menuju ampunan-NYA, sesungguhnya pada saat ini
merupakan sebaik-baik kesempatan untuk bertaubat,
memperbanyak ibadah dan dzkir mengingat-NYA.


Mengapa?






Kerana pada saat ini engkau dalam keadaan yang sihat,
insyaALLAH dalam sebaik-baik keadaan seorang hamba
dan mudah melakukan apa sahaja serta ringan terasa
dijiwamu.
Justeru, ayuh, sama-sama kita perbanyakkanlah
‘amal sholeh
sebelum tiba masa sakit, sebelum maut
datang menjelang, jangan terlalu gemar bertangguh,
hingga yang sampai tiba nanti hanyalah penyesalan
yang tidak terkira, pedih dan menyakitkan…naudzubilLAH,
Ya ROBB pandulah hati-hati kami ke jalanan yang lurus
dan kudus.



Wahai hamba-hamba ALLAH yang asyik mengumpulkan
dosanya, tibalah kini saatnya untuk menutupi dosa-dosamu
itu dengan bertasbih kepada-NYA, insyaALLAH
sebagai
mana di maktubkan dalam hadith tadi, dengan 100 kali sahaja,
maka 1000 kesalahan yang ada padamu akan dihapus-NYA
.

Tidakkan engkau ingin mengamalkannya? Begitu mudah
dan murah.
Cukup dengan menggerakkan hati dan lidahmu
berdzikir mengingat-NYA maka DIA-pun akan segera
membalasnya. Sungguh dzikir mengingat-NYA merupakan
satu ‘amal yang paling di cintai ALLAH Ta’ala. Engkau
tidak percaya? Cubalah semak hadith dari Sohabat Mu'adz
bin Jabal radhiyaLLAHhu anhu
meriwayatkan bahawa
RasuluLLAH shalALLAHu ‘alaihi wassalam bersabda:





''’Amal perbuatan yang paling dicintai oleh ALLAH adalah
hendaknya engkau mati sementara lisanmu selalu basah
dengan dzikir kepada ALLAH''


(Hadith Shahih, diriwayatkan oleh Ibnu Hibban 2318,
Tabrani Mu'jamul Kabir 20/93,106,107,108 dan Ibnu
Sunni dalam Amalul yaum wal lailah hal.2)

Mudah-mudahan hadith diatas menjadi penyemangat
hidupmu dan hidupku jua, Muslim bersaudara untuk
memacu dan mengisinya dengan ‘amal-‘amal sholeh
,
sehingga nantinya kita menjadi orang yang beruntung
dihadapan ALLAH Subahanahu wa Ta’ala. Semoga
ALLAH senantiasa memberikan taufiq dan hidayah-NYA
kepada kita semua agar mudah langkah kaki kita menuju
ketaatan kepada-NYA. Amin.

Wallahu'alam bish-shawwab.


Akhirul kalam..jangan lupa untuk sama-sama mendo’akan
kesejahteraan, keselamatan, keharmonisan, kesatuan
dan kejayaan UMMAH ISLAM, insyaALLAH, amiin
Ya ROBBAL ‘Aalamiin.


Saamihnii 'ala kulli hal.

Hadaanallah wa iyyakum wa Baarakafiina wa iyyakum
ajma'in.

Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh
.


al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Haji Yusof,
1 Safar 1428H
Darul IMAN, MALAYSIA.


* Ma’raji penulis asal:
1.Bingkisan istimewa bagi muslimah,Abu Maryam
As-Sayyid, Darul Haq,Jakarta,2002.
2.Ringkasan Shahih Muslim,Imam Al-Mundziri,
Pustaka Amani,Jakarta,2003M.

1 Comments:

  • At 4:09 PM, Anonymous Anonymous said…

    Well said.

     

Post a Comment

<< Home

Powered by ClockBot.com }