~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: November 2005

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Sunday, November 27, 2005

Afwan

BismilLahi walhamdulilLahi wassolatu
wassalamu ‘ala rasulilLahi s.a.w.


Ya ROBBI,
Izinkanlah sekuntum mawar harapan mekar dari
taman-taman syurga-MU untuk merahmati taman hati saya.
Benarkanlah ia mengukirkan senyuman dan menebarkan
keharumannya hingga membawa perasaan bahagia dalam
kehidupan saya.


Posted by Picasa


Dalam kediaman penderitaan zahir dan batin
yang tiada berkesudahannya ini,
biarkanlah saya selalu celik dan ingat
akan rahmat kasih sayang-MU.

Sisihkanlah dari hati saya sebarang rasa yang sia-sia
melainkan kesyukuran yang tiada terhingga kepada-MU,
kuncikanlah sebarang bentuk omongan kosong dari
lidah saya kecuali untaian puji-pujian kepada-MU.

Ya ROBBI,
Alangkah indah kemanisan yang dikecapi mulut-mulut
mereka yang mengakui terima kasih kepada-MU.
Bukanlah kepada diri mereka sendiri mereka berhutang budi
dan rasa akan kehadiran suatu kesenangan dalam kehidupan mereka,
sebaliknya diakui hanya ENGKAU-lah pemberi semua bentuk
keberadaan dan ketidakberadaan itu
.


Posted by Picasa


Duhai diri,
Berapa lama lagi,
wahai jiwa saya yang keanak-anakan,
engkau akan terus bermain lumpuran di kediaman
yang berimejkan sia-sia ini?

Berapa lama lagi engkau akan memberikan kebebasan
kepada keraguan, kejahilan, kecetekan, kekurangan,
kesilapan dan kesalahan pada diri?

Bangkitlah dari dewan keselesaan itu,
buangkanlah ilusi dan kejahiliyyahan dari hatimu
dan palingkanlah wajahmu kepada YANG SATU;
manhaj yang lurus.

“..dan bahwa (yang KAMI perintahkan ini) adalah
jalan-KU yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah
kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana
jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-NYA.
Yang demikian itu diperintahkan ALLAH agar kamu bertaqwa..”


[Al An’aam, 6:153]

Duhai diri,
Insafilah, kelak pada saat engkau menghembuskan
nafas terakhirmu, sesungguhnya nasibmu amatlah
bergantung kepada DIA sahaja.

Justeru jadikanlah DIA
matlamat tunggal aspirasi
dalam apa jua agenda kehidupan,
dan manfa’atkanlah nikmat zahir dan batin
kurniaan-NYA sejujurnya.

Janakanlah daripadanya
buah hasil kerja mu
yang membawa
kepada keberkatan dan keredhaan-NYA;
kebahagiaan yang abadi.

Posted by Picasa


p/s: Assalamu’alaikum wbt, kehadrat tetamu ziarah teratak eletronik:“PERANTAU AKHIRAH, MUSAFIR PERJUANGAN”,
dengan segala rasa kerendahan di hati, antum dijemput mengikuti
sambungan tinta pena di atas di dalam ruangan:
Bint Haji Yusof Webjournal”.

InsyaALLAH, selepas keluaran ini dan yang mendatang,
ana akan cuba atas kapasiti termampu menampilkan
tinta kalam yang lebih berpengisian buat tamu ziarah yang ana
hargai dan hormati filLah. Wallahu’Aalimin. Wslm.

-25 SYAWAL 1426H, Auckland, NEW ZEALAND-
Powered by ClockBot.com }