KU SERAH CINTA
Sesungguhnya saban hari ana menilai, memuhasabah diri ana bagi setiap detik-detik yang telah berlalu. Menerusinya baru ana sedari betapa diri ana telah banyak alpa dan lena dibuai nikmat dunia. Ana cuba untuk memperbetulkan segala bentuk kesilapan dan kelekaan ana itu, namun adakalanya ana tewas juga.
Biar apa pun yang terjadi, ana tidak mahu mengalah bahkan ana tetap istiqomah dlm memuhasabah perjalanan hidup ana setiap hari sebelum kelopak mata ana tertutup dan ana mulai lena dibuai mimpi.
Ana mohon pada-Mu, Ya Robbi, kurniakanlah nikmat hidayah, keinsafan, kepasrahan, kemaafan, keredhaan, keikhlasan, keimanan, ketaqwaan, kesolehan, kecerdikan, kerajinan, kejayaan, dan kasih sayang atas diri hamba-Mu ini. Amiin.
Ya, Allah, ana akur yang kehidupan di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Ana sedar; jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila ana kembali semula kepada-Mu, Ya Ilahi.
Justeru, kini telah terbit satu cetusan rasa drp diri ana setelah ana renungi dan imbasi untaian kata2 yang tersirat dlm bingkisan melodi yang didendangkan IN TEAM 04 iaitu satu lahiriah murni yang telah membuatkan ana nekad untuk menjadikan mutiara "KU SERAH CINTA" sebagai salah satu pedoman dalam hidup ana mulai saat ini.
KU SERAH CINTA INI
Kuserah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Akan kuserah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta mertabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas daripada masalah
Kuserahkan cinta ini
Hanya pada-Mu, oh Tuhan!
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan kuserah jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Kepada Yang Satu
Aku adalah aku sekarang
Kuserahkan cinta ini
Hanya pada-Mu, Allah S.W.T.
** With that, insyaAllah, i will always remind myself to:
> Love ALLAH and His Messenger more than anything else, and
> Love other Muslim JUST for the sake of ALLAH S.W.T.Amiin.
Ikhlas lillahi Ta'ala:
SYAHIDITUSUCI.