~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Tuesday, December 11, 2007

SALAM...HIJRAH..

BismilLAH, alhamdulilLAH..



Assalamu’alaykum warahmatulLAHi
wabarokaatuh
,

Khas buat kehadrat sohabat sohabiah yang
saya hormati dan kasihi lilLAHI Ta’ala,
didoakan semoga berada dalam keadaan
Iman yang baik dan diberikan kekuatan
ber’amal liridholLAH!


AlhamdulilLAH, dengan izin ALLAH Ta’ala,
saya telah selamat menyempurnakan pengajian
5 ½ tahun saya dalam jurusan Bach.Education
Teaching English to Speakers of Other Languages
(B.Ed TESOL) pada tanggal 4 Disember 2007

(Selasa) yang lepas. Moga segala-galanya
beroleh kesejahteraan dan diberkati
ILAHI ROBBI, insyaALLAH, amiin.

Sehubungan dengan itu, saya mengambil
keputusan untuk membuka lembaran baru
bagi “SyahidituSuci”.

Na’am, tiada dapat saya nafikan betapa banyak
kenangan telah terpatri sedari umur belasan tahun
di Malaysia hinggalah keberangkatan ke New Zealand
dan kini kembali ke tanah air saya siratkan bersama
penulisan dan hasil nukilan di laman
syahiditusuci.blogspot.com
ini juga rerantaiannya. Sungguh ia punya erti
dalam hidup saya, syukran lilLAHi Ta’ala
atas peluang yang dikurniakan.



Walaubagaimanapun sempena hadirnya 1 Zulhijjah
1428H
(11 Disember 2007, Selasa), insyaALLAH
sebermula hari ini, saya akan mula mencoret pena
di laman terbaru,
  • *http://syahiditusuci.multiply.com.
    Pastinya ada sulaman hikmah di sebalik hijrah ini.
    Di mana bumi dipijak, di situ hukum ALLAH dijunjung.
    InsyaALLAH dakwah ilalLAH
    dan usaha
    taqarrub kepada-NYA
    akan terus-terusan,
    walLAHU Musta’an
    .

    Ilal liqo’en jadid insyaALLAH fi
  • *http://syahiditusuci.multiply.com.

    Asifi ‘ala kulli hal wa jazakumulLAHu
    khairan katiron aidhon.


    Wassalamu bilkhair ajma’in.


    Moga jaya fi daarani,
    Ukhtukum filLAH,
    Bintu Yusof (SyahidituSuci)
    Darul IMAN, Malaysia.


    *p/s: To Speakers of other Languages,
    I have move to
    :
  • *http://syahiditusuci.multiply.com.
  • Tuesday, November 13, 2007

    Ayahanda: " terimalah sajak * Albaitu al-Mu3azzam* yang sungguh syahdu ini. ….."

    .
    Warkah kiriman Ayahanda tersayang filLAH



    Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh


    ~* ~* InsyaALLAH
    latest updates *~ *~

    CoMiNG SOoN in Mid DeceMBeR 2007

    InsyaALLAH with NeW…??


    Khassun ila hadhratil ikhwah wa akhowatil mukhtar,

    Dido’akan kehadrat ALLAHU ROBBI, mudah-mudahan
    senantiasa beroleh kemudahan dalam segala urusan penghidupan, insyaALLAH.

    AlhamdulilLAH, biiznilLAH, dikaruniakan keringanan pada
    hati dan kudrat diri untuk berkongsi sebuah sajak ‘Arab asal yang
    disusuli terjemahannya khusus ditinta oleh ayahanda dalam tulisan
    jawi buat anakanda, juga berserta pengolahan mutiara kata-kata
    nan bersepuh hikmah dan keindahan fi khairilLAH, insyaALLAH
    . Sebuah sajak yang penuh siratan ma’nawi dan menyentuh hati ana, tiada bisa digambar kesayuan qalbu,
    rafa’ kesyukuran kehadrat ILAHI atas segala karuniaan-NYA

    buat diri ini selaku seorang perantau akhirah , musafir perjuangan
    yang masih jauh lagi jalanan perantauannya dalam melengkapkan
    bekalan diri sebelum tiba ke destinasi yang pasti dan bertemu ROBBI.


    BismilLAH..




    Ya ALLAH,
    Ketika aku mencelikkan dua mataku
    dengan melihat Baitul Haram
    Tidak aku sedari apakah kakiku
    yang lebih dahulu sampai atau jiwaku
    Tidak aku tahu apakah kegembiraan
    yang terzahir di wajahku atau pun tangisan,
    Melihatkan Albaitu al-Mu3azzam; baitulLAH itu,

    Ya ROBBI,
    Di belakang Maqam Ibrahim aku telah bersembahyang
    Di dalam Hajar Isma’il aku telah sujud,
    di lantai itu aku cecahkan hidungku..

    Ya ILAHI,
    Dengan tanganku kusentuh Hajarul Aswad
    Pada sebutir batu daripada batu-batu Syurga.

    Dengan dua mataku, aku telah lihat sebutir batu
    daripada batu-batu Syurga,

    Dengan dua mataku, aku telah melihat sebutir permata
    yaqut daripada permata-permata delima Syurga..

    Dua bibirku telah kukucup hajarul Aswad…
    Dadaku telah aku sentuhkan (dapatkan) kepada multazam..

    Ya RAHMAN,
    Daripada sebaik air di dunia telah aku minum sehingga puas,
    Di atas bukit Shofa aku telah berhenti..
    Daripada sebaik tempat di dunia…?!

    Ya RAHIM,
    Mula hati-hati aku telah meletakkan mukaku
    di tempat An Nabiyyul Kareem telah meletakkan
    dua tapak kakinya yang mulia…?!
    Atau aku telah meletakkan mukaku
    di tempat gugur air matanya
    ketika baginda s.a.w. sujud di sisi ka’bah..?!

    Ya FATTAH,
    Sungguhnya apa yang disaksikan atau dilihat
    dan di tempat berhenti atau berdiri
    tidak akan saya lupakan selagi ada hayat itu..

    Ya ROBBIL 'Aalamiin,
    Cintaku kepada Mekah-MU tidak akan putus,
    Kemuliaanku kepada Mekah-MU
    sentiasa berterusan
    selagi ruuh tidak sampai kepada halkum..
    (tidak keluar daripada halkum)
    Mekah, sebuah nama yang ia di hatiku.

    Namun,
    pastinya AKU menaruh SEUTAMA Cinta
    pada-MU, pemilik mutlak Albaitu al-Mu3azzam
    di Makkatul Mukarramah yang kumaksudkan itu.

    WalLAHU 'alam bishowab..

    AlhamdulilLAH, syukran lilLAHI Ta'ala..

    ..


    Ayahanda yang sentiasa menyayangi, mencintai, mengingati
    dan sentiasa mendo’akan moga anakanda sentiasa
    dirahmati ALLAH
    , berada di dalam keadaan sihat,
    ketaqwaan, ketabahan dalam apa jua keadaan dan seterusnya
    sentiasa maju di dalam pelajaran hinggalah mencapai kejayaan
    yang diidam-idamkan………………………..terimalah sajak
    Albaitu al-Mu3azzam” yang sungguh syahdu ini. …..

    AlhamdulilLAH, demikianlah sedutan ringkas
    warkah ayahanda tersayang filLAH juga tak lupa
    bonda tersayang filLAH) yang ana rasa ada khairnya
    bagi pengongsian bersama ikhlas lilLAHI Ta’ala buat
    manfa’at sesama saudara saudari seaqeedah yang
    ana hargai filLAH.


    Sesungguhnya setinggi-tinggi ucap kesyukuran
    dan pujian ana rafa’kan kehadrat ALLAHU ROBBI ‘ala kulli hal.
    Dan DIA-lah sebaik-baik tempat pengaduan dan memohon segala pertolongan, dan MAHA MENDENGARkan keluhan para du’ah-NYA. Syukran lilLAHI Ta’ala.


    BarakalLAHUlakum wa ahlul buyutukum!


    Asifi ‘ala kulli hal.


    Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.



    Al faqiir ila ALLAH S.W.T.,
    Bint Haji Yusof,
    29 Muharram 1427H,
    Auckland, New Zealand

    Labels:

    Ayahanda: " terimalah sajak * Albaitu al-Mu3azzam* yang sungguh syahdu ini. ….."

    .
    Warkah kiriman Ayahanda tersayang filLAH



    Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh


    ~* ~* InsyaALLAH
    latest updates *~ *~

    CoMiNG SOoN in Mid DeceMBeR 2007

    InsyaALLAH with NeW…??


    Khassun ila hadhratil ikhwah wa akhowatil mukhtar,

    Dido’akan kehadrat ALLAHU ROBBI, mudah-mudahan
    senantiasa beroleh kemudahan dalam segala urusan penghidupan, insyaALLAH.

    AlhamdulilLAH, biiznilLAH, dikaruniakan keringanan pada
    hati dan kudrat diri untuk berkongsi sebuah sajak ‘Arab asal yang
    disusuli terjemahannya khusus ditinta oleh ayahanda dalam tulisan
    jawi buat anakanda, juga berserta pengolahan mutiara kata-kata
    nan bersepuh hikmah dan keindahan fi khairilLAH, insyaALLAH
    . Sebuah sajak yang penuh siratan ma’nawi dan menyentuh hati ana, tiada bisa digambar kesayuan qalbu,
    rafa’ kesyukuran kehadrat ILAHI atas segala karuniaan-NYA

    buat diri ini selaku seorang perantau akhirah , musafir perjuangan
    yang masih jauh lagi jalanan perantauannya dalam melengkapkan
    bekalan diri sebelum tiba ke destinasi yang pasti dan bertemu ROBBI.


    BismilLAH..




    Ya ALLAH,
    Ketika aku mencelikkan dua mataku
    dengan melihat Baitul Haram
    Tidak aku sedari apakah kakiku
    yang lebih dahulu sampai atau jiwaku
    Tidak aku tahu apakah kegembiraan
    yang terzahir di wajahku atau pun tangisan,
    Melihatkan Albaitu al-Mu3azzam; baitulLAH itu,

    Ya ROBBI,
    Di belakang Maqam Ibrahim aku telah bersembahyang
    Di dalam Hajar Isma’il aku telah sujud,
    di lantai itu aku cecahkan hidungku..

    Ya ILAHI,
    Dengan tanganku kusentuh Hajarul Aswad
    Pada sebutir batu daripada batu-batu Syurga.

    Dengan dua mataku, aku telah lihat sebutir batu
    daripada batu-batu Syurga,

    Dengan dua mataku, aku telah melihat sebutir permata
    yaqut daripada permata-permata delima Syurga..

    Dua bibirku telah kukucup hajarul Aswad…
    Dadaku telah aku sentuhkan (dapatkan) kepada multazam..

    Ya RAHMAN,
    Daripada sebaik air di dunia telah aku minum sehingga puas,
    Di atas bukit Shofa aku telah berhenti..
    Daripada sebaik tempat di dunia…?!

    Ya RAHIM,
    Mula hati-hati aku telah meletakkan mukaku
    di tempat An Nabiyyul Kareem telah meletakkan
    dua tapak kakinya yang mulia…?!
    Atau aku telah meletakkan mukaku
    di tempat gugur air matanya
    ketika baginda s.a.w. sujud di sisi ka’bah..?!

    Ya FATTAH,
    Sungguhnya apa yang disaksikan atau dilihat
    dan di tempat berhenti atau berdiri
    tidak akan saya lupakan selagi ada hayat itu..

    Ya ROBBIL 'Aalamiin,
    Cintaku kepada Mekah-MU tidak akan putus,
    Kemuliaanku kepada Mekah-MU
    sentiasa berterusan
    selagi ruuh tidak sampai kepada halkum..
    (tidak keluar daripada halkum)
    Mekah, sebuah nama yang ia di hatiku.

    Namun,
    pastinya AKU menaruh SEUTAMA Cinta
    pada-MU, pemilik mutlak Albaitu al-Mu3azzam
    di Makkatul Mukarramah yang kumaksudkan itu.

    WalLAHU 'alam bishowab..

    AlhamdulilLAH, syukran lilLAHI Ta'ala..

    ..


    Ayahanda yang sentiasa menyayangi, mencintai, mengingati
    dan sentiasa mendo’akan moga anakanda sentiasa
    dirahmati ALLAH
    , berada di dalam keadaan sihat,
    ketaqwaan, ketabahan dalam apa jua keadaan dan seterusnya
    sentiasa maju di dalam pelajaran hinggalah mencapai kejayaan
    yang diidam-idamkan………………………..terimalah sajak
    Albaitu al-Mu3azzam” yang sungguh syahdu ini. …..

    AlhamdulilLAH, demikianlah sedutan ringkas
    warkah ayahanda tersayang filLAH juga tak lupa
    bonda tersayang filLAH) yang ana rasa ada khairnya
    bagi pengongsian bersama ikhlas lilLAHI Ta’ala buat
    manfa’at sesama saudara saudari seaqeedah yang
    ana hargai filLAH.


    Sesungguhnya setinggi-tinggi ucap kesyukuran
    dan pujian ana rafa’kan kehadrat ALLAHU ROBBI ‘ala kulli hal.
    Dan DIA-lah sebaik-baik tempat pengaduan dan memohon segala pertolongan, dan MAHA MENDENGARkan keluhan para du’ah-NYA. Syukran lilLAHI Ta’ala.


    BarakalLAHUlakum wa ahlul buyutukum!


    Asifi ‘ala kulli hal.


    Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.



    Al faqiir ila ALLAH S.W.T.,
    Bint Haji Yusof,
    29 Muharram 1427H,
    Auckland, New Zealand

    Wednesday, July 25, 2007

    Cemburu..penilaian kembali..

    .
    Paduan Buah Fikir & Suara Karya: Habib Abu Nadia
    dan Tarbawi125


    Getusan idea lelaman: http://www.elazhar.net/ dan http://www.kotasantri.com

    Penyusun editan dan olahan translasi: Bintu Yusof




    Sebermula dengan lafaz yang mulia,
    BismilLAH Ar Rahman Ar Rahim
    diharapkan penggarapan nukilan penulisan ini ada manfa’atnya
    bukan sahaja buat diri saya bahkan saudara/ri seaqeedah yang
    dirahmati ALLAH Ta’ala sekalian, insyaALLAH.

    ALLAHumma sholli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala
    aalihii wasohbihi wa baarik wassalim. AlhamdulilLAH
    ..

    Saudara/riku, ...
    Hingga saat ini, ketika mata kita membaca kalimat demi kalimat
    tulisan ini, pernahkah kita berfikir setinggi mana titik keutamaan
    yang ada dalam jiwa, antara keredhaan ALLAH Ta’ala dan
    kehendak nafsu kita? Antara kemestian tunduk total
    pada Allah Ta’ala
    dan hasrat kita yang bertolak
    belakang dengan ketundukan pada Allah Ta’ala
    ?

    Penting sekali masalah seperti ini menjadi bahan perenungan
    rohani kita, sementelahan bila mana insani lebih cenderung
    memenuhi hasrat duniawi , secara tidak langsung ia juga
    meminimalkan keta’atan dan ketundukan kepada ALLAH Ta’ala.
    Keadaan ini ada digarapkan pada siratan nasihat seorang salafus
    sholih
    yang bernama Malik bin Dinar rahimahulLAH.
    Yang maksudnya:

    Sebesar mana kadar kesedihanmu untuk urusan
    dunia, maka sebesar itu pulalah akan terusir obsesi
    akhiratmu. Samalah jua dengan sebesar mana kadar kegelisahanmu untuk urusan akhirat, maka sebesar
    itu pulalah akan terbuang obsesi duniamu
    .”


    Saudara/riku yang tak pernah terputus
    dari rahmat Allah
    , ...
    Tidak ada yang lebih cemburu daripada ALLAH Subahanahu
    wa Ta’ala
    kepada hamba-NYA yang mengikuti keinginan
    selain-NYA. Perhatikanlah sabda Rasulullah s.a.w. yang
    bermaksud:

    "Sesungguhnya ALLAH cemburu dan orang berIman
    pun cemburu. ALLAH akan cemburu apabila seseorang
    melakukan apa yang di haramkan
    ."

    (HR. Ahmad, Muslim)

    Kecemburuan ALLAH SWT, seperti disabdakan oleh Rasulullah
    SAW
    adalah ketika ada hamba yang lebih mengutamakan makhluk
    dari-
    NYA. Kecemburuan ALLAH SWT bahkan lebih besar ketimbang manusia yang paling cemburu. Sehingga pernah suatu
    saat, ketika terjadi gerhana matahari, Nabi shallallaahu alaihu
    wa sallam
    bersabda di dalam khutbahnya yang bermaksud,

    "Wahai umat Muhammad, tidak ada seorang pun yang
    lebih cemburu dibanding ALLAH
    ."

    (Muttafaq 'alaih).

    Saudara/riku, ...
    Rasulullah SAW itu juga pencemburu. Lalu, suami sholih
    dan istri sholihah
    juga pencemburu. Suatu ketika, Sa'ad bin
    Ubadah
    berkata, "Seandainya aku menemukan seorang
    laki-laki bersama isteriku tentu aku tebas ia dengan
    pedang, bukan dengan lempengnya tetapi dengan mata pedangnya
    ".





    Maka Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda
    yang bermaksud, "Apakah kalian merasa hairan dengan kecemburuan Sa'ad? Sesungguh-nya aku lebih cemburu
    dibanding dia, dan ALLAH lebih cemburu dibanding aku
    ."

    (Muttafaq 'alaih)

    Para shahabat nabi benar-benar berpegang teguh
    kepada sikap (rasa) kecemburuan
    ini, kerana cemburu
    (ghirah) mempunyai kedudukan yang sama dengan kewajiban
    dan cabang-cabang Iman lainnya. Manakala tentang
    kecemburuan isteri sholihah, suatu saat Rasulullah SAW
    bertanya kepada Aisyah r.a.,

    "Apakah engkau pernah merasa cemburu?"

    Aisyah Menjawab,

    "Bagaimana mungkin orang seperti dirirku ini tidak
    merasa cemburu jika memiliki seorang suami seperti
    dirimu."


    (HR. Ahmad di dalam Musnadnya dan Iman Muslim).


    Saudara/riku, ...
    Mukmin yang shalih juga pencemburu. Ibnu Hisyam meriwayatkan, bahawa ada seorang wanita Arab membawa
    barang dagangannya untuk dijual di Pasar Bani Qainuqa'
    (salah satu suku Yahudi Madinah). Ia duduk berdekatan dengan
    tukang perhiasan emas dan perak. Lalu sekelompok orang Yahudi
    datang dan bermaksud akan menyingkap wajahnya, namun wanita
    itu menolak keras. Kemudian, secara diam-diam si tukang perhiasan
    tadi mengikatkan ujung pakai wanita itu ke punggungnya,
    sehingga ketika si wanita itu berdiri auratnya tersingkap dan ia
    pun berteriak. Mendengar jeritan itu, seorang lelaki
    Muslim melompat menyerang dan menindih lalu
    menghabisi nyawa tukang perhiasan jahat tadi.

    Akibatnya, sekelompok orang Yahudi menge-royok lelaki
    Muslim itu hingga tewas.

    Mendengar peristiwa itu, Rasulullah Shallallaahu
    alaihi wa Sallam langsung berangkat bersama
    sejumlah pasukannya dan mengepung Bani Qainuqa'
    ,
    sehingga akhirnya mereka menyerah dan Nabi mengusir
    mereka ke Negeri Syam
    . Para ulama terdahulu (salaf)
    dan kaum Muslimin menjunjung tinggi sikap mulia
    ini (cemburu), mereka tidak pernah menganggapnya remeh meskipun di dalam masa-masa tertindas.


    Ketika kaum salibis Nasrani menjajah sebahagian negeri mereka
    selama hampir dua abad lamanya, suatu rentang waktu yang
    cukup panjang dan kondisi kaum Muslimin telah dianggap rapuh
    serta lemah, sedang-kan kaum salibis kuat dan akan tetap tinggal
    di negeri jajahan itu sampai turunnya Isa al-Masih. Namun
    kenyataannya, kaum Muslimin tetap tegar memegang
    teguh sikap (rasa) kecemburuan
    . Sementara itu, kaum
    Nasrani salibis sama sekali tidak mempunyai rasa
    cemburu
    (dayyuts). Seorang di antara mereka berjalan-jalan
    bersama isterinya, lalu di tengah jalan sang isteri berjumpa
    dengan teman lelakinya, maka sang suami menyingkir untuk
    memberi kesempatan kepada isterinya bersukaria dengan lelaki
    tadi.



    Semoga ALLAH Ta’ala melindungi kita. Sungguh sangat memprihatinkan, di negara kita yang majoriti penduduknya
    Muslim ini sudah terlalu jauh meninggalkan rasa cemburu. Pergaulan bebas dan berbaur antara laki-laki dengan perempuan
    yang bukan mahram sudah menjadi tradisi, bahkan banyak
    orang tua yang membiarkan puteri-puteri mereka
    keluar malam bersama lelaki
    (kawan/teman lelaki) hingga
    larut malam. Dan yang lebih parah lagi adalah adanya sebahagian
    orang tua yang membiarkan puteri-puteri mereka hamil di luar
    nikah tanpa ada rasa malu sedikitpun, apa lagi mau cemburu!
    Malah bangga, karena puteri mereka sudah mempunyai
    teman lelaki (boyfriend),
    dengan alasan gaul/sosial.

    Padahal Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam
    telah bersabda, yang ertinya:

    "Ingatlah! Tiada seorang lelaki yang berdua-duaan
    dengan seorang wanita melainkan syaitanlah yang
    menjadi pihak ketiganya
    ."

    (Riwayat Ahmad dan at Tirmidzi)

    Sebahagian lagi ada yang acuh tak acuh, bahkan bangga
    kalau puterinya berpakaian setengah badan lagi span,
    hingga tampak seksi dan menggiurkan lawan jenisnya. Na'udzubillah
    . Sungguh betapa makin jauh umat ini dari akhlaq
    yang mulia dan dari tuntunan agamanya, termasuk di antaranya rasa cemburu. Termasuk bentuk terkikisnya rasa cemburu
    adalah seorang laki-laki membiarkan isteri atau wanita
    yang menjadi tanggung jawabnya ke luar rumah dengan membuka pakaian hijab/jilbab
    , menampakkan sebahagian auratnya atau menampakkan bentuk tubuh dan warna
    kulitnya
    . Termasuk juga membawa isterinya ke tempat
    -tempat umum yang terjadi ikhtilat
    di sana seperti pesta
    -pesta, sehingga isterinya menjadi sorotan dan sasaran pandangan
    kaum lelaki, juga membiarkan mereka melakukan safar
    (perjalanan jauh) tanpa disertai mahram.

    Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda,
    ertinya,

    "Jangan sekali-kali seorang lelaki berduaan dengan
    seorang wanita, melainkan dia beserta mahramnya
    dan janganlah seorang wanita itu melakukan safar,
    kecuali bersama mahramnya
    ." Maka seorang laki-laki
    berdiri dan berkata, "Wahai Rasulullah sesungguhnya
    isteriku pergi haji, sedangkan aku sendiri telah
    diwajibkan ikut di dalam peperangan ini dan ini
    ,"
    maka baginda s.a.w. bersabda, ertinya, "Pergilah
    berangkat haji bersama isterimu
    ."

    (HR al Bukhari-Muslim)

    Saudara/ri seaqeedah yang dirahmati ILAHI,
    Salah satu sifat lelaki yang sholih adalah pencemburu,
    kerana hal itu mengisyaratkan adanya perasaan cinta.
    ISLAM memuji lelaki yang memiliki rasa cemburu dan
    mencela orang yang tidak memilikinya.
    Selain
    menganjurkan rasa cemburu, ISLAM juga memberikan
    batas-batasnya.
    Yang mana bila batas-batas ini dilanggar,
    rosaklah kebahagian rumah tangga. Suami yang sholih
    harus mampu memahami hal ini, agar dapat mewujudkan
    kehidupan yang sakinah, mawadhah, dan rahmah.
    Memang haruslah demikian agar seorang Mukmin mempunyai
    sifat dan berperangai Ilahiyah dan Nabawiyah ini. Adapun
    orang yang tidak mempunyai rasa cemburu, dia tidak dapat menjaga kehormatan isterinya/suaminya. Ia sekadar bersikap acuh tak acuh
    apabila mendapati isterinya bersolek dan memakai minyak wangi
    ketika akan pergi ke tempat umum, mempamerkan rambutnya, memperlihatkan tubuhnya/auratnya, dan berbicara dengan
    dibuat-buat agar menarik perhatian.

    Perbuatan seperti itu adalah perbuatan tercela sebagai
    mana dalam sabda Rasulullah Shallallaahu alaihi
    wa Sallam
    , yang maksudnya:

    " Tiga golongan yang bakal tidak masuk syurga :
    orang yang derhaka terhadap ibu bapanya, Duyuts
    (orang yang tidak mempunyai rasa cemburu),
    dan perempuan yang menyerupai laki-laki
    ."

    ( HR. Nasai dan Hakim).


    Saudara/riku,
    Pesona wanita muncul bukan dengan menampakkan auratnya
    atau bergaul dengan serba bebas. Bukankah ALLAH TA’ALA
    telah menurunkan pakaian untuk menutupi aurat dan menjadikannya
    indah untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itulah yang terbaik .
    Lebih dikenal dalam dunia tarbiyah, wanita yang demikian disebut
    akhwat (baca; wanita sholihah), untuk membedakan dengan
    wanita yang ammah.

    Renungi firman ALLAH Subahanahu wa Ta’ala yang
    bermaksud:

    Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian
    indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang
    paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari
    tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka
    selalu ingat
    .”

    (Surah Al A’raf; 7:26)





    Dari analisis psikologi, sebenarnya para akhwat berjilbab
    itu lebih menarik dan mempesona bagi semua laki-laki
    normal
    . Hal ini kerana dalam diri laki-laki ada identifikasi bahawa
    calon isteri mereka kelak harus mempunyai sifat ‘aqeedah,
    dan akhlaq yang baik
    . Perlu diperhatikan bahawa jilbab bukan
    lakon sandiwara yang membuat seseorang menjadi orang lain saat memakainya. ISLAM tidak menghapuskan karakter-karakter khas
    dari peribadi pemeluknya yang tidak bertentangan dengan ‘aqeedah
    ketika ia memutuskan berISLAM.

    Laki-laki seharusnya juga tahu bagaimana memperlakukan wanita dengan keadilan syariat ALLAH Subahanahu
    wa Ta’ala
    . Menjaga tanpa mengekang, menghormati kebebasan
    namun tetap melindungi, serta memberikan rasa nyaman sekaligus
    aman. Tentunya dengan naungan sebuah pernikahan.

    Firman ALLAH subahanahu wa Ta’ala yang bermaksud:

    Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di
    antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin)
    dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba
    -hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka
    miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan
    kurnia-NYA. Dan ALLAH Maha luas (pemberian-NYA)
    lagi Maha Mengetahui
    .”

    Surat An Nur ayat 32 tersebut menekankan pernikahan
    sebagai penjagaan para pemuda dan pemudi dari gejolak-gejolak
    yang luar biasa yang mereka alami di usia lembabnya. Tentu
    dengan persiapan yang matang. Namun ketakutan terbesar
    untuk menikah adalah pada persiapan kewangan (financial).
    Dan bukankah ALLAH akan membuat mereka kaya
    dengan karunianya ?


    Ketika aturan-aturan ALLAH Subahanhu wa Ta’ala dilanggar,
    ketika ISLAM dan kaum Muslimin dianiaya dan dilecehkan,
    seharusnya hal itu membangkitkan rasa cemburu kita,
    untuk selanjutnya bangkit dan membela kehormatan
    ISLAM dan kaum Muslimin
    , di manapun mereka berada.





    Agaknya rasa cemburu terhadap agama sudah mulai
    luntur dalam kehidupan masyarakat saat ini
    . Sebahagian
    mereka tidak lagi cemburu ketika para isterinya bercengkrama
    dengan laki-laki lain, atau malah sang suami yang memberikan
    ruang dan waktu untuk terjadinya hal itu. Tidak ada rasa cemburu
    ketika anak perempuannya keluar berduaan entah ke mana dengan
    laki-laki asing yang bukan mahramnya, apalagi cemburu
    saat ISLAM dan kaum Muslimin dihina dan diserang
    oleh para penjajah kafir, seperti saat ini
    .

    Sampai bilakah Umat ini akan terus dizalimi?
    Sampai bilakah Umat ini akan terus teranianya tanpa
    mampu berbuat apa-apa, akankah kita hanya menunggu keajaiban atau kita harus berbuat, melakukan sesuatu,
    dengan kecemburuan kita?


    ...fikir-fikirkanlah...saamihni 'ala kulli hal,
    inni al faqiirah ila ROBBIha, 10 Syaaban 1427H-Auckland.
    Wassalamu bilkhair ajma'in, bersama do'akan UMMAH!

    Tuesday, July 03, 2007

    Adab Bagi Pendidik dan Penuntut Ilmu

    .



    Penulisan Asal: Akh AbdulLAH (jilbab.or.id)
    Pengeditan, translitasi dan pembetulan
    kecil isi bahasa:
    Bintu Haji Yusof

    ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


    Adab utama yang harus dimiliki oleh seorang ahli ilmu dan penuntut ilmu adalah: ikhlas mencari keredhoan ALLAH semata dan bermaksud untuk menghidupkan DEEN ini dengan mencontohi Rasulullah shalallohu `alaihi wa salam dalam segala tingkah lakunya.

    Begitu pula dalam proses belajar dan mengajar harus berniat mencari keredhoan ALLAH semata agar ALLAH menghilangkan kebodohan dan kegelapan dari dirinya dengan ilmu yang bermanfaat (maraji' hal28).





    Seorang pendidik haruslah sabar ketika mengajar dan berusaha sekuat tenaga untuk memberikan pemahaman kepada setiap siswa sesuai dengan kemampuan otaknya. Janganlah memberikan tugas yang tidak mampu dipikul siswanya, seperti menyibukkan untuk terlalu banyak membaca. Berilah motivasi kepadanya untuk mengikuti pelajaran secara rutin dan sering-seringlah memberi pertanyaan dan mengujinya.

    Selain itu juga hendaklah melatihnya untuk mengkaji masalah-masalah tertentu agar dapat mengenalpasti dan menguasai permasalahan, serta dibantu dengan menjelaskan hikmahnya, tempat-tempat pengambilannya, dari ushul syariat yang mana masalah tersebut diambil. Pengenalan akan ushul dan kaedah-kaedah, berikut contoh-contoh permasalahannya dengan pelbagai macam ragamnya merupakan salah satu teknik pengajaran yang paling bermanfaat.





    Penuntut ilmu akan bertambah semangat dan bertambah kuat pemahamannya setiap kali ia merasakan nikmat dalam memahami apa yang ia pelajari dan ketika mendapatkan kemudahan dalam mencari rujukan. Begitu pula bagi seorang pendidik hendaknya membuka pemahaman siswa dengan seringnya diadakan pembahasan dan soal jawab.

    Menampakkan kegembiraan apabila ditanya atau ketika siswa mengutarakan hal-hal yang membingungkan atau apabila siswanya membantah apa yang disampaikan. Semua itu dalam rangka mengambil manfaat dan mencari kebenaran, bukan untuk membela ucapan yang ia katakan atau untuk mempertahankan pendapat yang ia pegangi.

    Apabila ada orang yang dibawah dia dalam segi ilmu memberitahu pendapat dia yang salah, hendaklah dia berterima kasih kepadanya dan membahasnya secara bersama-sama dengan maksud mencapai kebenaran yang sesungguhnya, bukan untuk mempertahankan jalan yang dia tempuh selama ini.





    Rujuknya seorang guru kepada pemahaman siswanya -yang lebih mendekati kebenaran- lebih menunjukan kepada keutamaannya, ketinggian kedudukannya dan kebaikan akhlaknya serta kemurnian niatnya yaitu ikhlas mencari keredhoaan ALLAH TA’ALA.

    Apabila dia belum sampai kepada kedudukan seperti ini, maka biasakanlah dirinya untuk berbuat demikian dan melatihnya, kerana dengan kebiasaan akan menghasilkan kemampuan dan dengan latihan akan meningkatkan derajatnya kepada kesempurnaan.





    Seorang penuntut ilmu haruslah mempunyai adab yang baik terhadap gurunya, bersyukur kepada ALLAH yang telah memudahkan baginya mendapatkan seorang yang mendidiknya dengan ilmu padahal sebelumnya ia berada dalam kebodohan.

    Bersyukurlah kepada ALLAH yang telah berjasa menghidupkannya dari kematian dan membangunkannya. Hendaklah ia mempergunakan kesempatan emas ini dengan mengambil ilmu darinya setiap waktu.





    Seringlah berdoa kepada ALLAH memohon kebaikan bagi gurunya baik saat berjumpa dengannya ataupun pada saat dia tidak ada kerana Nabi shallallhu `alaihi wa sallam bersabda:

    '' Siapa yang telah berbuat baik kepada kalian, maka balaslah kebaikannya. Apabila kalian tidak mendapatkan sesuatu untuk membalas budi kepadanya, maka doakanlah (memohon kebaikan) untuknya sehingga kalian berpendapat telah membalas budinya ''

    (HR.Ahmad 2/68,Abu Daud 1672,Nasa`i 5/82,Bukhari dalam buku Al-Adab Al-Mufrad 216, Ibnu Hibban 3408, Al Hakim 1/412 dan 2/13, At-Thayalisi 1895 dan selain mereka dari hadith Abdullah bin Umar bin Khattab radhiallohu `anhuma).

    *Derajat hadith itu shahih (Syaikh Ali Hasan)





    Kebaikan apakah yang lebih agung kalau bukan kebaikan berupa ilmu dan setiap kebaikan tidaklah langgeng kecuali kebaikan berupa ilmu, nasihat, dan bimbingan.

    Setiap perkara yang bermanfaat bagi manusia -yang sampai kepada seorang siswa atau yang lainnya- maka hal itu termasuk kebaikan dan amal jariyah bagi si pemiliknya.





    Seorang kawan telah memberitakan kepadaku, bahawa dia pernah berfatwa mengenai satu masalah dalam hal ilmu faraidh (ilmu waris) dan syaikh (guru)nya yang telah mengajarkan hal tersebut telah meninggal dunia. Lalu dia bermimpi melihat syaikhnya sedang membaca di kuburnya dan berkata :

    ''Masalah yang engkau fatwakan itu, pahalanya telah sampai pula kepadaku''.

    Hal ini sebagaimana terdapat dalam sabda Nabi shallallhu `alaihi wa sallam :

    ''Barangsiapa mempelopori jalan yang baik, maka bagi dia pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya sampai hari kiamat''

    (HR.Muslim 1017)





    Seorang penuntut ilmu haruslah haruslah bersikap lemah lembut terhadap gurunya, sopan ketika bertanya dan janganlah bertanya kepada gurunya pada saat dia sedang gusar, atau dalam keadaan penat atau marah. Ini agar dia tidak mempunyai pemikiran yang menyalahi kebenaran pada saat kacau pikirannya, atau paling tidak nantinya akan memberikan jawaban yang kurang lengkap.

    Apabila seorang penuntut ilmu mendapatkan gurunya berbuat kesalahan, maka janganlah menyebutkan kesalahan tersebut secara terus terang. Tetapi betulkanlah kesalahan dia dengan cara bertanya dan bersikap sebagai seorang siswa terhadap gurunya.





    Hendaklah hal itu dilakukan berulang-ulang sampai terang bagi sang guru mana yang benar, kerana kebanyakan manusia apabila kau tegur langsung kesalahannya, kecil sekali kemungkinan untuk rujuk, berat bagi dia untuk mengakui kesalahan, kecuali orang yang telah menguasai dirinya dan menghiasinya dengan akhlak yang terpuji.

    Orang seperti ini tidak akan tersinggung apabila pendapat dia dikritik atau ditegur secara langsung. Akan tetapi jenis orang seperti ini jarang sekali. Hanya dengan tawfiq ALLAH- lah, kemudian dengan melatih jiwa untuk menekan ego emosi, barulah orang tersebut akan mempunyai jiwa besar dengan mengakui kesalahannya dan rujuk kepada kebenaran (Hal 30-34)





    Seorang guru haruslah memperhatikan kecerdasan dan kemampuan siswanya dalam menerima pelajaran. Janganlah ia membiarkan siswanya dalam menerima pelajaran. Janganlah ia membiarkan siswanya menyibukkan diri dengan buku yang tidak sesuai untuknya.

    Jika ia membiarkan saja, bererti dia tidak memberikan nasihat kepada siswanya. Sesungguhnya ilmu yang sedikit disertai dengan adanya pemahaman dan pengertian lebih baik daripada ilmu yang banyak tetapi berisiko tinggi untuk difahami dan besar kemungkinannya untuk lupa.





    Begitu pula ketika ia menyampaikan pelajarannya hendaklah disertai dengan penjelasan yang disesuaikan dengan pemahaman dan daya tangkap siswanya. Janganlah mencampur adukkan masalah antara yang satu dengan yang lainnya.

    Janganlah pindah dari masalah satu ke masalah lainnya sebelum bahagian pelajaran itu dikuasainya dengan baik. Karena antara satu bahagian pelajaran dengan bahagian pelajaran lainnya itu saling berkesinambungan, sehingga akan memudahkan baginya untuk memahami bahagian pelajaran berikutnya.

    Kalau tidak demikian, bererti akan menyia-nyiakan yang pertama dan tidak dapat memahami yang berikutnya. Kemudian semakin berlonggokan masalah-masalah yang tidak dikuasai, sehingga ia akan bosan dan sempit dadanya untuk mengulang-ulang masalah tersebut. Oleh sebab itu janganlah perkara ini diremehkan.





    Seorang guru hendaklah selalu memberikan nasihat kepada siswa semaksimal mungkin dan harus bersabar atas kelambatan siswa dalam hal pemahaman. Demikian pula bersabar atas kelakuan siswanya yang tidak baik atau kurang ajar dengan dengan penuh perhatian dan pemantauan untuk memperbaiki dan meluruskan adabnya (hal 42-43)

    Hendaklah seorang penuntut ilmu duduk dengan sopan di hadapan gurunya, menampakkan kebutuhannya yang sangat kepada ilmunya dan mendoakan kebaikan untuknya pada saat bertemu dengannya, ataupun di saat tidak bertemu.





    Apabila seorang guru sedang memberikan faedah atau sedang menjelaskan hal-hal yang membuat bingung siswanya, maka janganlah ia menampakkan bahwa ia telah mengetahuinya sebelumnya, meskipun sebenarnya ia telah mengetahuinya. Akan tetapi hendaklah ia mendengarkan keterangan gurunya tersebut dengan serius.

    Hal ini apabila dia telah mengetahui sebelumnya, maka bagaimana dengan keterangan gurunya yang belum ia ketahui? Adab seperti ini baik sekali untuk dipraktikkan terhadap setiap orang baik dalam masalah ilmu ataupun percakapan lainnya, baik dalam masalah DEEN mahupun dalam masalah keduniaan.





    Apabila sang guru berbuat kesalahan dalam suatu hal, maka hendaklah penuntut ilmu menegurnya dengan penuh lemah lembut sambil memperhatikan situasi dan kondisi. Janganlah mengatakan kepadanya:

    ''Engkau telah berbuat salah! Sesungguhnya yang benar bukan seperti yang engkau katakan!''

    Tetapi hendaklah menegurnya dengan kata-kata yang sopan, menjadikan seorang guru sedar akan kesalahannya tanpa ada rasa gusar di hatinya. Cara seperti ini merupakan keharusan dalam bersikap terhadap seorang guru dan lebih mengena untuk sampai kepada kebenaran.

    Kritikan yang disertai dengan adab yang buruk akan membuat hati orang yang dikritik menjadi gusar, sehingga akan menghalanginya untuk dapat menangkap pemahaman yang benar dan menghalanginya untuk mengetahui maksud baik orang yang menegurnya.





    Sebagaimana hal tadi merupakan keharusan sikap penuntut ilmu terhadap gurunya, maka haruslah bagi seorang guru apabila berbuat kesalahan agar rujuk kepada kebenaran.Meskipun sebelumnya ia telah menyampaikan satu pendapat kemudian terbukti bahwa pendapat tersebut salah, maka ia tidak segan-segan untuk rujuk kepada kebenaran karena sikap ksatria tadi merupakan tanda keadilan dan kerendahan hatinya terhadap kebenaran, baik yang datang dari anak kecil maupun orang dewasa.

    Termasuk nikmat yang ALLAH berikan kepada seorang guru, ia mendapatkan dari para siswanya yang mahu menegur kesalahannya, membimbing kepada kebenaran, sehingga kebodohan yang telah menyelimutinya selama ini menjadi lenyap.

    Maka seharusnya ia bersyukur kepada ALLAH TA’ALA kemudian berterima kasih kepada orang yang menasihatinya, baik ia seorang siswa atau selainnya, kerana teguran orang tadi, alhamdulilLAH, ia mendapatkan hidayah ALLAH subhanahu wa ta`ala (hal 48-49).





    Di antara sifat yang paling mulia yang harus dimiliki oleh ahli ilmu (dan penuntut ilmu) adalah mempraktikkan apa yang ia sampaikan; yang berupa akhlak yang terpuji dan membuang segala akhlak yang hina. Mereka adalah orang-orang yang paling utama untuk menjalankan segala kewajiban baik lahir mahupun yang batin dan meninggalkan segala hal-hal yang haram, oleh sebab mereka memiliki keistimewaan berupa ilmu pengetahuan yang tidak dimiliki oleh selain mereka.

    Juga oleh sebab mereka adalah teladan manusia. Manusia pada dasarnya selalu mencontoh ulama mereka dalam kebanyakan urusan baik diakui atau tidak. Juga oleh sebab sebarang protes dan kecaman atas mereka apabila perbuatan mereka bertentangan dengan apa yang mereka katakan jauh lebih besar dipandang umum daripada kecaman yang dilontarkan kepada selain mereka atas perbuatan yang sama.

    Para salafus shalih dahulu memperoleh ilmu, juga dengan mempraktikkan ilmu tersebut. Apabila ilmu itu diamalkan akan menempel langsung dan bertambah serta banyak barakahnya. Sebaliknya apabila ilmu tersebut tidak diamalkan maka akan hilang dan tidak membawa barakah.





    Ruh ilmu dan kehidupannya serta tonggaknya hanya dengan mengamalkannya dengan akhlak yang terpuji, dengan mengajarkannya dan memberi nasihat. Tidak ada daya serta upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.







    Ma’araji:

    Al-Mu`in `ala Tahshil Adabil `Ilmi wa Akhlaqil Muta`allimin, karya Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid yang dikumpulkan dari buku Al-Fatawa As-Sa`diyah, penerbit Dar As-Shumai`i,Riyadh,Saudi Arabia,cet I th.1413H/1993)



    ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


    p/s:

    Assalamu’alaikum wbt, syukur kehadrat ILAHI dengan izin-NYA dikaruniakan kesenggangan atas diri untuk meneruskan kembara bacaan juga bedah ‘ilmiah dalam keberadaan yang tiada seberapa buat diri ini yang nyatanya masih punya banyak kelemahan yang perlu dikoreksi dari masa ke masa, insyaALLAH.





    Pelbagai orak arik kehidupan telah ditempuhi dan kebelakangan ini banyak benar ujian ILAHI menduga diri selaku seorang perantau akhirah, musafir perjuangan, namun alhamdulilLAH tiadalah diri ini merasa kecewa atas segalanya itu sebaliknya lafaz kesyukuran pada-NYA dan istighfar insyaALLAH takkan lekang membasahi bibir.

    Ana akhiri coretan kalam ana kali ini dengan sebingkis hadith yang amat besar makna dan perhatiannya buat diri ana bahkan insyaALLAH kita semua, moga ada khairnya, insyaALLAH:


    Rasulullah shollallahu’alaihiwasallam bersabda:




    "Barang siapa yang memulai mengamalkan suatu metode/amalan baik dalam agama Islam, maka baginya pahala amalannya itu, dan pahala seluruh orang yang menirunya, tanpa sedikitpun mengurangi pahala mereka. Dan barang siapa memulai mengajarkan/ mengamalkan amalan buruk dalam agama Islam, maka baginya dosa amalannya itu dan amalan seluruh orang yang menirunya, tanpa sedikitpun mengurangi dosa mereka”.

    (Riwayat Muslim, 2/704, hadits no: 1017).


    AlhamdulilLAH, saamih ni ‘ala kulli hal. Bersama do’akan kesejahteraan & kejayaan UMMAH!

    BarakalLAHUlakunna!

    Wassalamu bilkhair ajma’in.


    Al faqiirah ila ROBBIha,
    Bintu Haji Yusof,
    8 Jumada al Awwal 1427H
    TRC, Downtown, Auckland, NZ.


    Tuesday, June 26, 2007

    Surat Al-Hasan Al-Basri kpd Umar bin Abdul Aziz

    Oleh : Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah




    Ibnu abid Dunya
    menyebutkan bahwa al-Hasan al-basri pernah menulis surat kepada Umar bin Abdul Aziz

    "Amma ba'du,
    Sesungguhnya dunia adalah tempat keberangkatan, bukan tempat tinggal. Adam 'alayhissalam di turunkan ke dunia tidak lain sebagai hukuman, karena itulah berhati-hatilah terhadapnya (dunia) wahai Amirul Mukminin!

    Sesungguhnya berbekal dari dunia adalah dengan meninggalkannya dan kekayaan di dalamnya adalah kefakirannya. Setiap saat ia bisa membunuh, menghinakan siapa yang memuliakannya, dan memelaratkan siapa yang menumpukannya.

    Ia ibarat racun yang dimakan oleh orang yang tidak tahu, padahal ia akan membunuhnya. Di dunia , jadilah Anda seperti orang yang mengubati luka-luka pada dirinya. Ia sedikit berpantangkarena khuatir akan membencinya selamanya serta bersabar terhadap sakitnya ubat karena takut penyakitnya berkepanjangan.

    Maka, hati-hatilah di negeri yang menipu , memperdaya dan memberikan banyak khayalan ini, yang berhias dengan segala tipu dayanya. Menyesatkan dengan bujuk rayunya, menipu dengan harapan-harapannya, dan berdandan untuk para peminangnya.

    Ia ibarat pengantin wanita dengan wajah terbuka. Semua mata memandangnya, hati terpikat olehnya ,dan jiwa tergila-gila kepadanya, padahal ia pembunuh bagi suaminya.

    Sebagian orang yang tergila-gila kepadanya berhasil meraih keinginannya lalu berbanggga, bertindak melampaui batas, dan lupa kepada akhirat. Hatinya sibuk memikirkannya sehingga kakinya tergelincir dan ia banyak menyesali. Sakaratul maut, pelbagai penderitaan pada saat kematian, dan penyesalan karena perpisahan menyelimuti dirinya.

    Ada pula orang yang tergila-gila kepadanya tetapi tIdAk berhasil memperoleh keinginannya, ia hidup dgn kepahitan dan pergi dengan kesedihan. Ia tidak pernah menemukan apa yang di carinya sedangkan jiwa tidak pernah istirahat dari kepayahan. Ia meninggalkan dunia tanpa bekal apa-apa dan datang ke akhirat tanpa membawa apa apa.


    Jadikan puncak kebahagian Anda di dalamnya adalah puncak kehati-hatian Anda terhadapnya!


    Sesungguhnya, orang yang merasa puas dengan kesenangan di dunia, maka dunia akan membawanya kepada keburukan. Kebahagian dunia itu dikata dengan penderitaan, menetap di dalamnya akan berakhir dengan kafanaan, dan keceriaannya bercampur dengan kesedihan. Angan-angannya bohong, harapan-harapannya kosong, kejernihannya keruh, dan kehidupannya pedih.

    Seandainya ALLAH belum memberi tahu dan belum membuat permisalan mengenainya, niscaya ia sendiri mampu membangunkan orang yang tidur dan menyadarkan orang yang lalai.

    Apalagi, bukankah ALLAH telah mengutus penasihat dan memberi peringatan di dalamnya! Di sisi ALLAH dunia tidak mempunyai nilaI sama sekali. ALLAH tidak melihatnya semenjak menciptakannya .

    Nabi kita shallallahu 'alayhiwassalam telah ditawari kunci-kunci dan perbendaharaanya, sesayap nyamuk pun tidak dikurangi di sisi ALLAH, tetapi beliau menolak, karena baginda s.a.w. tidak suka mencintai apa yang dibenci oleh KHALIQ-nya atau meninggikan apa yang di rendahkan oleh MALIK-nya.

    ALLAH menyempitkan bagi orang-orang shaleh sebagai pilihan dan melapangkan bagi musuh-musuh-NYA sebagai tipu daya, sehingga orang orang yang tertipu dan berhasil memperolehnya menyangka bahwa dirinya dimuliakan dengan dunia. Ia lupa terhadap apa yang telah dilakukan ALLAH terhadap rasul-NYA ketika mengikatkan batu di perutnya (dan pelbagai bentuk UJIAN -> IMAN).


    * Lihat Fathul Bari, Syarh Shahihul Bukhary X1/283-293 di ambil dari Kitab Ighatsatul Lahfan min Mashayidisy Syaithan..hal.78-79

    Posted by Picasa

    * Bint Haji Yusof -> artikel tersebut dinukilkan daripada Markaz Kitabah @ assunah.mine.nu.BarakalLahu lakum! Wassalam wbt.

    Rabu, 21 Desember 2005 M * الاربعاء 20 ذو القعدة 1426 هـ *

    Republished from:
  • * http://syahiditusuci.blogspot.com/2005/12/surat-al-hasan-al-basri-kpd-umar-bin
  • Thursday, June 14, 2007

    Hilangnya Wajah Yang Bersinar

    .
    Ba’da tahmid wassalam,
    Dalam menghitung 1,2 hari yang tinggal bagi
    saya di Darul Iman sebelum berangkat kembali
    ke ibu kota Negara bagi menggalas urusan
    3 bulan praktikum mengajar di sana, satu hajat
    yang tak kesampaian sedari kembali dari
    Nueva Zelanda mula mencuit fikri dan qalbi
    .

    Menerokai pemikiran HAMKA dalam kolum
    Dari Hati ke Hati” daripada salah satu majalah
    ilmiah tempatan kegemaran saya iaitu
    Milinea Muslim, setelah lebih 2 tahun tiada
    peluang menikmatinya di perantauan, benar-benar
    merenjut sanubari diri. Pengisiannya itu dicedok
    daripada buku beliau “Pandangan Hidup Muslim”.
    AlhamdulilLAH, ia adalah kado tausiyyah dan
    tazkirah yang amat saya hargai dan yang menjadi
    intipatinya itu amat saya rindui serta dambai
    ,
    walLAHU Ta’ala ‘Alam. InsyaALLAH,
    ayuh sama-sama ambil manfa’at darinya:

    p/s: Maaf, saya mengambil keputusan tidak meminda
    dan mengalih bahasa sepenuhnya, kerana keindahan
    bahasa persuratannya dalam kolum itu sudah cukup
    indah, unik dan insyaALLAH boleh difahami umum
    .


    BismilLAH..

    Cuba duduk berhadapan ulama yang sholeh:
    - Ulama yang berani mengatakan yang benar,
    walaupun dunia menjadi lawannya.
    - Ulama yang berani mengatakan yang haq
    walaupun lehernya akan putus.
    - Perangi lain benar.
    - Dia laksana orang yang sombong apabila
    berhadapan dengan penguasa dunia
    .
    - Tetapi dia sangat merendahkan diri apabila
    berhadapan dengan orang yang lemah
    .

    Baru sahaja anda duduk di hadapannya
    sinar matanya telah menembus ke dalam
    hatimu
    sehingga anda menerima segala
    sesuatu dengan hati rila.

    Anda merasa tenteram melihat mulutnya
    komat-kamit menyebut nama Tuhan. Apabila
    anda tinggalkan majlis itu sinar matanya itu
    masih tetap mereka dalam ruang matamu
    dan menembus ke dalam sanubarimu
    .
    Berhenti fikiranmu dan subur perasaan
    alusmu. Berniat engkau hendak meniru
    jejak beliau
    .



    Dia tidak berpangkat, pangkatnya hanyalah
    kerana taqwanya
    . Kadang-kadang dia hanya
    tinggal pada sebuah langgar yang sederhana
    tetapi baru sahaja kita masuk ke dalam
    majlisnya ketenteraman meliputi hati kita.
    Malah sinar ILAHi yang memancar pada
    wajah ulama sejati itu sangatlah mempengaruhi
    hati walaupun beliau tidak berfatwa
    .

    Apabila dia masuk ke dalam satu kampung
    maka selama beliau dalam kampung itu sinar
    beliau meliputi buminya
    , tanaman menjadi
    subur padai menjadi jaung mengupih. Beliau
    duduk berdiam diri namun diamnya menjadi
    pengajaran. Di kampung berlumbalah nagari
    demi nagari mesjid demi mesjid
    meminta beliau
    datang memberi pengajaran, mengadakan tabligh.
    Sehingga mesjid yang telah tua dan bobrok
    dengan sekali isyarat cakap beliau saja bisa
    berobahan semalam itu saja
    dari atap ijuk
    menjadi atap seng. Dari papan menjadi dinding batu.

    Apabila beliau pernah naik kepada satu rumah
    walaupun 20 tahun telah berlalu orang tua
    -tua masih bercerita kepada cucu-cucu
    bahawa beliau pernah naik ke rumah itu membawa
    berkat
    ke dalam gubuk kita.



    Beliau lebih suka naik ke gubuk daripada
    ke istana
    . Beliau mencintai kaumnya sebab
    itu kaumnya pun mencintai beliau pula
    .

    Seorang di antara Syeikh kami mati dalam
    pembuangan.

    Beliau dibuang kerana beliau berterus terang
    mengatakan halal pada yang halal dan
    haram pada yang haram. Tidak ada kata dua
    .
    Dan setelah sampai di tempat pemuangannya
    sekali tidak mau beliau menundukkan mukanya
    atau ruku kepada sesama manusia walau buat
    itu lehernya akan dipotong. Tidak ada kata dua.
    Beliau itu adalah Syaikh Dr.H.Abdul Karim
    AmrulLAH.


    Seorang di antara Syaikh kami mati di saat
    beliau sedang memberi semangat kepada
    anak cucunya dan muridnya supaya tampil
    ke medan perang mempertahankan tanah
    air dan agamanya daripada serangan kafir
    .
    Beliau adalah: Syaikh Muhammad Jamil
    Jambek.


    Seorang di antara Syaikh kami, mati dalam
    mengerjakan sembahyang Maghrib
    . Setelah
    beliau mengucapkan “tasyahhud” pada
    rakaat yang kedua, seketika hendak tegak
    kepada rakaat yang ketiga beliau tidak
    dapat tegak lagi. Beliau hendak sujud dan
    sujud terus.
    Seketika beliau tidak bangun lagi
    baru orang tahu bahawa beliau telah wafat.
    Beliau adalah Syaikh Dr.H. Daud Rasjidi.

    Besar pengaruh beliau di kampung dan negeri
    kami. Beliau telah mati namun bekas sinar
    cahaya mereka masih tinggal dalam sanubari
    kami.




    Mereka itulah menerima waris Nabi. Bagi
    mereka di antara dunia dengan akhirat adalah
    kesatuan yang tidak berbelah bagi. Beliau tidak
    mengenal pemisahan agama dengan masyarakat.
    Semua orang beliau pandang anaknya.
    Walaupun seorang “intelek” terdidik Barat
    yang tidak mengerti agama kalau datang
    waktu sembahyang disuruhnya sembahyang
    juga sehingga orang itu tunduk dan pergi
    mengambil wuduk.


    Bila bertemu gadis moden di tengah jalan
    beliau berkata: “Tutup rambutmu, anakku.
    Aurat
    !” Mereka tutup walaupun dengan sapu
    tangan. Beliau tidak membuka mulutnya
    hanya untuk dua perkara
    .

    Pertama untuk zikir, hubungannya dengan
    ALLAH
    . Kedua untuk waazh hubungannya
    dengan makhluk
    . Tidak ada satu langgarpun
    tidak ada satu mesjid pun yang tidak ada bekas
    dari tangan beliau. Kalau beliau berdiam diri
    tak obahnya beliau dengan percu suar di tengan
    pulau. Dia diam tetapi memberi petunjuk
    kepada bahtera yang lalu lintas
    .



    Kian lama kian usak dan usai bilangan mereka.
    Kami lihat bekas tangan mereka di mana-mana.
    Ini surau tempat beliau mengajar. Sekarang telah
    berjaring lawah.
    Ini langgar tempat beliau dahulu
    berjemaah.

    Kini tebatnya tiris tidak ada yang mengis air
    lagi
    . Ini tabuh yang dahulu igunan panggil
    orang sembahyang. Kini jengatnya telah robek
    tidak berganti
    . Ini kumpulan kitab yang dahulu
    beliau kumpulkan sehingga dari manapun orang
    datang minta fatwa beliau bersedia menjawabnya.
    Sekarang kitab itu satu hilang dua entah siapa
    yang mengambil
    . Sisanya telah tembus dimakan
    ngengat.

    Kemudian terdengar lagi gelar Ulama. Kami
    sangka mereka adalah ganti dari yang hilang
    lalu kami datang menghadap mereka. Tetapi
    cahaya seperti cahaya yang pernah kami lihat
    dahulu tidak ada pada matanya.
    Tambah
    dilihat tambah keraguan benarkah ini ulama
    ataukah orang kebanyakan? Yang sama-sama
    berlari dengan orang mencari kedudukan?

    Yang tidak yakin lagi akan curahan cahaya dari
    langit lalu mengemis memohon cahaya dari bumi!


    Padahal cahaya langit sudah lama hilang
    dari wajahnya atau belum pernah menyinggung
    hatinya sedang cahaya bumi yang dicarinya belum
    pula tentu dapat.
    Tidak ada yang singgah ke dalam
    hati orang walaupun apa yang dikatakannya. Sebab
    dia berkata bukan dari hati
    . Keahliannya dalam
    hukum Fiqh dapat dipergunakannya untuk
    meringan-ringan hukum agama
    . Asal dia beramal
    orang telah berprasangka bahawa dia “riak”.
    Asal dia bercakap orang pun telah berbisik,
    Dia bohong!” - MM


    * * * * * * *
    HAMKA adalah seorang ulama yang dilahirkan
    pada 1908 di Sumatera Barat, Indonesia. Beliau
    semasa hidupnya aktif dalam agama dan politik,
    juga menjadi wartawan, penulis, editor dan
    penerbit. Karya ilmiah terbesar beliau ialah
    Tafsir al Azhar (5 jilid) dan antara novelnya:
    Tenggelam Kapal Van Der Wijck dan Di
    Bawah Lindungan Kaabah
    . Hamka meninggal
    dunia pada 1981.
    * * * * * * *



    AlhamdulilLAH, moga ada khairnya,
    insyaALLAH.

    Akhirul kalam
    ..seringkas tinta hikmah buat
    perenungan bersama, moga bermanfa’at
    insyaALLAH:

    Musyawarah bukan untuk mencari kemenangan,
    tetapi untuk mencari yang terbaik
    ”.

    Do’akan kesejahteraan dan kejayaan UMMAH!

    Saamihni ‘ala kulli hal wassalamu’alaykum
    warahmatulLAHi wabarokaatuh.



    al faqiirah ila ALLAH Ta’ala
    ,
    Bintu Yusof,
    26 Jumaada al Awwal 1428H,
    Baiti, Darul IMAN.


    p/s: Kalau hubungan di antara yang memberi
    cahaya putus dengan yang memberikan, org itu
    tidak bersinar lagi. Jatuh jadi sarap, laksana
    daun gugur dari tampuk.

    Sunday, June 03, 2007

    Akankah 'Amalku diterima?

    .

    Penulis asal: Al fadhil Ustadz Abdurrahman Lombok
    Sumber: Majalah As Syariah Online.com
    Kategori: Manhaji (270403, 19:31:39)
    Translasi, edit mini & olah kembali: Bintu Yusof

    Ba’da tahmid wassalam,
    Dido’akan moga ALLAH mengurniakan keberkatan
    pada Ustadz Abdurrahman atas inisiatifnya dalam
    penulisan tazkirah ini, alhamdulilLAH, bicara dakwahnya
    ini menjadi buah manfa’at bagi saya serta para pembaca
    sekalian. Mohon panduan ILAHI, moga usaha ini terpelihara
    di landasan yang syar’ie, moga olah tulis kembali ini
    dapat memberi kemudahan pada para pembaca dalam
    menangguk buah ilmu.

    Mana yang sukar difahami telah saya usaha permudah
    bahasakan
    , mana buah bicara al fadhil ustaz yang nyata,
    jelas dan mudah
    saya kekalkan dan mana dalil pengukuhan
    serta uraian hujjah yang dikira bagus, sesuai dan bermanfa’at
    saya selitkan bersama. AlhamdulilLAH, al fadhil ustaz
    punya kedalaman ‘ilmu, luas pembacaan, dan panjang
    pentarbiyahannya, mubarak ‘alaik! Manakala saya, bak kata
    papa ibarat anak kecil yang baharu merangkak-rangkak..
    (pastinya ada yang sudah terbiasa dengan pesan papa ini)..
    walLAHU’ALAM. Saudara/riku, maafkan saya sekiranya
    masih punya kekurangan, tunjuk ajarilah saya, sungguh saya
    ini masih belajar dan belajar terus belajar insyaALLAH.

    BismilLAH..



    Ber’amal sholeh sememangnya penting kerana ia adalah
    penanda aras keberkesanan Iman setiap Muslim. Namun,
    yang tak kalah penting adalah mengetahui persyaratan agar
    ‘amal tersebut diterima di sisi ALLAH Subahanahu wa Ta’ala
    .
    Jangan sampai ibadah yang kita lakukan membuatkan ALLAH
    murka kerana ia tidak memenuhi syarat yang ALLAH Ta’ala
    dan Rasul-NYA tetapkan.

    Dalam mengharungi lautan hidup ini, banyak duri dan kerikil
    yang harus kita singkirkan satu demi satu. Demikianlah
    sunnatulLAH yang berlaku pada hidup setiap insan. Di
    kalangan kita ada yang berjaya menyingkirkan duri dan
    kerikil itu sehingga selamat di dunia dan di Akhirat
    . Namun,
    banyak juga yang tidak mampu menyingkirkannya sehingga
    mereka terkapar-kapar dalam kubang kegagalan di dunia
    dan Akhirat
    .

    Kerikil dan duri-duri hidup memang telalu banyak. Maka,
    untuk menyingkirkannya memerlukan waktu yang sangat
    panjang dan pengorbanan yang tidak sedikit
    . Kita takut
    seandainya kegagalan hidup kita berakhir dengan murka
    dan neraka ALLAH Subahanahu wa Ta'ala. Di sa’at itu,
    akan dapatkah menyelamatkan diri lagi, sementara
    kesempatan sudah tidak ada? Dan adakah akan ada yang
    merasa kasihan kepada kita padahal setiap orang bernasib
    sama?


    Saudara/riku yang dirahmati ALLAH,
    Sebelum semua itu terjadi, manfa’atkanlah kesempatan
    yang terhampar bagi menjawabnya sekaligus berusaha
    menyingkirkan duri dan kerikil hidup tersebut. Sesungguhnya,
    tidak ada cara yang terbaik kecuali kita kembalikan
    kepada agama kita dan menempuh bimbingan ALLAH
    Subahanahu wa Ta’ala dan Rasul-NYA. ALLAH
    Subahanahu wa Ta’ala
    telah menjelaskan di dalam
    Al Qur’an bahawa satu-satunya jalan itu adalah dengan
    berIman dan ber’amal kebajikan
    . ALLAH berfirman:



    Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,
    kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholeh, dan
    orang-orang yang saling menasihati dalam kebaikan dan
    saling menasihati dalam kesabaran.
    ” (Al ’Ashr: 1-3)

    Sumpah ALLAH Subahanahu wa Ta’ala dengan masa
    menunjukkan bahawa waktu bagi manusia sangat berharga.
    Dengan waktu seseorang dapat memupuk Iman dan memperkaya
    diri dengan ‘amal sholeh. Dan dengan waktu pula seseorang
    dapat terjerumus dalam perkara-perkara yang di murkai
    ALLAH Subahanahu wa Ta’ala
    . Empat perkara yang
    disebutkan oleh ALLAH Subahanahu wa Ta’ala di dalam
    ayat ini merupakan tanda kebahagiaan, kemenangan,
    dan keberhasilan seseorang di dunia dan di Akhirat.

    (*Keempat-empat perkara tersebut adalah: “Demi masa.
    Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali
    (1) orang-orang yang beriman dan (2) beramal sholeh,
    dan (3) orang-orang yang saling menasihati dalam
    kebaikan
    dan (4) saling menasihati dalam kesabaran
    .”)

    Keempat-empat perkara inilah yang harus dimiliki dan
    diketahui oleh setiap orang ketika harus bertarung dengan
    kuatnya badai kehidupan. Sebagaimana disebutkan
    Syaikh Muhammad Abdul Wahab dalam kitabnya
    Al Ushulu Ats Tsalasah dan Ibnu Qoyyim dalam
    Zadul Ma’ad (3/10)
    , keempat-empat perkara tersebut
    merupakan cara-cara untuk menyelamatkan diri dari
    hawa nafsu dan melawannya ketika kita dipaksa
    terjerumus ke dalam kesesatan
    .

    Iman Adalah Ucapan dan Perbuatan

    Mengucapkan “Saya berIman”, memang sangat mudah
    dan ringan di mulut. Akan tetapi bukan hanya sekadar
    ucapan itu yang menanda sempurnalah Iman seseorang
    itu. Ketika mengisytihar dan mengakui bahawasanya
    dirinya berIman, maka seseorang itu seharusnya sedar
    yang ia punya pertanggungjawaban dan konsekuensi (kesan)
    yang mesti ia sanggupi, yang harus dijalankan dan ujian
    yang harus diterima
    . Dalam erti kata lain, ia punya
    kesiapan untuk melaksanakan segala apa yang
    diperintahkan ALLAH dan Rasul-NYA baik berat
    atau ringan, disukai atau tidak disukai
    .

    Konsekuensi (kesan) Iman ini pun banyak macamnya.
    Antaranya ialah:

    1. Kesiapan menundukkan hawa nafsu dan mengekangnya
    untuk selalu berada di atas redho ALLAH .

    2. Mengutamakan apa yang ada di sisi ALLAH
    dan menyingkirkan segala sesuatu yang akan menghalangi
    kita dari jalan ALLAH
    .

    3. Memperbudak diri di hadapan ALLAH dengan
    segala unsur pengagungan dan kecintaan pada-NYA.

    4. Mengamalkan seluruh syariat ALLAH.

    5. Menerima apa yang diberitakan oleh ALLAH dan
    RasululLAH ShallalLAHu 'alaihi wa sallam tentang
    perkara-perkara ghaib dan apa yang akan terjadi pada
    umat baginda.

    6. Meninggalkan segala apa yang dilarang ALLAH
    dan RasululLAH ShallalLAHu 'alaihi wa sallam
    .

    7. Memuliakan orang-orang yang melaksanakan
    syari’at ALLAH, mencintai dan membela mereka
    .

    8. Dan kesiapan untuk menerima segala ujian dan
    cubaan dalam mewujudkan keImanan
    tersebut juga
    merupakan konsekuensi dari Iman itu sendiri.


    ALLAH berfirman di dalam Al Qur’an:



    Alif lam mim. Apakah manusia itu menyangka
    bahawa mereka dibiarkan untuk mengatakan kami
    telah berIman lalu mereka tidak diuji. Dan sungguh
    kami telah menguji orang-orang sebelum mereka
    agar Kami benar-benar mengetahui siapakah di
    antara mereka yang benar-benar beriman dan
    agar Kami mengetahui siapakah di antara mereka
    yang berdusta
    .” (Al Ankabut: 1-3)

    Imam As Sa’dy dalam tafsir ayat ini mengatakan:
    ALLAH telah memberitakan di dalam ayat ini tentang
    kesempurnaan hikmah-NYA. Termasuk dari hikmah-NYA
    bahwa setiap orang yang mengatakan aku berIman
    dan mengaku pada dirinya keImanan, tidak dibiarkan
    berada dalam satu keadaan saja, selamat dari segala
    bentuk fitnah dan ujian dan tidak ada yang akan
    mengganggu keImanannya
    ; kerana seandainya
    perkara keImanan itu demikian (tidak ada ujian
    dan gangguan dalam keimanannya), nescaya tidak
    dapat dibezakan mana yang benar-benar berIman
    dan siapa yang berpura-pura, serta tidak akan dapat
    dibezakan antara yang benar dan yang salah
    .”

    RasululLAH ShallalLAHu 'alaihi wa sallam bersabda
    yang maksudnya:

    Orang yang paling keras cubaannya adalah para
    nabi kemudian setelah mereka kemudian setelah
    mereka


    (HR. Imam Tirmidzi dari sahabat Abu Sa’id
    Al Khudri dan Sa’ad bin Abi Waqqas Radhiyallahu
    ‘Anhuma dishahihkan oleh Syaikh Al Albani
    rahimahullah dalam Shahihul Jami’ no.992 dan 993)

    Ringkasnya, Iman adalah ucapan dan perbuatan. Yaitu,
    mengucapkan dengan lisan serta ber’amal dengan hati
    dan anggota badan
    . Dan memiliki konsekuensi yang
    harus diwujudkan dalam kehidupan, yaitu amal.

    Amal
    Amal merupakan konsekuensi Iman dan memiliki nilai
    yang sangat positif dalam menghadapi tentangan hidup
    dan segala fitnah yang ada di dalamnya
    , lebih-lebih lagi
    jika seseorang menginginkan kebahagiaan hidup yang
    hakiki. ALLAH Subahanahu wa Ta’ala telah menjelaskan
    hal yang demikian itu di dalam Al Qur’an:



    Bersegeralah kalian menuju pengampunan Rabb kalian
    dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang
    telah dijanjikan bagi orang-orang yang bertaqwa
    kepada ALLAH
    .” (Ali Imran:133)

    Imam As Sa’dy mengatakan dalam tafsirnya halaman 115:
    “Kemudian ALLAH Subahanahu wa Ta’ala memerintahkan
    untuk bersegera menuju ampunan-NYA dan menuju syurga
    seluas langit dan bumi
    . Lalu bagaimana dengan panjangnya
    yang telah dijanjikan oleh ALLAH Subahanahu wa Ta’ala
    kepada orang-orang yang bertaqwa, merekalah yang pantas
    menjadi penduduknya dan amalan ketaqwaan itu akan
    menyampaikan kepada syurga.”

    Jelas melalui ayat ini, ALLAH Subahanahu wa Ta’ala
    menyeru hamba-hamba-NYA untuk bersegera menuju
    amal kebajikan dan mendapatkan kedekatan di sisi
    ALLAH, serta bersegera pula berusaha untuk mendapatkan
    surga-NYA. Lihat Bahjatun Nadzirin 1/169

    ALLAH berfirman:



    Berlumba-lumbalah kalian dalam kebajikan
    (Al Baqarah: 148)

    Dalam tafsirnya halaman 55, Imam As Sa’dy
    mengatakan:
    Perintah berlumba-lumba dalam kebajikan merupakan
    perintah tambahan dalam melaksanakan kebajikan,
    kerana berlumba-lumba mencakup mengerjakan perintah
    tersebut dengan sesempurna mungkin dan melaksanakannya
    dalam segala keadaan dan bersegera kepadanya.
    Barang siapa yang berlumba-lumba dalam kebaikan
    di dunia, maka dia akan menjadi orang pertama yang
    masuk ke dalam syurga kelak pada hari kiamat dan
    merekalah orang yang paling tinggi kedudukannya
    .”

    Dalam ayat ini, ALLAH dengan jelas memerintahkan
    hamba-hamba-NYA untuk segera dan berlumba-lumba
    dalam ‘amal sholeh. RasululLAH ShallalLAHu 'alaihi
    wa sallam
    bersabda:

    Bersegeralah kalian menuju amal sholeh kerana
    akan terjadi fitnah-fitnah seperti potongan gelapnya
    malam, di mana seorang Mukmin bila berada di waktu
    pagi dalam keadaan berIman maka di petang harinya
    menjadi kafir dan jika di petang hari dia berIman maka
    di pagi harinya dia menjadi kafir dan dia melelang
    agamanya dengan harta benda dunia
    .”
    (Shahih, HR Muslim no.117 dan Tirmidzi)

    Dalam hadits ini terdapat banyak pelajaran, di antaranya
    kewajiban berpegang dengan agama ALLAH dan
    bersegera untuk ber‘amal sholeh sebelum datang
    hal-hal yang akan menghalangi darinya
    . Fitnah di
    akhir zaman akan datang silih berganti dan ketika
    berakhir dari satu fitnah muncul lagi fitnah yang lain.
    Lihat Bahjatun Nadzirin 1/170. Ini adalah kerana
    kedudukan ‘amal dalam kehidupan begitu besar dan
    mulia
    , maka ALLAH Subahanahu wa Ta’ala
    memerintahkan kita untuk meminta segala apa yang
    kita butuhkan dengan ‘amal sholeh. ALLAH
    berfirman di dalam Al Quran:



    Hai orang-orang yang berIman, mintalah tolong
    (kepada ALLAH) dengan penuh kesabaran dan shalat.
    Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang
    bersabar
    .” (Al Baqarah:153)

    Lalu, kalau kita telah ber‘amal dengan penuh keuletan
    dan kesabaran apakah amal kita pasti diterima
    ?

    Syarat Diterima ‘Amal

    ‘Amal yang akan diterima oleh ALLAH Subahanahu
    wa Ta’ala
    memiliki persyaratan-persyaratan yang
    harus dipenuhi. Hal ini telah disebutkan ALLAH
    Subahanahu wa Ta’ala
    sendiri di dalam kitab-NYA dan RasululLAH ShallalLAHu 'alaihi wa sallam
    di dalam haditsnya.

    Syarat ‘amal itu adalah sebagai berikut:

    Pertama: ‘Amal harus dilaksanakan dengan
    keikhlasan semata-mata mencari redho ALLAH
    Subahanahu wa Ta’ala.


    ALLAH Subahanahu wa Ta’ala berfirman;



    Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan agar
    menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan baginya
    agama yang lurus
    ”. (Al Bayyinah: 5)

    RasululLAH ShallalLAHu 'alaihi wa sallam bersabda:

    Sesungguhnya ‘amal-‘amal tergantung pada niat
    dan setiap orang akan mendapatkan sesuatu sesuai
    dengan niatnya
    .” (Shahih, HR Bukhari-Muslim)

    Kedua-dua dalil ini sangat jelas menunjukkan bahwa
    dasar dan syarat pertama diterimanya amal adalah
    ikhlas, yaitu semata-mata mencari wajah ALLAH
    Subahanahu wa Ta’ala
    . ‘Amal tanpa disertai dengan
    keikhlasan maka amal tersebut tidak akan diterima
    oleh ALLAH Subahanahu wa Ta’ala.

    Kedua: Amal tersebut sesuai dengan sunnah (petunjuk)
    RasululLAH ShallalLAHu 'alaihi wa sallam
    . Baginda
    bersabda yang maksudnya:

    Dan barang siapa yang melakukan satu amalan yang
    tidak ada perintahnya dari kami maka amalan tersebut
    tertolak
    .” (Shahih, HR Muslim dari ‘Aisyah
    radhiallahu ‘anha)

    Dari dalil-dalil di atas para ulama sepakat bahwa
    syarat amal yang akan diterima oleh ALLAH
    Subahanahu wa Ta’ala adalah ikhlas dan sesuai
    dengan bimbingan RasululLAH ShallalLAHu 'alaihi
    wa sallam
    . Jika salah satu dari kedua syarat tersebut
    tidak ada, maka amalan itu tidak akan diterima oleh
    ALLAH Subahanahu wa Ta’ala.

    Dari sini sangat jelas kesalahan orang-orang yang
    mengatakan
    Yang penting kan niatnya.” Yang benar,
    harus ada kesesuaian amal tersebut dengan ajaran
    RasululLAH ShallalLAHu 'alaihi wa sallam
    .’

    Jika istilah “yang penting niat” itu benar nescaya
    kita akan membenarkan segala perbuatan maksiat
    kepada ALLAH Subahanahu wa Ta’ala dengan dalil
    yang penting niat.” Kita akan mengatakan para
    pencuri, penzina, pemabuk, pemakan riba’, pemakan
    harta anak yatim, perampok, penjudi, penipu, pelaku
    bid’ah (perkara-perkara yang diadakan dalam agama
    yang tidak ada contohnya dari RasululLAH ) dan
    bahkan kesyirikan tidak bisa kita salahkan, kerana
    kita tidak mengetahui bagaimana niatnya’. Demikian
    juga dengan seseorang yang mencuri dengan niat
    memberikan nafkah kepada anak dan isterinya.

    Apakah seseorang melakukan bid’ah dengan niat
    beribadah ALLAH Subahanahu wa Ta’ala?

    Apakah orang yang meminta kepada makam wali
    dengan niat memuliakan wali itu adalah benar
    ?

    Tentu jawabannya adalah tidak.

    Dari pembahasan di atas sangat jelas kedudukan
    dua syarat tersebut dalam sebuah amalan dan
    sebagai penentu diterimanya. Oleh kerana itu,
    sebelum melangkah untuk ber‘amal hendaklah
    bertanya pada diri kita
    :

    1. Untuk siapa saya ber‘amal?
    2. Dan bagaimana caranya?


    Maka jawabannya adalah dengan kedua-dua
    syarat di atas.

    Masalah berikutnya, juga bukan sekadar memperbanyak
    amal, akan tetapi benar atau tidaknya amalan tersebut.
    ALLAH Subahanahu wa Ta’ala
    berfirman:



    Dia ALLAH yang telah menciptakan mati dan hidup
    untuk menguji kalian siapakah yang paling bagus
    amalannya
    .” (Al Mulk: 2)

    Muhammad bin ‘Ajlan berkata: “ALLAH Subahanahu
    wa Ta’ala tidak mengatakan yang paling banyak
    ‘amalnya.
    ” Lihat Tafsir Ibnu Katsir 4/396

    ALLAH Subahanahu wa Ta’ala mengatakan yang
    paling baik amalnya
    dan tidak mengatakan yang
    paling banyak amalnya, yaitu amal yang dilaksanakan
    dengan ikhlas dan sesuai dengan ajaran RasululLAH
    ShallalLAHu 'alaihi wa sallam,
    sebagaimana yang
    telah diucapkan oleh Imam Hasan Bashri.

    Kedua-dua syarat di atas merupakan makna dari kalimat
    Laa ilaaha illALLAH- MuhammadarRasululLAH.

    Wallahu a’lam.


    - -
    Bintu Yusof:
    Moga bermanfa’at, insyaALLAH.
    "al 'amal tsamrah al iman".
    - 'Amal adalah buah Iman"
    WalLAHU'ALAM bishowab.

    Seterusnya,
    AlhamdulilLAH, terbaru drp Abu 'Ammar ibn Ibrahim:
    --> http://huszul.4shared.com/ <-- hadith40y.group
    * ada downloadable bhn Ilmiyyah & tarbiyyah.
    InsyaALLAH, ada khairnya.

    Saamihni ‘ala kulli hal, barakalLAHUlakuna!
    ALLAHUMMA a’iz ISLAM wa al Muslimun
    fi kulli makaan wa fi kulli dzaaman! Amiin.

    Wassalamu’alaykum warahmatulLAHI wabarokaatuh
    .

    al faqiirah ila ALLAH Ta’ala,
    Bintu Yusof,
    16 Jumada al Awwal 1428H,
    Baitun Usrati, Darul IMAN.


    Powered by ClockBot.com }