As-Syahid Syed Qutb
berikut adalah bingkisan tintaan beliau dalam:
-Tafsir fi Zilal-
*Bersamalah kita renungi dan hayati. Moga ada khoirnya. InsyaALLAH.
Bismillahirrahmanirrahim...
* hidup di bawah lembayung Al Quran...
“Berapa banyak pejuang-pejuang yang gugur syahid, sedangkan ia tidak dapat memberi kemenangan kepada ‘aqidah dan da’wahnya walaupun dia hidup seribu tahun sebagaimana ia mendapat kemenangan ‘aqidah dan da’wahnya dengan kematian syahidnya.
Dia tidak dapat menerapkan konsep-konsep yang agung di dalam hati manusia dan tidak dapat memberangsangkan ribuan manusia melakukan tindakan yang besar dengan sebuah pidato seperti pidatonya yang terakhir yang ditulis dengan darahnya, di mana pidato itu tetap menjadi tenaga penggerak kepada anak cucu cicit dan mungkin menjadi tenaga penggerak yang menghayunkan langkah-langkah sejarah di sepanjang generasi.
Apakah makna kemenangan dan kekalahan? Kita perlu memeriksa kembali gambaran dan nilai-nilai kalah menang yang biasa kita gunakan dalam penilaian kita itu sebelum kita bertanya di mana janji Allah yang hendak memberi kemenangan kepada rasul-rasul-Nya dan kepada orang-orang Mu’min dalam kehidupan dunia?...
Kita telah pun melihat di dalam pemandangan yang telah lalu bagaimana dalihan dan permintaan ma’af orang-orang kafir yang zalim itu tidak berguna kepada mereka dan bagaimana mereka berakhir dengan menerima la’nat dan tempat kediaman di dalam neraka yang amat dahsyat.”
Sumber info: http://www.bahantarbiyah.blogspot.com/
*******************************************
~**Wasiat As-Syahid Syed Qutb **~
* Muslim Mukmin itu ibarat permata yang bersinar
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka diatas tulangku yg hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat mulia ini
dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann
mendapatkan KEKASIHyg sedang merindu
taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku dialam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinar fajar lagi
biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar
*Syahiditusuci: pesanan akhir ini di tulis beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966