.
Penulis:
Al-Ustadzah Ummu Ishaq Zulfa Husein Al-AtsariyyahTarikh publikasi:
19 November 2003Sumber:
Majalah As Syariah by Oase MediaPengeditan, Olahan dan Intepretasi bahasa:
Bint Haji YusofBismilLAH Ar Rahman Ar Rahim Membina sebuah kehidupan rumah tangga yang
harmonis memang menjadi
dambaan setiap pasangan
suami isteri.
Namun tentu saja untuk mencapainya bukannya suatu persoalan
dan jalan yang mudah.
Ia memerlukan persiapan dan
kesediaan dalam banyak hal terutama dari segi ilmu
agama. Sesuatu yang
mesti dipunyai seorang isteri, apatah
lagi pada pihak sang
suami selaku pengurus mahligai rumah
tangga.
Benarlah sebagaimana kata-kata kebanyakan bahawa
menikah beerti menjalani kehidupan yang baru.
Oleh sebab,
kehidupan pasca pernikahan ibarat satu pengembaraan ke suatu medan / medium yang
asing bagi kedua-dua mempelai, di mana di hadapannya
terbentang banyak hal yang tiada pernah kedua-dua mereka
tempuhi sebelum menjawat tanggung jawab selaku suami dan isteri.
Pernikahan juga merupakan kehidupan orang dewasa memandangkan terdapat
banyak hal yang harus dihadapi dan diselesaikan dengan corak pemikiran orang yang dewasa, bukannya corak pemikiran kanak-kanak. Tidak dapat tidak
dalam kehidupan bekeluarga, kedua-dua mereka, akan tetap
berhadapan banyak urusan dan permasalahan umpamanya
masalah hubungan suami isteri (bak kata pepatah Melayu:
‘
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’),
masalah dalam pengurusan pendidikan anak-anak,
ekonomi keluarga, soal kemasyarakatan dsb.
Maka, adalah tidak salah apabila dikatakan
untuk menikah memerlukan bukan sahaja si isteri, bahkan lebih-lebih
lagi pada si suami sebagai qawwam (pemimpin) bagi
keluarganya untuk memperlengkapi diri dengan ilmu
syar’ie. Ini adalah kerana, dengan ‘ilmu yang disertai amalan, akan tertegaklah segala urusan dan akan luruslah jalan kehidupan
dengan penuh kesejahteraan
filLAh. Namun, sayang seribu
kali sayang, soal ini seringkali terabaikan bukan sahaja sebelum
pernikahan, bahkan jua pasca pernikahan.
Pendidikan Keluarga. ALLAH S.W.T. berfirman yang mafhumnya:
“
Kaum lelaki (suami) itu adalah pemimpin
(qawwam) bagi kaum wanita (isteri) ..”
(An Nisaa; 4:34)
Salah satu daripada
tugas suami sebagai ‘qawwam’ adalah
memberikan pendidikan Deen kepada isteri dan anak-
anaknya,
meluruskan mereka dari penyimpangan,
mengenalkan mereka kepada kebenaran (Al Haq)
kerana
ALLAH S.W.T. telah berfirman yang mafhumnya:
“
Hai orang-orang yang beriman, pelihara (jaga)lah
dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan
tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(At Tahrim; 66: 6)
Menjaga keluarga yang dimaksudkan dalam firman
ALLAH di atas adalah dengan cara
mendidik , mengajar , memerintahkan mereka dan
membantu ,mereka serta
melarang mereka dari bermaksiat kepada-NYA. Adalah
menjadi suatu kewajipan atas seorang suami untuk
mengajari keluarganya tentang perkara-perkara yang
di-fardhu-kan. Apabila ia mendapati mereka berbuat maksiat,
maka sang
suami mestilah bersegera menasihati mereka sebagaimana yang telah diperingatkan
ALLAH S.W.T. dalam firman-
NYA tadi.
(Tafsir Ath-Thabari, 28/166, Ruhul Ma‘ani, 28/156)
Manakala menurut
Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir
As-Sa`di , “
menjaga” :-
menjaga jiwa dari api neraka boleh dilakukan dengan mengharuskan jiwa tersebut untuk
berpegang dengan perintah ALLAH, melaksanakan apa
yang diperintahkan-NYA, menjauhi apa yang dilarang,
dan bertaubat dari perkara yang mendatangkan murka
dan adzab-NYA. Di samping itu “
menjaga” isteri dan anak-anak
jua dapat dilakukan dengan cara mendidik dan mengajari mereka,
serta memaksa mereka untuk ta’at kepada perintah
ALLAH.
Seseorang hamba tidak selamat melainkan apabila ia menegakkan
perkara yang
ALLAH telah perintahkan dan meninggalkan apa
yang
ALLAH larangkan pada dirinya dan pada orang-orang yang
berada di bawah perwaliannya seperti isteri, anak-anak dan yang
selain mereka.
(Tafsir Al-Karimir Rahman, hal. 874)
Maka jelasnya,
ayat tadi menunjukkan wajibnya si suami
mengajari isteri tentang perkara agama (Deen) dan
kebaikan serta adab-adab yang diperlukan / merupakan
satu keperluan. Hal ini semisal dengan
firman ALLAH
Ta’ala kepada nabi-
NYA yang mafhumnya:
“
Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan
shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. …”
(Thahaa; 20:132)
“
Dan berilah peringatan kepada
kerabat-kerabatmu yang terdekat, “
(As Syu'araa; 26:214)
Ini menunjukkan keluarga yang paling dekat dengan kita memiliki
kelebihan berbanding orang lain dalam hal meperoleh pengajaran
dan pengarahan untuk ta’at kepada
ALLAH.
(Ahkamul Qur’an, 3/697)
Malik Ibn Huwairits mengkhabarkan:
“Kami mengunjungi
RasuluLAH s.a.w. dan ketika itu kami
adalah anak-anak muda yang sebaya. Lalu kami tinggal bersama
baginda di kota Madinah selama sepuluh malam. Kami mendapati
baginda merupakan seorang yang penyayang dan
lembut. Apabila sepuluh malam telah berlalu, baginda s.a.w.
menduga apakah kami telah mula merindui keluarga kami setelah
sekian lama berpisah daripada mereka. Baginda pun bertanya
kepada kami tentang keluarga kami, maka kami pun menceritakannya. Setelah itu baginda pun bersabda:
‘
Kembalilah kalian ke sisi keluarga kalian, tinggalah
bersama-sama mereka dan ajari serta perintahkanlah
mereka.’”
(Sahih Bukhari, no.628 dan Muslim no.674)
Dalam hadith di atas,
Nabi s.a.w. memerintahkan kepada
sohabat baginda supaya
memberikan taklim (pengajaran)
kepada keluarga dan menyampaikan ilmu yang mereka
peroleh semasa menghadiri majlis ‘ilmu/ bermajlis
dengan seorang ‘alim kepada keluarga mereka.Secara tidak langsung ia membawa kita kepada satu penjelasan dan pemahaman bahawa
seorang suami / kepala rumah tangga
harus memiliki ‘ilmu yang cukup untuk mendidik anak-
anak dan isterinya, mengarahkan mereka kepada
kebenaran dan menjauhkan mereka dari penyimpangan. Namun, sangat sayang sekali, realitasnya lewat
hari ini terdapat banyak ketua keluarga yang terlalai / melalaikan hal ini. Yang memenuhi benak mereka hanyalah
bagaimana untuk
mencukupkan kehendak material
keluarganya sehingga hanyut dalam arus perlumbaan mengejar
kemewahan duniawi sedangkan
keperluan rohani tiada
termasuk dalam perhitungan. Anak-anak dan
isteri mereka hanya dimanjakan dengan harta dunia, bersenang
lenang dengannya seolah-olah dia
tiada mengerti dan
memahami akan kehendak agama.Di satu sudut lain pul ialah
kelompok suami yang tidak
mampu mengajari keluarganya ekoran kesibukan atau keterbatasan ilmunya, Maka sebagai jalan penyelesaiannya,
ia
carikan guru/pengajar agama untuk anak-anak dan
isterinya, atau
mengajak isterinya ke majlis taklim,
menyediakan buku-buku agama, kaset-kaset ceramah/
taklim yang sesuai dengan kemampuannya,
dan
menganjurkan keluarganya untuk membaca/
mendengarnya.
Mendidik Isteri. Sedari awal-awal melangkah ke alam pernikahan,
seorang
suami semestinya telah merencana pendidikan
agama bagi isterinya atau sekurang-kurangnya punya
pandangan ke arah sana. Dan
sebelum menjadi seorang
ayah, semestinya ia telah
menyiapkan isterinya
untuk menjadi pendidik bagi anak-anaknya kelak,
kerana:
“
Ibu adalah madrasah (sekolah) bagi anak-anaknya,”
kata penyair ‘Arab.
Di sini perlu diperhatikan dan diperingat juga, bahawa
mendapatkan pengajaran agama adalah termasuk
dalam :
Salah satu hak isteri yang seharusnya ditunaikan
oleh seorang suami dan termasuk juga hak seorang
wanita yang harus ditunaikan walinya. Namun pada
praktikaliti hari ini, seringkali ia tidak terpenuhi sebagaimana
mestinya.
Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’I telah
membahagikan 3 jenis manusia yang
menguruskan wanita:Pertama:Mereka yang
melepaskan wanita begitu sahaja
sekehendaknya, membiarkannya bepergian jauh tanpa
mahram, bercampur gaul di sekolah-sekolah, mana-mana
tempat pengajian dan tempat kerja sehingga akhirnya
membawa kepada rosaknya keadaan kaum
muslimin.Kedua: Mereka yang
menyia-nyiakan wanita tanpa taklim,
membiarkannya seperti binatang ternak, sehingga
ia tidak tahu sedikit pun kewajipan yang ALLAH pertanggungjawabkan atasnya. Wanita seperti ini
akhirnya akan terjerumus ke dalam fitnah dan berselisih
pada perintah-perintah
ALLAH dan akhirnya bisa merosak
keluarganya.
Ketiga:Mereka yang memberikan pengajaran agama
kepada wanita sesuai dengan kandungan Al Qur’an
dan As Sunnah, kerana
melaksanakan perintah
ALLAH sebagaimana firman-
NYA:
“
Hai orang-orang yang beriman, pelihara (jaga)lah
dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai
Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka
dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(At Tahrim; 66: 6)
Dan juga berdasarkan
sabda RasululLAH s.a.w.:
“
Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian
akan ditanya tentang tanggungjawab , tentang apa
yang dipimpinnya.”
(Shahih, HR. Al-Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829) &
(Nashihati lin Nisa’, Ummu ‘Abdillah Al-Wadi`iyyah, hal. 7-8).
Seorang
isteri perlu diajari tentang perkara yang
diperlukannya dalam kehidupan sehari-hari,
daripada perkara
siang hingga ke
malam, tentang
tauhid,
bahaya syirik, maksiat dan
penyakit-penyakit hati serta diikuti
cara-cara mengubatinya atau
menghadanginya.
RasululLAH s.a.w. sendiri menyediakan waktu
khusus untuk mengajari para wanita.
Abu Sa’id al-Khudri berkata:
“ Datang seorang wanita kepada
RasululLAH,
‘
Wahai RasululLAH! Kaum lelaki telah pergi membawa
hadithmu, maka
berikanlah untuk kami satu hari yang
khusus di mana kami dapat mendatangimu untuk
belajar daripadamu tentang ilmu yang ALLAH telah
ajarkan padamu’.
Baginda s.a.w. pun bersabda:
“
Berkumpullah kalian pada hari ini dan itu di
tempat ini ( yakni baginda menyebutkan waktu
dan tempat tertentu)’
Hingga mereka pun berkumpul pada hari dan tempat yang
dijanjikan untuk mengambil ilmu daripada
baginda
RasululLAH s.a.w. , sesuai dengan apa
yang diajarkan
ALLAH S.W.T. kepada baginda.”
(Shahih, HR. Al-Bukhari no. 101 dan Muslim no. 2633)
Bahkan isteri-isteri baginda RasululLAH s.a.w.
sendiri, “
lahir” daripada madrasah nubuwwah dan mereka
menuai bekal ilmu yang banyak terutama
Ummul Mukminin
‘Aisyah yang membesar dalam
asuhan madrasah
yang mulia ini.
Sepeninggalan suami mereka iaitu baginda
RasululLAH s.a.w.,
mereka menjadi pendidik umat
bersama dengan para sahabat yang lain, semoga
ALLAH S.W.T. meredhai mereka.
Gambaran Pengajaran Seorang ‘Alim terhadap
Keluarga Mereka. Para pendahulu kita yang shalih (
salafunash shalih)
sangat mementingkan pendidikan agama bagi
keluarga mereka.
Di samping mereka berdakwah
kepada umat di luar rumah, mereka juga
tidak
melupakan orang-orang yang berada dalam
rumah mereka (keluarga). Tidak seperti kebanyakan
manusia pada hari ini yang sibuk dengan urusan mereka di
luar rumah sehingga melalaikan pendidikan isterinya.
Bahkan
amatlah sayang sekali sekiranya hal yang sama
menimpa
keluarga da’i. Ia
sibuk berdakwah kepada
masyarakat sekitar sedangkan isterinya di rumah tidak mengetahui dan memahami akan tata cara solat yang
diajarkan oleh nabi s.a.w., tidak mengetahui cara
menyucikan najis dan sebagainya. Malah lebih parah
jadinya apabila isteri dan anaknya tidak mengerti tentang
tauhid dan syirik.
NaudzubilLAH. Mari kita bandingkan dengan apa yang ada pada
salaf,
Mislanya
keluarga al Hafizh Ibn Hajar.
Semangatnya
beliau dalam menyebarkan ‘ilmu kepada keluarga
dan kerabatnya adalah sedemikian juga semangatnya
dalam menyampaikan ‘ilmu kepada orang lain.
Kesibukan beliau dalam dakwah di luar rumah dan dalam
menulis ilmu tidaklah melalaikan
beliau untuk memberi taklim kepada keluarganya.
Dari hasil pendidikan ini
lahirlah dari keluarga beliau
orang-orang yang terkenal dalam ilmu khususnya
ilmu hadits, seperti: saudara perempuannya
Sittir Rakb bintu
‘Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Hajar Al-’Asqalani,
istrinya Uns bintu Al-Qadhi Karimuddin Abdul Karim bin
‘Abdil ‘Aziz, putrinya Zain Khatun, Farhah, Fathimah, ‘Aliyah,
dan Rabi`ah. (Inayatun Nisa bil Haditsin Nabawi, hal. 126-127)
Lihat pula bagaimana
Sa’id Ibnul Musayyab membesarkan
dan mengasuh putrinya dalam buaian ilmu hingga ketika
menikah
suaminya mengatakan ia mendapati isterinya
adalah orang yang paling hafal dengan KitabulLAH,
paling mengilmuinya dan paling tahu tentang hak suami. (Al-Hilyah, 2/167-168, As-Siyar, 4/233-234)
Demikian pula
kisah keilmuan putri Al-Imam Malik.
Dengan bimbingan ayahnya, ia dapat menghafal
Al-Muwaththa’ karya sang Imam. Apabila ada murid
Al-Imam Malik membacakan
Al-Muwaththa’ di hadapan
beliau, puterinya berdiri di belakang pintu mendengarkan
bacaan tersebut. Hingga
ketika ada kekeliruan dalam
bacaan ia memberi isyarat kepada ayahnya
dengan mengetuk pintu. Maka ayahnya
(
Al-Imam Malik) pun berkata kepada si pembaca:
“
Ulangi bacaanmu kerana ada kekeliruan”.
(Inayatun Nisa’, hal. 121)
Perhatian pendahulu kita
rahimahumullah terhadap pendidikan keluarganya ternyata juga kita
dapatkan dari ulama yang hidup di zaman kita ini,
seperti
Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi‘i .
Dalam sehari beliau menyempatkan waktu untuk
mengajari anak isterinya tentang perkara-perkara
agama yang mereka perlukan, hingga mereka mapan
dalam ilmu dan dapat memberi faedah kepada saudara
mereka sesama muslimah dalam maelis yang mereka
adakan atau dari karya tulis yang mereka hasilkan. Demikianlah serba ringkas kisah ulama kita dengan keluarganya, lalu di mana tempat kita bila
dibanding dengan mereka ?
Wallahu ta‘ala a‘lam bish-shawab.~* ~* ~* ~* ~* ~* ~*Bint Haji Yusof,
BismilLah Ar Rahman Ar Rahim
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.Assalamu’alaikum warahmatulLahi wabarakatuh.
AlhamdulilLah, segala puji-pujian ana rafa’kan kehadrat
ALLAHU ROBBI, Pemilik dan Penguasa sekalian
‘alam, solawat serta salam buat junjungan besar
Nabi
Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda, para sohabat
r’’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka berlandaskan
sumber AL HAQ kurniaan ILAHI iaitu Al Quran
dan As Sunnah dengan ikhlas hinggalah ke hari
kiamat. AlhamdulilLAH, biiznilLah beringingan tawfiq
wa hidayah-NYA, demikianlah sekajang warta
ilmiah hasil karya
Al-Ustadzah Ummu Ishaq Zulfa
Husein Al-Atsariyyah yang
dapat ana bantu
terjemahkan sebahagiannya ke dalam
wadah bahasa yang lebih mudah bagi pemahaman
saudara saudari seaqeedah yang ana hormati
dan hargai filLAH atas dasar
meneruskan
usaha mengongsi ‘ilmiah wa
menyebarluaskan
bahan-bahan bacaan terkini yang
bermanfa’at
serta sesuai untuk
keperluan semasa dalam
kehidupan
ummat ISLAM sejagat, insyaALLAH. Sebarang kandungan yang kurang jelas dan bersarat kelemahan,
tafadhal masykuroh ,
maklumkanlah ilayya.
AlhamdulilLAH, segala huluran komentar waima kerja
sama amatlah ana alu-alukan dan hargai
filLAH.
Moga ada khairnya.Tidak lupa jua ucapan “
syukran jazilan kathiron”
kepada
pengirim artikel ini ‘ilayya yang menggunakan
nick “akoanakmalaysia” dan
mencadangkan kepada
ana agar mengedit serta bantu olah karya Indonesian ini
ke bahasa yang lebih mudah untuk bacaan umum
juga untuk manfa’at bersama saudara saudari
seaqeedah filLAH! Mabruk ‘alaika/ki!
Tidak dapat dinafikan karya tulis ini sedikit
sebanyak telah mengesani jiwa ana dan membawa
satu rombakan pada diri ana, mengalirkan
keinsafan pada diri. Membuatkan ana celik akan
realitas hari ini agar diri ini lebih berwaspada dalam
meniti arus kehidupan penuh pancaroba juga buat
persediaan di hari muka,
walLAHU ‘Aalimin.
Segenap keampunan dan petunjuk, ana pinta pada
ALLAH S.W.T. atas yang sedemikian itu kerana
tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pimpinan
dan pertolongan-
NYA.
WalLAHU Musta’an.
Asifi ‘ala kulli hal.
WabilLahi tawfiq wal hidayah wassalamu’alaikum
warahmatulLahi wabarakatuh.
Al faqiir ila ALLAH S.W.T.Bint Haji Yusof,
10 Muharram 1427H (Juma’at)Auckland, NEW ZEALAND.
-------------------------------------------------
p/s:
LATEST in :
*Al Faqir ila ALLAH S.W.T.
*http://syahiditusuci210284.blogspot.com
"Great Women (Part 3)"
By: Shaykh 'Abdul-Muhsin Al-Qaasim
Source: Khutbah; 26, Rabee'uth-Thaanee 1426 (3, June 2005)
Transcription: Islaamic Propagation & Education Committee
Al-Madeenah Al-Munawwarah (Sermons of the two Holy Mosques)
Summary:
A Continuition of the earlier ones about Honourable wives of
ALLAH's Messenger (SalLAHU 'alayhi wa sallam)
1. Sawdah bint Zam'ah
2. Hafsah, the daughter of 'Umar
3. Zaynab bint Khuzaymah al-Hilaaliyyah
4. Umm Habeebah, the daughter of Aboo Sufyaan
5. Umm Salamah (Hind bint Abee Umayyah)
6. Zaynab bint Jash
7. Juwayriyyah bint al-Harith
8. Safiyyah bint Huyayy
9. Maimoonah bint al-Harith al Hilaaliyyah