~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: March 2006

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Thursday, March 30, 2006

BICARA IKHLAS …

.

Assalamua'alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh

Suatu ketika, seringkali diriku ini dengar dan baca untaian
kata-kata berikut:

" PEMUDA HARAPAN BANGSA!
PEMUDI TIANG NEGARA! "

……………………………………

BismilLAH, alhamdulilLAH



Bint Haji Yusof:

PEMUDA PEMUDI

Atau bisa sahaja diri ini khususkan kelompok tadi pada:

MUSLIMIN MUSLIMAT….

Mereka itu…

BERSATU DALAM 1 PERJUANGAN
MENEGAKKAN AL HAQ!

DI ZAMAN KEKALUTAN PELBAGAI FAHAMAN

Yang mana diri ini akui akan betapa..

SUKAR UNTUK MENILAI
YANG MANA SATUKAH

"KEBENARAN YG HAKIKI"

HANYA ALLAH SUBAHANAHU WA TA’ALA
YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA ADIL
MENILAI
SEGALANYA ITU



Wahai Bintu Haji Yusof,


SENTIASALAH MOHON HIDAYAH DARIPADA YANG ESA
MOGA KAN KETEMU SINAR PENYELESAIAN


…..INSYAALLAH….


AKAN HAKIKAT SUATU KEBENARAN!






* Sekadar suatu renungan dan luahan bicara daripada ana,
insan yang masih dalam pencarian akan satu KEBENARAN HAKIKI.. dalam kekalutan rojakan tempias fahaman
akhir zaman
yang mlambai-lambai di sekeliling pinggan agar
turut bersama dalam perjuangan mereka.


….yang setiap satu daripada mereka itu mendakwa pilihlah
hadhaf perjuangan “kami” kerana “kamilah” yang terbaik,
kamilah” yang benar, “kamilah” golongan itu, “kami” di atas
manhaj yang selamat, di atas akidah yang selamat, “kami” mempunyai
segala kebaikan….


setiap satu mereka,


....meyakini bahawa merekalah yang disebut-sebut dalam
hadith Nabi s.a.w. sebagai golongan yang akan selamat
dan masuk syurga
, sedangkan 72 golongan lainnya adalah
kelompok sesat dan bid’ah yang akan masuk neraka....


Sementelahan merujuk hadith >>


"Umatku akan terpecah belah menjadi tujuh puluh tiga
golongan. Semuanya masuk neraka kecuali satu golongan
."

Ditanyakan kepada baginda:

"Siapakah mereka, wahai Rasul Allah?"

Baginda s.a.w. menjawab:

"Orang-orang yang mengikutiku dan para sahabatku."


[HR Abu Dawud,At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Ad-Darami
dan Al-Hakim].







Kekeliruan dan kekalutan mula menerjah fikri, adakalanya
diri ini merasa amat lemah sekali, namun ana mesti KUAT,
kerana inilah namanya “CUBAAN” & “UJIAN” yang juga merupakan
satu 'TARBIYYAH' drp LILLAHI ROBBIL 'ALAMIIN atas
diri seorang makhluk bernama HAMBA kepada SANG PENCIPTA-nya.


'Ala kulli hal...insyaALLAH mudah-mudahan dikurniakan
kekuatan dan hidayah ILAHI untuk menghadapi dan
menangani
semuanya itu


Dan bagi ana, insyaALLAH, dari saat ini hinggalah ke
akhir hayat (mohon hidayah drp-NYA), peringatan buat
diri sendiri; yang hakikinya :


'KEBENARAN' hanya milik ALLAH S.W.T., bukannya
milik mutlak satu golongan semata.








Bahkan para Imam Madzhab sendiri tidak pernah menDAKWA
dan merasa bahawa diri (madzhab) merekalah YANG PALING BENAR, semaklah pernyataan para Imam Madzhab tersebut dlm kitab
-kitab mereka.....






Imam Abu Hanifah (Hanafi):

Jika suatu hadits shahih, itulah madzhabku”.

Tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila
ia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernya







Imam Malik (Maliki):

Saya hanyalah seorang manusia, terkadang salah, terkadang benar. Oleh kerana itu, telitilah pendapatku. Bila sesuai
dengan al Qur'an dan sunnah, ambillah, dan bila tidak sesuai dengan al-Quran dan sunnah, tinggalkanlah







Imam Syafi’i:

Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadith Rasulullah Saw, peganglah hadith Rasulullah
Saw itu dan tinggalkanlah pendapatku itu







Imam Ahmad bin Hambal (Hambali):

Janganlah engkau taqlid kepadaku atau kepada Malik,
Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, tetapi ambillah dari sumber
mereka mengambil









Begitulah para Imam Madzhab menganjurkan untuk
tidak merasa paling benar sendiri dan tidak taqlid
kepada satu golongan
, merekalah salafus shalih yang
benar
.


Bahkan diantara Imam Madzhab terdapat perbedaan
ijtihad
dalam beberapa masalah furu’, mereka tidak saling membid’ahkan dan menyesatkan satu sama lain.


Bahkan menganjurkan untuk menelaah dulu hujjah
mereka
dan jika ada hujjah yang lebih kuat (quwwatu dalil) silakan diambil hujjah itu.







Sesungguhnya, jaminan Allah SWT terhadap hamba-Nya ;
ahli syurga adalah kepada orang yang mukmin, tidak ada
klasifikasi
apakah mukmin ikhwani, mukmin tahriri, mukmin tablighi, mukmin wahabi, mukmin salafi, mukmin sufi, dan mukmin-mukmin tertentu saja.

Selama mukmin tersebut menjalankan semua perintah-Nya
dan meninggalkan semua larangan-Nya, maka Allah SWT menjanjikan syurga bagi mukmin tersebut.




Hadis Imran bin Husain r.a katanya:

Sahabat bertanya:

Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui penghuni
Syurga dan penghuni Neraka?


Rasulullah s.a.w bersabda:

Ya.

Sahabat bertanya lagi:

Kalau begitu untuk apa amalan dilakukan?

Rasulullah s.a.w menjawab:

Segala-galanya akan dimudahkan berdasarkan kepada
untuk apakah beliau dijadikan



[Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim (Dalam Bahasa Arab
sahaja): 4789
]



Wallahu'alam bishowab.








* Sekadar catitan luahan rasa oleh insan yang masih cetek
dalam 'ilmu agama
yang pendidikan DEEN secara formalnya
cuma sekadar di SMKA dan bukanlah siswi daripada mana
-mana IPT AGAMA umpamanya Univ.Al Azhar, Univ.Medina,
Univ. Damascus, Univ. Al Fateh, Univ. Iman , UIAM
etc. Bahkan
bukan juga daripada mana-mana bidang pengajian agama mislanya Usuluddin, Syariah, Pengajian Hadith, Usul Fiqh, Fiqh
Kuliyyah Ilmu Wahyu
dsb.

Namun, ana tetap bersyukur, kerana ALLAH S.W.T. membenihkan ke dalam hati ana untuk mendalami lagi pengetahuan dalam keagamaan mlalui usrah, majlis, diskusi,
kuliah, dan program-program yg d bawah payungan DEENUL ISLAMI ;
tak lekang jua atas inisiatif pribadi, sekali pun sekarang ini ana menuntut dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris (B.Educ Teaching English to Speakers of Other Languages -TESOL) yang hampir jauh langsung
perkaitan dengan pengkhususan terus kepada ehwal DEEN.







" Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku;
dan tiadalah aku akan beroleh tawfiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan ALLAH. Kepada ALLAH jualah
aku berserah diri dan kepada-NYA lah aku kembali
"

[Huud; 11:88]








Hadis Kaab r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Perumpamaan orang mukmin itu seperti tanaman yang kecil. Apabila ditiup angin dia merebah kemudian tegak kembali sehingga kelihatan bergoyang-goyang. Manakala perumpamaan orang kafir adalah seperti sepohon pokok yang kuat di atas tunjangnya, tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia tumbang


[Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim (Dalam Bahasa Arab sahaja): 5025]



WalLAHU Musta'an.


Saamih li 'ala kulli hal.

Hadaanallah wa iyyakum wa Baarakafiina wa iyyakum ajma'in.

Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.


al faqiirah ila ROBBI,
Bintu Yusof,
1 Raby` al-awal 1427H (Jumaat) ,
Auckland, New Zealand.

Friday, March 24, 2006

Apabila Sakit Merupakan Suatu Nikmat dan Anugerah

.
Karya asal oleh: Abu Faradisa & Ummu Fida Firdausa
Tarikh publikasi : Saturday, 26 July 2003
Bedah 'ilmiah, rombakan, penambahan dan
pengembangan isi serta penulisan semula
: Bint Haji Yusof





Alhamdulillah 'illathee hadaana lihaatha,
wa maa kunna linahytadiya lawlaa an hadaanAllah.


Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh,

Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH S.W.T.

Persoalan-persoalan dan coretan kalam yang bakal
diajukan dan dibacai berikut bukan sahaja ana hala tujukan
pada kalian semata BAHKAN buat diri ana sendiri. Ia
di olah, dibedah ilmiah, dikembangkan pengisiannya
juga diperkukuhkan lagi dengan pencarian dalil-dalil
naqli yang sahih sebagai pendokong hujjah penulisan
semula ini
.

Ana usahakan dan tintakan khusus buat manfa’at bersama
saudara saudari seaqeedah yang ana hargai dan hormati kerana
ALLAH S.W.T.
pada paparan kali ini agar tiada terlalu
berpandukan karya asalnya; Sebaliknya ditambah baikkan
isi dan diperelokkan lagi bicara penyampaian ini
buat
perhatian bersama, moga keberhasilan daripada penulisan
ini ada manfa’atnya, insyaALLAH.


Sebarang kekurangan ataupun yang bersalahan
segeralah perbetuli dan maklumi ana
sama ada melalui
kiriman mel, private messages (pm) di yahoo messenger
ataupun titipkan sahaja di ruangan komentar yang disediakan
pada setiap penghujung artikel, moga ada khairnya,
insyaALLAH
.


BismilLAH, alhamdulilLAH..


Saudara saudariku,





Adakah pernah anda merasai sakit, mengalami
kesakitan atau jatuh sakit?


Bagaimanakah perasaan anda ketika menghadapinya?

Adakah anda merasa suka, tenang, gembira, sedih,
tidak selesa, resah gelisah, geram, marah, benci,
atau apa-apa rasa; yang mana ia tiada dapat dibiaskan
pada ungkapan perkataan sama ada ia berupa positif
mahupun negatif buat anda
?

WalLAHU Ta’ala ‘Alam.


Wahai saudara saudari yang ana hargai ikhlas kerana ALLAH,


Sedarilah, bahawasanya apa jua kesakitan yang menghinggapi
kita, penderitaan yang membumbui kita, kesempitan yang
dirasai kita, kesulitan yang berupa kegelisahan pada kita
;

Semua itu adalah satu nikmat dan anugerah yang dikaruniakan TUHAN kepada hamba-NYA.

Yang mana bukan selalu ia mengunjungi semua orang pada
setiap detikan masa; Janganlah sesekali membenci akan ia,
apatah lagi melontarkan keluhan mendalam padanya, sebaliknya
saudara saudariku,

Apabila ia datang melabuhkan diri pada kita, sama-samalah kita
waspadai dan peringatkanlah pada diri yang:





1. Sakit / kesakitan / penyakit yang kita alami itu
adalah didatangkan oleh ALLAH Subahanahu wa Ta’ala.



Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al Hadid (57:22-33)




Yang bermaksud:

''Tiada sesuatupun bencanapun yang menimpa di bumi
dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah
tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu
adalah mudah bagi ALLAH. (Kami jelaskan yang
demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita
terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya
kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang
diberikanNya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai
setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.''


(Al-Hadid; 57:22-23)







2. Waspadai dan peringatkanlah pada diri kita
bahawa setiap sakit/ kesakitan / penyakit ada
kebaikannya buat diri kita.



Saudara saudariku yang dirahmati ILAHI,

Di sebalik kesemua yang kita alami itu, hakikinya terdapat
HIKMAH dan FAEDAH yang pasti akan membawa seribu
pengertian juga penghayatan yang berisi
; apabila kita menghadapinya dengan penuh kesabaran dan kerelaan .
Di antaranya adalah:



a. Dosa dan kesalahan diampunkan.





1. Hadis Abu Said r.a:

Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:

Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang
mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit
yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada
kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka
hal yang demikian merupakan penghapus bagi
kesalahan-kesalahannya
.”


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4670

...


2. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam
keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku.
Aku katakan kepada baginda:

Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar
tidak sihat
.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah
sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara
kamu.


Aku berkata:

Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Benar.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit
dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan
kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana
daun yang gugur dari pokoknya
.”


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4663


...


3. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Ketika diturunkan ayat: مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ

Yang bermaksud:

Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi
pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam
merasa amat sedih tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w
bersabda:

Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu
pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri



Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4671



b. Ditinggikan atau dinaikkan darjatnya





1. Hadis Aisyah r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu,
dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan
musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya
satu kesalahan disebabkan musibah tersebut
.”


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4664

...


2. Daripada Aisyah r.a., dia berkata:

“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
wa Sallam
bersabda (yang ertinya):

''Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit
sedikit pun, melainkan ALLAH menghapus darinya
satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu darjat
.”

(Ditakrij Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)

..


3. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dia berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda
(yang ertinya):

''Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki
kedudukan di sisi ALLAH, namun tidak ada satu
amal yang dapat menghantarkannya ke sana.
Maka Allah senantiasa mencubanya dengan
sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia
dapat sampai ke kedudukan itu.''


(Ditakhrij Abu Ya'la, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim;
Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)



c. Pembuka jalan ke Syurga



Hadis Ibnu Abbas r.a:



Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya:

Ibnu Abbas bertanya kepadaku:

Mahukah kamu jika aku memperlihatkan seorang
wanita yang menjadi calon penghuni Syurga?


Aku menjawab:

Sudah tentu.

Ibnu Abbas berkata:

Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah datang kepada
Nabi s.a.w dan berkata:

Sesungguhnya aku diserang penyakit sawan babi
atau gila babi. Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah
kepada Allah demi menyembuhkanku.


Nabi s.a.w bersabda:

Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah
Syurga. Sekiranya kamu mahu sembuh, aku boleh
mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu
.

Wanita itu berkata:

Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh,
jadi berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkanku.
Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya



Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4673



d. Keselamatan dari Api Neraka





1. Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, bahwa beliau menjenguk
seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah.
Lalu baginda bersabda (yang ertinya):

''Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman,

'Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa
hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari
neraka pada hari akhirat
.''


(Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan AL-Hakim.
Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)

...


2. Hadis Ibnu Umar r.a:

Dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:

"Demam itu berasal dari didihan Neraka Jahanam.
Oleh itu, sejukkanlah demam itu dengan air
."

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4093

...


3. Hadis Asma' r.a:

Bahawa pernah ada seorang wanita yang gelisah kerana demamnya
yang teruk, beliau dibawa berjumpa Asma', lalu Asma' meminta
air kemudian menyiramnya ke dalam baju wanita itu.

Asma' berkata:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Sejukkanlah kepanasan demam itu dengan air. Baginda juga bersabda: Sesungguhnya panas itu adalah dari didihan Neraka Jahanam .”


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4098

...


4. Hadis Rafi' bin Khadij r.a katanya:

Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya kepanasan demam itu adalah kepanasan
yang berasal dari Neraka Jahanam. Oleh itu, sejukkanlah kepanasan itu dengan air
.”


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4099



e. Membawa atau membuatkan kita ingat akan ALLAH
dan kembali kepada-NYA







Amnya, tatkala seseorang individu berada dalam keadaan sihat
wal ‘afiat
ada sahaja yang mengaruhnya tenggelam dalam
kenikmatan duniawi dan syahwat. Kesibukan dalam urusan
duniawi adakalanya dapat melalaikan individu hingga ia
melalikan dirinya akan pandangan dan penilaian ALLAH

sehingga dalam diam, tanpa sedar dirinya telah terjerumus dalam kemaksiatan dan kederhakaan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.

NaudzubilLAHI min dzaliik.

Justeru, apabila ALLAH S.W.T. menguji dan menduga hamba-NYA
tadi dengan sakit atau musibah lain, umumnya mana-mana individu
tadi akan segera ingat kepada ROBB-nya, lantas beristighfar,
bertaubat, insafi diri dan kembalilah ia memenuhi suruhan-suruhan
yang juga hak-hak ALLAH yang telah diabaikannya.


Dari Abdurrahman bin Sa’id, dari bapanya, dia berkata:

Aku bersama Salman menjenguk orang yang sedang
sakit di Kandah. Tatkala Salman memasuki tempat
tinggalnya, dia berkata, ''Bergembiralah, kerana
sakitnya orang mukmin itu akan dijadikan Allah
sebagai penebus dosanya dan penyebab kewaspadaannya. Sedangkan sakitnya orang kafir itu laksana
keldai yang diikat pemiliknya, kemudian dia
melepaskannya kembali, namun keledai itu
tidak tahu mengapa ia diikat dan mengapa
ia dilepaskan.
''


Apa yang cuba disampaikan daripada kisah tadi ialah
penyakit yang menimpa seseorang Mu’min itu
merupakan penebus bagi dosanya, penyebab yang
mengaruhnya bertaubat, dan pembangkit lenanya
dari kealpaan berterusan.

Manakala bagi orang kafir pula amatlah berbeza sama sekali,
kerana ia akan tetap berada dalam kederhakaan, penyakit
yang menimpa tiada membawa apa-apa nilai keinsafan
padanya dan tiadalah dia kembali kepada ROBB-nya
ke landasan kebenaran (siratul mustaqiim). Sebagaimana
pengibaratan yang diberokan iaitu ibarat seekor keldai
yang dipegang dan diikat, kemudian dilepas kembali,
namun ia tidak tahu mengapa ia diikat lalu dilepas lagi
.



f. Mencelikkan dan mengingatkan seorang hamba
akan nikmat yang diberikan ALLAH atasnya.







Hakikinya, sakit atau musibah yang menimpa pada mana
-mana individu, akan dapat membuatkan ia ingat akan
nikmat yang telah ALLAH S.W.T. berikan padanya
ketika ia sihat. AlhamdulilLAH dengan hal yang
demikian itu, makin bersyukurlah seseorang insan itu
kepada TUHAN.

Seorang penyair berkata:

“Seseorang itu tidak akan mngenal (menghargai)
akan tanda-tanda sihat selagi mana ia belum
ditimpa kesakitan (jatuh sakit).”




g. Menyedarkan seseorang individu tentang keadaan
atau perkhabaran orang-orang yang sakit.







ALLAH S.W.T. menimpakan dugaan sakit kepada kita agar kita mengingati saudara-saudara kita yang sedang sakit,
yang selama ini mungkin ada yang kita terabaikan (terlepas pandang).
Ia dapat membuatkan kita kembali sedar dan secara tidak langsung mengetuk pintu hati kita untuk membantu memenuhi
hak-hak saudara kita yang sedang sakit
mislanya
menziarahinya, membantu menguruskan keperluannya,
meringankan penderitaan yang dialaminya, menghiburkannya,
membantunya mencari ubat yang sesuai, mendo’akan
kesejahteraannya dsb.



h. Menyucikan hati dari pelbagai penyakit hati
dan sifat mazmumah.






Keadaan yang sihat adakalanya boleh mendorong
mana-mana individu bersikap sombong, bangga
dan taajub kepada diri send
iri memandangkan
kudrat yang sihat membolehkan ia bebas berbuat
apa sahaja mengikut kemahuan hatinya
.

Namun apabila sakit menghinggapi diri, penderitaan menghurunginya, secara tidak langsung jiwa
yang dahulunya keras menjadi lembut, segala sifat
sombong, takabur, hasad dengki, membanggakan diri mula
luruh daripadanya sedikit demi sedikit
. Hinggalah
akhirnya ia kembali tunduk dan pasrah kepada
ALLAH S.W.T
. serta mempertingkatkan ketekunan
pengibadahan kepada-NYA. AlhamdulilLAH.



i. Menjadikan seseorang individu itu ‘SABAR’






Abdul Malik bin Abjar berkata:

''Setiap orang pasti mendapat cubaan afiat, untuk
dilihat apakah dia bersyukur, atau mendapat
bencana untuk dilihat apakah dia bersabar.''



Saudara saudariku yang dirahmati ILAHI,

AlhamdulilLAH, lihatlah dan mengertilah akan
betapa besarnya faedah dan hikmah yang dapat diperoleh
individu ketika mengalami sakit


Bukankah kesakitan itu merupakan suatu
NIKMAT dan ANUGERAH?






Justeru usah lagi benci, marah akan ia ataupun
merasa kecewa dengan kehadirannya.

Sesungguhnya semakin berat penderitaan, semakin
berlipat gandalah pahala
atas individu setimpal dengan
sifat sabarnya dalam menghadapi cubaan tersebut.


Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam
keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku.
Aku katakan kepada baginda:

Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar
tidak sihat
.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah
sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara
kamu.


Aku berkata:

Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Benar.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

Setiap orang muslim yang ditimpa musibah
atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan
mengampunkan kesalahan-kesalahan dari
sakitnya, sebagaimana daun yang gugur
dari pokoknya
."


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4663


Hadits di atas memberikan penjelasan kepada kita bahwa
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menerangkan
bahawa apabila penyakit yang ditimpakan atas individu itu
bertambah berat maka pahalanya dilipat gandakan
dan pelipat gandaan ini terus meningkat sampai terhapusnya
kesalahan-kesalahannya. Dengan erti kata lain, beratnya sesuatu penyakit yang ditimpakan individu itu dapat mengangkat derajatnya dan menghapuskan kesalahan-kesalahan
yang ada padanya
.


Saudara saudari yang ana hormati kerana ALLAH S.W.T.,





Apabila kita sudah maklum akan hal ini; iaitu betapa
rasa sakit atau musibah yang menimpa itu
dapat menghapuskan dosa dan mengangkat
darjat seorang hamba Tuhan
; maka hendaklah
kita tekatkan nilai kesabaran dan rasa redha
dalam diri
akan hal tersebut agar kita, insyaALLAH
dapat merangkul apa yang dijanjikann ALLAH S.W.T.
terhadap orang-orang yang sabar
antaranya ialah:


1. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Al Imran (3:146)




Yang bermaksud:

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah
berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang
yang taat kepada ALLAH, maka mereka tidak
merasa lemah semangat akan apa yang telah
menimpa mereka pada jalan (agama) ALLAH
dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak
pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah),
ALLAH sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar
.”


2. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Az Zumar (39:10)



Yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu
ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu):
Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah
kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang
berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan
(yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi
ALLAH ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu
ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang
bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan
pahala mereka dengan tidak terkira
.”


3. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Ar Raad (13:23-24)



Yang bermaksud:

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan
memasukinya bersama-sama orang-orang
yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa
mereka dan isteri-isteri mereka serta anak
-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula
akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;
(Memberi hormat dengan berkata): Selamat
sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan
kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan
amal kamu di dunia dahulu
.”


Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ROBBI,


Bukankah semua itu merupakan suatu kemuliaan?

Bukankah semua itu merupakan pembawakan
pada darjat yang tinggi?


Tidakkah kita semua mengidamkan agar sakit
yang kita alami menjadi suatu nikmat dan anugerah
yang besar nilaiannya?


Jadi, ayuh, sama-samalah kita peringati diri:

Jangan kita biarkan semua janji-janji itu
hilang begitu sahaja dibawa arusan masa.


Jangan dibazirkan kesempatan yang hadir
di depan mata, sedangkan kita mampu meraihnya.



Innalillahi wa inna ilaihi raji'un....


AWAS!!





Jika perkara ini tidak di ambil tahu maka sikap
tidak ambil tahu
itulah MUSIBAH sebenarnya.
Malah jika sudah tahu dan tidak juga ambil tahu
maka makin besar lagilah MUSIBAHnya.

Jika kita sudah arif bahawa di sebalik setiap
kesakitan atau timpaan sakit
itu adanya kenikmatan
yang besar
, ada janji-janji ALLAH yang amat
menggiurkan
tapi kita butakan mata juga maka
makin besarlah MUSIBAHnya.

Jika kita sudah faham akan keutamaan dan kelebihan
bersabar
tatkala ditimpakan kesakitan namun kita abaikan
ia maka ini adalah MUSIBAH yang sangat besar.


………Renung-renungkanlah…





Akhirul kalam, ana titipkan sepotong hadith buat
penghayatan bersama saudara saudari seaqeedah yang
ana kasihi kerana ALLAH S.W.T., cuba terokai khazinatul
asrar
yang tersirat dalamnya:


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman.
Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin
sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan
orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat
tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang
.”

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5024



Semoga bermanfaat, Allahu A'lam.

Ismihli ‘ala kulli hal,

YarhamkumulLAH!


Hadaanallah wa iyyakum wa Baarakafiina wa iyyakum ajma'in

Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.


Al faqiir ila ROBBIhi,
Bintu Yusof,
23 Safar 1427H (Khamis),
Auckland, NEW ZEALAND.



MARAJI:




1. Ketika Sakit Merupakan Nikmat & Anugerah, Abu Faradisa
& Ummu Fida Firdausa (http://www.jilbab.or.id/index.php?option=content&task=view&id=74)

2. Laman Web Al Islam (Bhg rujukan al Quran & Hadith),
Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf,
Dakwah dan Nasihat (http://www.al-islam.com/mal/)

3. Tuhfatul Maridh, Abdullah bin Ali Al-Ju'aitsin, Edisi Indonesia: Hiburan bagi Orang yang Sakit, Penerjemah: Kathur Suhardi.
Penerbit: Putaka Al-Kautsar, Jakarta.

4. Tasliyatu Ahlil Masha'ib, Muhammad bin Muhammad
Al-Manjabi Al-Hambali. Edisi Indonesia: Hiburan Bagi Orang
yang Tertimpa Musibah
. Penerjemah: Abu Umar Basyir.
Penerbit: Darul Haq, Jakarta

5. Tuhfatun Nisaa', Abu Maryam Majdi Fathi As-Sayyid.
Edisi Indonesia: Bingkisan Istimewa bagi Muslimah.
Penerjemah: Izzudin Karimi, Lc. Penerbit: Darul Haq, Jakarta

6. Catatan-catatan pribadi, dan sumber-sumber yang
tidak terikat

Tuesday, March 07, 2006

Berbaik Sangka ( Husnu Zhan) vs Berburuk sangka (Su ‘uzhan)

.
Karya asal: Sebelum Su'uzhan..Habisin Dulu Husnuzhan-nya
Sumber: Forum Al-Insaan, Republik Indonesia

* Intepretasi bahasa, pengeditan, pengulasan dan pengembangan
isi
: Bint Haji Yusof



Husnu Zhan

Bersangka baik sesama manusia, khususnya antara
muslim yang bersaudara
adalah sesuatu yang mesti di
usaha dan pelihara sebaik dan seikhlasnya kerana ALLAH TA'ALA.


Sebagaimana yang telah digariskan dalam al Quran,

Firman ALLAH S.W.T. yang membawa maksud:

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.
Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara
kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah,
supaya kamu mendapat rahmat
.”

[Al Hujurat; 49:10]



Oleh sebab itulah segala bentuk sikap dan sifat yang boleh bantu memperkukuh dan memantapkan persaudaraan Islam mesti
disemai dan dipelihara pada mana-mana individu Muslim,
manakala sebarang bentuk sikap dan sifat yang dapat merosakkan
dan melupuskan
ukhuwwah Islamiyyah mestilah dikikis dan
dihilangkan
daripada diri.

Husnu Zhan (bersangka baik / berbaik sangka) merupakan
salah satu sifat positif yang mesti dipenuhi individu Muslim; agar hubungan ukhuwwah Islamiyyah itu tetap semarak
terjalin dengan baik selamanya filLAH.


Saudara saudariku yang dirahmati ILAHI,





Tatkala kita memperoleh informasi negatif
tentang sesuatu yang berkait dengan peribadi seseorang
apatah lagi ia seorang Muslim
, seeloknya kita melakukan
tabayyun
(memeriksa / investigate/menyelidik) terlebih
dahulu akan kesahihan perkhabaran sebelum
mempercayai apatah lagi meresponnya secara negative.


Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan
teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya
yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu
itu
."

[Al Hujurat; 49: 6]


* * * * * * * * * * *

* Ma ma’na fasik?

Saudara saudari seaqeedah yang ana hargai filLAH,

Dalam memberikan penjelasan pada para pembaca akan
kalimah ‘fasik’ tersebut, rasa-rasanya adalah lebih mudah
ana menerangkan ia melalui satu penceritaan (yang dipetik
daripada majalah Al Bayan) yang telah ana cuba
intepretasikan ia dalam bahasa yang lebih mudah
dan tambahan perjelasan bagi mana-mana yang
dirasakan perlu
. Moga ada khairnya..

BismilLAH..

“ Menurut riwayat Sa’id yang diterima dari Qatadah
bahawa RasululLAH s.a.w.
telah menghantar
Al-Walid bin Uqbah bin Mu’ith
sebagai wakil untuk
mengutip zakat daripada Bani Mustaliq yang telah
mengaku tunduk kepada Nabi s.a.w. dan
telah memeluk agama Islam.

( * ISLAM >> penyerahan diri kepada ALLAH dengan
bertauhid, menyerahkan ketaatan kepada-NYA,
membersihkan diri dari kesyirikan, menjauhkan diri
dari perkara bid'ah dan orang-orang musyrik serta
ahli-ahli bid'ah
).





Diceritakan lagi, sesampai Al-Walid di negeri Bani Mustaliq
itu, hasrat atau maksudnya untuk memungut zakat tadi tidak
mendatangkan perolehan (hasil) yang baik. Ekoran itu,
Al Walid pun bersegeralah pulang ke Madinah dan
melaporkan kepada Nabi s.a.w. bahawa Bani Mustaliq
tersebut enggan membayar zakat dan telah murtad.

Lalu, RasululLAH s.a.w. pun mengutuskan Khalid bin Al-Walid bersama angkatan tenteranya untuk menyelidiki ehwal
tersebut dengan lebih mendalam.. (Al-Bayan – Bil 1; Mei 2003).

Manakala di dalam satu riwayat lain, dinyatakan bahawa
sebenarnya Al-Walid tidak pernah sampai pun kepada
Bani Mustaliq sebaliknya dia telah berpatah balik di
pertengahan / setengah perjalanan ekoran kekhuatiran akan
ehwal keselamatan dirinya.



Lantas, Khalid Al-Walid telah menghantar beberapa orang
untuk menyelidiki keadaan yang sebenar. Daripada perolehan
penyiasatan, ternyata didapati apa yang disampaikan oleh
Al-Walid itu adalah bohong
(tidak benar) belaka,
kerana berdasarkan laporan penyiasatan yang dijalankan
dan disampaikan kepada Khalid Al-Walid, ternyata
Bani Mustaliq masih lagi mengamalkan agama Islam,
bahkan dilaporkan juga yang suara azan masih lagi
kedengaran
dan begitu juga solat berjemaah tetap
pada waktunya
.

Khalid pun menyampaikan hasil penyiasatannya itu kepada
Nabi s.a.w. Maka turunlah ayat ini memberi peringatan
supaya Nabi s.a.w. selidiki terlebih dahulu sebelum
mengambil keputusan – menghantar angkatan tentera.


Firman ALLAH S.W.T. yang membawa maksud:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan
teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu
."

[Al Hujurat; 49: 6]





Peristiwa ini juga menjadi asbabul wurud hadith Nabi s.a.w.
yang bermaksud:

Menyelidiki dengan tenang adalah dari ALLAH dan
tergopoh-gopoh itu adalah dari Syaitan
."

[* hadith yang disampaikan oleh As Sayyuti dalam Kitab Al Jami’ Kabir, daripada riwayat Ibn Abi Adduniya pada Zimmi al Ghadah daripada
Mujahid (hadith mursal) dan Sa’id ibn Mansur daripada Hassan
(hadith Mursal), dan al Khara’iti juga meriwayatkan di dalam bab Makaarimul Akhlaq dan al Baihaqi di dalam sunannya daripada Anas]


“….Melalui ayat ini [49:6], jelas al-Walid telah diberi
nama yang hina iaitu fasik, tegasnya seorang pembohong!
Ibn Zaid , Muqatil dan Sahal bin Abdullah memberi erti fasik itu
ialah Kadzaab, Pembohong!Abul Hasan al-Warraaq memberi erti orang fasik ialah orang yang tidak segan – segan menyatakan
suatu perbuatan dosa
… walLAHU'alam.”

(Al-Bayan – Bil 2; April 2004).


* * * * * * * * * * * *

FADHILAH DAN MANFAAT


Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH,





Sesungguhnya terdapat banyak nilaian manfa’at yang boleh
diperoleh seorang Muslim apabila dia memiliki sifat husnu
zhan
. Antaranya ialah:

Pertama:

Hubungan persahabatan akan menjadi lebih baik;
pelestarian husnu zhan (berbaik sangka) dalam hubungan
sesama Muslim dapat menghindarkan sebarang keretakan persaudaraan Islamiyyah / Muslim bersaudara. Bahkan keharmonisan dalam berhubungan akan semakin terasa dan
kemesraan sesama Muslim bersaudara akan semakin semarak
ekoran tiada kendala-kendala psikologis yang menghambat
hubungan tersebut.



Kedua:

Rasa sesal akan pertautan hubungan antara individu
Muslim akan dapat dihindarkan
. Sementalahan buruk
sangka (su’uzhan
) akan membuatkan seseorang menimpakan kburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar/sahih, sebagaimana yang telah difirmankan ALLAH dalam Al Quran

* Terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama; kerana
buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada
orang lain tanpa bukti yang benar, sebagaimana difirman Allah
dalam Al-Quran dalam surah Al Hujurat (49: 6)
di atas.



Ketiga

Selalu merasa bahagia dan tenang menerima perkhabaran waima melihat segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun diri sendiri belum mampu mencapainya.

Hal sebegini amatlah besar pengertiannya kerana dengan demikian
jiwa kita menjadi tenang yang secara tidak langsung menghindarkan
rasa iri hati yang mana bisa berkembang membentuk
dosa-dosa baru pula
.


Ini beerti kebaikan dan kejujuran akan mengarak banyak kebaikan pada kita. Manakala dosa serta keburukan akan
mengarak kita kepada dosa-dosa yang lebih besar lagi

dengan dampak negatif yang semakin banyak.


KERUGIAN BERBURUK SANGKA (Su'uzhan)





Melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka (su ‘uzhan)
adalah satu kerugian yang besar baik dalam kehidupan di
dunia mahupun di akhirat
.


Mendapat Nilai Dosa





Berburuk sangka (su ‘uzhan) jelas-jelas merupakan dosa.
Tanpa sebarang dasar yang jelas; ia sudah menganggap orang lain
tidak baik. Tanpa terlebih dahulu menyelidik, sebaliknya asyik
mencari-cari kejelekan orang lain; ia akhirnya akan menyebabkan
individu itu melakukan atau mengungkapkan segala sesuatu yang
buruk ke atas individu yang lain pula.

ALLAH S.W.T. berfirman yang membawa maksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
dari sangkaan/kecurigaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian
dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH Penerima taubat, lagi Maha mengasihani
.”

Al Hujurat (49: 12)


Dusta yang Besar





Berburu sangka (su ‘uzhan) akan mendatangkan satu
kerugian yang besar bagi seseorang individu kerana apa yang
dikemukakannya merupakan sebesar-besar dusta.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya RasululLAH s.a.w.
bersabda:

Takutlah olehmu semua akan perasangka, sebab
sesungguhnya perasangka itu adalah sedusta-dustanya pembicaraan
. “

(Muttafaq ‘alaih)


Menimbulkan Sifat Buruk





Berburuk sangka (su ‘uzhan) terhadap orang lain bukan
hanya setakat mengakibatkan penilaian dosa dan dusta
yang besar atas individu
, bahkan jua meletuskan
kemunculan sifat-sifat buruk lain yang sangat berbahaya / berbisa
baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya
dengan orang lain. Antaranya sifat ghibah, kebencian, hasad, menjarakkan hubungan dengan orang lain dsb.

Dalam satu hadith, RasululLAH s.a.w. bersabda:

Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke
syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih
kebenaran dia tercatat di sisi ALLAH seorang yang
benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya
dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih
dusta dia tercatat di sisi ALLAH sebagai seorang pendusta
.”

(HR Bukhari).


LARANGAN BERBURUK SANGKA





Berburuk sangka (su ‘uzhan) merupakan sesuatu
yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka tidak hairanlah perbuatan ini sangat dilarang dalam ISLAM
sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam surah Al Hujurat (49:12).

Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka (su ‘uzhan), maka setiap individu mestilah menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi di antara sesama Muslim bersaudara dan aktivis da’awah. Apabila ada benih-benih perasaan berburuk sangka bercambah dalam hati maka segeralah benterasi dan jauhinya kerana ia berasak daripada godaan syaitan yang berniat buruk atas kita.

Saudara saudari seaqeedah yang ana hargai filLAH,





Sedarilah bahawasanya yang paling utama dan penting adalah pengukuhan jalinan persaudaraan secara terus menerus antara Muslim dan aktivis da’awah tanpa sekaan melalui husnu zhan (berbaik sangka) dan bukan bahkan tidak sama sekali berburuk sangka (su ‘uzhan).

Oleh kerana itu, Khalifah Umar ibn Khattab r.a. menyatakan,

Janganlah kamu menaruh sangka / bersangka dengan satu katapun yang keluar daripada saudaramu yang Mu’min kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata tersebut mengandungi kebaikan.”

AlhamdulilLAH...akhirul kalam..ana sudahi penulisan ini dengan





Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH membuat
contoh ucapan yang baik (mengajak berbuat baik,
menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon
yang baik (subur)akar kuat (terjunam ke dalam tanah)
dan cabangnya (menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu
berbuah terus dengan izin tuhannya. ALLAH menjadikan
contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu.
Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta,
mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon
yang busuk [mati] yang tercabut akar-akarnya dari
permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.
"


(Surah Ibrahim; 14:24-26)


Asifi 'ala kulli hal. YarhamkumulLAH!

Sebarang kekurangan , kelemahan dan kesilap salahan
segeralah perbetuli dan maklumi ana
filLAH, verily
ALLAH S.W.T. Knows BEST!, inni al faqiir ila ROBBI.




Al mukhlisah,
Bint Haji Yusof,
7 SAFAR 1427H (Selasa),
Auckland, NEW ZEALAND.


* * * * *

Maraji:



1. Al Quran Digital Versi 2.1 - http://www.alquran-digital.com

2. Sebelum Su'uzhan ... Habisin Dulu Husnuzhan-nya - http://unisa.f2o.org/artikel.php?view=30

3. Sikap Muslim Terhadap Berita Yang diterimanya
- http://al-ahkam.com.my/home/modules/xFPDF/cache/News5.pdf
[Syor ana: BACALAH !! Banyak khairnya, insyaALLAH]


4. Sikap gopoh gapah, terburu buru - http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=7241&sid=946e35a2cec6d0e8834593cecf61ac3d

5. Penolakan kaedah 'hasan ligharih di sisi imam
attirmidhi adalah dhaeif di sisi Ahmad

- http://www.al-ahkam.com.my/home/print.php?sid=14639

6. Al-Bayan Jurnal Al-Quran & Al- Hadith Beberapa
halangan Pembudayaan Pemikiran Kritis
Dalam Masyarakat Menurut Perspektif Sunnah
,
Dr Mohd Fauzi Hamat,Jabatan Al-Quran & Al-Hadith
Akademi Pengajian Islam,April 2004.Hlm 135.

7. Al-Bayan Jurnal Al-Quran & Al- Hadith,,Syarat ‘Adalah
al-rawi Dalam Kaedah Penerimaan Hadith
,Dr Mohd Fauzi Hamat,Jabatan Al-Quran & Al-Hadith Akademi Pengajian Islam,
Mei 2003.Hlm 185~186

8. JAKIM (e-rujukan) - http://www.islam.gov.my/e-rujukan

9. Sekalung ucapan “jazakumulLAHU khairal jaza’” juga
buat saudara saudari seaqeedah yang turut sama
membantu ana
dalam menyiapkan penulisan ini khususnya
pada peringkat pengembangan isinya dan penambah
baikkan input daripada cuma berpandu pada karya
asal
; dengan turut sama membantu ana mencari perawi
-perawi hadith sebagai dalil-dalil bagi pelengkap penulisan.



.............



p/s: AlhamdulILLAH biiznilLAH penulisan dan peng edit-an
bagi the final part of the "GREAT WOMEN" sudah sempurna
sepenuhnya. Kini tersedia buat bacaan ikhwah wa akhowatil
fadhilah
di link
  • “Al Faqiir ila ALLAH S.W.T.(Bint Haji Yusof English site)”.

    Syukran LILLAHI TA'ALA , juga buat akh filLAH, Abû Anas Tameem Ibn Jørn Helmer Jørgensen, Ad-Danimârkî atas kontribusinya filLAH, semoga usaha murni dalam menyebarkan
    info ISLAMIYYAH nan bermanfa'at ini diberkati ILAHI,
    insyaALLAH. WalLAHU Ta'ala 'Alam
    .


  • Powered by ClockBot.com }