Suatu ketika, telah saya tintakan ia..
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Segala puji-pujian hanya layak bagi ALLAH S.W.T.
dan semoga sholawat serta salam dilimpahkan kepada Rasulullah s.a.w., para keluarga dan para sohabat baginda, serta kepada orang-orang yang mengikuti jalan dan petunjuk baginda sampai hari pembalasan.
Saya memohon kehadrat ALLAHU ROBBI agar dikurniakan petunjuk kepada kita semua, jalan yang lurus, menjauhkan yang bathil dan menyalakan yang haq dalam segala urusan kita, mematikan kita dalam keadaan berpegang utuh pada DEENUL ISLAMI. Mengumpulkan kita bersama orang-orang yang sholeh. Sesungguhnya, ROBB-ku Maha Mendengar doa hamba-NYA, walLAHU Musta’an.
Pesan ayahanda Yusof tersayang filLAH,
“Kepada puteri Muslimah, moga Allah menjadikan anakanda penjagaan-Nya, menumbuhkan anakanda menjadi tumbuhan yang baik dan menjadikan anakanda sebagai puteri yang sholehah, saudari yang sholehah dan memberi anakanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Tunas mekar yang beriman, yang terdidik untuk mempunyai rasa malu, ayahanda sampaikan ayat-ayat al Quran berikut kerana perbicaraan yang paling baik adalah KitabulLah dan petunjuk yang paling baik adalah petunjuk RasululLah s.a.w. Duhai puteriku, renungi dan fahamilah QS Luqman, 13-19. Sesungguhnya Allah Maha Dekat, Maha Mengabulkan dan Mendengarkan doa. Moga sentiasa dalam rahmat Allah dan diberkati selalu, dengan doa moga anakanda sihat sentiasa dan selamat mengikuti pelajaran dengan tenang dan terbuka dan dada yang lapang…. - 24 September 1426H. (20 Sya’aban 1426H) –Sat”
Syuran lilLAHI TA’ALA,
Sayang Ayahanda dan bonda juga adik-adik tersayang selalu:
insan-insan yang senantiasa menghadirkan sokongan buat diri saya tiada mengira susah atau senang, suka atau duka, mereka tiadalah akan meninggalkan saya keseorangan, realitinya, saya menyayangi kalian sepenuh jiwa kerana ALLAH S.W.T. .
Tetapi maafkan saya,
duhai ayah bonda juga adinda-adinda tersayang,
kerana tiadalah dapat saya hadiahkan semutlak cinta, kasih dan sayang saya buat kalian kerana ia milik KEKASIH AGUNG kita, sebaliknya hamparan cinta terhad masih ada buat kalian, dan demikianlah di pihak saya, tidak akan sesekali menerima cinta mutlak insani sebaliknya cinta terhad semata kerana saya tiada mahu menjadi asbab kelalaian insani pada TUHAN dalam perjuangan dan penghidupan fisabililLAH ( At Taubah; 9:24).
Duhai ayah bonda jua adinda-adinda yang saya kasih dan sayang,
Ingat dan sedarilah; CINTA MUTLAK hanya bagi TUHAN. Walaubagaimanapun, jutaan terima kasih jua maaf atas segala-galanya sedari hari kelahiran saya, menjengah alam usia 20-an ini hinggalah selamanya, wahai insan-insan yang kusayangi selalu kerana-NYA, walLAHU Ta’ala ‘Alam.
……………………………………………………………………………………
BismilLAH, alhamdulilLAH..
Ya ALLAH,
Hadirkanlah sejambak mawar harapan mekar dari taman-taman abadi, untuk merahmati taman hati saya dengan kuntuman senyuman dan keharuman yang bisa membawa perasaan kebahagiaan ke dalam strata sukma saya.
Ya ROBBI,
Dalam kediaman yang dipenuhi mehnah dan tribulasi yang tak berkesudahan ini,biarkanlah saya selalu ingat akan rahmat-MU. Tiadalah yang lain dalam kamar hati saya melainkan kesyukuran kepada-MU. Dan tiada kuluman madah bagi lidah saya melainkan pujian kepada-MU.
Maka perkenankanlah permintaan hamba-MU ini. Perkenankanlah Ya ILAHI. Amiin.
Ya TUHAN,
Dalam kediaman penderitaan zahir dan batin yang tiada berkesudahannya ini, biarkanlah saya selalu celik dan ingat akan rahmat kasih sayang-MU. Sisihkanlah dari hati saya sebarang rasa yang sia-sia melainkan kesyukuran yang tiada terhingga kepada-MU, kuncikanlah sebarang bentuk omongan kosong dari lidah saya kecuali untaian puji-pujian kepada-MU.
Ya ILAHI,
Alangkah indah kemanisan yang dikecapi mulut-mulut mereka yang mengakui terima kasih kepada-MU. Bukanlah kepada diri mereka sendiri mereka berhutang budi dan rasa akan kehadiran suatu kesenangan dalam kehidupan mereka, sebaliknya diakui hanya ENGKAU-lah pemberi semua bentuk keberadaan dan ketidakberadaan itu.
Berapa lama lagi,
wahai jiwa saya yang keanak-anakan, engkau akan terus bermain lumpuran di kediaman yang berimejkan sia-sia ini?
Berapa lama lagi,
engkau akan memberikan kebebasan kepada keraguan, kejahilan, kecetekan, kekurangan, kesilapan dan kesalahan pada diri?
Wahai diri: Bintu Yusof,
Bangkitlah dari dewan keselesaan itu, buangkanlah ilusi dan kejahiliyyahan dari hatimu dan palingkanlah wajahmu kepada YANG SATU; manhaj yang lurus.
“..dan bahwa (yang KAMI perintahkan ini) adalah jalan-KU yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-NYA. Yang demikian itu diperintahkan ALLAH agar kamu bertaqwa..”
[Al An’aam, 6:153]
Duhai diri,
Insafilah, kelak pada saat engkau menghembuskan nafas terakhirmu, sesungguhnya nasibmu amatlah bergantung kepada DIA sahaja.
Justeru,
jadikanlah DIA matlamat tunggal aspirasi dalam apa jua agenda kehidupan, dan manfa’atkanlah nikmat zahir dan batin kurniaan-NYA sejujurnya.
Janakanlah daripadanya buah hasil kerja mu yang membawa kepada keberkatan dan keredhaan-NYA; kebahagiaan yang abadi.
Ya ALLAH,
Saya akui, yang diri ini masih cetek dan jahil tentang sebuah kehidupan mahupun ngerinya sebuah kematian. Sebermulanya, ENGKAU ciptakan diri saya daripada tiada kepada ada, kemudian ENGKAU keluarkan saya daripada kelemahan kepada kekuatan dan seterusnya daripada tidak tahu; kejahilan kepada berpengetahuan; keilmuwan.
Ya ROBBI,
Pernah suatu masa, saya tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk, kadangkala berbuat dosa melalui kelebihan-kelebihan yang sedia ada, kadang kala kerana tidak melaksanakan sesuatu; tidak berjalan di jalan perintah-MU, tetapi melangkah di jalan-jalan yang ENGKAU larang. TETAPI, tidak juga ENGKAU menarik rahmat-MU dari saya, dan tidak juga ENGKAU menyembunyikan cahaya petunjuk; hidayah-MU dari saya.
Demikianlah betapa MAHA PENGASIH dan PENYAYANG-nya diri-MU. ENGKAU menerima gerak ‘amal saya, dalam bersujud di hadapan-MU, saya tetap dipandang mulia, meskipun dosa-dosa saya tiada terhitung, rahmat kasih sayang-MU nyatanya berlipat kali ganda melimpah berbanding bekas dosa-dosa saya yang tidak terhitung itu.
Duhai Bintu Yusof,
Sesungguhnya tidak pernah ada seseorang pun yang menderita di jalan keIMANan yang tidak mendapatkan penawar kepada kesakitan yang dihadapinya, jika benar dia seorang Mu’min ILAHI.
Duhai putri kesayangan ayah bonda,
biarkanlah penawar bagi kesakitan engkau adalah sakit itu sendiri, jadikanlah penawar kepadanya air mata keinsafan dan hati yang selalu memuhasabahi detikan arus kehidupan.
Duhai permata hati ayah bonda,
Berhentilah bertindak sebagai gadis yang mentah, cetek ilmu dan cuma diam dalam tempurung, berpalinglah kepada perburuan seorang Muslimah yang matang dan dalam pengetahuannya serta punya pengalaman yang luas.
Cabutlah keluar jalan al hawwa dari dalam diri dengan jalan syariat, menuju kepada kehendak TUHAN. Binakanlah kediaman di perbanjaran usaha yang tinggi. Sesungguhnya tiada kediaman mahupun perkampungan selepas mati untuk seseorang itu melainkan apa yang dibina dengan ‘amal ikhlasnya.
Duhai anak kecil yang masih merangkak
sebagaimana pengibaratan ayahanda buat mu,
Ingatlah dan berpalinglah dari lapangan keselesaan dan keberadaan kepada lapangan kepayahaan dan kedhaifan. Usirkanlah dari jiwa semua yang disenangi bayangan dan angan-angan yang tiada berkesudahan.
Berhati-hatilah, jangan dipersia-siakan mahupun diperhabiskan helaan nafas-nafasmu dalam obrolan yang sia-sia semata, kerana penting bagi dirimu selaku seorang ‘PERANTAU AKHIRAH, MUSAFIR PERJUANGAN’ untuk memelihara nikmat nafasnya. Sebaliknya isilah ia dengan sari hembusan penyesalan dan ketaabudan tehadap ALLAHU ROBBI.
Duhai kekanda sulung buat adik-adik yang empat,
Sedarilah kemudaan akan meninggalkan engkau. Maka pergerakkanlah langkah daripada sekarang ke lorong-lorong yang penuh cahaya kecemerlangan, insyaALLAH Ia akan menolong diri mu menghalakan arah permusafiranmu ke suatu tempat, di mana engkau akan dapat bernafas dengan wangian keIMANan.
Duhai kudup mawar yang belum bisa memekari jagat raya ILAHI,
Masukilah jalan taubat, dan dengan air mata keinsafan, cucilah karat kehitaman hatimu dengan khudus penyesalan juga penyerahan secara total kehadrat ILAHI. Tolak dan lemparkanlah segala khayalan-khayalan serakah. Sesungguhnya kenikmatan IMAN itu hanya akan dapat dirasai orang yang telah pergi kepada TUHAN dengan hatinya yang kosong daripada segala sesuatu yang bukan TUHAN.
Duhai putri muslimah didikan kedua orang tua tersayang,
Apabila disedari akan hakikat ketiadaan hati yang heroik sedemikian itu dalam dirimu maka mengapa tidak dipalingkan diri mu sendiri dalam taubat dan meletakkan diri mu di tangan seorang yang ahli, yang faqih, ‘alim dan bijaksana dalam hal itu sehinggalah engkau sudah cukup matang, miliki ‘ilmu juga pengalaman serta punya keyakinan untuk terus berada dalam hadaf perjuangan; jalan da’awah al haq ini.
Duhai diri,
Ya Bintu Yusof,
Sekarang ini, engkau harus memohon keampunan, insaflah dan bertaubatlah kehadrat ALLAHU ROBBUL ‘AALAMIN.
Janganlah umpama penamu, melakukan lagi perbuatan hitam. Dengan air mata engkau sendiri, cuci bersihlah buku kehidupanmu sebagaimana ayahanda: Ibnu Embong dan bonda: Bintu Wan Sembok menamakan dirimu ‘SOFIA’ yang membawa erti ‘KEBERSIHAN, KESUCIAN’.
Ambillah penamu dari bidang gersang dan coretan kosong semata tanpa tulus gerak ‘amal seiringan bicara tintaan dalam praktikaliti kehidupan, dan tutuplah bukumu daripada urusan menulis sesuatu yang menyedihkan.
Suruhlah lidahmu berdiam, kerana diam lebih berharga daripada apa pun yang dapat engkau katakan. Sejurusnya, berusahalah untuk menyerahkan diri mu kepada penuntun rohani yang sempurna, kerana itulah erti “membawa hati mu di tangan mu”, biiznilLah, akan dipimpin dan dibimbing dirimu ke jalan syurgawi, yang dipenuhi siraman keberkatan dan keredhaan ILAHI yang abadi. *Ia merupakan titik tolak dari semua kebaikan.
WalLahu’alm bish-shawab.
BilLahit-taufiq wal-hidayah.
Nukilan (koleksi himpunan juga suara karya)
al faaqiirah ila ROBBIha :-
Keberhasilan iras cetusan penulisan ini dan pengolahan keseluruhannya diatribusikan kepada Hakim Nuruddin ‘Abdurrahman Jami, seorang sasterawan besar abad XV. Beliau dilahirkan pada tahun 1414M, di suatu kota kecil bernama Jam, Afghanistan dan telah menulis lebih kurang 60 karya; misalnya Nafahatul Uns (Nafas dari Bayu Persahabatan) dan karya puisi ‘Haft Awrang’ (Tujuh Takhta Rahmat) yang terdiri daripada lima ribu bait. Beliau meninggal dunia pada tahun 1492M. :-
kerana irasan percikan citra ini dilarikkan seusai mengulangi pembacaan saya pada salah satu karya penulisan Allahyarham dan tiadalah dapat saya nafi akan impak dan ertinya buat diri, maka dititipkan lagi ia di sini baik buat kebaikan juga peringatan diri, famili bahkan UMMAH.
Ismih li, atas sebarang kecacatan, ketidakpuasan mahupun kelemahan pada tinta pena kali ini. Sesungguhnya saya, seorang hamba Tuhan yang masih punya kekurangan dan kejahilan yang masih perlukan kepada pembaikan yang masih panjang. Maafkan saya atas kekurangan diri ini. Inni al faaqiirah ila ROBBIha.
-25 SYAWAL 1426H = SUN, 27 NOV 05 - RM214/3, TRC, DOWNTOWN, AUCKLAND, NZ-