~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: December 2006

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Saturday, December 30, 2006

Indahnya Nasihat & Peringatan

.


BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu
‘ala RasulilLAH sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam
,

Firman ALLAH Subahanahu wa Ta’ala yang bermaksud:


Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang yang berIMAN dan ber’amal sholeh dan
mereka pula saling berpesan-pesan untuk kebenaran dan
berpesan-pesan dengan kesabaran


(Al ‘Asr; 104: 1-3)

dan

Dan tetaplah memberikan peringatan, kerana sesungguhnya
peringatan itu bermanfa’at bagi orang-orang berIMAN


(Adz Dzaariyaat; 51:55)





AlhamdulilLAH, betapa MAHA PENGASIH lagi MAHA
PENYAYANG ALLAH Ta’ala
, yang MAHA MENDENGAR
KAN
keluhan para du’ah-NYA dan menetapkan kita senantiasa
dalam ‘afiyat IMAN serta tetaplah kita senantiasa dalam
peringatan dan mohon perlindungan dari sebarang sifat lupa
dan alpa, walLAHU Musta’an.

Syukur pada ALLAH, ada sahaja bijian halwa NIKMAT
yang dibenihkan ke ‘alam dunia buat hamba-hamba-NYA
untuk manfa’at pengislahan, permujahadahan dan pentafakuran
mereka dalam mengharungi permusafiran mereka menuju
AKHIRAH.

Ada halwa nikmat yang berbentuk UJIAN baik fizikal,
emosi waima rohani
bagi mengajar kita erti “SABAR”,
hakikatnya kita sedang belajar dan dididik melaluinya
justeru usahlah merasa kecewa atau dikecewakan. Semuanya
berlaku dengan izin ALLAH, yang dengan itu DIA
hendak mendidik kita
, maka terimalah hadiah itu dengan
baik, insyaALLAH hati yang punya rasa redha dan ikhlas
akan beroleh kekuatan dan kebahagiaan bukan lagi
keresahan dan kegelisahan.

Selain itu ada juga halwa nikmat yang berupa sohabat
yang sholeh, masyaALLAH,
insan yang akan senantiasa
memberikan kita nasihat dan bimbingan, membimbing
kita baik langsung atau tidak langsung agar senantiasa
berada di landasan kebenaran dan kewaspadaan.

AlhamdulilLAH, sesungguhnya, nasihat yang disampaikan
dari jiwa yang bersih akan senantiasa dikenal ‘aqal dan
dikenang hati
penerimanya, moga ALLAH berkati segala,
insyaALLAH, amiin.

AlhamdulilLAH
, masih segar di ingatan saya, tanggal
20 Mei 2005, seorang sohabat yang sholeh telah mengunjung
kan ke kantung mel saya sebuah sajak buat renungan saya
semasa saya di rantau orang. AlhamdulilLAH, ia amatlah
saya hargai, dan isinya saya hayati sedalam-dalamnya,


ANTARA SANTAN DAN MUTIARA

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..

Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..

Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..


Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU
PILIHAN..

Menjadi santan..

mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..





AlhamdulilLAH, setiap bingkisan mutiara nasihat
yang dihadiahkan baik kecil mahupun besar tetap
akan saya kenang dan takkan saya sia-siakan, saya
amat bersyukur pada ALLAH, sebab gado-gado nasihat
yang sedemikian baik sepatah kata hatta berkajangan
skripnya adalah satu kemanisan buat saya apatah lagi
dalam membina kesyaksiyahan seorang MUSLIMAH
ILAHI
pada diri, mohon petunjuk dan bantuan-NYA.
AlhamdulilLAH
, apabila hati-hati sering dihidupkan
dengan nasihat dan peringatan, akhirnya semua itu
akan membantu mengukuhkan lagi keCINTA-an
kita pada ALLAH dan akan terus berusaha memenangi
CINTA-NYA. WalLAHU Musta’an
.





Barangkali ada yang tertanya-tanya, apakah reaksi dan
balasan saya bagi insan yang telah mengirimi sajak di
atas pada saya, jawabnya alhamdulilLAH dengan izin
ALLAH
jawapannya dibenihkan dalam strata sukma
saya, maka saya balasilah ia sebagaimana berikut:

My answer
A real pearl doesn’t need light to make it shining
A sun doesn’t need heater to make it warm
Oceans do not need salt to make it salty…
They are shining themselves…

The light… the salt … already be part of them…
They will keep shining even if buried in the deepest ocean
They are precious without advertisement,…
They are the ones whom are called REAL MU’MINAH

A wara’..tawadhu’…MU’MINAH
Will not use her appearance quality just for the sake to
make you fall on her laps..
Or .. to crush other’s hearts..
Only the GREAT MUSLIM will know for real…

Fair in the eyes of men is the love of things they covet:
Women and sons;
Heaped-up hoards of gold and silver;
horses branded (for blood and excellence);
and (wealth of) cattle and well-tilled land.
Such are the possessions of this world's life;
but in nearness to Allah is the best of the goals (To return to
).”

[Qur'an Ali Imran; 3:14]

.



Demikianlah sebahagian daripada jawapan saya, manakala
selebihnya agaklah panjang untuk dititipkan segala-gala
di sini. Moga ada khairnya, insyaALLAH.

AlhamdulilLAH,
sedari hari itu saya terus ingatkan diri saya baik isi sajak
yang disampaikan atas saya bahkan apa yang saya tulis
sebagai jawapannya, dan insyaALLAH terus suburkan
iltizam untuk menggapainya, moga kata-kata tidak
tinggal kata-kata tapi mestilah ditekadkan dalam hati
dan diusahakan dalam konteks perbuatan, moga
ALLAH mempermudah segala
Begitulah nasihat, do’a
dan harapan
saya buat saudari-saudari Muslimah
sekalian, moga bingkisan yang dipaparkan dapat
dimanfa’ati bersama, insyaALLAH sama-sama
kita usaha bina kepribadian sholehah pada diri
dan memburu keredhoan ILAHI ROB
BI.


Wallahu alam bishshowab….
Subhanakallahumma wabihamdika ashadu ala ilaha
illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik






Selamat Menyambut Eidul Adha 1427H, maaf lahir
dan batin
, hayatilah erti pengorbanan dan hargailah sebuah pengorbanan. Perkukuhkan SAYANG kita
pada ALLAH Ta’ala, segar suburkan CINTA kita
pada RasululLAH sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam
dan semaikanlah KASIH sesama Muslim bersaudara.

Do’akan kesejahteraan buat semua!
InsyaALLAH kebaikan milik semua.

Ismihni ‘ala kulli hal, wassalamu’alaykum
warahmatulLAHI Ta’ala wabarokaatuh.


al faqiirah ila ROBBIha,

Bintu Yusof,
9 Dhul Hijjah 1427H,
Darul IMAN, Malaysia.


~* ~* ~* ~* ~* ~* ~*


p/s: salam..lambaian HAJI..terkenang akan sebuah
sajak kiriman ayahanda yang dikasihi dan dihormati
kerana ALLAH pada awal 2006
  • *Albaitu al-Mu3azzam



  • Wednesday, December 06, 2006

    Bersamamu Dalam Naungan 'Ilmu

    .
    BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu
    ‘ala RasulilLAH sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam
    ,

    Assalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala
    wabarokaatuh,

    Khas buat saudara/ri seaqeedah yang saya hormati dan
    hargai kerana ALLAH Ta’ala, saya do’akan kehadrat
    ROBBI, moga-moga kita semua, UMMAH Muhammad
    sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam
    senantiasa
    beroleh bahagia dalam penghidupan khususnya bawah
    naungan ILAHI, insyaALLAH, amiin.



    AlhamdulilLAH, biiznilLAH,
    Baharulah hari ini saya beroleh peluang meng ‘up-date’ kan
    weblog ini. InsyaALLAH buat kali ini, saya paparkan
    kembali satu penulisan yang pernah saya paparkan
    pada awal Februari 2006 yang lepas di bumi Nueva
    Zelanda
    . Khas buat pembacaan dan ambil manfa’at
    semua.



    Buat kakak angkat saya,
    Nor Shafriza, selamat melangkah ke fatrah seterusnya,
    adik do’akan “bismilLAH Ar Rahman Ar Rahim,
    barakalLAHU laki wa baraka ‘alaiki wa jama’a
    bainakuma fi khairin, amiin
    ” buat kakak dan pangeran
    hatinya serta do’a yang sedemikian jua dipanjangkan
    pada saudara/ri seaqeedah yang turut sama memeterai
    ikatan IMAN dan kasih sayang atas nama ALLAH,
    moga kalian dilimpahkan keselamatan, keamanan
    dan mahabbah yang terunggul, insyaALLAH.



    Buat kakak-kakak, handai taulan serta adik-adik,
    insyaALLAH kiriman perkhabaran akan saya kirimkan
    dalam waktu terdekat ini, maaf atas ketidak upayaan
    saya untuk menyegerakannya, ismihni ‘ala kulli hal,
    inni al faqiirah ila ROBBIha
    .



    Baiklah, alhamdulilLAH, moga sisipan kembali
    penulisan berikut ada khairnya, insyaALLAH,
    selamat membaca dan jangan lupa ya, jaga
    hubungan dengan ALLAH, ALLAH jaga kita

    serta ayuh sama-sama usaha dan do’akan kejayaan
    dan kesejahteraan milik UMMAH dan ISLAM,
    amiin
    .


    -Darul IMAN, 15 Dhul Qadah 1427H-

    ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~

    Tajuk: Bersamamu Dalam Naungan 'Ilmu
    Penulis: Al-Ustadzah Ummu Ishaq Zulfa Husein Al-Atsariyyah
    Tarikh publikasi: 19 November 2003
    Sumber: Majalah As Syariah by Oase Media
    Pengeditan, Olahan dan Intepretasi bahasa: Bint Haji Yusof

    BismilLAH Ar Rahman Ar Rahim



    Membina sebuah kehidupan rumah tangga yang
    harmonis
    memang menjadi dambaan setiap pasangan
    suami isteri
    .

    Namun tentu saja untuk mencapainya bukannya suatu persoalan
    dan jalan yang mudah. Ia memerlukan persiapan dan
    kesediaan dalam banyak hal terutama dari segi ilmu
    agama.
    Sesuatu yang mesti dipunyai seorang isteri, apatah
    lagi pada pihak sang suami selaku pengurus mahligai rumah
    tangga
    .

    Benarlah sebagaimana kata-kata kebanyakan bahawa
    menikah beerti menjalani kehidupan yang baru.

    Oleh sebab, kehidupan pasca pernikahan ibarat satu pengembaraan ke suatu medan / medium yang
    asing bagi kedua-dua mempelai
    , di mana di hadapannya
    terbentang banyak hal yang tiada pernah kedua-dua mereka
    tempuhi sebelum menjawat tanggung jawab selaku suami dan isteri.

    Posted by Picasa

    Pernikahan juga merupakan kehidupan orang dewasa memandangkan terdapat banyak hal yang harus dihadapi dan diselesaikan dengan corak pemikiran orang yang dewasa, bukannya corak pemikiran kanak-kanak. Tidak dapat tidak
    dalam kehidupan bekeluarga, kedua-dua mereka, akan tetap
    berhadapan banyak urusan dan permasalahan umpamanya masalah hubungan suami isteri (bak kata pepatah Melayu:
    sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’),
    masalah dalam pengurusan pendidikan anak-anak,
    ekonomi keluarga, soal kemasyarakatan
    dsb.

    Maka, adalah tidak salah apabila dikatakan untuk menikah memerlukan bukan sahaja si isteri, bahkan lebih-lebih
    lagi pada si suami sebagai qawwam (pemimpin) bagi
    keluarganya untuk memperlengkapi diri dengan ilmu
    syar’ie
    . Ini adalah kerana, dengan ‘ilmu yang disertai amalan, akan tertegaklah segala urusan dan akan luruslah jalan kehidupan
    dengan penuh kesejahteraan filLAh. Namun, sayang seribu
    kali sayang, soal ini seringkali terabaikan bukan sahaja sebelum
    pernikahan, bahkan jua pasca pernikahan.


    Pendidikan Keluarga.


    Posted by Picasa

    ALLAH S.W.T. berfirman yang mafhumnya:

    Kaum lelaki (suami) itu adalah pemimpin
    (qawwam) bagi kaum wanita (isteri)
    ..”

    (An Nisaa; 4:34)

    Salah satu daripada tugas suami sebagai ‘qawwam’ adalah memberikan pendidikan Deen kepada isteri dan anak-
    anaknya
    , meluruskan mereka dari penyimpangan,
    mengenalkan mereka kepada kebenaran
    (Al Haq)
    kerana

    ALLAH S.W.T. telah berfirman yang mafhumnya:

    Hai orang-orang yang beriman, pelihara (jaga)lah
    dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
    bakarnya adalah manusia dan batu
    ; penjaganya
    malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan
    tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
    diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu
    mengerjakan apa yang diperintahkan
    .”

    (At Tahrim; 66: 6)

    Menjaga keluarga yang dimaksudkan dalam firman
    ALLAH di atas adalah dengan cara mendidik , mengajar , memerintahkan mereka dan membantu ,mereka serta
    melarang mereka dari bermaksiat kepada-NYA
    . Adalah
    menjadi suatu kewajipan atas seorang suami untuk
    mengajari keluarganya tentang perkara-perkara yang
    di-fardhu-kan
    . Apabila ia mendapati mereka berbuat maksiat,
    maka sang suami mestilah bersegera menasihati mereka sebagaimana yang telah diperingatkan ALLAH S.W.T.
    dalam firman-NYA tadi.

    (Tafsir Ath-Thabari, 28/166, Ruhul Ma‘ani, 28/156)

    Posted by Picasa

    Manakala menurut Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir
    As-Sa`di
    , “menjaga” :- menjaga jiwa dari api neraka boleh dilakukan dengan mengharuskan jiwa tersebut untuk
    berpegang dengan perintah ALLAH, melaksanakan apa
    yang diperintahkan-NYA, menjauhi apa yang dilarang,
    dan bertaubat dari perkara yang mendatangkan murka
    dan adzab-NYA
    . Di samping itu “menjaga” isteri dan anak-anak
    jua dapat dilakukan dengan cara mendidik dan mengajari mereka,
    serta memaksa mereka untuk ta’at kepada perintah ALLAH.

    Seseorang hamba tidak selamat melainkan apabila ia menegakkan
    perkara yang ALLAH telah perintahkan dan meninggalkan apa
    yang ALLAH larangkan pada dirinya dan pada orang-orang yang
    berada di bawah perwaliannya seperti isteri, anak-anak dan yang
    selain mereka.

    (Tafsir Al-Karimir Rahman, hal. 874)

    Posted by Picasa


    Maka jelasnya, ayat tadi menunjukkan wajibnya si suami
    mengajari isteri tentang perkara agama (Deen) dan
    kebaikan serta adab-adab yang diperlukan / merupakan
    satu keperluan.
    Hal ini semisal dengan firman ALLAH
    Ta’ala
    kepada nabi-NYA yang mafhumnya:

    Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan
    shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.
    …”

    (Thahaa; 20:132)

    Dan berilah peringatan kepada
    kerabat-kerabatmu yang terdekat
    , “

    (As Syu'araa; 26:214)

    Ini menunjukkan keluarga yang paling dekat dengan kita memiliki
    kelebihan berbanding orang lain dalam hal meperoleh pengajaran
    dan pengarahan untuk ta’at kepada ALLAH.

    (Ahkamul Qur’an, 3/697)

    Posted by Picasa


    Malik Ibn Huwairits mengkhabarkan:

    “Kami mengunjungi RasuluLAH s.a.w. dan ketika itu kami
    adalah anak-anak muda yang sebaya. Lalu kami tinggal bersama
    baginda di kota Madinah selama sepuluh malam. Kami mendapati
    baginda merupakan seorang yang penyayang dan
    lembut
    . Apabila sepuluh malam telah berlalu, baginda s.a.w.
    menduga apakah kami telah mula merindui keluarga kami setelah
    sekian lama berpisah daripada mereka. Baginda pun bertanya
    kepada kami tentang keluarga kami, maka kami pun menceritakannya. Setelah itu baginda pun bersabda:

    Kembalilah kalian ke sisi keluarga kalian, tinggalah
    bersama-sama mereka dan ajari serta perintahkanlah
    mereka
    .’”

    (Sahih Bukhari, no.628 dan Muslim no.674)

    Posted by Picasa

    Dalam hadith di atas, Nabi s.a.w. memerintahkan kepada
    sohabat baginda supaya memberikan taklim (pengajaran)
    kepada keluarga dan menyampaikan ilmu yang mereka
    peroleh semasa menghadiri majlis ‘ilmu/ bermajlis
    dengan seorang ‘alim kepada keluarga mereka.


    Secara tidak langsung ia membawa kita kepada satu penjelasan dan pemahaman bahawa seorang suami / kepala rumah tangga
    harus memiliki ‘ilmu yang cukup untuk mendidik anak-
    anak dan isterinya, mengarahkan mereka kepada
    kebenaran dan menjauhkan mereka dari penyimpangan.


    Posted by Picasa

    Namun, sangat sayang sekali, realitasnya lewat
    hari ini terdapat banyak ketua keluarga yang terlalai / melalaikan hal ini
    . Yang memenuhi benak mereka hanyalah
    bagaimana untuk mencukupkan kehendak material
    keluarga
    nya sehingga hanyut dalam arus perlumbaan mengejar
    kemewahan duniawi sedangkan keperluan rohani tiada
    termasuk dalam perhitungan
    . Anak-anak dan
    isteri mereka hanya dimanjakan dengan harta dunia, bersenang
    lenang dengannya seolah-olah dia tiada mengerti dan
    memahami akan kehendak agama.


    Di satu sudut lain pul ialah kelompok suami yang tidak
    mampu mengajari keluarganya ekoran kesibukan atau keterbatasan ilmunya
    , Maka sebagai jalan penyelesaiannya,
    ia carikan guru/pengajar agama untuk anak-anak dan
    isterinya
    , atau mengajak isterinya ke majlis taklim,
    menyediakan buku-buku agama, kaset-kaset ceramah/
    taklim yang sesuai dengan kemampuannya
    ,
    dan menganjurkan keluarganya untuk membaca/
    mendengarnya
    .


    Mendidik Isteri.

    Posted by Picasa

    Sedari awal-awal melangkah ke alam pernikahan,
    seorang suami semestinya telah merencana pendidikan
    agama bagi isterinya
    atau sekurang-kurangnya punya
    pandangan ke arah sana. Dan sebelum menjadi seorang
    ayah
    , semestinya ia telah menyiapkan isterinya
    untuk menjadi pendidik bagi anak-anaknya kelak
    ,
    kerana:

    Ibu adalah madrasah (sekolah) bagi anak-anaknya,”
    kata penyair ‘Arab.

    Posted by Picasa

    Di sini perlu diperhatikan dan diperingat juga, bahawa
    mendapatkan pengajaran agama adalah termasuk
    dalam :

    Salah satu hak isteri yang seharusnya ditunaikan
    oleh seorang suami dan termasuk juga hak seorang
    wanita yang harus ditunaikan walinya
    . Namun pada
    praktikaliti hari ini, seringkali ia tidak terpenuhi sebagaimana
    mestinya.

    Posted by Picasa


    Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’I telah
    membahagikan 3 jenis manusia yang
    menguruskan wanita:


    Pertama:

    Mereka yang melepaskan wanita begitu sahaja
    sekehendaknya
    , membiarkannya bepergian jauh tanpa
    mahram, bercampur gaul di sekolah-sekolah, mana-mana
    tempat pengajian dan tempat kerja sehingga akhirnya
    membawa kepada rosaknya keadaan kaum
    muslimin
    .


    Kedua:

    Mereka yang menyia-nyiakan wanita tanpa taklim,
    membiarkannya seperti binatang ternak, sehingga
    ia tidak tahu sedikit pun kewajipan yang ALLAH pertanggungjawabkan atasnya
    . Wanita seperti ini
    akhirnya akan terjerumus ke dalam fitnah dan berselisih
    pada perintah-perintah ALLAH dan akhirnya bisa merosak
    keluarganya.

    Ketiga:

    Mereka yang memberikan pengajaran agama
    kepada wanita sesuai dengan kandungan Al Qur’an
    dan As Sunnah
    , kerana melaksanakan perintah
    ALLAH
    sebagaimana firman-NYA:

    Hai orang-orang yang beriman, pelihara (jaga)lah
    dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
    bakarnya adalah manusia dan batu
    ; penjaganya
    malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai
    Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka
    dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan
    .”

    (At Tahrim; 66: 6)

    Posted by Picasa

    Dan juga berdasarkan sabda RasululLAH s.a.w.:

    Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian
    akan ditanya tentang tanggungjawab , tentang apa
    yang dipimpinnya
    .”

    (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829) &
    (Nashihati lin Nisa’, Ummu ‘Abdillah Al-Wadi`iyyah, hal. 7-8).

    Seorang isteri perlu diajari tentang perkara yang
    diperlukannya dalam kehidupan sehari-hari
    ,
    daripada perkara siang hingga ke malam, tentang tauhid,
    bahaya syirik, maksiat
    dan penyakit-penyakit hati
    serta diikuti cara-cara mengubatinya atau
    menghadanginya
    .

    Posted by Picasa


    RasululLAH s.a.w. sendiri menyediakan waktu
    khusus untuk mengajari para wanita. Abu Sa’id al-Khudri
    berkata:

    “ Datang seorang wanita kepada RasululLAH,

    Wahai RasululLAH! Kaum lelaki telah pergi membawa
    hadithmu, maka berikanlah untuk kami satu hari yang
    khusus di mana kami dapat mendatangimu untuk
    belajar daripadamu tentang ilmu yang ALLAH telah
    ajarkan padamu’
    .

    Baginda s.a.w. pun bersabda:

    Berkumpullah kalian pada hari ini dan itu di
    tempat ini ( yakni baginda menyebutkan waktu
    dan tempat tertentu)


    Posted by Picasa

    Hingga mereka pun berkumpul pada hari dan tempat yang
    dijanjikan untuk mengambil ilmu daripada
    baginda RasululLAH s.a.w. , sesuai dengan apa
    yang diajarkan ALLAH S.W.T. kepada baginda.”

    (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 101 dan Muslim no. 2633)

    Bahkan isteri-isteri baginda RasululLAH s.a.w.
    sendiri, “lahir” daripada madrasah nubuwwah dan mereka
    menuai bekal ilmu yang banyak terutama Ummul Mukminin
    ‘Aisyah
    yang membesar dalam asuhan madrasah
    yang mulia
    ini. Sepeninggalan suami mereka iaitu baginda RasululLAH s.a.w., mereka menjadi pendidik umat
    bersama dengan para sahabat yang lain
    , semoga
    ALLAH S.W.T. meredhai mereka.


    Gambaran Pengajaran Seorang ‘Alim terhadap
    Keluarga Mereka.



    Posted by Picasa

    Para pendahulu kita yang shalih (salafunash shalih)
    sangat mementingkan pendidikan agama bagi
    keluarga mereka
    . Di samping mereka berdakwah
    kepada umat di luar rumah
    , mereka juga tidak
    melupakan orang-orang yang berada dalam
    rumah mereka (keluarga).
    Tidak seperti kebanyakan
    manusia pada hari ini yang sibuk dengan urusan mereka di
    luar rumah sehingga melalaikan pendidikan isterinya.

    Bahkan amatlah sayang sekali sekiranya hal yang sama
    menimpa keluarga da’i. Ia sibuk berdakwah kepada
    masyarakat sekitar sedangkan isterinya di rumah tidak mengetahui dan memahami akan tata cara solat yang
    diajarkan oleh nabi s.a.w., tidak mengetahui cara
    menyucikan najis dan sebagainya
    . Malah lebih parah
    jadinya apabila isteri dan anaknya tidak mengerti tentang
    tauhid dan syirik. NaudzubilLAH.

    Posted by Picasa

    Mari kita bandingkan dengan apa yang ada pada salaf,

    Mislanya keluarga al Hafizh Ibn Hajar. Semangatnya
    beliau dalam menyebarkan ‘ilmu kepada keluarga
    dan kerabatnya adalah sedemikian juga semangatnya
    dalam menyampaikan ‘ilmu kepada orang lain
    .

    Kesibukan beliau dalam dakwah di luar rumah
    dan dalam menulis ilmu tidaklah melalaikan
    beliau untuk memberi taklim kepada keluarganya
    .
    Dari hasil pendidikan ini lahirlah dari keluarga beliau
    orang-orang yang terkenal dalam ilmu khususnya
    ilmu hadits
    , seperti: saudara perempuannya Sittir Rakb bintu
    ‘Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Hajar Al-’Asqalani,
    istrinya Uns bintu Al-Qadhi Karimuddin Abdul Karim bin
    ‘Abdil ‘Aziz, putrinya Zain Khatun, Farhah, Fathimah, ‘Aliyah,
    dan Rabi`ah.


    (Inayatun Nisa bil Haditsin Nabawi, hal. 126-127)

    Posted by Picasa

    Lihat pula bagaimana Sa’id Ibnul Musayyab membesarkan
    dan mengasuh putrinya dalam buaian ilmu
    hingga ketika
    menikah suaminya mengatakan ia mendapati isterinya
    adalah orang yang paling hafal dengan KitabulLAH,
    paling mengilmuinya dan paling tahu tentang hak suami.


    (Al-Hilyah, 2/167-168, As-Siyar, 4/233-234)

    Posted by Picasa

    Demikian pula kisah keilmuan putri Al-Imam Malik.
    Dengan bimbingan ayahnya, ia dapat menghafal
    Al-Muwaththa’ karya sang Imam
    . Apabila ada murid
    Al-Imam Malik membacakan Al-Muwaththa’ di hadapan
    beliau, puterinya berdiri di belakang pintu mendengarkan
    bacaan tersebut. Hingga ketika ada kekeliruan dalam
    bacaan ia memberi isyarat kepada ayahnya
    dengan mengetuk pintu
    . Maka ayahnya
    (Al-Imam Malik) pun berkata kepada si pembaca:

    Ulangi bacaanmu kerana ada kekeliruan”.

    (Inayatun Nisa’, hal. 121)

    Posted by Picasa

    Perhatian pendahulu kita rahimahumullah
    terhadap pendidikan keluarganya ternyata juga kita
    dapatkan dari ulama yang hidup di zaman kita ini,
    seperti Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi‘i .

    Dalam sehari beliau menyempatkan waktu untuk
    mengajari anak isterinya tentang perkara-perkara
    agama yang mereka perlukan, hingga mereka mapan
    dalam ilmu dan dapat memberi faedah kepada saudara
    mereka sesama muslimah dalam maelis yang mereka
    adakan atau dari karya tulis yang mereka hasilkan.


    Demikianlah serba ringkas kisah ulama kita dengan keluarganya, lalu di mana tempat kita bila
    dibanding dengan mereka ?

    Wallahu ta‘ala a‘lam bish-shawab.



    ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~*


    p/s: at
  • *Al Faqiirah ila ALLAH S.W.T.


    "Great Women (Part 3)"

    By: Shaykh 'Abdul-Muhsin Al-Qaasim

    Source: Khutbah; 26, Rabee'uth-Thaanee 1426 (3, June 2005)

    Transcription: Islaamic Propagation & Education Committee
    Al-Madeenah Al-Munawwarah
    (Sermons of the two Holy Mosques)

    Summary:

    A Continuition of the earlier ones about Honourable wives of
    ALLAH's Messenger
    (SalLAHU 'alayhi wa sallam)

    1. Sawdah bint Zam'ah
    2. Hafsah, the daughter of 'Umar
    3. Zaynab bint Khuzaymah al-Hilaaliyyah
    4. Umm Habeebah, the daughter of Aboo Sufyaan
    5. Umm Salamah (Hind bint Abee Umayyah)
    6. Zaynab bint Jash
    7. Juwayriyyah bint al-Harith
    8. Safiyyah bint Huyayy
    9. Maimoonah bint al-Harith al Hilaaliyyah

  • Powered by ClockBot.com }