~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: April 2007

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Saturday, April 28, 2007

Apabila Sakit Merupakan Suatu Nikmat dan Anugerah

.


Ba’da Tahmid wassalam,

Syukur pada ALLAH Ta’ala, di pagi hari kedua diamnya
saya di Darul IMAN dalam perkiraan seminggu percutian
IPBA, kedamaian sedikit sebanyak mencicipi diri.
AlhamdulilLAH, baik semalam hatta hari ini cuaca redup
sahaja berselang selikan hujan, “Hujan rahmat, insyaALLAH
demikianlah bicara saya pada famili, tambahan pula sebelum
ini menurut mereka cuaca amat panas terik di sini,
walLAHU’ALAM.

BiiznilLAHi Ta’ala usai isya’ semalam, saya menerima
perkhabaran seorang saudara saya jatuh sakit, ALLAHu Akbar..
“..insyaALLAH barangkali ini merupakan kafarah dosa..”
demikianlah ungkap saya padanya.

Do’a sudah dilafazkan dan diamiinkan, moga ALLAH
mengurniakan keberkatan, kerahmatan, kesembuhan dan
kebahagiaan buat hamba, walLAHU Musta’an
.





BiiznilLAHi Ta’ala semalam baharu saya sedar usai membaca
beberapa buah do’a buat saudara, masyaALLAH..barangkali ini
juga satu ujian dan peringatan buat saya masih perlu banyak
lakukan pengislahan, do’a yang pernah saya ‘amalkan ketika di
perantauan satu ketika untuk demam “Ummul Mildam” tiada
dapat saya ingat sepenuhnya, astaghfirulLAH..ampunilah hamba
Ya ROBB, mohon panduan-MU Ya Ar Rahman Ar Rahim
.
InsyaALLAH sekembali ke IPBA Khamis ini, buku
Do’a Senjata Mukmin” di perbaringan akan segera saya gengam
dan hafalan digiatkan kembali, moga dipermudah urusan oleh
ROBBI, insyaALLAH, amiin.

InsyaALLAH, bersempena dengan itu, saya lampirkan kembali
satu hasil pena yang telah dicoret sewaktu di Bumi Nueva Zelanda.
Moga menjadi satu tazkirah buat saya, juga saudara/ri seaqeedah
yang saya hormati kerana ALLAH Ta’ala. InsyaALLAH,
sama-sama ambil manfa’at..akhirul kalam..saamihni ‘ala kulli hal, do’akan kesejahteraan bersama:UMMAH!


*~ *~ *~ *~ *~ *~ *~ *~ *~ *~ *~ *~ *~ *~




Apabila Sakit Merupakan Suatu Nikmat dan Anugerah
.
Karya asal oleh: Abu Faradisa & Ummu Fida Firdausa
Tarikh publikasi : Saturday, 26 July 2003
Bedah 'ilmiah, rombakan, penambahan dan
pengembangan isi serta penulisan semula
: Bint Haji Yusof





Alhamdulillah 'illathee hadaana lihaatha,
wa maa kunna linahytadiya lawlaa an hadaanAllah.


Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh,

Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH S.W.T.

Persoalan-persoalan dan coretan kalam yang bakal
diajukan dan dibacai berikut bukan sahaja ana hala tujukan
pada kalian semata BAHKAN buat diri ana sendiri. Ia
di olah, dibedah ilmiah, dikembangkan pengisiannya
juga diperkukuhkan lagi dengan pencarian dalil-dalil
naqli yang sahih sebagai pendokong hujjah penulisan
semula ini
.

Ana usahakan dan tintakan khusus buat manfa’at bersama
saudara saudari seaqeedah yang ana hargai dan hormati kerana
ALLAH S.W.T.
pada paparan kali ini agar tiada terlalu
berpandukan karya asalnya; Sebaliknya ditambah baikkan
isi dan diperelokkan lagi bicara penyampaian ini
buat
perhatian bersama, moga keberhasilan daripada penulisan
ini ada manfa’atnya, insyaALLAH.


Sebarang kekurangan ataupun yang bersalahan
segeralah perbetuli dan maklumi ana
sama ada melalui
kiriman mel, private messages (pm) di yahoo messenger
ataupun titipkan sahaja di ruangan komentar yang disediakan
pada setiap penghujung artikel, moga ada khairnya,
insyaALLAH
.


BismilLAH, alhamdulilLAH..


Saudara saudariku,





Adakah pernah anda merasai sakit, mengalami
kesakitan atau jatuh sakit?


Bagaimanakah perasaan anda ketika menghadapinya?

Adakah anda merasa suka, tenang, gembira, sedih,
tidak selesa, resah gelisah, geram, marah, benci,
atau apa-apa rasa; yang mana ia tiada dapat dibiaskan
pada ungkapan perkataan sama ada ia berupa positif
mahupun negatif buat anda
?

WalLAHU Ta’ala ‘Alam.


Wahai saudara saudari yang ana hargai ikhlas kerana ALLAH,


Sedarilah, bahawasanya apa jua kesakitan yang menghinggapi
kita, penderitaan yang membumbui kita, kesempitan yang
dirasai kita, kesulitan yang berupa kegelisahan pada kita
;

Semua itu adalah satu nikmat dan anugerah yang dikaruniakan TUHAN kepada hamba-NYA.

Yang mana bukan selalu ia mengunjungi semua orang pada
setiap detikan masa; Janganlah sesekali membenci akan ia,
apatah lagi melontarkan keluhan mendalam padanya, sebaliknya
saudara saudariku,

Apabila ia datang melabuhkan diri pada kita, sama-samalah kita
waspadai dan peringatkanlah pada diri yang:





1. Sakit / kesakitan / penyakit yang kita alami itu
adalah didatangkan oleh ALLAH Subahanahu wa Ta’ala.



Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al Hadid (57:22-33)




Yang bermaksud:

''Tiada sesuatupun bencanapun yang menimpa di bumi
dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah
tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu
adalah mudah bagi ALLAH. (Kami jelaskan yang
demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita
terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya
kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang
diberikanNya kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai
setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.''


(Al-Hadid; 57:22-23)







2. Waspadai dan peringatkanlah pada diri kita
bahawa setiap sakit/ kesakitan / penyakit ada
kebaikannya buat diri kita.



Saudara saudariku yang dirahmati ILAHI,

Di sebalik kesemua yang kita alami itu, hakikinya terdapat
HIKMAH dan FAEDAH yang pasti akan membawa seribu
pengertian juga penghayatan yang berisi
; apabila kita menghadapinya dengan penuh kesabaran dan kerelaan .
Di antaranya adalah:



a. Dosa dan kesalahan diampunkan.





1. Hadis Abu Said r.a:

Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:

Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang
mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit
yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada
kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka
hal yang demikian merupakan penghapus bagi
kesalahan-kesalahannya
.”


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4670

...


2. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam
keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku.
Aku katakan kepada baginda:

Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar
tidak sihat
.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah
sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara
kamu.


Aku berkata:

Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Benar.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit
dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan
kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana
daun yang gugur dari pokoknya
.”


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4663


...


3. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Ketika diturunkan ayat: مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ

Yang bermaksud:

Sesiapa yang melakukan kejahatan, nescaya akan diberi
pembalasan dengan kejahatan itu. Orang-orang Islam
merasa amat sedih tetapi kemudiannya Rasulullah s.a.w
bersabda:

Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu
pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri



Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4671



b. Ditinggikan atau dinaikkan darjatnya





1. Hadis Aisyah r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu,
dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan
musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya
satu kesalahan disebabkan musibah tersebut
.”


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4664

...


2. Daripada Aisyah r.a., dia berkata:

“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
wa Sallam
bersabda (yang ertinya):

''Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit
sedikit pun, melainkan ALLAH menghapus darinya
satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu darjat
.”

(Ditakrij Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)

..


3. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dia berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda
(yang ertinya):

''Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki
kedudukan di sisi ALLAH, namun tidak ada satu
amal yang dapat menghantarkannya ke sana.
Maka Allah senantiasa mencubanya dengan
sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia
dapat sampai ke kedudukan itu.''


(Ditakhrij Abu Ya'la, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim;
Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)



c. Pembuka jalan ke Syurga



Hadis Ibnu Abbas r.a:



Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya:

Ibnu Abbas bertanya kepadaku:

Mahukah kamu jika aku memperlihatkan seorang
wanita yang menjadi calon penghuni Syurga?


Aku menjawab:

Sudah tentu.

Ibnu Abbas berkata:

Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah datang kepada
Nabi s.a.w dan berkata:

Sesungguhnya aku diserang penyakit sawan babi
atau gila babi. Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah
kepada Allah demi menyembuhkanku.


Nabi s.a.w bersabda:

Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah
Syurga. Sekiranya kamu mahu sembuh, aku boleh
mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu
.

Wanita itu berkata:

Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh,
jadi berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkanku.
Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya



Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4673



d. Keselamatan dari Api Neraka





1. Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, bahwa beliau menjenguk
seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah.
Lalu baginda bersabda (yang ertinya):

''Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman,

'Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa
hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari
neraka pada hari akhirat
.''


(Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan AL-Hakim.
Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)

...


2. Hadis Ibnu Umar r.a:

Dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:

"Demam itu berasal dari didihan Neraka Jahanam.
Oleh itu, sejukkanlah demam itu dengan air
."

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4093

...


3. Hadis Asma' r.a:

Bahawa pernah ada seorang wanita yang gelisah kerana demamnya
yang teruk, beliau dibawa berjumpa Asma', lalu Asma' meminta
air kemudian menyiramnya ke dalam baju wanita itu.

Asma' berkata:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Sejukkanlah kepanasan demam itu dengan air. Baginda juga bersabda: Sesungguhnya panas itu adalah dari didihan Neraka Jahanam .”


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4098

...


4. Hadis Rafi' bin Khadij r.a katanya:

Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya kepanasan demam itu adalah kepanasan
yang berasal dari Neraka Jahanam. Oleh itu, sejukkanlah kepanasan itu dengan air
.”


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4099



e. Membawa atau membuatkan kita ingat akan ALLAH
dan kembali kepada-NYA







Amnya, tatkala seseorang individu berada dalam keadaan sihat
wal ‘afiat
ada sahaja yang mengaruhnya tenggelam dalam
kenikmatan duniawi dan syahwat. Kesibukan dalam urusan
duniawi adakalanya dapat melalaikan individu hingga ia
melalikan dirinya akan pandangan dan penilaian ALLAH

sehingga dalam diam, tanpa sedar dirinya telah terjerumus dalam kemaksiatan dan kederhakaan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.

NaudzubilLAHI min dzaliik.

Justeru, apabila ALLAH S.W.T. menguji dan menduga hamba-NYA
tadi dengan sakit atau musibah lain, umumnya mana-mana individu
tadi akan segera ingat kepada ROBB-nya, lantas beristighfar,
bertaubat, insafi diri dan kembalilah ia memenuhi suruhan-suruhan
yang juga hak-hak ALLAH yang telah diabaikannya.


Dari Abdurrahman bin Sa’id, dari bapanya, dia berkata:

Aku bersama Salman menjenguk orang yang sedang
sakit di Kandah. Tatkala Salman memasuki tempat
tinggalnya, dia berkata, ''Bergembiralah, kerana
sakitnya orang mukmin itu akan dijadikan Allah
sebagai penebus dosanya dan penyebab kewaspadaannya. Sedangkan sakitnya orang kafir itu laksana
keldai yang diikat pemiliknya, kemudian dia
melepaskannya kembali, namun keledai itu
tidak tahu mengapa ia diikat dan mengapa
ia dilepaskan.
''


Apa yang cuba disampaikan daripada kisah tadi ialah
penyakit yang menimpa seseorang Mu’min itu
merupakan penebus bagi dosanya, penyebab yang
mengaruhnya bertaubat, dan pembangkit lenanya
dari kealpaan berterusan.

Manakala bagi orang kafir pula amatlah berbeza sama sekali,
kerana ia akan tetap berada dalam kederhakaan, penyakit
yang menimpa tiada membawa apa-apa nilai keinsafan
padanya dan tiadalah dia kembali kepada ROBB-nya
ke landasan kebenaran (siratul mustaqiim). Sebagaimana
pengibaratan yang diberokan iaitu ibarat seekor keldai
yang dipegang dan diikat, kemudian dilepas kembali,
namun ia tidak tahu mengapa ia diikat lalu dilepas lagi
.



f. Mencelikkan dan mengingatkan seorang hamba
akan nikmat yang diberikan ALLAH atasnya.







Hakikinya, sakit atau musibah yang menimpa pada mana
-mana individu, akan dapat membuatkan ia ingat akan
nikmat yang telah ALLAH S.W.T. berikan padanya
ketika ia sihat. AlhamdulilLAH dengan hal yang
demikian itu, makin bersyukurlah seseorang insan itu
kepada TUHAN.

Seorang penyair berkata:

“Seseorang itu tidak akan mngenal (menghargai)
akan tanda-tanda sihat selagi mana ia belum
ditimpa kesakitan (jatuh sakit).”




g. Menyedarkan seseorang individu tentang keadaan
atau perkhabaran orang-orang yang sakit.







ALLAH S.W.T. menimpakan dugaan sakit kepada kita agar kita mengingati saudara-saudara kita yang sedang sakit,
yang selama ini mungkin ada yang kita terabaikan (terlepas pandang).
Ia dapat membuatkan kita kembali sedar dan secara tidak langsung mengetuk pintu hati kita untuk membantu memenuhi
hak-hak saudara kita yang sedang sakit
mislanya
menziarahinya, membantu menguruskan keperluannya,
meringankan penderitaan yang dialaminya, menghiburkannya,
membantunya mencari ubat yang sesuai, mendo’akan
kesejahteraannya dsb.



h. Menyucikan hati dari pelbagai penyakit hati
dan sifat mazmumah.






Keadaan yang sihat adakalanya boleh mendorong
mana-mana individu bersikap sombong, bangga
dan taajub kepada diri send
iri memandangkan
kudrat yang sihat membolehkan ia bebas berbuat
apa sahaja mengikut kemahuan hatinya
.

Namun apabila sakit menghinggapi diri, penderitaan menghurunginya, secara tidak langsung jiwa
yang dahulunya keras menjadi lembut, segala sifat
sombong, takabur, hasad dengki, membanggakan diri mula
luruh daripadanya sedikit demi sedikit
. Hinggalah
akhirnya ia kembali tunduk dan pasrah kepada
ALLAH S.W.T
. serta mempertingkatkan ketekunan
pengibadahan kepada-NYA. AlhamdulilLAH.



i. Menjadikan seseorang individu itu ‘SABAR’






Abdul Malik bin Abjar berkata:

''Setiap orang pasti mendapat cubaan afiat, untuk
dilihat apakah dia bersyukur, atau mendapat
bencana untuk dilihat apakah dia bersabar.''



Saudara saudariku yang dirahmati ILAHI,

AlhamdulilLAH, lihatlah dan mengertilah akan
betapa besarnya faedah dan hikmah yang dapat diperoleh
individu ketika mengalami sakit


Bukankah kesakitan itu merupakan suatu
NIKMAT dan ANUGERAH?






Justeru usah lagi benci, marah akan ia ataupun
merasa kecewa dengan kehadirannya.

Sesungguhnya semakin berat penderitaan, semakin
berlipat gandalah pahala
atas individu setimpal dengan
sifat sabarnya dalam menghadapi cubaan tersebut.


Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam
keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku.
Aku katakan kepada baginda:

Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar
tidak sihat
.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah
sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara
kamu.


Aku berkata:

Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Benar.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

Setiap orang muslim yang ditimpa musibah
atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan
mengampunkan kesalahan-kesalahan dari
sakitnya, sebagaimana daun yang gugur
dari pokoknya
."


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4663


Hadits di atas memberikan penjelasan kepada kita bahwa
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menerangkan
bahawa apabila penyakit yang ditimpakan atas individu itu
bertambah berat maka pahalanya dilipat gandakan
dan pelipat gandaan ini terus meningkat sampai terhapusnya
kesalahan-kesalahannya. Dengan erti kata lain, beratnya sesuatu penyakit yang ditimpakan individu itu dapat mengangkat derajatnya dan menghapuskan kesalahan-kesalahan
yang ada padanya
.


Saudara saudari yang ana hormati kerana ALLAH S.W.T.,





Apabila kita sudah maklum akan hal ini; iaitu betapa
rasa sakit atau musibah yang menimpa itu
dapat menghapuskan dosa dan mengangkat
darjat seorang hamba Tuhan
; maka hendaklah
kita tekatkan nilai kesabaran dan rasa redha
dalam diri
akan hal tersebut agar kita, insyaALLAH
dapat merangkul apa yang dijanjikann ALLAH S.W.T.
terhadap orang-orang yang sabar
antaranya ialah:


1. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Al Imran (3:146)




Yang bermaksud:

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah
berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang
yang taat kepada ALLAH, maka mereka tidak
merasa lemah semangat akan apa yang telah
menimpa mereka pada jalan (agama) ALLAH
dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak
pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah),
ALLAH sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar
.”


2. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Az Zumar (39:10)



Yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu
ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu):
Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah
kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang
berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan
(yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi
ALLAH ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu
ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang
bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan
pahala mereka dengan tidak terkira
.”


3. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Ar Raad (13:23-24)



Yang bermaksud:

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan
memasukinya bersama-sama orang-orang
yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa
mereka dan isteri-isteri mereka serta anak
-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula
akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;
(Memberi hormat dengan berkata): Selamat
sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan
kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan
amal kamu di dunia dahulu
.”


Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ROBBI,


Bukankah semua itu merupakan suatu kemuliaan?

Bukankah semua itu merupakan pembawakan
pada darjat yang tinggi?


Tidakkah kita semua mengidamkan agar sakit
yang kita alami menjadi suatu nikmat dan anugerah
yang besar nilaiannya?


Jadi, ayuh, sama-samalah kita peringati diri:

Jangan kita biarkan semua janji-janji itu
hilang begitu sahaja dibawa arusan masa.


Jangan dibazirkan kesempatan yang hadir
di depan mata, sedangkan kita mampu meraihnya.



Innalillahi wa inna ilaihi raji'un....


AWAS!!





Jika perkara ini tidak di ambil tahu maka sikap
tidak ambil tahu
itulah MUSIBAH sebenarnya.
Malah jika sudah tahu dan tidak juga ambil tahu
maka makin besar lagilah MUSIBAHnya.

Jika kita sudah arif bahawa di sebalik setiap
kesakitan atau timpaan sakit
itu adanya kenikmatan
yang besar
, ada janji-janji ALLAH yang amat
menggiurkan
tapi kita butakan mata juga maka
makin besarlah MUSIBAHnya.

Jika kita sudah faham akan keutamaan dan kelebihan
bersabar
tatkala ditimpakan kesakitan namun kita abaikan
ia maka ini adalah MUSIBAH yang sangat besar.


………Renung-renungkanlah…





Akhirul kalam, ana titipkan sepotong hadith buat
penghayatan bersama saudara saudari seaqeedah yang
ana kasihi kerana ALLAH S.W.T., cuba terokai khazinatul
asrar
yang tersirat dalamnya:


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman.
Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin
sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan
orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat
tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang
.”

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5024



Semoga bermanfaat, Allahu A'lam.

Ismihli ‘ala kulli hal,

YarhamkumulLAH!


Hadaanallah wa iyyakum wa Baarakafiina wa iyyakum ajma'in

Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.


Al faqiir ila ROBBIhi,
Bintu Yusof,
23 Safar 1427H (Khamis),
Auckland, NEW ZEALAND.



MARAJI:




1. Ketika Sakit Merupakan Nikmat & Anugerah, Abu Faradisa
& Ummu Fida Firdausa (http://www.jilbab.or.id/index.php?option=content&task=view&id=74)

2. Laman Web Al Islam (Bhg rujukan al Quran & Hadith),
Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf,
Dakwah dan Nasihat (http://www.al-islam.com/mal/)

3. Tuhfatul Maridh, Abdullah bin Ali Al-Ju'aitsin, Edisi Indonesia: Hiburan bagi Orang yang Sakit, Penerjemah: Kathur Suhardi.
Penerbit: Putaka Al-Kautsar, Jakarta.

4. Tasliyatu Ahlil Masha'ib, Muhammad bin Muhammad
Al-Manjabi Al-Hambali. Edisi Indonesia: Hiburan Bagi Orang
yang Tertimpa Musibah
. Penerjemah: Abu Umar Basyir.
Penerbit: Darul Haq, Jakarta

5. Tuhfatun Nisaa', Abu Maryam Majdi Fathi As-Sayyid.
Edisi Indonesia: Bingkisan Istimewa bagi Muslimah.
Penerjemah: Izzudin Karimi, Lc. Penerbit: Darul Haq, Jakarta

6. Catatan-catatan pribadi, dan sumber-sumber yang
tidak terikat

Thursday, April 26, 2007

Apakah Sudah Engkau Lakukan?

.


Ba’da tahmid wassalam, khas buat kehadrat tamu ziarah
yang saya hormati sekalian, insyaALLAH di kesempatan kali
ini saya tampilkan sebuah tausiyah yang amat beerti dari
perolehan bacaan saya yang terkini, insyaALLAH sama-sama
kita ambil manfa’at daripadanya.

Nasihat Rohani (Ruhaniyat) – Tarbawi Edisi 152

Limaadzaa laa nuthabbiq ma’a ta’allam naahu?

Ini judul sebuah khutbah berbahasa ‘Arab dalam kaset.
Ertinya: Kenapa kita tidak menerapkan apa yang sudah
kita ketahui
.

Isinya bagus sekali untuk kita renungkan.
Syaikh Muhammad al Munjid, penceramah dalam kaset itu,
mengawali kalimat-kalimat pembukaannya dengan melontarkan
banyak pertanyaan. Ayuh, sama-sama kita semak,



Saudaraku,
sudah berapa banyak ceramah kita dengarkan?
Berapa banyak buku sudah kita baca?
Berapa nasihat yang sudah disampaikan untuk kita?
Berapa kali kita mengkhatamkan al Quran?
Apa sahaja yang sudah berguna untuk kehidupan kita?
Berapa banyak perintah yang kita kerjakan?
Berapa banyak larangan yang sudah kita tinggalkan?
Berapa kali kita mengetahui hukumm suatu masalah
tapi kita tidak melakukannya?
Kenapa ilmu itu tidak membekas pada diri kita?
Kenapa kita masih tetap meremehkan amal sunnah,
tapi berlebihan dalam hal mubah?”


Saudaraku,
Kita pantas berduka dan bersedih. Duka, kerana ketukan
hati yang begitu mengena. Sedih, kerana sesungguhnya
kita merasakan problematika besar dari pernyataan itu.

Saudaraku,
Mari kita ikuti kembali uraian nasihat dari Syaikh al Munjid
ini. Menurutnya, dorongan paling kuat yang menjadikan
orang beramal itu adalah kehangatan IMAN kepada ALLAH
Subahanahu wa Ta’ala
. Itu sebabnya ALLAH Ta’ala menyeru
kita dengan kalimat:

yaa ayyuhal ladziina aamanuu
(wahai orang-orang yang berIMAN)

dalam banyak firman-NYA, kemudian dilanjutkan dengan kata
perintah melakukan sesuatu. Maka, apabila keIMANan kita
berkurangan, berkurang pulalah motivasi dan pendorong
kita melakukan sesuatu. Jika keIMANan dan keyakinan kita
kepada ALLAH Subahanahu wa Ta’ala sangat kuat, maka
semangat ber’amal pun akan semakin kuat.



Apakah ada hal lain kecuali IMAN yang mendorong Abu Bakar
radhialLAHU
anhu memberikan seluruh hartanya di jalan
ALLAH Ta’ala? Adakah alasan lain yang menjadikan seorang
sohabat membuang sisa-sisa makanannya lalu memasuki medan
jihad
untuk kemudian mati syahid, kecuali kerana ia yakin
dengan adanya Syurga
. Begitulah orang-orang Sholih.

Saudaraku,
Itu sebab pertama yang disampaikan Syaikh al Munjid.
Selanjutnya ia menyinggung tentang kurangnya kesungguhan
kita dalam melakukan ‘amal sholih
. Kita lemah semangat
dalam mencari ‘ilmu yang bisa mendorong kita melakukan
‘amal sholih. Berbeda dengan prinsip para shohabat radhialLAHu
‘anhum dahulu yang banyak bertanya kepada RasululLAH sholla
ALLAHu ‘alaihi wassalam untuk mendapatkan ‘ilmu.
Abu Bakar r.a.
bertanya,“Ya RasululLAH, ajarkan aku sebuah do’a yang bisa
aku gunakan dalam sholat dan di rumah
.” Ibnu Mas’ud juga
bertanya, “Ya RasululLAH, ‘amal apa yang bisa mendekatkan
pada syurga
?”

Itulah sebabnya ALLAH Subahanahu wa Ta’ala telah mengingatkan
kita dalam firman-NYA,

Wa lau annahum fa’aluu ma yuu’azuuna bihi lakaana khairan
lahum wa asyaddu tatsbiita
.”

Yang maksudnya: Jika mereka mengerjakan apa yang dinasihati
kepada mereka, nescaya itu lebih baik dan lebih meneguhkan
(bagi mereka).






Saudaraku,
Banyak di antara kita yang tidak mahu melakukan perintah,
kecuali yang tingkatannya adalah wajib. Sementara kita
berlebihan dalam hal mubah. Kita kalah oleh lingkungan
yang tidak mendorong kita melakukan kebaikan yang kita
sudah tahu. Hubungan kita juga lemah dengan al Quran
dan sunnah RasululLAH sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam
.
Mengapakah Ummu Aiman r.a. menangis sa’at dikunjungi
Abu Bakar dan ‘Umar
?
Ia menangis kerana terputusnya
wahyu. Itu tanda bahawa Ummu Aiman memiliki ikatan
yang begitu kuat dan sangat terpengaruh dengan wahyu
ALLAH Ta’ala.

Kita banyak beralasan dengan mengatakan, ALLAH tidak
akan memberi beban kecuali sebatas kemampuan hamba-NYA,
lalu kita mengatakan kita tidak mampu melakukan amal
-amal sholih
. Kita terlalu panjang menyusuan harapan
keduniaan, tetapi mengecilkan target-target Akhirat.
Kita terlalu banyak dilupakan dengan keinginan dunia,
hingga kita tidak banyak ber’amal untuk kepentingan
Akhirat. Kita tidak terlalu yakin dengan Islam, kerana
itu kita tidak sungkan menerapkan petunjuknya. Kita
terlalu banya membuat tangga untuk menjadi baik, tetapi
sampai sekarang kita masih tetap sahaja berada dalam
proses untuk menjadi baik. Sementara, kita tidak tahu
kapan usia kita usai dan kita tak mampu lagi melakukan
perbaikan.





Saudaraku,
Itu sebahagian alasan yang dihuraikan Syaikh al Munjid.
Syaitan pasti mempunyai cara sendiri untuk memalingkan
kita dari mempraktikkan apa yang sudah kita ketahui.
RasululLAH sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam telah
mengingatkan kita soal ini. Ia bersabda yang
maksudnya:

Dua sikap yang apabila dipelihara seorang Muslim,
maka ia pasti masuk Syurga. Sikap itu mudah tapi
yang melakukan kedua-duanya sedikit sahaja. Bertasbih
sebanyak 10 kali, bertakbirlah sebanyak 10 kali,
bertahmidlah sebanyak 10 kali usai setiap sholat.
Maka itu sama dengan 150 kali dengan lisan, 1500 kali
nilainya dalam Mizan. Lalu, bertasbihlah 33 kali,
bertahmidlah 33 kali, bertakbirlah 33 kali jika ingin
tidur. Maka itu beerti 100 kali dengan lisan, 1000 kali
nilainya dalam Mizan. Siapakah di antara kalian yang
dalam satu hari melakukan 2500 keburukan
?”

Para shohabat menjawab:

Ya RasululLAH, bagaimana itu semua mudah dikatakan
mudah dilakukan sedangkan yang melakukannya sedikit
?”

RasululLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Syaitan mendatangi salah seorang kalian bila ia selesai
sholat dan mengingatkannya dengan sejumlah keperluan ini
dan itu. Lalu orang itu pergi dan tidak mengucapkan
dzikir tersebut. Dan ketika akan tidur, syaitan
mendatanginya lalu untuk menidurkannyaa sebelum orang
itu mengucapkanya
.”

(HR Imam Ahmad)

Saudaraku,
Renungkanlah kekhawatiran Abu Darda r.a. berikut ini:

Aku takut. Jika pertama kali yang ditanyakan kepadaku
kelak oleh TUHAN-ku adalah
:

Apakah engkau amalkan apa yang engkau ketahui?”

………..................................

Bintu Yusof,
Do'akan UMMAH!

- 9 Rabi al Akhar 1428H-

Sunday, April 22, 2007

Kisah Titisan Air Mata.

.


Ba’da tahmid wassalam,
Asyhadu alla ILAAHA illALLAH wa asyhadu anna
Muhammadar RasululLAH
. Sangat besar nikmat ALLAH.
Sangat luas kasih saying ALLAH kepada manusia.

AlhamdulilLAH,
Moga tiada tersisih kalimah nan suci ini dari diri,
moga terus istiqomah dan teguh memperjuangkannya,
insyaALLAH, ALLAHUMMA amiin.

BiiznilLAHi Ta’ala, hari ini ada lagi jendela yang dikuakkan
bagi saya, tatkala memberi pengisian dan pengajaran bagi
RISMAS, astaghfirulLAH, masyaALLAH, rupa-rupanya
masih ramai anak-anak pelajar yang tiada maklum akan
peristiwa hijrah baginda rasul,
Muhammad Sholla ALLAHu
‘alaihi wassalam. MasyaALLAH
, betapa selama ini saya
mengandaikan mereka maklum, hinggalah sa’at tadinya,
jelas satu peringatan bagi saya, jangan mudah membulat
fikiran
. Betapa tidak semua anak-anak memperoleh peluang
yang indah sebagaimana kita, tidak semua punya kepala
keluarga dan kepala rumah tangga yang bisa menyampaikan
pada mereka tinta sirah apalagi tak semua ibu waima bapa
guru yang bisa mengulum segala ‘ilmu dan diluah segala
bagi anak-anak didiknya tanpa luakan sebab selaku insan,
kita punya keterbatasan. Tapi ingatlah akan satu kaedah fiqah:

la yudroku kulluhu, ma yutroku kulluhu

Ini pernah disampaikan pada saya oleh seorang Mu’alim
ketika saya di perantauan tahun lepas, moga ALLAH memberkatinya.
Maksudnya lebih kurang begini: “Jika tiada mampu mengerjakan
semua, janganlah pula ditinggalkan kesemuanya
”. Ringkasnya,
sekurang-kurangnya usahakanlah mana yang ada, atas kapasiti
termampu pada diri selagi punya daya. Bukannya meninggalkannya
terus. Ibaratnya jika tak mampu sempurnakan 100% sekurang
-kurangnya usahakanlah setakat upaya mampumu, walLAHU
Ta’ala ‘ALAM. Bagi yang lebih ‘aalim dan ‘aarif, mohon betuli
saya
andai ada salah silap atau kelemahan dalam penulisan ini.
YarhamkumulLAH!





Baiklah,
kembali pada pokok penyampaian saya kali ini,
alhamdulilLAH, melihatkan keadaan pelajar sedemikian,
maka saya kembalikan mereka sedikit demi sedikit akan
basisnya. Kemudian baharulah saya membuka lembaran
asal perancangan pengajaran saya pada hari itu, iaitu:

“Menyeloroti dan Mengikhtibari akan satu Peristiwa yang
berlangsung dalam Perjalanan Hijrah Ar Rasul ke Madinah.”


Idea untuk pengajaran dan pembelajaran buat anak-anak ini
digarapidaripada pengisian yang saya peroleh ketika
menghadiri usrah Muslimah bawah bimbingan seorang ibu Muslimat.
Sumber isinya dilarik dari Kajian Utama Dirosat: penyisipan
Majalah Tarbawi
edisi 127.

Moga ada khairnya, insyaALLAH.



Kisah Tetesan Air Mata.





Mungkin ini hanyalah kisah tentang titisan air mata. Tapi ia
menjadi begitu mulia kerana dua hal. Pertama, mata orang yang
menitiskan air mata
, dan kedua kerana tempat di mana air mata
itu jatuh
. Air mata itu adalah milik Saidina Abu Bakar ash Shiddiq r.a.
Dan tempat jatuhnya air mata itu adalah wajah RasululLAH
sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam.


Seandainya aku bisa memiliki seorang kekasih, nescaya
kekasihku adalah Abu Bakar
,” begitu kedalaman perasaan
RasululLAH s.a.w. kepada sohabatnya, Abu Bakar r.a.

Keduanya, hari itu sedang berada di sebuah gua pengap dan
gelap, gua Tsur namanya. Sebuah gua yang menjadi tempat
persinggahan sekaligus persembunyian mereka sa’at berhijrah
dari Mekah ke Madinah Munawwarah.


Abu Bakar sebenarnya sudah lebih dahulu memeriksa keadaan
gua sebelum RasululLAH s.a.w. masuk. Setelah dianggap cukup
aman, RasululLAH s.a.w. pun masuk. Utusan ALLAH itu lalu
membaringkan tubuhnya di atas tanah, dengan kepalanya
berbantalkan paha Abu Bakar r.a. Tiba-tiba muncul seekor ular
pada salah satu lubang yang berdekatan kedua makhluk mulia itu.
Abu Bakar Ash Shiddiq jelas tak mungkin membiarkan ular itu
keluar dan mematuk sang kekasih. Tanpa berfikir panjang,
ia menutup lubang itu dengan kakinya.

Abu Bakar meringis menahan sakit, kerana akhirnya ular itu
mengigit kakinya. Tapi, ia tetap berusaha menahan sakit sekuat
tenaga, hinggalah kakinya tetap tak bergerak. Detik-detik
selanjutnya, dalam hening, sekujur tubuhnya terasa panas
kerana bisa ular yang menjalar cepat. Abu Bakar merintih
menahan sakit dan badannya gementar. Ia menangis diam-diam.
Rasa sakit itu pun akhirnya tak dapat ia tahan lagi. Dan, air
matanya menitik satu demi satu. Titisan air mata itulah yang
kemudian jatuh ke wajah RasululLAH s.a.w. hingga baginda
terbangun dan terkejut.


Inilah kisah tentang titis-titis air mata yang sangat mulia.
Titis-titis air mata yang menjadi saksi atas gemuruh cinta
yang tak mungkin lagi tertahan oleh rasa sakit yang begitu
mengigit
. Titis-titis air mata itulah sebenarnya makna lain
dari luapan rasa cinta Abu Bakar r.a. kepada sang utusan
ALLAH S.W.T.


Barangkali, sang sohabat Khalil (kekasih) RasululLAH itu,
ingin pula mengucapkan permohonan maaf
, kerana ia tidak
lagi kuat membendung air mata yang akhirnya jatuh
mengenai wajah sang Rasul yang tengah beristirehat penat.
Mungkin, sohabat yang bobot keIMANannnya disebutkan
RasululLAH s.a.w. melebihi kadar keIMANan seluruh
penduduk bumi itu, ingin pula meminta maaf kepada
Muhammad bin AbdulLAH, kerana air matanya harus
menjadikan RasululLAH s.a.w. terjaga dan terkejut.
WalLAHU Ta’ala ‘ALAM.



*Sesungguhnya apa yang tertulis itu adalah sebahagian
teks asal Tarbawi, cuma ada beberapa editan kecil translasi
serta olah bahasa saya janakan di sana. Manakala dalam
penyampaian buat si cilik, pastinya gaya persembahan,
pengajaran dan pendidikan perlu saya laraskan sesuai
dengan konteks anak-anak kecil juga adik-adik pelajar,
agar lebih efektif , realistik dan menyentuh ke hati,
insyaALLAH. Moga kalian juga bisa aplikasikan ia
nanti, perhatikan dahulu ya, konteksnya, insyaALLAH,
khair
.




Saudara/ri seaqeedah kehormat sekalian,
Apa yang ingin saya bawakan ke pangkuan
pentazkirahan kita bersama
adalah:

Apakah kalian masih ingat akan satu masa, ya yang seingatan
saya pada sa’at itu saya masih dalam kembara ilmiah di
perantauan, di mana ada satu masa telah berlaku ‘perlecehan’
oleh kartunis Denmark pada junjungan mulia kita nabi
Muhammad sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam
. Mereka begitu
mudah berdalih dengan alasan kebebasan berekspresi
dan kebebasan press (media). AstaghfirulLAH! Tidak
sama sekali baik atas dalih kemanusiaan atau toleransi,
hatta alasan apa sekalipun, sungguh sulit dimaafkan, tegas
kukatakan “Tiada kemaafan bagimu!!!” Apalagi bila sang
pemiliknya itu seakan merasa tidak bersalah, bahkan lebih
banyak berkilah.

Persoalannya buat kita, di kala itu, adakah titis air mata
yang jatuh kerana duka akibat tidak mampu memelihara
kehormatan dan kemuliaan RasululLAH sholla ALLAHU
‘alahi wassalam?



Atau, apakah ramai daripada kita yang masih lagi sempat
berada dalam tawa dan bersukaan di tengan kehormatan
dan kemuliaan sang Rasul terdera?

WalLAHU Ta’ala ‘ALAM

Ketuk kotak fikiran, sentuhilah qalbu, gilapi IMAN..tausiyah..



Akhirul kalam…

Maafkan kami ya RasuluLLAH…

Maafkan kami ya RasululLAH..

Maafkan kami ya RasululLAH..


Saamihni ‘ala kulli hal,


al faqiirah ila ALLAH
,
Bintu Yusof,
4 Rabi al Akhar 1428H,
IPBA, Kuala Lumpur.

Sunday, April 15, 2007

Pohon Pisang

.


Ba’da tahmid wassalam,

Assalamu’alaykum warahmatulLAHI wabarokaatuh,
Syukur kehadrat ILAHI, kerinduan untuk meninta
jalinan ilmiah sesama saudara/ri seaqeedah diperkenan
oleh-NYA di kala ini. InsyaALLAH bagi pengongsian
kali ini, saya bawakan sebuah penulisan yang barangkali
tajuknya nampak bersahaja, namun bacailah dan cuba
renungi siratan mesej yang terlampir padanya, moga
bermanfa’at insyaALLAH.

Pohon Pisang



Pohon Pisang rasanya bukan satu jenis pohon yang asing
bagi kita. Pohon yang berbatang tidak berkayu dan berdaun
lebar itu rasa-rasanya masih dapat kita temukan di sekeliling
kita. AlhamdulilLAH, indahnya lagi pohon ini amnya
dapat tumbuh di manapun ia berada bahkan dalam apa
cuaca yang berbeza sekalipun.

Hampir seluruh bahagian pohon pisang dapat dimanfa’atkan
manusia
. Mulai dari akarnya sebagai ubat sakit perut,
batangnya diguna dalam majlis keramaian umpamanya
menjadi tempat menceracak bunga manggar bagi kenduri
kendara bahkan pada suatu masa ia juga dimanfa’atkan
dalam majlis berkhatan. Manakala daunnya boleh dijadikan
pembungkus dan juga alas makanan, seterusnya jantung
pisang enak dibuat ulam dan kerabu, dan hinggalah
kepada buahnya yang lazat untuk dimakan ataupun dimasak.




Begitulah seharusnya setiap kita, dapat memberikan
manfa’at bagi orang lain dengan segenap apa yang kita
miliki
. Beramal dan terus beramal dalam segala kemampuan
serta mengusahakan sehabis daya, mengulurkan sebarang
bantuan, ihsan hatta sekecil apa pun yang kita miliki.

Sebagaimana pohon pisang senantiasa dapat berbuah tanpa
mengenal musim
. Sebabnya ia memang tak mengenal
waktu dalam ber’amal. Tidak mengenal masa dalam
berbuat kebaikan. Memang seharusnya kontribusi (sumbang
bakti) tidak hanya dapat kita berikan pada saat-saat
tertentu di kala kita menginginkan semata kerana kontinutitas
(terus2n) dalam sesuatu kebermanfa’atan akan senantiasa
dapat menjaga stabilitas IMAN; sehinggalah kita tidak
mudah tumbang diterpa ‘hama’ yang selalu menggerogoti
keIKHLASan.




Untuk itu, pohon pisang akan menyimpan cadangan
airnya pada musim hujan dan menggunakannya pada
musim kemarau. Kita pun demikian, harus mengetahui
di saat mana begitu lelah dan membutuhkan orang lain
atau di saat kita terasa tegar ber’amal dalam meniti jalan
panjang kehidupan ini.
Masing-masing kita tentunya pernah
merasa sedemikian jenuh dan butuh nasihat dari orang lain
bahkan pernah (*sememangnya mesti selalu) merasa diri sangat
dekat dengan KHOLIQ. Justeru, manfa’atkanlah masa-masa
itu, kerana tidak semua bisa kunjung ‘menjenguk’ ketika
jiwa kita membutuhkan penyegaran.

Pohon pisang dalam habitat aslinya selalu hidup berkelompok.
Jika ada pohon pisang yang menyendiri tentulah kerana
perbuatan manusia; namun insyaALLAH kelak yang dibiarkan
itu terus tumbuh dan akan membentuk komunitas pohon
pisang juga.

Untuk dapat bermanfa’at dan kontribusi bagi umat dan
diri kita sendiri, kita membutuhkan teman sebagai penguat
.
Kita butuh kawan sebagai pengingat. Kita perlu orang lain
untuk memacu dan memicu optimalisasi potensi
kebermanfa’atan kita.

Ketika kondisi (keadaan) menuntut kita untuk memandiri,
maka ‘ciptakanlah pohon pisang’
lain sehingga kita tetap
tak sendiri. Ya, untuk mencapai puncak produktivitas
kontribusi, kita perlu berjema’ah. Sehingga kontribusi
amal kita tak cepat mati.




Pohon pisang pun umumnya takkan mati sebelum ia berbuah.
Ia senantiasa meninggalkan tunas-tunas baru sebelum
akhirnya ia mati
. Sebelum ajal kita tiba, sebelum akhirnya
kita harus kita harus meninggalkan dunia ini, sudahkah
kita menyiapkan generasi berkualitas yang dapat meneruskan
keberlangsungan kontribusi kita yang lebih baik lingkungan?

Sudahkah kita tinggalkan kader-kader unggul yang siap
berjibaku untuk terus ber’amal dan memberikan kebermanfa’atan
bagi ‘alam? Jika belum, siapkanlah.

Hidup ini terlalu sempit kalau hanya memikirkan diri sendiri.
Hidup ini teramat singkat kalau tanpa kebermanfa’atan kita
bagi orang lain. Dan untuk itu, sebenarnya kita tak perlu
sebesar pohon durian ataupun setinggi pohon pinang untuk
memberikan manfa’at. Yang terpenting adalah kontribusi
nyata. Dan biarlah ALLAH Subahanahu wa Ta’ala yang
akan menilai dan memberikan balasan.

Sabda baginda nabi sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam
yang bermaksud:

Sebaik-baik kamu adalah yang paling bermanfa’at
bagi orang lain
.” (HR Bukhari)

WalLAHU’ALAM bishowab.

-- oleh Wahyu, Kajian Utama: Tarbawi. Dzulhijjah 1426--





MasyaALLAH, alhamdulilLAH…

Seterusnya, suka untuk saya turut titipkan sebingkis tazkirah
yang saya peroleh ketika menghadiri salah satu daripada
siri kuliyyah maghrib: Noktah Bidayah yang disampaikan
al fadhil ustaz Nor Azman di surau kolej ke-5, Univ. Malaya,
jiran IPBA selang seminggu yang lepas, di mana al fadhil ustaz
ada bawakan satu kalamul hikam, menurut ustaz ia kata-kata
al Imam Ghazali
, atau barangkali juga mana-mana ulama’
walLAHU’ALAM.




Sekabur-kabur tulisan lebih baik daripada sekuat-kuat ingatan




Demikianlah, sebenarnya ia diungkap pada penutup majlis,
ibarat satu teguran berhikmah ustaz terhadap para ikhwah
apabila mengenangkan setelah beberapa siri diperhatikan,
amat sukar kedapatan ikhwah yang mencatit sebarang nota
kuliyyah,
yang mana berbeda sekali dengan penataan pada
akhowat yang tekun dan setia bersama buku catitan dan mata
pena di sisi saban waktu. Apabila kita nilaikan kata-kata
hikmah tadi, sejujurnya, pengertiannya begini: jika ‘ilmu
yang kita peroleh bisa kita catatkan hatta sebaris dua,
insyaALLAH kelak andai kata kita telah tiada, maka
ditaqdirkan-NYA anak cucu kita menemukan nota tazkirah
kita, maka sudah tentu ia bisa sama-sama manfa’atinya
dan perlebarkan lagi jalinan ilmu itu
.



Barangkali ada yang yakin ia punya memori yang kuat, tapi
lupakah kita akan hakikat asal kalimah “insan” itu sendiri,
datangnya dari kalimah “nasiya” bukan? Ertinya lupa”,
bahkan dalam ayatul Quran, merujuk pada peristiwa di sa’at
nabi Adam ‘alaihi salam terpedaya dek pujukan iblis laknatulLAH,
hinggap dicecap buah dari pohon terlarang
, kalimah yang
digunakan ialah “fanasiyaa”, yang beerti maka ia pun lupa,
walLAHU’ALAM bishowab, mohon perbetuli saya andai
penjelasan yang saya sampaikan ini punya salah silap atau
lemah, asifi
. Jelasnya, indikator tadi menggamparkan yang
hakikinya sifat lupa itu ada pada manusia, sebab itulah
ALLAH Ta’ala menganjur bahkan menegaskan kita agar
terus-teruskan saling memberi peringatan sesama kita,
sila rujuki dan tadabburi firman-NYA dalam surah al ‘asr nanti.

Awas! Jangan mudah merasakan kita punya ingatan yang
kuat, barangkali ya insyaALLAH sa’at kuliyyah dan beberapa
jarak selepasnya ia masih bisa kuat melekat pada kotak
fikiran kita., namun sejauh mana guaranteenya bagi kita
bagi dua, tiga bulan apa lagi tahun dan puluhan tahun lagi?
WalLAHU Ta’ala ‘ALAM. Sekurang-kurangnya catitan
bisa menjadi bukti dan bahan perwarisan bagi manfa’at
generasi yang bakal kita lahirkan dan mujahid mujahidah
yang bakal meneruskan perjuangan fisabililLAH, insyaALLAH,
itu yang kita mahu, insyaALLAH saya yakini itu
.



Hatta mushaf al Quran yang ada di tangan kita pada hari ini,
bayangkan andai tiada sempat direkodkan, insyaALLAH
ada kesempatan nanti cuba-cubalah singkapi lembaran sirah
berkaitan tiga peringkat pengumpulan al Quran:
1. Zaman RasululLAH sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam,
2. Zaman Khalifah Abu Bakar al Siddiq r.a.
dan 3. Zaman Khalifah Uthman bin ‘Affan r.a.


Sebermula ia dari pengumpalan dalam dada berupa
penghafalan dan penghayatan
hinggalah ke pengumpulan
dalam bentuk tulisan pada bahan-bahan tertentu.


InsyaALLAH ayuh sama-sama ya, nanti di kala luwes kita
singkap sekali yang barangkali juga merupakan satu revisi
bagi yang telah ‘aalim dan ‘aarif akan peristiwa Perang
al Yamamah, yang menyebabkan ramai di kalangan para
sohabat penghafaz al Quran gugur syahid fisabililLAH pada
tahun ke-12 Hijrah,
seterusnya bagaimana pula dengan
peranan Zayd bin Thabit r.a. bahkan banyak lagi,
insyaALLAH moga ALLAH karuniakan kemudahan bagi
kita untuk itu, walLAHU Musta’an
.

MasyaALLAH, alhamdulilLAH,
Panjang benar pula jadinya bicara saya kali ini,
alhamdulilLAH ALLAH itu MAHA Mendengar keluhan
para du’ah-NYA. AlhamdulilLAH.




Ya ALLAH,
Sungguh saya telah menyampaikan petunjuk ini kepada
mereka. Dan, saya mohon ampun pada-MU atas kejahilan
saya dalam menyampaikannya. Masukkanlah saya,
orang tua saya, adik-adik saya, sohabat-sohabat, tetangga
serta kaum Muslimin seluruhnya ke dalam golongan
orang-orang yang mendapat petunjuk. Ampunilah
kami ya ALLAH. Kasihanilah kami di hari ketika sanak
saudara dan sohabat-sohabat dekat tidak bisa menolong
sedikit pun. Amiin Ya ROBBAL ‘Aalamiin
.

(* jazakumulLAH wa yarhamkumulLAH buat al fadhil
ustaz Mohd. Fauzil Adhim sefamili
, biarpun saya tiada
pernah mengenalinya serealitinya, namun pembacaan
saya pada penulisannya, masyaALLAH banyak sekali
manfa’at yang saya peroleh, alhamdulilLAH, do’a
yang baru saya titipkan tadi pun merupakan sebagiannya
).


Saamihni ‘ala kulli hal, do’akan UMMAH sama-sama ya!
InsyaALLAH, ALLAHUMMA a’iz ISLAM wa al
Muslimun fi kulli makan wa fi kulli zaman, amiin.

Wassalamu’alaykum warahmatulLAHI wabarokaatuh.


al mukhlisah
,
Bintu Yusof,
26 Rabiul Awwal 1428H
,
IPBA, Kuala Lumpur,
MALAYSIA.


Powered by ClockBot.com }