~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: April 2006

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Saturday, April 29, 2006

JANJI BERTEMU DI SYURGA

.
Sumber: Kisah-Kisah Nyata Tentang Nabi, Rasul,
Sahabat, Tabi'in, Orang-orang Dulu dan Sekarang


Oleh: Syaikh Ibrahim bin Abdullah Al-Hazimi
(Darul Haq)

Transliterasi bahasa, pengemasan isi dan
penulisan :
Bintu Yusof

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

BismilLAH, alhamdulilLAH wassolatu wassalamu
’ala RasulilLAH s.a.w.,
ana memohon perlindungan
dan petunjuk daripada ROBBI dari sebarang penyimpangan
dalam penulisan semula kisah ini
, moga dipercerahkan oleh
-NYA. Sebarang kekurangan dan kelemahan padanya
bersegeralah maklumi dan betuli ana, inni al faqiirah
ila ROBBI – Bint Yusof.




~* ~* ~* ~* JANJI BERTEMU DI SYURGA *~ *~ *~ *~





Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq
bin Ibrahim
dari Raja’ bin Amr An-Nakha’i,
beliau berkata:

“Pada suatu ketika di Kufah terdapat seorang pemuda
yang tampan, kuat beribadah dan sangat rajin
.
Pada suatu hari pemuda tadi berkunjung ke perkampungan
Bani Na-Nakha’
.

Di sana ia telah melihat seorang wanita yang cantik
daripada kalangan penduduk kampung tersebut sehinggalah
timbul rasa cinta padanya. Dan ternyata, si wanita
cantik itu pun mempunyai perasaan sedemikian

pada pemuda tadi.

Disebabkan pemuda tadi sudah jatuh cinta pada
wanita itu
, maka akhirnya ia mngambil keputusan
mengutus seseorang dari sebelah bapanya
untuk pergi melamar wanita tersebut bagi dirinya.
Tetapi, ayah kepada wanita tersebut memaklumkan
yang puterinya itu telah pun dijodohkan dengan
sepupunya.

Walaubagaimanapun, rasa kecintaan antara kedua
-duanya itu. tidak meluntur, sebaliknya semakin berkobar
-kobar pula.

Si wanita cantik itu – akhirnya - mengirimkan pesanannya
kepada si pemuda tersebut, yang berbunyi:




Aku telah mengetahui betapa besar cintamu kepadaku,
dan betapa besar pula aku diuji dengan kamu. Apabila
kamu bersetuju, aku akan mengunjungimu atau aku
akan mempermudah jalan bagimu untuk datang
menemuiku di rumahku
.”


Maka dijawab oleh si pemuda tadi melalui orang suruhan
-nya,



Aku tidak bersetuju dengan kedua-dua alternatif
(pilihan) tersebut
:

Sesungguhnya aku merasa takut apabila aku
berbuat maksiat pada ROBB-ku akan azab yang
akan menimpaku pada hari yang besar
.”
(*Yunus; 10:15)

Aku takut pada api yang tidak pernah mengecil
nyalanya dan tidak pernah padam kobarannya
.”


Ketika disampaikan pesanan pemuda tadi kepada si wanita
tersebut, ia berkata:



Walau demikian, rupa-rupanya dia masih takut
kepada ALLAH? Demi ALLAH, tidak ada seseorang
yang lebih berhak untuk bertaqwa kepada ALLAH
daripada orang lain. Semua hamba sama-sama
berhak untuk itu
.”


Sedari sa’at itu, si wanita tersebut mula meninggalkan
urusan-urusan duniawi dan menyingkirkan segala
perbuatan buruknya serta mulai ber’ibadah,
mendekatkan dirinya kepada ALLAH (taqarrub
ilALLAH).
Walau bagaimanapun, dalam pada itu, ia tetap
menyimpan perasaan cinta dan rindunya pada
sang pemuda
tersebut. Sementelahan itu, tubuhnya mulai
kurus (zahiriah) dan kurus menahan perasaan rindunya
(batiniah), sampai akhirnya dia meninggal dunia
kerana hal tersebut/keadaan yang sedemikian.



Si pemuda tadi seringkali menziarahi kuburan wanita itu,
dia menangis dan mendo’akannya. Suatu hari, pemuda
tersebut tertidur di atas kuburan wanita itu. Dia bermimpi
berjumpa dengan kekasihnya itu dengan penampilan
yang sangat baik.
Dalam mimpinya dia sempat bertanya:




Bagaimana keadaanmu? Dan apa yang kaudapatkan
setelah meninggal
?”


Si wanita itu menjawab:



Sebaik-baik cinta – wahai orang yang bertanya
– adalah cintamu. Sebuah cinta yang dapat mengiring
menuju kebaikan
.”


Pemuda itu bertanya:



Jika demikian, ke manakah kau menuju?”


Si wanita itu menjawab:



Aku sekarang sedang menuju kenikmatan
dan kehidupan yang tidak berpenghujung.
Di syurga kekekalan yang dapat kumiliki dan
tidak akan pernah rosak
.”


Pemuda itu berkata:



Aku harap kau selalu ingat akan diriku di sana,
kerana aku di sini juga tidak melupakanmu
.”


Si wanita itu menjawab:



Demi ALLAH, aku juga tidak akan melupakanmu.
Dan aku minta kepada TUHAN-ku dan TUHAN-mu
(ALLAH Subhanahu wa Ta’ala) agar kita nanti dapat
dikumpulkan bersama. Maka, bantulah aku dalam
hal ini dengan kesungguhanmu dalam ber’ibadah
.”


Si pemuda itu bertanya lagi:

Bilakah aku akan dapat melihatmu?”


Jawab si wanita itu:

Tidak lama lagi kau akan datang melihat kami.”



Tujuh hari kemudian (setelah mimpi itu berlalu), si pemuda
itu telah dipanggil oleh ALLAH S.W.T. menuju kehadirat
-NYA
; meninggal dunia.


~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


Inna lilLAHI wa inna ilaihi raji’uun (Daripada ALLAH
kita datang, dan kepada ALLAH jualah kita kembali
)


Bersama ini juga ana titipkan ayat penuh daripada Surah Yunus
tadi iaitu:





Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat
Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang
yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk
menerima balasan): Bawalah Quran yang lain
daripada ini atau tukarkanlah dia. Katakanlah
(wahai Muhammad): Aku tidak berhak menukar
-kannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya
tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku
sahaja. Sesungguhnya aku takut, jika aku men-
derhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang
besar (soal jawabnya)."


(Yunus; 10:15)


~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


Syukran lilLAHI TA’ALA,

BiiznilLAH,
teringat ana akan nukilan seorang saudara seISLAMI..pesannya buat saudara saudari
seperjuangan filLAH…






“Jangan kerana CINTA kita gugur. Jangan kerana CINTA,
prinsip akan menjadi larut cair. CINTA tak semestinya akan
berakhir dengan PERKAHWINAN dan PERKAHWINAN
juga tidak semestinya akan menoktahkan titik kepada percintaan.
Bahkan jika dizinkan oleh taqdir-NYA, CINTA itu akan terus
bersambung ke alam akhirat. Suami yang SHOLIH dan
isteri yang SHOLIHAH akan berCINTA lagi di SYURGAWI
ILAHI
– tempat pertama melahirkan CINTA. KeSETIAanlah
yang mengIKAT CINTA. KeCURANGan akan meRANAPkan
CINTA
. Sebuah PERKAHWINAN akan menjadi INDAH jika
CINTA terus diKEKALkan.”

Ikuti bicara selanjutnya di :

  • * Bintu Haji Yusof Webjournal


    ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


    Akhirul kalam..

    Bicara nan tulus kerana ALLAH S.W.T. yang dilantunkan
    ikhlas dari strata sukma Bintu Haji Yusof:





    “Sukar untuk diuntaikan mutiara kalam bagi memancarkan
    isi hati dan perasaan seorang insan. Sesungguhnya, CINTA
    SUCI
    dalam pandangan ISLAM ialah jika seseorang itu
    menyintai seseorang yang lain dengan niat yang
    baik iaitu ingin memilikinya demi menyempurnakan

    SUNNAH RASULULLAH s.a.w., tidak dipengaruhi nafsu
    berahi atau dorongan lain yang boleh membawa kekejian,
    CINTA yang lahir daripada perasaan hatinya sendiri.



    CINTA SUCI dapat memperkuatkan azam untuk mencapai
    cita-cita, bekerja dengan lebih rajin bahkan CINTA yang SUCI,
    tidak harus berputus asa dan merasa kecewa. Manusia hanya
    mampu merancang tetapi kesudahannya terletak pada tangan
    YANG MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG
    (ALLAH Subhanahu wa TA’ALA).




    Wahai saudara saudari seaqeedah yang ana hormati dan
    hargai kerana ALLAH TA’ALA, ingatlah yang bahawasanya
    IKATAN antara LELAKI dan WANITA adalah IKATAN
    IMAN dan KASIH SAYANG
    . Ikatan yang mendalam,
    rapat, semulajadi dan unik. Dan semua ini ialah keajaiban
    yang lahir dari menyebut nama ALLAH. WalLAHU
    TA’ALA ‘ALAM
    .”



    Saamih ni ‘ala kulli hal.

    BarakalLAHU lakunna!

    WabilLAHI tawfiq wal hidayah

    Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.


    al faqiirah ila ROBBI,
    Bintu Haji Yusof,
    1 Raby ul Akhir 1427H (Sabtu)
    TRC, Downtown, Auckland, NZ.




  • Tuesday, April 25, 2006

    BerbekalLAH Ke-TAQWA-an..

    .
    BismilLAH..




    Berbekallah ketaqwaan
    Kau tak tahu saat malam berlalu

    Adakah ia menyisakan umur bagimu
    Hingga fajar datang menjelang

    Berapa banyak orang yang sihat
    Meninggal tanpa ada penyakit

    Berapa banyak orang yang sakit
    Hidup lama sepanjang hayat

    Berapa banyak anak-anak belia
    Memotong perjalanan umurnya
    Jasad mereka terbujur lelap
    Di kuburnya yang hitam dan gelap

    Berapa banyak mempelai wanita
    Berhias untuk suami tercinta
    Ajal tidak lagi dapat ditunda
    Pada saat malam pertama

    Berapa banyak muda dan mudi
    Pagi berasmara petang bersenang hati
    Tiada pengetahuan yang terpaut
    Kain kafannya sedang dirajut(dijahit)


    *****



    * Nukilan oleh ‘limaunipis’ daripada bicaramuslim.com.
    merujuk pada buku “50 Wasiat Rasulullah saw
    untuk Wanita
    ” karya Majdi As Sayyid Ibrahim

    *****



    Abu Darda’ berkata:

    Seseorang ingin mendapatkan apa yang diharapkannya.
    Padahal ALLAH S.W.T. tidak mahu kecuali apa yang
    dikehendaki-NYA. Kadang-kadang seseorang berkata
    tentang maafaat dan harta bendanya, tetapi taqwa
    pada ALLAH S.W.T. lebih utama daripada apa yang
    seharusnya dia ambil menafaatnya
    .”


    *****


    Bintu Haji Yusof:

    BismilLAH, alhamdulilLAH..

    Ikhwah wa akhowatil fadhilah,

    MARILAH!

    kita meningkatkan keTAQWAan kita kepada
    ALLAH Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan
    dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-NYA
    dan meninggalkan segala larangan-NYA.


    Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan
    beriman serta selamat di dunia dan di akhirat

    Akhirul kalam..



    InsyaALLAH,

    bersama-samalah kita memohon kepada
    ALLAH Ta’ala
    agar DIA menjadikan kita termasuk
    dalam golongan yang berpegang kepada kitab ALLAH
    dan Sunnah Rasul-NYA
    baik secara dzaahir mahupun
    batin dan mewafat/matikan kita dalam keadaan yang
    demikian ini
    (dalam keadaan masih berpegang teguh pada
    al HAQ) dan melindungi kita di dunia, bahkan lebih-lebih
    lagi di akhirat
    .

    Dan (melindungi) hati kita dari ketergelinciran sesudah
    DIA memberi petunjuk kepada kita dan memberikan
    kepada kita rahmat-NYA, sesungguhnya
    DIA MAHA PEMBERI.


    Amiin, amiin ya ROBBUL ‘Aalamiin.




    Saamih ni ‘ala kulli hal.

    BarakalLAHUlakunna!

    WabilLAHI tawfiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.





    al faqiirah ila ROBBI,
    Bintu Haji Yusof,
    27 Raby al Awwal 1427H (Sls)
    TRC, Downtown, Auckland, NZ.






    p/s: Asalamu’alaikum wbt, kepada saudara/ri seaqeedah
    yang masih lg kesamaran atau tiada jelas akan makna ‘Taqwa’, insyaALLAH, bolehlah merujuk di ruangan:

  • * Bintu Haji Yusof Forum yang disertakan oleh saudari
    Amani, jazakilLAHU khairan katiron ya ukhti
    al habibah, barakilLAH! Amiin.


    Latest in
  • * Bintu Haji Yusof English Site

    ~*Complaining only to ALLAH*~

    Dan beberapa lagi updates di lain-lain link Bint Haji Yusof
    mlalui capaian-capaian links yang tersedia di bahagian atas
    side-bar kanan. Moga ada khairnya, insyaALLAH.
    WalLAHU'ALam
    .

  • Barometer KeIMANan

    .




    BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu
    wassalamu’ala RasulilLAH s.a.w.


    Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh

    Khas buat manfa’at bersama saudara saudari seaqeedah yang
    ana hargai dan hormati, ikhlas kerana ALLAH Ta’ala.

    Dido’akan kehadrat ROBBI, moga-moga kita semua
    senantiasa berada dalam ‘afiyah IMAN dan ke’asyikan
    ber’amal liridholLAH, insyaALLAH, amiin.

    Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,





    Selaku Muslim dan Muslimat ILAHI, adalah sewajarnya
    bagi kita membumbui nawaitu nan ikhlas dalam diri:
    mempergiatkan agenda kegiatan dalam penghidupan
    berhiaskan ‘amalan-amalan yang sholih
    sebagai peringatan
    dan renungan
    dalam segenap perkara sama ada yang sedang atau
    belum kita lakukan.


    InsyaALLAH, dengan demikian itu, hati kita akan selalu ‘hidup
    dalam mengingati ALLAH, sehingga andai kata hati ini lalai maka
    kita akan segera menyedarinya (hakikinya, selaku makhluk kita
    tiadalah bersifat dengan segala kesempurnaan, ada masanya
    kita tidur, lupa dan terleka
    ).

    Sesungguhnya apabila ‘hati’ sakit maka akan beratlah anggota
    tubuh yang lain untuk melaksanakan keta’atan.

    Dari Abu Hurairah An Nu’man bin Bayir r.a. katanya,
    aku mendengar RasululLAH s.a.w. bersabda:

    “..........Ketahuilah!Bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya dan
    apabila rosak,rosaklah sekaliannya.Ketahuilah! Itu
    yang dikatakan hati
    .”

    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


    Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,




    Penulisan berikut ini dipetik daripada milis As Sunnah karya
    Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah;
    yang mana beliau telah mengambil rujukan daripada:

    # Zaad Al Muslim Al Yaumi (Bekalan Muslim Sehari-hari)
    dari hal 51-55, bab Hayatu Yaumi Islami yang diambil daripada
    kitab Al Wabil Ash Shoyyib oleh Imam Ibnu Qayyim
    Al Jauziyyah rahimahulLAH.


    Dan diterjemahkan oleh saudara seISLAM kita iaitu, Akh Fariq
    Gasim Anuz
    .

    Semoga pembacaan-pembacaan berikutnya ini sesuai
    dimanfa’ati bersama sebagai barometer keIMAN kita,
    walLAHU’ALAM.


    BismilLAH...


    Kehidupan Sehari-hari Yang Islami :


    1. Apakah Anda selalu solat Subuh berjema'ah di masjid
    setiap hari ?



    2. Apakah Anda selalu menjaga solat 5 waktu di masjid ?


    3. Apakah Anda hari ini membaca Al-Qur'an ?


    4. Apakah Anda rutin membaca Dzikir setelah selesai
    melaksanakan solat wajib






    5. Apakah Anda selalu menjaga solat sunnah Rawatib
    sebelum dan sesudah solat wajib ?



    6. Apakah Anda (hari ini) Khusyu dalam solat,
    menghayati apa yang Anda baca ?


    7. Apakah Anda (hari ini) mengingat Mati dan Kubur ?


    8. Apakah Anda (hari ini) mengingat hari Kiamat, segala
    peristiwa dan kedahsyatannya
    ?





    9. Apakah Anda telah memohon kepada ALLAH Subhanahu
    wa Ta'ala
    sebanyak tiga kali, agar memasukkan Anda
    ke dalam Syurga ?


    Maka sesungguhnya barang siapa yang memohon demikian,
    Syurga berkata :

    "Wahai ALLAH Subhanahu wa Ta'ala masukkanlah
    ia ke dalam Syurga
    ".


    10. Apakah Anda telah meminta perlindungan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali ?

    Maka sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian,
    neraka berkata :

    "Wahai ALLAH peliharalah dia dari api neraka".

    (Berdasarkan hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi
    wa sallam
    yang ertinya :

    "Barangsiapa yang memohon Syurga kepada ALLAH
    sebanyak tiga kali
    , Syurga berkata :

    "Wahai Allah masukkanlah ia ke dalam Syurga. Dan
    barangsiapa yang meminta perlindungan kepada
    ALLAH agar diselamatkan dari api neraka sebanyak
    tiga kali, neraka berkata
    :


    "Wahai Allah selamatkanlah ia dari neraka".


    (Hadits Riwayat Tirmidzi dan di shahihkan oleh Syaikh
    Al-Albani dalam Shahih Al-Jami No. 911. Jilid 6).


    11. Apakah Anda (hari ini) membaca hadith Rasulullah
    Shallallahu 'alaihi wa sallam
    ?


    12. Apakah Anda pernah berfikir untuk menjauhi teman
    -teman yang tidak baik
    ?





    13. Apakah Anda telah berusaha untuk menghindari banyak
    tertawa dan bergurau
    ?


    14. Apakah Anda (hari ini) menangis kerana takut kepada
    ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
    ?


    15. Apakah Anda selalu membaca Dzikir pagi dan petang
    setiap hari
    ?


    16. Apakah Anda (hari ini) telah memohon ampunan kepada
    ALLAH Subhanahu wa ta'ala atas dosa-dosa
    (yang engkau
    perbuat) ?





    17. Apakah Anda telah memohon kepada ALLAH Subhanahu
    wa Ta'ala dengan benar untuk mati Syahid
    ?

    Kerena sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
    sallam
    telah bersabda yang artinya :

    "Barangsiapa yang memohon kepada ALLAH Subhanahu
    wa Ta'ala dengan benar untuk mati syahid, maka ALLAH Subhanahu wa Ta'ala akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidur
    ".

    (Hadits Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam
    shahihnya, Al-Hakim dan ia menshahihkannya).


    18. Apakah Anda telah berdo'a kepada ALLAH Subhanahu
    wa Ta'ala
    agar ALLAH menetapkan hati Anda atas
    agama-NYA
    ?


    19. Apakah Anda telah mengambil kesempatan untuk
    berdo'a kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala di
    waktu-waktu yang mustajab
    ?





    20. Apakah Anda telah membeli buku-buku agama
    Islam untuk memahami agama
    ?

    (Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman
    yang difahami oleh para shahabat Nabi Shallallahu 'alaihi
    wa sallam
    , kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar
    di pasaran yang bisa merosak pemahaman Islam yang benar, walLAHU’Alam).


    21. Apakah Anda telah memintakan ampunan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala untuk saudara-saudara Mukminin
    dan Mukminah
    ? Kerana setiap kali mendo'akan mereka Anda
    akan mendapat kebajikan
    pula.


    22. Apakah Anda telah memuji ALLAH Subhanahu wa
    Ta'ala
    (dan bersyukur kepada-NYA) atas nikmat ISLAM ?


    23. Apakah Anda telah memuji ALLAH Subhanahu wa
    Ta'ala atas
    nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat
    lainnya
    ?


    24. Apakah Anda hari-hari ini telah bersedekah kepada fakir
    miskin dan orang-orang yang memerlukannya
    ?





    25. Apakah Anda dapat menahan marah yang disebabkan
    urusan pribadi
    , dan berusaha untuk marah kerana ALLAH Subhanahu wa Ta'ala saja ?


    26. Apakah Anda telah menjauhi sikap sombong dan membanggakan diri sendiri ?


    27. Apakah Anda telah mengunjungi saudara seagama,
    ikhlas kerana ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
    ?


    28. Apakah Anda telah menda'wahi keluarga, saudara
    -saudara, tetangga, dan siapa saja yang ada hubungan
    nya dengan diri Anda
    ?





    29. Apakah Anda termasuk orang yang berbakti kepada
    orang tua
    ?


    30. Apakah Anda mengucapkan "Innaa Lillahi wa innaa
    ilaihi raji'uun
    " jika mendapatkan musibah ?


    31. Apakah Anda hari ini mengucapkan do'a ini :

    "Allahumma inii a'uudubika an usyrika bika wa anaa
    a'lamu wastagfiruka limaa la'alamu


    'Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung kepada-MU
    dari menyekutukan ENGKAU sedangkan aku mengetahui,
    dan aku memohon ampun kepada-MU terhadap apa
    -apa yang tidak aku ketahui
    .'

    Barangsiapa yang mengucapkan yang demikian, ALLAH Subhanahu wa Ta'ala akan menghilangkan darinya syirik
    besar dan syirik kecil
    .

    (Lihat Shahih Al-Jami' No. 3625).


    32. Apakah Anda berbuat baik kepada tetangga ?





    33. Apakah Anda telah membersihkan hati dari sombong,
    riya, hasad, dan dengki
    ?


    34. Apakah Anda telah membersihkan lisan dari dusta,
    mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan
    berbuat serta berkata-kata yang tidak ada manfaatnya
    ?


    35. Apakah Anda takut kepada ALLAH Subhanahu wa
    Ta'ala dalam hal penghasilan, makanan dan minuman,
    serta pakaian
    ?


    36. Apakah Anda selalu bertaubat kepada ALLAH Subhanahu
    wa Ta'ala dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala
    waktu atas segala dosa dan kesalahan
    ?



    ***********************************


    AlhamdulilLAH,

    Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat ana kongsikan bersama
    saudara saudari seaqeedah yang ana hargai dan hormati, ikhlas
    kerana ALLAH TA’ALA
    .

    Saudara saudariku,
    Bukan sahaja buat kalian bahkan buat ana sendiri

    Jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan
    perbuatan, agar kita menjadi orang yang beruntung
    di dunia dan akhirat, insya ALLAH
    ”.

    Bersama-samalah kita menatapinya dengan nikmat mata
    karuniaan ILA
    HI, seterusnya cuba hayati dan fahamilah
    akan ia, biar sampai menyusupi sam’i wa badani, biar menggetarkan strata sukma, biar nafsu bisa mengerti,
    biar kita koreksi dan insafi diri,

    Aku adalah Perantau ke Akhirah, Musafir Perjuangan !
    ALLAHU AKHBAR 3X!!!”






    Baiklah, seterusnya,

    Ana titipkan bersama sebuah sajak karangan seorang
    mujadid ROBBI, akhi Muhtar ibn Suhaili,
    moga ada khairnya, insyaALLAH.

    BismilLAH,

    TAUJIHAT JIHAD: Inzar

    Mataku..
    Melihatlah dengan
    pandangan hati

    Telingaku..
    Mendengarkanlah dengan
    suara hati

    Lidahku..
    Berkatalah dengan
    bicara hati

    Jawarihku..
    Bertindaklah dengan
    sentuhan hati.


    Hatiku..
    Nasihatilah mataku agar melihat dengan
    pandangan haqiqi
    Nasihatilah telingaku untuk mendengar dengan
    suara nurani
    Nasihatilah lidahku supaya berkata dengan
    bicara sufi
    Dan nasihatilah jawarihku biar bertindak dengan
    sentuhan ma’nawi


    Ya ALLAH..
    Pejam-pejamkanlah mataku agar lena
    dalam jaga-MU

    Degup-degupkanlah jantungku agar suaraku
    dalam pangkuan-MU

    Tartil-tartilkan zikirku agar bicaraku
    dalam as-Samad-MU

    Gegar-gegarkanlah ikhtiarku agar jawarihku
    dalam Qadar-MU

    Serta hangus-hanguskan hatiku agar hangit
    dalam hangat cinta-MU



    Muhtar Suhaili
    UIAM, 1 Mac 2005.


    ********************************

    Syukran lilLAHI TA’ALA,

    Semoga ALLAH Subahanahu wa Ta’ala membalas usaha
    murni saudara -saudari seaqeedah kita ini, bahkan
    mana-mana Muslimin Muslimat dengan ganjaran
    pahala yang setimpal dengan ketulusan budi
    mereka dalam menyebarkan risalah islamiah untuk
    manfa’at Ummah, insyaALLAH
    .

    Moga mati kita semua husnul khatimah, dapat
    bertemu TUHAN di singgahsana Jannah, amiin.



    Saudara saudari seISLAM yang ana hargai kerana ALLAH S.W.T.,





    Ilmu merupakan harta abstrak titipan ALLAH Subhanahu
    wata'ala
    kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi
    -bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan
    . Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, kerana jika ALLAH
    Subhanahu wa Ta'ala
    berkehendak ilmu itu akan sirna dalam
    sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah
    orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas
    yang engkau mampu.



    WalLAHU TA’ALA ‘ALAM.


    Saamihni ‘ala kulli hal.

    BarakalLAHUlakunna!

    ALLAHUMMA A’IZ ISLAM wa AL MUSLIMIN!


    Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.



    al faqiirah ila ROBBI,
    Bintu Haji Yusof,
    26 Raby al Awwal 1427H (Isn)
    TRC, Downtown, Auckland, NZ.


    p/s: kepada adik-adik dan mana-mana saudari-saudari
    seaqeedah yang telah mengunjungkan mel-mel ke kantung
    milis ana, maaf atas sebab ketidakluwesan pbilangan masa
    pada diri, ana tiada dapat mnyempurnagerakan pembalasan
    kepada kalian. ‘Ala kulli hal, usah khuatir akan ana usaha
    balaskan ia berdikit-dikit, insyaALLAH akan tibalah
    pucuk-pucuk warkah eletronik ana pada kalian nanti
    sedikit masa lagi, walLAHU TA’ALA ‘Alam.
    Saamih
    ni.


    Friday, April 14, 2006

    AL-‘ISYQU (PENYAKIT MABUK CINTA)

    .
    Sumber PRIMER: Majalah As-Sunnah Edisi 08/Tahun
    VI/1423H/2002M


    Sumber SEKUNDER: (dari tulisan Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah
    dalam kitab beliau Zadul Ma'ad Fi Hadyi Khairi Ibad
    )

    Pengeditan, Intepretasi bahasa dan Olahan
    isi kandungan :
    Bintu Haji Yusof



    BismilLAH Ar Rahman Ar Rahim

    Ana memohon perlindungan juga pencerahan daripada
    ALLAH S.W.T. daripada sebarang penyimpangan dalam penulisan semula karya ini dari aspek pengalih bahasa
    (translaterasi bahasa), penyusunan kata-kata dan pengolahan
    isi bagi mana-mana butiran yang kesamaran bagi memudahkan pemahaman dan penghayatan dalam pembacaan
    .

    WalLAHU Musta’an.


    AL-'ISYQU




    Penyakit mabuk cinta (al isyq) akan menimpa orang-orang
    yang:


    1. Hatinya kosong dari rasa mahabbah (cinta) kepada ALLAH,

    2. Selalu berpaling dari ALLAH

    3. Jiwanya dipenuhi rasa keasyikan cinta kepada selain ALLAH



    Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH S.W.T.


    Sedarilah, apabila hati kita dibajai sepenuh rasa kecintaan
    kepada ALLAH S.W.T.
    dan disirami kerinduan yang tiada terhingga untuk bertemu dengan –NYA, insyaALLAH,
    Ia dapat menjadi perisai kebal atau antibodi paling berkesan
    terhadap serangan virus ini, sebagaimana yang telah
    terjadi kepada nabi Yusuf ‘alaihissalam,


    Firman ALLAH S.W.T.



    Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan
    sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah dia
    tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya
    perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak
    baik dan perbuatan-perbuatan yang keji kerana
    sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang
    dibersihkan dari segala dosa


    [YUSUF; 12:24]


    Berdasarkan ayat di atas, dapatlah difahami bahawa
    imunisasi yang paling berkesan bagi menolak virus
    ini adalah nilaian KESEDARAN dan KEIKHLASAN pada
    TUHAN
    yang ada padanya. Nilaian tersebutlah yang akan
    memalingkan insan daripada sebarang sarana yang boleh
    menjerumuskannya ke dalam lubuk kemaksiatan.


    Berkata ulama salaf,

    Penyakit cinta ialah getaran hati yang kosong
    daripada segala sesuatu selain apa yang dicintai
    dan dipujanya
    .”


    ALLAH S.W.T. berfirman mengenai ibu Nabi Musa
    ‘alaihissalam
    ,




    Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa
    kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan
    perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika
    tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan
    sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia
    dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah
    ).”


    [Al Qasas; 28:10]


    Yakni, kosonglah hati ibu nabi Musa a.s. daripada
    segala sesuatu melainkan nabi Musa a.s.; kerana ia
    sangat cinta kepada nabi Musa a.s. dan
    rasa bergantung hatinya kepada anaknya itu.


    Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH S.W.T.


    Bagaimanakah virus ini boleh berjangkit?



    Penyakit al isyq dikatakan terjadi kerana dua sebab;

    1. Menganggap apa yang dicintainya itu indah

    2. Perasaan ingin memiliki apa yang dicintainya


    Menurut penulis iaitu Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah dalam kitab
    beliau Zadul Ma'ad Fi Hadyi Khairi Ibad, yang ana petik
    daripada Majalah As-Sunnah Edisi 08/Tahun VI/1423 H/
    2002 M
    :

    Jika salah satu daripada dua faktor ini tidak ada,
    nescaya, insyaALLAH virus ini tidak akan berjangkit
    . “


    Sememangnya tiadalah dapat dinafikan bahawasanya penyakit
    kronis ini telah membingungkan dan mendatangi ramai
    orang
    ; bahkan banyak juga pakar-pakar yang mencuba
    dan berupaya memberikan terapinya
    , namun menurut penulis,
    solusi (jalan penyelesaian) yang diberikan itu masih belum
    mengena
    atau bisa juga ditakrifkan kadaran keefektifannya
    masih lagi tiada sempurna.


    Makhluq Diciptakan Saling Mencari yang Sesuai
    Dengannya






    Berkata Ibnu Al Qayyim, ketetapan ALLAH dengan hikmah-NYA menciptakan makhluq-NYA dalam kondisi (keadaan) saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah, mereka akan
    saling tertarik dengan yang punya keserasian padanya
    , dan sebaliknya akan menjauh dari yang berbeza atau kurang keserasian dengannya.


    Rahsia terdapatnya pencampuran dan kesesuaian di
    alam ruh
    , menyebabkan wujud keserasian serta kesamaan
    sesama makhluq
    , begitulah sebaliknya andai ada perbedaan
    di alam ruh maka tidak wujudlah keserasian dan kesesuaian
    antara mereka


    Firman ALLAH S.W.T.



    Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua
    dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan
    daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri),
    untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu
    diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri
    isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan
    yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu
    (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat
    (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu
    kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya
    jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami
    nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang
    yang bersyukur
    .”

    [Al A’raf, 7:189]


    Dalam ayat ini dapatlah difahami yang hakikinya perasaan
    tenteram dan senang seorang lelaki akan pasangannya
    yang dibenihkan-NYA dalam jiwa insani adalah penyebab timbulnya cinta
    . Dan bukan dinampakkan yang pendorong cinta
    itu bergantung pada kecantikan paras rupa.


    Sabda nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadith:


    Roh-roh itu ibarat tentera yang saling.berpasangan,
    yang saling mengenal sebelumnya akan bersatu dan
    yang saling mengingkari akan berselisih


    (HR. Bukhari dan Muslim)



    Dalam majalah As Sunnah Edisi 08/Tahun VI/1423 H/
    2002 M
    dinyatakan:


    “…Dalam Musnad Imam Ahmad diceritakan, bahwa asbabul wurud hadits ini yaitu ketika seorang wanita penduduk
    Makkah yang selalu membuat orang tertawa hijrah ke
    Madinah, ternyata dia tinggal dan bergaul dengan wanita
    yang sifatnya sama sepertinya. Yaitu senang membuat
    orang tertawa. Karena itulah Nabi mengucapkan hadits ini
    ….”



    Oleh sebab itulah syariat ALLAH S.W.T. menghukumi sesuatu
    itu sesuai dengan jenisnya.
    Adalah mustahil syariat menghukumi
    dua hal yang berbeza perlakuan atau dengan kata lain mengumpulkan
    dua hal yang kontradiktif. Sebaliknya ia diletakkan dalam kesamaan, sesungguhnya ALLAH S.W.T. adalah sebijak-bijak PENGADIL
    dan ADIL PENDADILANNYA.



    Penerapan kaedah ini bukan sahaja bagi pelestarian
    bagi urusan duniawi bahkan jua di akhirat:



    ALLAH S.W.T. berfirman:




    “ (Allah berfirman kepada malaikat): Himpunkanlah orang
    -orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan
    seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah
    .”

    [As Saaffat; 37:22]


    Saidina Umar Ibnu Khattab dan setelahnya Imam Ahmad
    pernah berkata mengenai tafsiran kalimah “azwajahum” dalam
    ayat tadi yang beerti sesuai atau punya kesaman dengannya.


    ALLAH S.W.T. juga berfirman:



    Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya.”

    [At Takwiir; 81:7]


    Apa yang cuba disampaikan di sini ialah, setiap insan itu
    akan diiring bersama dengan orang-orang yang sama perilakunya
    . ALLAH S.W.T. akan mengiringkan orang
    -orang yang saling mencintai kerana ALLAH ke dalam
    syurga
    , manakala orang-orang yang saling berkasih-kasihan
    atas jalan syaitan atau kepuasan nafsu semata akan diiring
    mereka tadi ke dalam neraka jahim
    .


    Mau tidak mau, maka setiap orang akan digiring
    dengan siapa yang dicintainya
    . “

    [majalah As Sunnah Edisi 08/Tahun VI/1423 H/2002 M]


    Dalam Mustadrak Al Isyq Hakim disebutkan, bahawa
    Nabi shalallahu alaihi wa salam bersabda,

    "Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum,
    kecuali akan diiring bersama mereka kelak
    ."

    (HR Ahmad)


    Manakala dalam

    Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

    Abu Al-Qasim s.a.w pernah bersabda:

    Sesungguhnya kumpulan pertama yang akan
    memasuki Syurga adalah umpama bulan purnama
    dan kumpulan berikutnya bagaikan cahaya bintang
    yang bergemerlapan di langit. Masing-masing
    mempunyai dua orang pasangan yang tulang
    sumsum betisnya jelas kelihatan. Di dalam
    Syurga tiada seorang pun yang bersendirian
    tanpa pasangan
    .”


    Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim
    [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5062



    Cinta Dan Jenis-Jenisnya





    Cinta itu ada pelbagai jenis dan tingkatannya.

    Cinta yang tertinggi dan paling mulia ialah
    mahabbatu fillah wa lillah (cinta kerana ALLAH dan
    di dalam agama ALLAH
    ). Iaitu cinta yang mengharuskan
    mencintai apa-apa yang dicintai ALLAH, dilakukan
    berlandaskan cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA.



    Cinta berikutnya adalah cinta yang kerana adanya
    kesamaan
    dalam cara hidup, agama, madzhab, ideologi,
    hubungan kekeluargaan, profesion dan kesamaan dalam
    hal-hal lainnya
    .


    Antara jenis-jenis cinta yang lain ialah:


    1. Cinta yang motifnya kerana ingin mendapatkan
    sesuatu daripada yang dicintainya
    , baik kerana kedudukan,
    harta, pengajaran dan bimbingan, ataupun tuntutan biologi.

    * Cinta yang didasari hal-hal seperti tadi - iaitu al mahabbah
    al 'ardiyah
    - akan hilang bersama hilangnya apa yang ingin
    didapatkan dari orang yang dicintainya.


    * Yakinlah, bahwa orang yang mencintaimu kerana sesuatu,
    akan meninggalkanmu ketika ia telah mendapatkan apa
    yang diingininya daripadamu.



    2. Cinta karena adanya kesamaan dan kesesuaian
    antara yang menyinta dan yang dicinta.


    * Mahabbah al isyq termasuk cinta jenis ini. Tidak akan sirna melainkan jika ada sesuatu yang menghilangkannya.
    Cinta jenis ini, iaitu berpadunya ruh dan jiwa. Oleh kerana
    itu tidak terdapat pengaruh yang begitu besar baik berupa rasa
    was-was, hati yang gundah gulana mahupun kehancuran kecuali
    pada cinta jenis ini.


    Saudara saudariku,





    Timbul pertanyaan, bahawa cinta ini adalah dengan
    bertemunya ikatan batin dan ruh


    Timbul pertanyaan, bahwa cinta ini merupakan
    bertemunya ikatan batin dan ruh, tetapi mengapa
    ada cinta yang bertepuk sebelah tangan?


    Bahkan kebanyakan cinta seperti ini hanya
    sepihak dari orang yang sedang keasmaraan sahaja?


    Jika cinta ini perpaduan antara jiwa dan ruh,
    maka tentulah cinta itu akan terjadi antara kedua
    belah pihak dan bukan satu pihak sahaja?



    Jawabnya ialah,

    bahawa tidak terpenuhinya hasrat disebabkan
    kurangnya syarat tertentu
    . Atau adanya penghalang
    sehingga tidak terealisasikan cinta antara keduanya.


    Hal ini disebabkan tiga faktor:





    Pertama, bahawa cinta tersebut hanya sebatas cinta iaitu
    terhasil kerana adanya kepentingan. Oleh kerana itu tidak
    mesti kedua-duanya saling mencintai.





    Kedua, adanya penghalang sehingga seseorang tidak
    dapat mencintai orang yang dicintainya, baik kerana adanya
    cela dalam akhlak, bentuk rupa, sikap dan faktor lainnya
    .





    Ketiga, adanya penghalang dari pihak orang yang dicintai.


    *Jika penghalang ini dapat disingkirkan, maka akan
    terjalinlah bebenang cinta antara kedua-duanya
    .
    Sekiranya bukan kerana kesombongan, hasad, cinta kekuasaan
    dan permusuhan dari orang-orang kafir, nescaya para rasul
    -rasul akan menjadi orang yang paling mereka cintai,
    bahkan lebih dari cinta mereka kepada diri, keluarga dan harta.




    Terapi Penyakit Al-Isyq





    Sebagai salah satu jenis penyakit, tentulah al-isyq dapat disembuhkan dengan terapi-terapi tertentu, insyaALLAH.

    Antara terapi-terapi tersebut adalah sebagaimana berikut:


    Sekiranya terdapat peluang bagi orang yang sedang
    keasmaraan tersebut untuk meraih cinta orang
    yang dikasihinya dengan ketentuan syariat dan
    suratan taqdirnya
    , maka inilah terapi yang paling utama.


    Sebagaimana terdapat dalam shahihain dari riwayat Ibnu
    Mas'ud radhiallahu anhu
    :

    “Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a.
    Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri
    Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a
    bertanya:

    Wahai Abu Abdul Rahman:

    Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan
    muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat
    mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah
    .”

    Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab:

    Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang
    pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami
    :

    Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang
    telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan
    menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal
    iaitu benteng nafsu
    .”


    Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim
    [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2485


    Saudara saudari seaqeedah yang dirahmati ALLAH,


    Hadith tersebut telah melampirkan dua solusi (penyelesaian),
    utama dan pengganti. Solusi UTAMA ialah MENIKAH.
    Jika solusi ini dapat dilaksanakan, maka tidak boleh
    mencari solusi lain.

    Ibnu Majah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa
    Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda,

    " Aku tidak pernah melihat ada dua orang yang
    saling mengasihi selain melalui jalur pernikahan
    ."


    Inilah tujuan dan anjuran ALLAH S.W.T. untuk
    menikahi wanita
    , baik yang merdeka ataupun
    budak (hamba)


    dalam firman-NYA



    ALLAH (sentiasa) hendak meringankan (beban
    hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu
    dijadikan berkeadaan lemah


    [An Nisa’; 4:28]


    ALLAH S.W.T. menyebutkan dalam ayat ini keringanan
    yang diberikan terhadap hamba-Nya
    . Dan sesungguhnya
    ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui akan kelemahan
    manusia dalam menahan syahwatnya
    , sehingga
    memperbolehkan para wanita yang baik-baik dua, tiga,
    ataupun empat (poligami/bermadu).


    Sebagaimana ALLAH memperbolehkan mendatangi budak
    -budak (hamba) wanita mereka. Sehingga ALLAH membuka
    bagi mereka pintu untuk menikahi budak-budak (hamba)
    wanita jika mereka membutuhkannya sebagai peredam
    syahwat
    . Demikianlah keringanan dan rahmat-NYA
    terhadap makhluk yang lemah ini.






    “…Jika terapi pertama tidak dapat dilakukan akibat
    tertutupnya peluang menuju orang yang dikasihinya
    karena ketentuan syar'i dan takdir, maka penyakit ini
    bisa semakin ganas. Adapun terapinya harus dengan
    meyakinkan pada dirinya, bahwa apa-apa yang
    diimpikannya mustahil terjadi. Lebih baik baginya
    untuk segera melupakannya. Jiwa yang telah
    memutus harapan untuk mendapatkan sesuatu,
    niscaya akan tenang dan tidak lagi mengingatnya.
    Jika ternyata belum terlupakan, dapat mempengaruhi
    keadaan jiwanya hingga semakin menyimpang jauh
    …”

    [majalah As Sunnah Edisi 08/Tahun VI/1423 H/2002 M]


    Saudara saudariku,

    Dalam keadaan sedemikian itu, wajib baginya untuk
    mencari terapi yang lain
    . Iaitu dengan mengaruh
    ‘aqalnya berfikir
    , bahawa menggantungkan hatinya
    kepada sesuatu yang mustahil dijangkaunya
    itu adalah ibarat perbuatan sia-sia sahaja dengan
    perkataan yang lebih kasar ialah “kerja gila”,
    umpama sang pungguk rindukan bulan. Masakan
    mungkin ia menjadi kenyataan, walLAHU’Alam.


    Apabila kemungkinan untuk mendapatkan apa yang
    dicintainya terhalang kerana larangan syariat,
    maka terapinya ialah dengan menganggap bahawa
    yang dicintainya itu bukan ditaqdirkan menjadi
    miliknya.



    Jalan keselamatan atau penyelesaiannya ialah
    dengan menjauhkan dirinya daripada orang yang
    dicintainya
    . Dia harus merasa bahawa pintu ke arah
    yang diingininya itu telah tertutup
    dan adalah mustahil
    tercapai
    .


    Jika ternyata jiwanya selalu menyuruhnya
    kepada kemungkaran dan masih tetap menuntut
    ke arah itu
    , maka hendaklah ia mahu tidak mahu
    meninggalkannya kerana dua hal:


    PERTAMA:

    Takut akan ALLAH S.W.T.





    Iaitu dengan menanamkan perasaan dan kesedaran
    bahawa ada yang lebih layak dicintai, lebih bermanfa’at,
    lebih baik dan lebih kekal
    .

    Seseorang yang ber’aqal sepatutnya bijak mempertimbangkan
    antara mencintai sesuatu yang cepat sirnanya
    dengan
    sesuatu yang lebih TINGGI DERAJATNYA.

    Janganlah sampai menggadaikan KENIKMATAN ABADI
    yang tidak pernah terlintas atau tergambar dalam fikiranmu dengan kenikmatan sesaat yang segera berbalik menjadi
    sumber penyakit.
    Ibarat orang yang sedang bermimpi indah atau berangan-angan kemudian apabila tersedar nyatanya ia hanyalah
    sebuah mimpi dan khayalan semata, akhirnya sirnalah segala
    keindahan semu. Yang tinggal hanyalah keletihan nafsu dan
    kebinasaan menunggu
    .


    KEDUA:





    Yakinilah bahawa risiko yang sangat menyakitkan akan ditemuinya jika gagal melupakan orang yang dikasihinya itu.
    Dia akan mengalami dua hal yang menyakitkan sekaligus:


    1. Gagal mendapatkan kekasih yang diiginkannya

    2. Bencana yang menyakitkan dan siksa batin dan jiwa
    yang pasti akan menimpanya
    .


    Apabila seseorang itu sedar dan yakin akan akibat-akibat yang memudharatkan tadi, nescaya, insyaALLAH akan menjadi
    mudahlah baginya meninggalkan perasaan ingin
    memiliki insan yang dicinta itu
    . Dia akan berfikir,
    bahawa sikap sabar menahan diri itu lebih baik.


    ‘Aqal, agama, harga diri dan kemanusiaannya akan memerintahkannya untuk bersabar, demi mendapatkan KEBAHAGIAAN ABADI. Sementara kebodohan, hawa nafsu, kezalimannya akan memerintahkan ia untuk mengalah lantas hanyut
    lagi, naudzubilLAH.


    ~* Sesungguhnya, orang yang terhindar ialah orang
    -orang yang dipelihara oleh ALLAH S.W.T.
    *~





    Jika hawa nafsunya masih tetap bebal juga degil dan
    tidak mahu menerima terapi tadi
    , maka hendaklah ia berfikir mengenai dampak negatif dan kerosakan yang akan ditimbulkannya segera, dan kemashalatan yang akan
    gagal diraihnya
    . Sesungguhnya, ingatlah bahawa mengikut
    hawa nafsu dapat menimbulkan kerosakan dunia dan
    menepis kebaikan yang bakal diterimanya
    . Lebih parah lagi,
    dengan memperturutkan hawa nafsu ini akan menghalanginya
    untuk mendapat PETUNJUK ILAHI
    yang merupakan kunci
    keberhasilan dan kemashalatannya dalam penghidupan.





    Jika terapi ini tidak mampan juga untuknya, hendaklah
    dia selalu mengingati sisi-sisi keburukan kekasihnya
    dan hal-hal yang dapat membuatkan ia makin jauh
    daripadanya.
    Jika dia mahu mencari-cari kejelekan (apa
    yang kurang baik) yang ada pada kekasihnya, nescaya, dia
    akan mendapatkan kekurangan itu lebih dominan berbanding
    keindahannya. Justeru, hendaklah dia banyak bertanya kepada
    orang-orang yang berada di sekeliling kekasihnya tentang
    peribadi yang berkurangan akan kekasihnya yang mana ia
    belum ketahui sebelumnya ini. Sebab sebagaimana
    kecantikan sebagai faktor pendorong kuat seseorang
    untuk mencintai kekasihnya, maka demikianlah pula
    kejelekan merupakan faktor pendorong kuat agar ia
    dapat membenci dan menjauhinya
    .


    Tetapi kena ingat,


    Hendaklah dia mempertimbangkan dua sisi ini
    dan memilih yang terbaik baginya;

    * Jangan terpedaya kerana kecantikan kulit,
    dan membandingkannya pula dengan orang yang terkena
    penyakit sopak dan kusta.

    * TETAPI, hendaklah dia memalingkan pandangannya
    kepada kejelekan sikap dan perilakunya. Hendaklah
    dia menutup pandangannya dari kecantikan fizikal semata
    sebaliknya lihatlah kepada kejelekan yang diceritakan
    mengenai hatinya.



    Jika terapi ini masih sahaja tidak mampan baginya,


    Maka TERAPI TERAKHIR





    Iaitu mengadu dan memohon dengan sepenuh kejujuran
    dan keikhlasan kepada ALLAH S.W.T., Penolong orang
    -orang yang ditimpa musibah jika memohon kepada-NYA
    .

    Hendaklah dia menyerahkan jiwa sepenuhnya di hadapan kebesaran-NYA sambil memohon, merendahkan dan menghinakan diri. Jika dia dapat melaksanakan terapi
    terakhir ini, alhamdulilLAH
    , maka sesungguhnya dia telah
    membuka pintu tawfiq (pertolongan ALLAH). Hendaklah ia
    berbuat iffah (menjaga diri) dan menyembunyikan
    perasaannya
    . Jangan memburuk-burukkan kekasihnya
    dan mengaibkan ia di hadapan manusia ataupun menyakitinya.
    Sebab hal tersebut merupakan kezaliman dan melampaui batas.


    Penutup

    Demikianlah, alhamdulilLAH, serba ringkas terapi-terapi
    khusus bagi menyembuhkan penyakit ini. Namun mestilah
    diingat akan kata pepatah “ Mencegah lebih baik daripada Mengubati”. Justeru, sebelum dijangkiti virus ini, maka
    lebih baiklah menghindarinya.


    Bagaimanakah cara menghindarinya?





    Tidak lain, iaitu dengan tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa).
    Jadilah insan yang punya ta ‘alluq bilLAH yang kuat!.
    Semoga apa yang dilampirkan ini bermanfa’at,
    walLAHU Ta’ala ‘ALAM.



    Saamih ni 'ala kulli hal.

    Hadaanallah wa iyyakum wa Baarakafiina
    wa iyyakum ajma'in.


    Wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh.


    al faqiirah ila ROBBI,
    Bintu Haji Yusof,
    16 Raby` al-awal 1427H (Jumaat)
    Downtown, Auckland, New Zealand.




    MARAJI:





    1. Majalah As-Sunnah Edisi 08/Tahun VI/1423 H/
    2002 M
    (dari tulisan Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah dalam
    kitab beliau Zadul Ma'ad Fi Hadyi Khairi Ibad)

    2, Laman Web Al Islam (Bhg rujukan al Quran & Hadith),
    Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf,
    Dakwah dan Nasihat (http://www.al-islam.com/mal/)

    3. Al Quran Digital Versi 2.1 - http://www.alquran-digital.com


    Powered by ClockBot.com }