~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: July 2006

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Sunday, July 30, 2006

Jadilah Aktivis Muslimah Harapan RasululLAH

.
Penulis & idea asal suara karya: Ustaz Yoyoh Yusroh
Sumber: Cakarawala Muslimah KotaSantri.com
Tarikh Publikasi: 19hb Ogos 2004
Translitasi bahasa & olahan penulisan : Bintu Yusof

~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~~*~ ~*~

Sesungguhnya setiap satu ciptaan ALLAH Subahanahu wa
Ta’ala
adalah indah-indah belaka dan pastinya ada asbab-
asbab kerana mustahil YANG MAHA BIJAKSANA itu
menciptakannya secara sia-sia sahaja.

BismilLAH.. khas buat diri saya dan saudari-saudari
seaqeedah
yang saya kasihi kerana ALLAH Ta’ala.





SubahanalLAH, alhamdulilLAH, betapa menjadi seorang
wanita adalah satu rahmat yang perlu kita syukuri pada
TUHAN. Lebih-lebih lagi ditaqdirkan lahirnya kita sebagai
Muslimah”, iaitu wanita yang terpilih oleh ALLAH
Ta’ala
untuk menerima hidayah-NYA dan menjalankan
kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-NYA, Muhammad
Sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam.


RasululLAH Sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam selaku
pemimpin pilihan dari perbilangan bangsa manusia serta
suri teladan Umat ini memiliki akhlaq yang mulia
lagi terpuji. RasululLAH Sholla ALLAHU ‘alaihi
wassalam
yang telah disifati oleh ALLAH Subahanahu
wa Ta’ala
dengan firman-NYA yang bermaksud:





Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq
yang amat mulia


( Al Qalam; 68:4)

dan

Sesungguhnya telah ada pada (diri) RasululLAH itu
suri teladan yang baik bagimu, (yaitu) bagi orang yang mengharap (pertemuan dengan) ALLAH dan
(keselamatan di) hari akhir dan dia banyak menyebut
ALLAH
.”

(Al Ahzab; 33: 21)


~*

Selain itu di dalam hadith-hadith


Sa’ad bin Hisyam pernah bertanya kepada Sayyidatina‘Aisyah radhiallohu ‘anha tentang akhlaq RasululLAH, maka
Sayyidatina ‘Aisyah radhiallohu ‘anha menjawab,

كان خلقه القرآن

Akhlak baginda adalah Al Quran.”

Lalu Sa’ad berkata,

Sungguh saya ingin berdiri dan tidak lagi menanyakan
sesuatu yang lain
.”

(HR. Muslim)

~*

Anas bin Malik (pembantu RasululLAH) selama sepuluh tahun
- ketika beliau berkata,

أحسن الناسكان رسول الله خلقا

RasululLAH adalah orang yang paling bagus akhlaknya.”

(HR. Muslim)



MasyaALLAH, alhamdulilLAH, selawat dan salam buat
junjungan besar kita, nabi Muhammad Sholla ALLAHU
‘alaihi wassalam
. Baginda Sholla ALLAHU ‘alaihi
wassalam
sebagai manusia pilihan ALLAH yang berakhlaq
mulia, sangat mengambil berat akan Muslimah.
Baginda Sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam sangat menyayangi Muslimah sehingga baginda berpesan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Saiyyidatina ‘Aisyah radhiallohu ‘anha,
yang maksudnya:





Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan
menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu
dia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya
mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka
.”

(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan at Tirmidzi)

~*

Manakala sabda baginda Sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam
dalam hadith-hadith yang lain bermaksud:

Barangsiapa diamanati ALLAH seorang putri, bila mati
tidak ditangisi, dan bila hidup dididik secara baik, maka
dia dapat jaminan surga


(HR. Abu Dawud, Hakim dari Ibnu Abbas)

~*

Rumah yang di dalamnya terdapat anak-anak perempuan,
maka setiap hari ALLAH menurunkan dua belas rahmat, para malaikat tidak terputus-putus mengunjungi rumah itu,
dan para malaikat di setiap hari dan malamnya mencatat
untuk kedua orang tuanya pahala sama dengan pahala
ibadah tujuh puluh tahun


(HR. Abu Ya’la).


SubahanalLAH, alhamdulilLAH, wala ilaha illa ALLAH,
ALLAHU AKHBAR!



BiiznilLAH rahmat ISLAM yang tertebar semasa hidupnya
RasululLAH Sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam, membuatkan
kaum wanita dapat menikmati angin nan segar dalam kehidupan
setelah merentasi zaman jahiliyyah yang mana hak dan hidup mereka teraniaya sama sekali.

Kehidupan Muslimah pada sa’at itu boleh dikatakan beruntung
benar berbanding dengan wanita sekarang pada umumnya. Pada
masa itu, muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai ISLAM secara baik dan sepenuh hati
-nya.
Hidup mereka benar-benar tersanjung dan barokah
kerana mereka menyelarasi hidup mengikut acuan fitrah
hawa yang tulen
dan apatah lagi dibaluti nur ISLAM yang
hangat membungkami jiwa..alhamdulilLAH, masyaALLAH,
betapa nikmatnya.





Berbeza pula dengan realiti hari ini, ketika kebanyakan
wanita sudah mula menuntut emansipasi, persamaan derajat, semangat feminisme, dan sebagainya lagi. Boleh dikatakan
kehidupan wanita sekarang berada di tengah-tengah komuniti masyarakat yang tidak begitu memahami dan menghayati
nilai-nilai ISLAM
lantas menyebabkan ketidak nyamanan lagi
dalam hidup mereka.

Manusia, selaku makhluq terbaik antara ciptaan-ciptaan
ALLAH Ta’ala, alhamdulilLAH dikaruniakan kelebihan
‘aqal dan pilihan untuk berfikir dan membuat pemilihan
yang terbaik daripada hasil-hasil pemikirannya itu. Oleh sebab
itu tiada alasan mengatakan tidak tanpa mengusahakan ia terlebih
dahulu, wanita Muslimah harus berupaya menghilangkan
ketidak nyamanan itu
seterusnya membumbui kembali
benih-benih bahagia dan kehormat buat dirinya
.

Antara caranya adalah dengan mula mengaktifkan dirinya
dalam pelaksanaan nilai-nilai ISLAM beracuankan
Al Quran dan Sunnah
serta berusaha menggalakkan
wanita-wanita lain untuk turut ber’amal ISLAMI.

Harus ada usaha, mesti ada nawaitu untuk berusaha
dan yang paling utama niat itu betul ikhlas lilLAHI Ta’ala. InsyaALLAH, khir segala.


Ustaz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan,

Pada waktu ini Ummat sedang dalam keadaan bahaya
(mula cinta dunia, takut akan mati dll) para wanita
Muslimah yang Sholihah
(harus) terjun untuk terlibat
aktif dalam membentengi dan memperbaiki Ummat
.”

Untuk menjadi Muslimah yang disayangi oleh RasululLAH
Sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam
, hendaklah Muslimah itu
ambil perhati akan empat hal yang berikut:


1. Faqihah Lidiiniha





Seorang Muslimah hendaknya faqih (faham) terhadap DEEN
(agama ISLAM). Selayaknya ia dapat membaca Al Quran
dengan baik
, beerti seeloknya pas (betul/kena) tajwidnya
dan makhrorijul hurufnya. Kemudian dapat membaca hadith bahkan insyaALLAH selalu pula menjadi bacaan hariannya,
kerana dengan itu ia akan dapat memahami keinginan Rasulnya seterusnya berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai
dengan cara hidup RasululLAH Sholla ALLAHU ‘alaihi
wassalam
.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya
melalui belajar
kepada seorang guru yang jujur dalam
menyampaikan ilmunya, dan berusaha memperbanyakkan
bacaan buku-buku agama
lainnya seperti tentang aqidah,
akhlaq, fiqh, siroh, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah
dunia dan ilmu kontemporer lainnya
. Contoh muslimah
yang menguasai ilmu-ilmu ini ialah Saiyyidatina ‘Aisyah
radhiallohu ‘anha
.


2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha





Seorang aktivis Muslimah yang telah berkeluarga hendaklah mengupayakan kesuksesan dalam mendidik anak-anaknya, insyaALLAH moga berkat tarbiyyah nanti jadilah anak-anak yang sholih wa sholihah, permata berharga buat kedua-dua orang tua. WalLAHU Musta’an.

Bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluargapun seharusnya mempelajarai bagaimana cara mendidik
anak-anak dalam ISLAM
, kerana ‘ilmu tersebut fardhu ‘ain,
sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat,
shaum, dan yang lainnya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik
anak-anak dalam ISLAM
yang nantinya anak-anak tersebut
akan ia persembahkan untuk kejayaan ISLAM dan kaum Muslimin. Insya ALLAH
kelak ia akan menjadi ibu yang sukses
seperti Siti Hajar dan Khadijah RA.


3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha





Sebagai aktivis ‘amal ISLAMI, keprihatinan dan ambil berat
kita bukan hanya terarah kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan ‘amal ISLAM terhadap orang lain, akan tetapi
keprihatinan dan ambil berat akan aktiviti dan perkembangan keluarga harus lebih diutamakan, mislanya memberikan motivasi
‘amal ISLAMI kepada zauj tersayang
(suami), anak-anak
yang tercinta, kedua-dua ibu bapa terkasih
dan adik beradik.

Ia menjadi Muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, sebagaimana Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Thalhah dengan mahar syahadah. Ketika Abu Thalhah meninggal dunia, RasululLAH Sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, betapa sayang baginda Sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam kepada beliau kerana beliau
tidak pernah tidak hadir (absent) dalam ber’amal dan berjihad bersama baginda Sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam. Hal ini beliau dapat lakukan, alhamdulilLAH kerana selalu mendapat motivasi daripada Ummu Sulaim, seorang isteri yang sholihah..masyaALLAH, walLAHU Musta’an.


4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha





Ia selalu ambil berat dan prihatin akan lingkungan
sekitarnya
, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui
keadaan lingkungannya, berusaha menjadi anashir tagyjir
(unsur perubah) dalam lingkungannya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik.

Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar
apabila waktu sholat tiba untuk mengingatkan penghuni
pasar agar segera menunaikan sholat
, ia dengan
kalimatnya yang terkenal 'Asshalah, Asshalah!!!'


~*


AlhamdulilLAH, syukur pada TUHAN, demikianlah,
semoga dengan empat hal yang disebutkan ini akan dapat
membantu kita menjadi aktivis Muslimah yang dicintai
RasululLAH Shollah ALLAHU ‘alaihi wassalam,
insyaALLAH, amiin.


Duhai saudari-saudari Muslimah yang saya sangat
sayang sekali semuanya kerana ALLAH
, saya sendiri
masih punya kelemahan, kejahilan yang perlu di usaha baikkan
dari masa ke masa, moga ALLAH menghidayahi dan
mempermudah segala urusan, walLAHU Musta’an.
InsyaALLAH
, sama-samalah kita introspeksi diri, usaha
perbaiki dan tambah baikkan diri kita dari masa ke
masa
, usah khuatir atau gusar, ambillah masa, yang penting
keinginan untuk berubah
ke arah yang lebih baik dari
hari ke hari
senantiasa ada.





Carilah dan lingkungilah diri dengan handai taulan yang
sholih dan sholihah
, insyaALLAH kelak sama-sama kita
usaha menjadi Mukminah Sholihah wa Mithaliah, permata
dunia yang tiada tolok bandingnya. ALLAH itu MAHA
Mendengarkan dan ‘Adil
dalam menentukan segala, IA
tahu akan takat kemampuan kita
, dan insyaALLAH
DIA tidak akan sesekali menghampakan mana-mana
hamba-NYA yang telah tekun berusaha. DIA-lah
AR RAHMAN AR RAHIM,
segala puja puji dan lafaz syukur
adalah bagi-NYA. WalLAHU Musta’an.

Akhirul kalam..jangan lupa do’akan kesejahteraan,
keselamatan, kejayaan dan keamanan buat UMMAH
,
moga ISLAM kembali cemerlang, gemilang dan terbilang, insyaALLAH, amiin. ALLAHU AKHBAR 3X!!!

Saamihni ‘ala kulli hal, barakalLAHUlakunna!

Wassalamu bilkhair ajma’in.

al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
5 Rajab 1427H (Isnin)
TRC, Downtown, Auckland, NZ.


~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~~*~ ~*~

p/s: Buat renungan bersama,moga ada khairnya,
insyaALLAH.

Buat saudara-saudara seaqeedah:

"Umar bin Khattab mengatakan,"Jadilah engkau bocah
di depan istrimu
,tapi berubalah menjadi lelaki perkasa
ketika keadaan memanggilmu
". Kekanakan dan keperkasaan, kepolosan dan kematangan, saat lemah dan saat berani,
saat bermain dan saat berkarya, adalah ambivalensi-ambivalensi kejiwaan yang justru berguna menciptakan keseimbangan
emosional
dalam diri pahlawan
"

Buat saudari-saudari seaqeedah:

"Siapakah yang pertama kali ditemuai Rasulullah setelah menerima wahyu dan merasakan ketakutan yang luar
biasa? Khadijah!
Maka ketika beliau mengatakan;" Dan
siapakah wanita yang sanggup menggantikan peranan Khadijah?"
Itulah keajaiban dari kesederhanaan.
Kesederhanaan yang sebenarnya adalah keagungan;
kelembutan, kesetiaan, cinta dan kasih sayang.
Itulah keajaiban wanita.
"

Sumber: sobat-azzam yahoogroups.


Sakit..?? WalLAHU Ta'ala 'ALAM

.
BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu
‘ala RasulilLAH s.a.w.


Assalamu’alaykum warahmatulLAHI
Ta'ala wabarokaatuh,


Kehadrat saudari saudara seaqeedah yang saya hargai
dan hormati kerana ALLAH Subahanahu wa Ta’ala,
dido’akan kehadrat ROBBI, mudah-mudahan kesemua
Ummat Islam berada dalam pemeliharaan-NYA, moga
kita semua beroleh keredhoan-NYA, insyaALLAH, amiin.





ALLAH itu Maha Mengetahui akan segala-galanya,
betapa hati ini saban hari merasa sakit dan pedih bukan
sakit kerana mahu marah tapi sakit yang berjangkit dek
kesakitan yang di’alami saudara saudari seaqeedah

yang saya kasihi di pelusuk buana ini. Betapa haloba benar
YAHUDI laknatulLAH itu menggila, membaham jiwa
-jiwa saudara saudari seaqeedah saya tanpa mengenal
sikap belas ehsan
bahkan para kuffar itu sendiri
mengakui dalam medan peperangan nyawa wanita,
anak-anak kecil tiada lagi bernilai
, astaghfirulLAH,
tunggulah pembalasan TUHAN atas kalian.


MasyaALLAH apakah itu yang patut saya do’akan?
Alangkah saya mengharap hidayah ALLAH bisa menusuki
qalbu kalian, agar kalian sedar dan punya nilai ihsan
pada kami, but will they be able to be parallel with
Muslims? Verily ALLAH Knows BEST and FAIR.
WalLAHU Ta’ala ‘Alam wa ‘Aadiliin.


Firman ALLAH Ta’ala yang maksudnya:




Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang
paling keras permusuhannya terhadap orang
-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi
dan orang-orang musyrik
.”

(Al Maidah; 5:82).

Ya ALLAH, betapa sakit jiwa ini, pedih, benarlah sabda
baginda RasululLAH Sholla ALLAHU ‘alaihi
wassalam
yang maksudnya :

Perumpamaan orang-orang Mukmin di dalam cinta
mencintai dan kasih mengasihi di antara di antara mereka
ibarat satu tubuh. Jika salah satu dari anggota tubuh
mengeluh sakit maka seluruh badan akan merasa
demam dan tidak bisa tidur semalaman
.”

(HR Bukhari dan Muslim)


Betapa jiwa seorang Muslimah ini.. teringat pula akan
perbualan telefon dengan adik saya yang paling bongsu,
Syakirah beberapa hari yang sudah..

“Adik do’akan kesejahteraan Ummah atau tidak?”

Reaksi yang saya dapat daripadanya ialah:

“Kakak, mengapa kakak cakap macam tu?”..lantas saya
menjelasi akan segala keperluan dan situasi semasa kepadanya,
namun belum sempat saya habiskan , adik saya berkata:

“Kakak, adik takut, kakak jangan cakap pasal tu lagi,
adik tak suka , adik takut cerita pasal perang…”






MasyaALLAH, oh Tuhan, betapa jiwa yang mungil itu
mula merasai ketakutan bahkan hampir sahaja menangis
.
Benar, saya senantiasa ingatkan adik dan ajarinya yang mesti
ditakuti ialah ALLAH bukan makhluk
, namun, betapa
mulus jiwa anak kecil itu, ketakutan tetap membungkamnya.
Barangkali sebab adik senantiasa menonton berita perdana
bersama bonda lalu melihat dan mendengarkan segala paparan
imej serta hebahan suara berita mengenai suasana semasa
sementalahan ayahanda bersolat jemaah Maghrib di masjid dan
akan pulang hanya selepas isya’.

Moga taluan hidayah ALLAH atas kami tidak akan henti
hinggalah akhirnya, moga mati kami husnul khotimah
bertemu TUHAN di singgahsana Jannah, insyaALLAH,
amiin
.

Sehebat mana pun kafir laknatulLAH itu mengekploitasi
segala, mencarca merbakan dunia agar berantakan jadinya,
tetapi ingatlah firman ALLAH Subahanahu wa Ta’ala
dalam Surah al Imran, ayat 54 yang maksudnya:





"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan ALLAH membalas tipu daya mereka itu. Dan ALLAH sebaik-baik
pembalas tipu daya
."


InsyaALLAH, 'truth would always visibly triumph over
falsehood and history couldn't end before the final triumph
of TRUTH over falsehood in that land!
', verily HE KNOWS
BEST. ALLAHU AKHBAR 3X!!!


AlhamdulilLAH, dalam kesakitan melihatkan isu di Lebanon
dan Palestin
bahkan tidak kurangnya isu Murtad di tanah air,
bumi Malaysia, pesan seorang sahabat sedikit sebanyak membantu mengagahi jiwa ini, katanya:

“..alhamduliLLAH semoga apa yang kita inginkan kepada
UMMAH sentiasa diperkenan oleh ALLAH Taala,haa tertarik
dengan apa yang (SSY) sebut pasal klip video ceramah dato
mufti tu
” –> merujuk pada Forum tentang Murtad oleh
Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria

“..insyaALLAH doakan semoga ia dapat menyedarkan semua UMMAH akan bahaya dan juga tanggungjawab yang
perlu mereka lakukan
untuk menghadapi bahaya dan bahana
perkara ini,namun kita sebagai pemuda/di islam jangan menangis terlalu lama melihat kepada perkara ini,kita kena kuat
dan kena sentiasa peka dan bersemangat untuk menghadapi
apa jua kemungkinan dan dakwah ni perlu sentiasa dipergiatkan
.




AlhamduliLLAH itu bukan kekecewaan yang keterlaluan
daripada dato mufti tapi hanyalah air mata perjuangan yang
masih belum habis dan ia perlu diteruskan.


Kita sebagai pejuang dan srikandi islam jangan takut
dan lemah melihat apa yang berlaku
, inilah akhir zaman
sebenarnya kita kena sama2 hadapi dan pertingkatkan
dakwah kita
, bila negatif yang berlaku ada kesan positifnya
mungkin diri kita sendiri,masyarakat,cara dakwah kita dan
paling penting ialah NIAT tu yang perlu sentiasa kita kuatkan
perbaiki dari sehari ke sehari
, kita tak boleh dan jangan
sekali2 jadi pendakwah yang lemah semangat dan
lari dari medan dakwah
, mudah2an dengan semangat
yang kita tunjuk akan memberikan semangat juga kepada
UMMAH
untuk bergerak kerana kita adalah idola dan tempat mereka berlindung dan bertanya, itu adalah diri dan semangat seorang pejuang,jangan putus asa walaupun nyawa kita tinggi 5%,perjuangan perlu digerakkan serta diperbaharui
setiap masa dan ketika, insyaALLAH kita akan sama2
berjuang demi ALLAH dan ISLAM tercinta dan demi
UMMAH yang menginginkan kebahagiaan dan keselesaan
..”





“ selamat menyambut 1 rejab,insyaALLAH bulan baru akan menambahkan lagi semangat dan kekuatan UMMAH islam diseluruh dunia insyaALLAH,saya doakan (SSY) dan semua
pejuang serta pendakwah islam lebih kuat pada hari2 mendatang
kerana cabaran yang bakal datang lebih hebat
lagi mencabar, kekuatan dalaman sentiasa perlu diperbaharui
dan kekuatan luaran perlu dicari semoga keGAHan serta kehebatan ISLAM akan muncul juga menjadi kegerunan
musuh2 ISLAM laknatuLLAH tersebut,mereka tak akan
berani lagi menceroboh dan menipu UMMAH dan NEGARA
ISLAM
insyaALLAH
, insyaALLAH sama2 puasa dan berdoa semoga UMMAH ISLAM kuat dan bersemangat..TAKBIRR!!! ALLAHU AKBARRRRR...”


AlhamdulilLAH, syukran lilLAHI Ta’ala atas karuniaan
insan nan sholih wa sholihah buat diri, moga hati-hati
yang hidup
akan bisa membantu mengubati hati-hati yang
lemah
, menyembuhkan hati-hati yang sakit dan menghidupkan
hati-hati yang mati dengan izin ALLAH Subahanahu wa
Ta’ala
. Lagipun hati yang mati takkan dapat menghidupkan
hati-hati yang lain, naudzubilLAH mohon dijauhi daripada
diri, walLAHU Musta’an. Moga sama-sama menggapai al muttaqin
dan menghuni syurgawi ILAHI, insyaALLAH, amiin.

Sesungguhnya ibu segala penawar, pokok segala nasihat dan penguat jiwa yang utama adalah daripada ALLAH TA’ALA.
Firman ALLAH Subahanahu wa Ta'ala yang bermaksud:




Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat)
dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu
;
kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati)
maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya
seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan
dari ALLAH apa yang mereka tidak harapkan (iaitu
balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan
(ingatlah)ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana


(Surah an Nisa’; 4:104)





[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku
tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan
kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


[11] Iaitu, kamu beriman kepada ALLAH dan rasulNya,
serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama
ALLAH dengan harta benda dan diri kamu
; yang demikian
itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[12] (Dengan itu) ALLAH akan mengampunkan dosa-dosa
kamu
dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan
kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam
Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.”


(Surah As Saff; 61:10-12)




“[7] Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu
membela (agama) ALLAH nescaya ALLAH membela
kamu
(untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan
tapak pendirian kamu.

[8] Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka
kecelakaanlah bagi mereka
dan (ALLAH) mensia-siakan
amal-amal mereka”


(Surah Muhammad; 47:7)
.
WalLAHU Ta’ala ‘ALAM.

Kafir laknatulLAH itu tidak pernah henti menusuki jarumnya,
Yahudi membuas memamah jiwa saudara saudari seaqeedah kita,
ada dua jenis Yahudi, namun amnya yang paling bobrok ialah
Yahudi Zionist Eropah berbanding Yahudi Israeli. Biar
apa pun, ingatlah duhai diri saya yang masih punya
kelemahan ini yang segala percaturan itu ada
jawapannya dalam Al Quran
, surah an Nahl ayat 89,
sebagaimana yang difirmankan ROBBUL ‘Aalamiin, yang
bermaksud:



"Dan Kami turunkn kepadamu Al Kitab (Al Quran)
untuk menjelaskn segala sesuatu dan petunjuk
.."

ALLAH itu MAHA Bijaksana, MAHA Mengetahui,
MAHA Mnyaksikan
dan MAHA 'Adil dlm mnentukan
segala-galanya, walLAHU TA'ALA 'ALAM. InsyaALLAH,
bsama-samalah kita mndo'akan kesejahteraan,
keselamatan, kejayaan dan keamanan buat UMMAH,
amiin.


Saamih ni ‘ala kulli hal,

BarakalLAHUlakunna!

Wassalamu bilkhair ajma’in.



Al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
4 Rajab 1427H (Ahd)
TRC, Downtown, Auckland, NZ.


p/s: Bersama renung-renungkan, moga ada khairnya,
insyaALLAH.
Ajaran saling mencintai, saling mengalah, dan mendahulukan
kepentingan umat, dalam praktiknya tampak pada masa
Rasulullah SAW dan ulama terdahulu. Umar bin Khattab
keliling kota Madinah pada saat penduduk kota sedang terlelap
tidur. Pada musim peceklik, Umar hanya bisa membolak-balikkan
badan karena lapar, sebab seluruh makanan yang dimiliki telah
dibagikan kepada rakyatnya. Abu Thalhah rela menjadikan
dirinya sebagai tameng pada perang Uhud untuk melindungi Rasulullah SAW dari tusukan anak panah. Abu Ubaidah
tidak tidur malam di tengah tentaranya yang tertidur nyenyak.
Dan Hatim rela tidur dalam keadaan lapar asalkan tamu-tamunya kenyang. Nilai-nilai moral ini andaikata terimplementasi dalam
kehidupan umat Islam saat ini, akan tercipta masyarakat
Muslim yang utuh
.” (http://www.alsofwah.or.id/?pilih=lihatannur&id=325)



Thursday, July 20, 2006

IhfazhilLah Yahfazhka

.
BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu ‘ala RasulilLAH s.a.w.

Assalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta'ala wabarakatuh,

Syukur kehadrat ALLAH Subahanahu wa Ta’ala, dengan izin-NYA, dikurniakan sekelumit senggangan masa pada malam ini untuk saya mencoretkan kalam di laman “Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan” ini.



AlhamdulilLAH, minggu ini kalendar semester terakhir saya di Universiti of Auckland bermula, pengurusan masa yang berhikmah dan terancang amatlah perlu bagi saya, memandangkan perbilangan masa di sisi amatlah mungil berbanding kadaran tugasan pada diri, walLAHU Ta’ala ‘Alam. Moga-moga dipermudah, diperingan dan dipercerah segala urusan buat diri dan sekitar, insyaALLAH, walLAHU Musta’an.

AlhamdulilLAH, amatlah suka dan ringan rasa di hati saya untuk berkongsi mutiara tazkirah yang sempat saya jamahi dalam ziarah menjengah sohabat sohabiah juga adik-adik pelajar di Wellington pada percutian yang lepas.

Bingkisan kerohaniah yang mengisi salah satu lubukan jiwa tatkala menginap di rumah Kak Aidah (yang nyatanya alhamdulilLAH, banyak benar budi dan jasa, indah akhlaq juga peribadinya, moga ALLAH Ta’ala membalasi keluhuran kakak pada saya, insyaALLAH, amiin, ia amatlah saya hargai kerana ALLAH, alhamdulilLAH.), iaitu sebuah buku milik kakak, yang sempat diri ini belek dan baca biarpun masa amatlah mencemburui, walLAHU ‘Alam.


Judul: Jagalah Allah! Allah Menjagamu

Judul Asli: IhfazhilLAH Yahfazhka!

Penulis: Dr. A’idh bin AbdulLAH al Qarni

Penerbit: Darul Haq





Agama ALLAH berisi perintah dan larangan. Ada perintah dan larangan yang berlaku untuk hati, lisan, penglihatan, pendengaran, perut dan anggota-anggota tubuh badan yang lain. Pelbagai perintah dan larangan itu semestinya dipelihara oleh hamba, dengan melaksanakan perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan tersebut. Pendek kata, setiap persendian manusia diperintahkan untuk berTAQWA.

Apa yang diperintahkan ALLAH itulah yang paling dicintai-NYA, dan apa yang dilarang ALLAH itulah yang paling dibenci-NYA, maka ALLAH Subahanhu wa Ta'ala menaruh cinta kepadanya. Dan apabila ALLAH Ta'ala mencintainya, maka sebagaimana disebutkan dalam hadith Qudsi:




Tidaklah hamba-KU mendekati-KU dengan suatu pekerjaan yang lebih AKU sukai daripada dia mengerjakan apa yang AKU telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-KU mendekatkan dirinya kepada-KU dengan melakukan yang sunat sehingga AKU cinta kepadanya. Maka apabila AKU telah mencintainya, adalah AKU-lah yang menjadi pendengarannya yanq ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-KU, nescaya AKU berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepada-KU nescaya AKU berikan perlindungan kepadanya

(Hadith Riwayat Imam Bukhari ).


Dengan kata lain, ALLAH Subahanahu wa Ta'ala sentiasa menjaganya dan menolongnya, sebagai balasan atas penjagaan dan pertolongan yang diberikannya kepada agama ALLAH.

Inilah jua kira-kira makna daripada ayat-ayat di atas dan wasiat Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam kepada Ibnu 'Abbas radhiyallahu'anhu :



"Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH akan menjagamu (IhfazhilLAH Yahfazhka!). Jagalah ALLAH nescaya engkau akan dapati ALLAH berada di hadapanmu."

(HR. Tirmidzi no. 2516 dan dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahiihul Jaami' no. 7957) ).


Maka barangsiapa menjaga ALLAH Subahanahu wa Ta’ala dengan menjaga agama-NYA, istiqomah di atas agama-NYA, saling nasihat-menasihati hati dalam menetapi kebenaran, dan bersabar di atas agama-NYA, nescaya ALLAH TA’ALA akan menolong mereka, mengukuhkan mereka atas musuh-musuh mereka, dan menjaga mereka dari tipu daya (makar) musuh musuh mereka.

ALLAH Subahanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud:

"Dan KAMI selalu berkewajiban menolong orang orang yang berIman."

(QS. Ar Ruum; 30:47).

Dan orang-orang yang beriman adalah mereka yang istiqamah di atas agama(syariat) ALLAH, memelihara hak-hak-NYA, dan menjauhi pelbagai larangan-NYA. WalLAHU Ta'ala 'Alam."

Moga ada khairnya, insyaALLAH.


Akhirul kalam..
Saya memetik firman ALLAH Subahanu wa Ta’ala yang bermaksud:

"Hai orang orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

(Q.S. Muhammad; 47:7).




Ayat yang mulia ini merupakan satu seruan kepada seluruh kaum Mukminin. Di dalamnya ALLAH Subahanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa jika mereka menolong ALLAH Ta’ala, nescaya ALLAH akan menolong mereka.

WalLAHU ‘Aadilin (Maha ‘Adil) wa HUWA As SAMAD (ALLAH adalah TUHAN yang bergantung kepada-NYA segala sesuatu).

Bersamalah do’akan kesejahteraan, kejayaan dan keamanan buat Ummah! InsyaALLAH, amiin.

Hingga bersua kembali di coretan mendatang, insyaALLAH, walLAHU'Alam.Saamih ni ‘ala kulli hal, wassalamu bilkhair ajma’in.


al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
25 Jumada Al Akhirah 1427H (Fri)
TRC, Downtown, Auckland, Nueva Zelanda.


p/s: Salam, kehadrat saudara/ri seaqeedah yang dirahmati ALLAH, maafkan saya, dek kesuntukan masa, tiadalah dapat saya menyempurnakan hajat saya untuk menintakan coretan pengalaman percutian saya di webjournal (online diary) buat pengongsian sesama kita, namun insyaALLAH mudah-mudahan rencah tintaan ilmiah yang lebih bermanfa’at bisa menjadi galang gantinya, alhamdulilLAH, saya telah sempurna taipkan do’a Qunut yang indah oleh Mishari Rashid al-Afasy di sana; yang boleh dijadikan bacaan do’a usai solat atau bila-bila masa jua, moga bermanfa’at, walLAHU’ALAM. Sekali lagi saya mohon maaf, saamih ni. BarakalLAHUlakunna!

Tuesday, July 11, 2006

*BENARKAH ENGKAU SEORANG PEJUANG?

.
BismilLAH, alhamdulilLAH, assalamu’alaykum warahmatulLAHI wabarakatuh,

Khas buat saudara/ri seaqeedah yang dirahmati ALLAH,
alhamdulilLAH, biiznilLAH, sedang ana melayari jaringan eletronik (internet) membaca tinta-tinta ‘ilmiah hasil fikiran saudara saudari seaqeedah yang ana hormati dan hargai kerana ALLAH, artikel yang ana lampirkan berikut, berjaya menarik perhatian ana bukan sahaja buat perhatian diri bahkan kelangsungan ana ambil, kongsi dan paparkan di gerbang eletronik ini bakal simbahi manfa’at buat entum jua, insyaALLAH.

WalLAHU Ta’ala ‘Alam, moga ada khairnya, insyaALLAH.

Saamihni ‘ala kulli hal, inni al faqiirah ila ROBBIha, selamat membaca…

(p/s: for better image presentation, kindly refresh the page)

~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~*

BismilLAH..

BENARKAH ENGKAU SEORANG PEJUANG?





Engkau ingin berjuang,
tapi tidak mampu menerima ujian,
rusak oleh pujian,
tidak sepenuhnya menerima pimpinan
dan tidak begitu setiakawan.

Engkau ingin berjuang,
tapi tidak sanggup berkorban,
tidak sanggup terima cobaan
dan hanya ingin jadi pemimpin
agar pengikut menjadi agak segan.

Engkau ingin berjuang,
tapi kesehatan
dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan
dan waktu tidak sanggup engkau luangkan.

Engkau ingin berjuang,
tapi dirimu tidak engkau tingkatkan,
disiplin diri engkau abaikan,
janji kurang engkau tunaikan
dan kasih sayang engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
tapi para tamu engkau abaikan,
anak isteri engkau lupakan
dan ilmu berjuang engkau tinggalkan.

Engkau ingin berjuang,
tapi pandangan engkau tidak diselaraskan,
rasa bertuhan engkau abaikan
dan iman taqwa engkau lupakan.

- Qatrunnada

~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~*

Hudzaifah.org - BENARKAH ENGKAU SEORANG PEJUANG?





Mengaku diri sebagai pejuang, sebagai jundullah, sebagai aktivis, namun akhlak maupun tsaqafahnya tidak mencerminkan hal itu. Mengaku diri sebagai mujahid, namun niat ternoda oleh selain-Nya. Inilah yang Allah Subhanahu wa Ta'ala sindir di dalam Al Quran,

"Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan saja mengatakan 'kami beriman' sedang mereka tidak di uji lagi?"

(QS. Al Ankaabut: 2-3)


Sang Pejuang Sejati



Masing-masing kita sebaiknya mengevaluasi diri, apakah kita memang sudah benar-benar menjadi pejuang di jalan-Nya atau jangan-jangan, baru sebatas khayalan dan angan-angan kosong belaka. Inginkan syurga, tetapi tidak siap menggadaikan diri, harta dan jiwa.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

(QS. 3:142).

Ya, kita mengira akan masuk surga dengan pegorbanan yang sedikit, seakan ingin menyamakan diri dengan hukum ekonomi kapitalis, "Mendapatkan output yang sebesar-besarnya, semaksimal mungkin, dengan input yang seminimal mungkin."

Aduhai, sesungguhnya hari akhir itu adalah perkara yang besar. Dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi itu, sangat mahal harganya. Rasulullah saw bersabda,

"Generasi awal sukses karena zuhud dan teguhnya keyakinan, sedang ummat terakhir hancur karena kikir dan banyak berangan muluk kepada Allah."

Saat nasyid-nasyid perjuangan dilantunkan, gemuruh di dalam dada menjadi berkobar-kobar untuk berjuang. Tetapi sayang, ternyata hanya tersimpan di dalam dada dan semangat itu ikut surut seiring dengan berakhirnya lantunan nasyid. Tidak keluar dalam amaliyah yang nyata.

Demi Allah, keimanan bukanlah dilihat dari yang paling keras teriakan takbirnya, bukan pula dari yang paling deras air matanya kala muhasabah, dan bukan pula dari yang paling ekspresif menunjukkan kemarahan kala melihat Israel menyerang Palestina. Bukan pula dari yang paling banyak simbol-simbol keagamaannya. Karena itu semua hanya sesaat.

Sesungguhnya keistiqomahan dalam berjuang, itulah indikasi keimanan sang pejuang yang sebenarnya. Pejuang yang sabar menapaki hari-hari dengan mengibarkan panji Illahi Rabbi. Yang selalu bermujahadah mengamalkan Al Qur'an. Teguh pendirian. Tak kenal henti. Hingga terminal akhir, surga.

Pengorbanan






Apakah dengan memakai sedikit waktu untuk berda'wah, sudah menganggap diri telah melakukan totalitas perjuangan? Padahal para nabi tidaklah menjadikan da'wah ini hanya sekedarnya saja, tetapi sebagaimana dicantumkan dalam Surat Nuh ayat 5,

"....Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam."

Pun dalam surat Al Muzzamil,

"Hai orang yang berkemul, bangunlah lalu berilah peringatan, dan Rabbmu agungkanlah."

Sejak ayat itu turun, sang nabi akhir zaman selalu siaga dalam kehidupan. Bahkan, hingga menjelang ajalnya, Rasulullah tengah menyiapkan peperangan untuk menegakkan Al Haq.

Sang pejuang, tetapi makanannya adalah sebaik-baik makanan, dan pakaiannya adalah sebaik-baik pakaian. Dan dengan tanpa rasa berdosa, asyik menonton sinetron-sinetron cinta dan acara gosip, mendengar lagu-lagu cinta, berghibah, perut kenyang, banyak tidur, dan mengabaikan waktu, lalu berharap mendapatkan syurga?

Sangatlah jauh, bagaikan punduk merindukan rembulan. Alangkah berbedanya dengan yang dicontohkan Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar, Mush'ab bin Umair dan para sahabat yang lainnya. Yang setelah mendapatkan hidayah, mereka justru menjauhi kemewahan hidup. Mereka mampu secara ekonomi, tetapi mereka tidak rela menikmati dunia yang melalaikan.

Seorang pejuang harus memahami jalan mendaki yang akan dilaluinya. Sang Nabi tak pernah tertawa keras apatah lagi terbahak-bahak. Dan hal itu dikarenakan keimanan yang tinggi akan adanya hari akhir, akan adanya surga dan neraka. Ada amanah da'wah yang besar di pundaknya, lantas bagaimana mungkin seorang pejuang akan banyak bercanda?

Imam Syahid Hasan Al Banna memasukkan "keseriusan" atau tidak banyak bergurau sebagai bagian dari 10 wasiatnya. Dan dikisahkan pula bahwa Sholahuddin Al Ayyubi tak pernah tertawa karena Palestina belum terbebaskan.

Keringnya suasana ruhiyah di lingkungan kita, bisa jadi karena di antara kita -saat di luar halaqah- jarang saling bertaushiyah tentang hari akhir. Bahkan sungguh aneh, dapat tertawa dan tidak menyimak ketika Al Quran dibacakan di dalam pembukaan ta'lim. Atau saat kaset murottal diputar, mengobrol tak mengindahkan. Yang mengindikasikan bahwa Al Quran itu baru sampai di tenggorokan saja.

"Akan tiba suatu masa dalam ummat ketika orang membaca Al Qur'an, namun hanya sebatas tenggorokannya saja (tidak masuk ke dalam hatinya)."

(HR. Muslim).

Dimanakah air mata keimanan?

Ya Rabbi, ampunilah kelemahan kami dalam menggusung panji-Mu.


Kederisasi generasi sebaiknya tidak melulu tentang pergerakan dan mengabaikan aspek keimanan. Keimanan harus senantiasa dihembuskan dimana saja karena ia adalah motor penggerak yang hakiki. Iman adalah akar.


20 Muwashofat Sang Pejuang





Setidaknya, ada 20 kriteria yang harus dimiliki pejuang, yang disarikan dari Al Quran dan hadits, yaitu :

1. Aqidahnya bersih (saliimul 'aqiidah)

2. Akhlaknya solid (Matiinul khuluqi)

3. Ibadahnya benar (Shohiihul I'baadah)

4. Tubuhnya sehat dan kuat (Qowiyyul jismi)

5. Pikirannya intelek (Mutsaqqoful fikri)

6. Jiwanya bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi)

7. Mampu berusaha mencari nafkah (Qaadiirun 'alal kasbi)

8. Efisien dalam memanfaatkan waktu (Hariisun 'alal waqti)

9. Bermanfaat bagi orang lain (Naafi'un lighoirihi)

10. Selalu menghindari perkara yang samar-samar
(Ba'iidun 'anisy syubuhat)

11. Senantiasa menjaga dan memelihara lisan (Hifdzul lisaan)

12. Selalu istiqomah dalam kebenaran (istiqoomatun filhaqqi)

13. Senantiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan
(Gaddhul bashor wahifdul hurumat)

14. Lemah lembut dan suka memaafkan (Latiifun wahubbul 'afwi)

15. Benar, jujur dan tegas (Al Haq, Al-amanah-wasyja'ah)

16. Selalu yakin dalam tindakan (Mutayaqqinun fil'amal)

17. Rendah hati (Tawadhu')

18. Berpikir positif dan membangun (Al-fikru wal-bina')

19. Senantiasa siap menolong (Mutanaashirun lighoirihi)

20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir (Asysyidda'u 'alal kuffar)


Penutup





Menjadi pejuang, hendaknya bukanlah angan-angan kita belaka. Menjadi pejuang, memiliki kriteria (muwashofat) yang harus di penuhi. Jangan sampai kita terkena hadits ini,

"Akan datang suatu masa untuk ummatku ketika tidak lagi tersisa dari Al Qur'an kecuali mushafnya dan tidak tersisa Islam kecuali namanya dan mereka tetap saja menyebut diri mereka dengan nama ini meskipun mereka adalah orang yang terjauh darinya."

(Ibnu Babuya, Tsawab ul-A mal).

Pejuang di jalan-Nya hendaknya bukan dari kacamata kita, tetapi dari kacamata Allah Subhanahu wa Ta'ala. Alangkah ruginya bila kita menganggap diri sebagai pejuang, padahal dalam pandangan Allah Subhanahu wa Ta'ala, kita tak ada apa-apanya.

Maka, bersama-sama kita memuhasabahi diri, agar cinta kita kepada-Nya bukan hanya angan semata, agar cinta kita tak bertepuk sebelah tangan. Karena pembuktian cinta haruslah mengikuti dengan keinginan yang dicinta. Jika tidak, maka patut dipertanyakan kebenaran cintanya itu.





Cinta sejati, tidak hanya dimulut dan disimpan di dalam dada saja, tetapi harus dibuktikan, agar SANG KEKASIH percaya bahwa kita mencintai-Nya. Kita mencintai-Nya dan Dia pun mencintai kita.

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya.."

(QS. Al Maidah : 54 - 56).

[ http://www.hudzaifah.org]


~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~*

Bintu Yusof:

BismilLAH, alhamdulilLAH,

segala puja puji hanya layak bagi TUHAN, benar menjadi seorang pejuang ILAHI, penegak panji MARWAN FISABILiLLAH, bukan mudah dan bukan juga perkara entengan, namun ingatlah, ana memetik nukilan nasihat daripada seorang sohabat yang ana hormati dan hargai kerana ALLAH TA'ALA iaitu:

" Maa laa yudraku kulluhu laa yutroku kulluhu = Apa yang kita tak dapat lakukan semua,jangan kita tinggalkan semuanya"

dan tidak lupa juga petikan kata-kata Dr. 'Aidh al Qarni;

"Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu dan untuk berusaha memperbaiki segala yang mampu anda perbaiki".





Fikir-fikirkanlah..
ini juga peringatan buat diri ana sendiri yang ada kalanya disoroti kealpaan, namun syukur alhamdulilLAH, insyaALLAH, dengan izin AR RAHMAN AR RAHIM, tiadalah ketiduran selamanya. Syukur juga atas-NYA bagi pengurniaan teman-teman yang sholih wa sholihah di sekitar, buat ingatan dan pemberi ingatan:

Firman ALLAH Subahanahu wa Ta'ala yang mafhumnya:

"dan tetaplah mberi peringatan, krn ssungguhnya peringatan itu bmanfaat bg org2 berIMAN"

(surah ad dzaariyaat , surah 51 ayat 55)


Akhirul kalam..





Suatu ketika ana pernah sisipkan ia buat seorang sohabat, kini ana tintakan lagi buat semua, moga daripada setinta bicara ia bisa menyimbahi selautan manusia akan manfa'atnya itu, insyaALLAH

"Perhatikanlah, jangan sampai anda termasuk orang-orang yang dikenal oleh para jiran dan sanak saudara anda sebagai ahli kebajikan, seorang sufi, ahli zuhud, lagi ahli ibadah, padahal keadaannya di sisi ALLAH sebaliknya, kerana sesunggunya ALLAH memberi anda balasan hanya menurut apa yang DIA Ketahui dari anda, bukan menurut apa yang DIA Ketahui daripada anda, bukan menurut apa yang dikenal oleh manusia."

(Yahya B. Mu'az)

WalLAHU TA'ALA ALAM.


Moga ada khairnya, insyaALLAH.

Ismihni 'ala kulli hal,

Bersama do'akan kesejahteraan dan kejayaan serta keamanan buat UMMAH!InsyaALLAH, amiin.

Wassalamu bilkhair ajma'in.


al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
15 Jumada al Akhirah 1427H(Sls)
TRC, Downtown, Auckland, NEW ZEALAND.

Saturday, July 08, 2006

Lebih baik DIAM daripada BERBICARA

.



Indah benar penghidupan Muslimin Muslimat dalam bermasyarakat, kerana kita memilki keistimewaan yang
khas
iaitu adanya sifat kasih sayang dan persaudaraan.

Nur kasih sayang, kasih sesama Muslim bersaudara
yang menghiasi jiwa-jiwa kita, manakala wajah kita pula
dihiasi dengan ukiran senyuman.

Dasar kehidupan sesama Mukmin adalah ikatan
persaudaraan dan tali persahabatan yang baik
.
ALLAH Subahanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud:

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.
Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara
kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap ALLAH, supaya
kamu mendapat rahmat


(Al Hujurat, 49:10)

ALLAH Subahanahu wa Ta’ala mengharamkan atas
kaum Mukminin
untuk melakukan sesuatu yang dapat
menimbulkan permusuhan dan kebencian antara
sesama mereka, sebagaimana firman-NYA dalam Kitabul
Kareem
yang bermaksud:

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran
(meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu
dari mengingat ALLAH dan sembahyang
; maka
berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu
)."


( Al Ma’idah, 5:91)






Dan ALLAH Subahanahu wa Ta’ala memberikan kurnia
kepada hamba-hamba NYA dengan membenihkan rasa
kesatuan dalam hati mereka
. Firman ALLAH Ta’ala
yang bermaksud:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama)
ALLAH
, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah
akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka ALLAH mempersatukan hatimu,
lalu menjadilah kamu karena nikmat ALLAH, orang-orang
yang bersaudara
; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka,
lalu ALLAH menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah
ALLAH menerangkan ayat-ayat-NYA kepadamu, agar kamu
mendapat petunjuk
.”

( Al Imran, 3:103)

Dan ALLAH subhanahu wa ta'ala berfirman pula:

62. Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya
cukuplah ALLAH (menjadi pelindungmu). DIA-lah yang memperkuatmu dengan pertolongan-NYA dan dengan para
Mukmin,
63. dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan)
yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana
.”

(Al Anfal; 8:62-63)


~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


Lebih baik DIAM daripada BERBICARA

Penulisan asal oleh: Admin Jilbab.or.id
Transliterasi dan pengolahan semula penulisan: Bintu Yusof





Peribadi Muslim sejati adalah sewajarnya menjaga lidahnya
sehingga ia tidak menuturkan bicara kata melainkan untuk kebaikan, dan sekiranya berbicara itu sama baiknya dengan
tidak berbicara, maka agama menganjurkan untuk tidak
berbicara
(diam); oleh sebab adakalanya perbincangan yang
halal
dapat berubah menjadi perbincangan yang makruh dan
bahkan boleh merebak menjadi perbincangan yang haram, inilah fenomena yang seringkali terjadi antara manusia, walLAHU’Alam.

Dari Abu Hurairah radiALLAHU anhu, dari Nabi
SholLAHU ‘alaihi wassalam
, baginda s.a.w. bersabda,
yang bermaksud:

Barangsiapa yang berIman kepada ALLAH dan hari Akhir,
maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah
ia diam
.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang telah disepakati keshohihannya itu, dapatlah
difahami bahawa adalah tidak wajar bagi seseorang yang
berIman itu menutur bicara melainkan kata-katanya itu mengandungi kebaikan
, iaitu perbicaraan yang boleh
mendatangkan kebaikan. Oleh sebab itu, sekiranya timbul
keraguan atau seseorang itu merasa ragu-ragu tentang
ada atau tidak kebaikan pada apa yang akan diucap
-kannya maka hendaklah ia tidak berbicara
(lebih elok diam).





Orang yang berIman kepada ALLAH Subahanahu wa Ta’ala semestinya/ sudah tentu punya rasa takut akan ancaman-NYA, mengharap balasan pahala-NYA, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah-NYA dan meninggalkan larangan-NYA.

Dan sedari serta ingatilah, yang terpenting dari semuanya itu
adalah bagaimana mengedalikan gerak-geri seluruh anggota badannya
, kerana kelak dia akan diminta bertanggungjawab atas
perbuatan semua anggota badannya, sebagaimana firman ALLAH
Ta’ala
yang bermaksud:

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu
akan diminta pertanggungan jawabnya
.”

(Al Isra’, : 17:36)

Saudara saudari seaqeedah yang dihormati sekalian,

Hakikinya, bahaya lisan itu sangat banyak. RasululLAH sholLAHU ‘alaihi wassalam bersabda yang membawa maksud:

Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana
tidak dapat mengendalikan lidahnya
.”

(HR Tirmidzi)

Baginda s.a.w. juga bersabda, yang maksudnya:

Setiap ucapan anak Adam menjadi tanggungjawabnya,
kecuali menyebut nama ALLAH, menyuruh berbuat ma’ruf
dan mencegah kemungkaran
.”

(HR Tirmidzi)





Barangsiapa yang memahami akan hal ini dan berIman kepada ALLAH S.W.T. dengan keIMANan yang sebenar-benarnya,
maka ALLAH Ta’ala akan memelihara lidahnya sehingga
dia tidak akan berkata-kata melainkan perkataan yang
baik-baik atau berdiam
.

Akhirul kalam..nasihat daripada Al Imam Syafi’e yang mengatakan:

Jika seseorang akan berbicara hendaklah ia berfikir sebelum menuturkan bicara. Jika yang diucapkannnya itu mengandungi kebaikan maka ucapkanlah, namun jika ia merasa ragu-ragu (tentang ada atau tidak kebaikan pada apa yang akan diucapkan itu) maka hendaklah ia tidak berbicara sehingga ia yakin bahawa apa yang akan diucapkan itu mengandungi kebaikan.”

WalLAHU TA’ALA ‘ALAM.





Sebarang kekurangan, kesilap salahan dan kelemahan dalam penulisan, kemaafan saya pohon kehadrat TUHAN, moga dikaruniakan
petunjuk oleh ROBBI, tak lupa kemaafan pada kalian yang membaca, segeralah perbetuli dan maklumi diri nan lemah ini, semoga ALLAH mengganjari usaha murnimu, insyaALLAH.

Saamih ni ‘ala kulli hal , Moga kesejahteraan dan kejayaan
milik UMMAH!

Wassalamu’alaykum warahmatulLAHI wabarakatuh
.


al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
12 Jumada Al Akhirah 1427H
The Railway Campus (TRC), NZ.



~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~

Maraji' penulisan asal dan kemaskini:



1. Abdul Malik Abdul Qosim, “Bagaimana Menjaga Hati”,
Darul Haq
2. Ibnu Daqiq Al 'ied, “Syarah Hadits Arbain”,
Media Hidayah
3. Al Quran digital versi 2.1. oleh team penyusun Achmad Fahrudin, Mohammad Mukhlis Kamal, Wheny Abdurrahman etc. (Freeware © Hak cipta hanya milik Allah swt.)

Bagaimana Wanita Memilih dan Dipilih Suami

.
Bintu Yusof:

BismilLAH, alhamdulilLAH..

ISLAM
tidak sesekali melarang sesuatu yang bermanfa’at bagi penganutnya, tetapi ia menyusun aturan terbaik bagi kita.

CINTA KASIH dalam ISLAM mempunyai bahagian-bahagian yang ‘Aadalah (adil) antara Sang Pencipta dan makhluk ciptaan-NYA, insan dengan insan, bahkan jua perkisaran individu dengan masyarakat.

Hanya…
Apabila CINTA KASIH itu terkeluar daripada aturan yang ditetapkan oleh-NYA,
Akibatnya, BUKAN CINTA KASIH yang diraih sebaliknya LELEHAN DERITA..sengsara pula jadinya..walLAHU A’LAM.


~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~* ~*

Bagaimana Wanita Memilih dan Dipilih Suami



Karya asal oleh : Ummu Abdillah
Sumber: http://jilbab.or.id/index.php?option=content&task=view&id=94
Trasliterasi bahasa dan pengemaskinian isi penulisan: Bintu Yusof

~*

Pernikahan atau menikah bukanlah satu perkara yang asing dan bukan lagi sesuatu yang memayahkan keadaan dalam konteks hari ini.

ISLAM
telah melampirkan tata cara penyelesaian dan adab-adab nan indah bagi penyempurnaan niat murni ini bagi Muslim Muslimat. Persoalannya kini bagaimana seharusnya ia?

Dalam risalahnya, “Penghargaan ISLAM terhadap Wanita” terjemahan Takrimul Mar’atu fil ISLAM oleh Muhammad bin Jamil Zainu, Syaikh telah menulis banyak bersangkutan hal ini, dan di antara beberapa nasihat yang diusulkan ialah:

(*Publikasi oleh Pustaka Mantiq, 1996)





1. Jangan kaumemandang kepada harta, kedudukan, keindahan paras rupa, tetapi pilihlah yang ta’at pada agama.

RasululLAH shollaLAHU ‘alaihi sallam bersabda:

Sekiranya datang kepadamu seorang pemuda yang meminangmu yang mana kausenangi agama dan akhlaqnya, maka terimalah. Sekiranya tidak, ia bisa menjadi fitnah di atas bumi dan kerosakan yang besar

(HR Tirmidzni dan selainnya)

2. Sekiranya dicintai oleh suami yang ta’at beragama, maka dia akan menjadi pendorong dalam hal agama dan duniamu.

3. Sekiranya dirimu tidak dicintai, maka minimalnya dia tidak membencimu, mendzalimi dirimu, dan menghinamu, kerana dia akan ber’amal sebagaimana yang disabdakan baginda s.a.w.:

Dilarang seorang Mukmin menghina Mukminah (isterinya), sekiranya dia tidak menyenangi sesuatu, maka akan menyukai yang lain.”

(HR.Muslim)





4. Suami yang ta’at pada agama akan menjadi pemandu dalam mendidik anak-anak dan memelihara keluarga dengan pendidikan agama ISLAM yang shohihah.

5. Maka ISLAM akan menjadi pedoman asas kehidupan dan kayu ukuran hukum mereka, dan akan berhasil mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

6. Suami yang ta’at pada agama akan menasihatimu (si isteri) apabila engkau dalam kekeliruan dan ia akan membantu memberikan kejelasan tentang kebenaran, maka terimalah dia.





7. Bagi suami yang Muslim, maka pilihannya isteri yang Sholihah yang berpegang teguh kepada agama, yang bisa menjaga rumah tangga mereka dan keluarga dari sebarang bahana kerosakan. Dan ia setia menjaga hak suaminya; menurut sabda RasululLAH s.a.w.

Dikahwini wanita kerana empat hal: (1) hartanya, (2) keturunannya, (3) kecantikannya, (4) agamanya, maka pilihlah yang ta’at beragama, kerana akan sejahtera hidupnya

(Muttafaq ‘alaih)

Dan, hidayah Nabawiyyah bagi suami isteri, bahawa yang penting adalah ‘amalnya, bukan parasnya, sebagaimana sabda baginda s.a.w.:

Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa kalian, atau keturunan kalian, akan tetapi IA melihat hati dan ‘amal kalian”.

(HR Muslim).





*Moga ada khairnya, insyaALLAH. Saamih ni ‘ala kulli hal, bersama do’akan kejayaan dan kesejahteraan buat Ummah serta usahakan kebaikan bukan sahaja buat diri bahkan semua, walLAHU Musta’an.

Wassalamu bilkhair ajma’in.


al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
12 Jumada Al Akhirah 1427H
The Railway Campus (TRC), NZ.

Tuesday, July 04, 2006

:: LIFE ::

.



Life..
An endless journey..
The journey I make in life is long and hard.
The journey which has its crossroads…when I get to them,
I have to decide on which road to take, what path to make and what’s down on that road.

Life..
A journey that I must make, has many obstacles, many detours, many signs.
There are times when I see signs, but never heed its warnings,
I see the detours in life, but seem to stray the other way.



Indeed,
Life is rough and so is this journey that I am making...
Away from my loved ones.. with one ultimate aim..
Venturing the treasure of knowledge in a new place.. away from home.


This journey I make, has its trail of tears and its path of happiness.
When choosing a path, I must follow it to the end, to the end of its road,
Which is my destiny in life, that’s when another chapter of my life begins..

And Life
my journey of life..
.. as a humble servant of ALLAH,
I strongly believe.. verily, only ALLAH Ta'ala Knows BEST!

p/s:

BismilLAH, alhamdulilLAH,
assalamu’alaykum warahmatulLAHI TA’ALA wabarakatuh,


To my dearest brothers and sisters of ISLAM,
thanks to ALLAH S.W.T. by His will, finally I’m back at my residential after joining chains of programs out of Auckland City along this while.




Dear brothers and sisters of ISLAM,
(*including visitors to any of my weblogs, websites and any other links of mine on the net)

Sorry to say that, after this I might not be able to go online as frequent as before, though my university holiday’ll end by 16th of July, which means about 2 weeks to go, but I just received mails from university to be involved in another recent research project ( I might consider it first..walLAHU'ALAM). In others words, my holiday schedule might be packed, but insyaALLAH whenever there’s a space of time, I’ll try my best to update my weblogs and other sites and links of mine, walLAHU Musta’an. And insyaALLAH, I’ll come out with a brief journal writing regarding my experiences to be shared among us all whom I appreciated because of ALLAH; insyaALLAH I’ll publish it in “Bintu Yusof Webjournal” enclose with some pictures in times to come, walLAHU Ta’ala ‘Alam.

Forgive me and thanks a lot for everything and anything, may ALLAH rewards your kindness, insyaALLAH.



Akhirul kalam..
May ALLAH (Subhanahu wa TA’ALA) purify for us our intentions, increase our wisdom and knowledge, and grant us the good from His endless bounty both in this life and the hereafter.. ameen.

Saamih ni ‘ala kulli hal.

May ALLAH S.W.T. bless the Ummah and grant Peace to the World! WalLAHU Musta’an.

Wassalamu bilkhair ajma’in.

A humble servant of ALLAH,
Bintu Haji Yusof,
8 Jumada al Akhirah 1427H (Tue)
TRC, Downtown, Auckland, NZ.
Powered by ClockBot.com }