~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~: November 2006

~* Perantau Akhirah, Musafir Perjuangan *~

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, alhamdulillah, syukur ana rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka ana telah dapat membangunkan sebuah laman sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Semoga usaha ana ini akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amiin. Salam Ukhwah wa Mahabbah Islamiah daripada ana 'the daughter of Haji Yusof' buat antum sekalian. Yarhamkumullah! ISLAM NO.1 kini dan selama-lamanya, insyaALLAH. ALLAHUAKBAR 3X! Wassalam wbt.

Monday, November 27, 2006

Saudaraku, Tinggalkanlah Dusta

Saudaraku, Tinggalkanlah Dusta



Sumber asal: Majalah As-Sunnah Edisi 09
/Th III/1419H-1999 M

Edit, translasi&olah kembali: Bintu Yusof

BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu
‘ala RasulilLAH Sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam
.

Assalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala
wabarokaatuh
,

AlhamdulilLAH, biiznilLAH, pada tika dan sa’at ini
saya dikaruniakan keluwesan dan keberadaan untuk meneruskan
hajat dan cita-cita saya agar terus-terusan tebar kongsikan
rerawan ilmiah
sesama saudara/ri seaqeedah selagi hayat
di kandung badan. Moga pengongsian ini juga yang lepas
mahupun yang akan datang, ada kebaikannya dan sebarang
kelemahan waima kesilap salahan, kemaafan saya pohon
dan mohon teguri dan perbetulilah saya
, seorang hamba
ALLAH Subahanahu wa Ta’ala
, yang masih banyak
kekurangan
dan insyaALLAH akan belajar dan terus
belajar
kerana-NYA. YarhamkumulLAH!

BismilLAH..

Saudara/ri seaqeedah yang dirahmati ALLAH,

Di antara sebab yang paling banyak menjerumuskan
anak Adam ke lembah kemaksiatan adalah kerana
mereka tidak menjaga dua hal iaitu lidah dan
kemaluannya. Sehingga baginda RasululLAH Sholla
ALLAHu ‘alaihi wassalam
bersabda, yang maksudnya:

''Barangsiapa yang mampu menjaga apa yang
terdapat di antara dua janggutnya dan apa yang
ada di antara dua kakinya, maka aku jamin akan
masuk surga.''


(Muttafaq alaih, dari Sahl bin Sa'ad).


Kemaksiatan yang ditimbulkan dari kemaluan
adalah zina
, manakala kemaksiatan yang ditimbulkan
oleh lisan pula adalah dusta.

InsyaALLAH, fokus perbincangan kali ini
akan kita tumpukan pada perkara yang kedua, iaitu
bahaya lisan yang jika tiada hati-hati dan
diaruh pula hati yang kurang keikhlasan
dalam diri maka bisa lencong ia kepada satu bahana
yakni DUSTA.

Saudara/ri yang diberkati ALLAH,



Terkadang dengan lisannya seseorang mudah
mengucapkan kata-kata
tanpa dipertimbangkan dan
difikirkan ia secara lanjut (sama ada kesan jangka pendek
atau panjang, kesan pada penutur dan yang ditutur apatah
lagi yang mendengarkan dsb), sehingga kelak ia dapat
menimbulkan fitnah dan kemudharatan
yang banyak baik bagi dirinya mahupun bagi
orang lain.


Oleh kerana itu jelaslah bahawa di antara keselamatan
seorang hamba adalah bergantung pada
penjagaannya terhadap lisannya
. Nabi shollALLAHu
alaihi wa salam
sendiri pernah menasihati 'Uqbah
bin Amir
ketika dia bertanya tentang keselamatan,
lalu baginda bersabda yang maksudnya:

''Peliharalah lidahmu, betahlah tinggal di rumahmu
dan tangisilah dosa-dosamu.''


(HR Tirmidzi, hadits hasan).


Termasuk penyimpangan yang nyata dan
banyak terjadi
dalam masyarakat kita sekarang ini
adalah melakukan dusta, baik dalam ucapan mahupun
perbuatan
, baik dalam urusan menjual mahupun
urusan membeli
, dalam sumpah dan perjanjian,
bahkan lebih malang lagi apabila menggunakan dusta
sebagai bumbu dakwah dan menjatuhkan orang
kerana kedengkian.

Hati-hatilah! Sesungguhnya, kemudharatan yang lebih
besar boleh terjadi apabila bahaya dusta ini tidak lagi
dipedulikan
orang awam hatta yang ‘alim, mad’u
mahupun da’ienya
, sehingga masalah dusta ini menjadi
kebiasaan yang membudaya dan seolah-olah sukar
untuk ditinggalkan. Na'udzubillah min dzalik.


Hakikinya, urusan dusta adalah termasuk hal yang
berbahaya
, kerana ia termasuk urusan haram yang
menyebabkan pelakunya terjerumus dalam neraka.
RasululLLAH shalALLAHu alaihi wa salam bersabda,
yang bermaksud:

''Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada
kekejian dan kekejian itu menuntun ke dalam
neraka. Tidak henti-hentinya seseorang itu
berdusta dan membiasakan diri dalam dusta,
sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta”


(muttafaqun 'alaih).


Saudara/ri yang dihormati,



Sedarilah yang bahawasanya dusta itu mempunyai
beberapa pengaruh buruk
, yang seandainya hal ini
disedari oleh para pendusta pasti mereka akan meninggalkan kebiasaan dustanya dan akan kembali bertaubat
kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.


Sebahagian daripada pengaruh buruk itu adalah:


1. Menyebarkan keraguan kepada dan di antara
manusia


Keraguan ertinya bimbang dan resah. Ini bererti seorang
pendusta selamanya menjadi sumber keresahan
dan keraguan
, serta menjatuhkan ketenangan
pada orang yang jujur
. Bersabda RasuluLLah
sholALLAHu alaihi wa salam
, yang maksudnya:

''Tinggalkanlah apa-apa yang membuatmu
ragu dan ambil apa-apa yang tidak meragukanmu,
kerana sesungguhnya kejujuran itu adalah
ketenangan dan dusta itu adalah keresahan.''


(HR Tirmidzi, An Nasai, dan lainnya).



2. Terjerumusnya seseorang ke dalam salah
satu tanda munafik


RasuluLLAH shalALLAHu alaihi wa salam
bersabda, yang bermaksud:

''Ada empat hal, barangsiapa yang memiliki semuanya,
maka dia munafik sejati. Dan barangsiapa memiliki
salah satu di antaranya, bererti dia mempunyai
satu jenis sifat munafik hingga dia meninggalkannya.
Iaitu bila diberi amanat dia khianat, bila berkata
dia dusta, bila berjanji dia mengingkari, dan jika
berselisih dia berkata kotor.''


(Muttafaqun 'alaih).


Sebagaimana diketahui, bahawa orang munafik akan
menempati kerak neraka yang paling bawah
. Sebutan
munafik adalah sebutan yang amat berat, maka mengapa kita
berani berdusta dan mempertahankannya padahal ia hanya akan menghantarkan kita kepada kedudukan yang buruk
lagi menghinakan.


3. Hilangnya kepercayaan

Sesungguhnya selama dusta menyebar dalam kehidupan
masyarakat, maka hal itu akan menghilangkan
kepercayaan di kalangan kaum Muslimin
,
memutuskan jalinan kasih sayang di
antara mereka, sehingga menyebabkan
tercegahnya kebaikan
dan menjadi penghalang
sampainya kebaikan kepada orang yang berhak
menerimanya
.





4. Memutarbalikkan kebenaran

Di antara pengaruh buruk dusta adalah memutarbalikkan
kebenaran dan membawa berita yang berlainan
dengan fakta, lebih-lebih dilakukan dengan tanpa mencari kejelasan atau tabayyun (pemeriksaan/ checking)
yang disyariatkan
. Hal ini dilakukan kerana para pendusta
suka merubah kebatilan menjadi kebenaran dan
kebenaran menjadi kebatilan
dalam pandangan
manusia. Sebagaimana para pendusta pun suka menghias-hiasi
keburukan sehingga tampak baik dan memburuk-burukkan
yang baik sehingga berubah menjadi buruk. AstaghfirulLAH,
inilah perniagaan para pendusta yang terurai rapi dan mahal
harganya menurut pandangan mereka.

Dan apa saja yang mereka katakan tentang keburukan seseorang,
dan apapun pengaruhnya, maka hati-hatilah terhadap
mereka, baik yang anda baca dari mereka ataupun
yang anda dengar.


AWAS! Sedarilah firman ALLAH Ta'ala yang bermaksud:

“… maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang
-orang yang dusta”


(Al Ankabut; 29:3)



5. Pengaruh dusta terhadap anggota badan

Dusta menjalar dari hati ke lidah, maka rosaklah
lidah
itu, lalu menjalar ke anggota badan, maka
rosaklah amal perbuatannya sebagaimana rosaknya
lidah dalam berbicara. Maka jika ALLAH Subahanahu
wa Ta'ala
tidak memberikan kesembuhan dalam kejujuran
kepada para pendusta itu maka semakin rosaklah mereka
dan akhirnya menjerumuskan mereka ke arah
kehancuran
.

RasuluLLAH shalALLAHu alaihi wa salam
bersabda, yang maksudnya:

''Sesungguhnya kejujuran itu menuntun
kepada kebajikan, sedangkan dusta menuntun
kepada kedurhakaan.''


(Muttafaq 'alaih).


WalLAHU Ta’ala ‘ALAM.


Demikianlah, itulah sebahagian kecil dari akibat buruk dusta;
yang semuanya itu merupakan akibat yang terasa di dunia
ini
, dan sesungguhnya balasan yang menanti bagi pendusta
adalah lebih dahsyat dan mengerikan lagi di sisi
ALLAH Ta’ala
.

AstaghfirulLAH..betapa para pendusta akan berjalan
di atas jalan yang menuju neraka, kerana dengan berdusta
bererti ia akan membuka pelbagai pintu keburukan
lainnya
. RasuluLLAH shalALLAHu alaih wa salam
bersabda, bermaksud:

''Sesungguhnya dusta itu menuju kepada kekejian
dan kekejian menuntun ke neraka, seseorang terus
menerus berdusta sehingga dicatat di sisi ALLAH
sebagai pendusta.''


(muttafaq 'alaih)


Saudara/ri yang dikasihi kerana ALLAH,



Untuk itu, ambil perhatilah, sedari dan berhati-hatilah
akan bahaya dusta
sehingga takut untuk melakukannya
dan mohon pada ALLAH Ta’ala agar dijauhi daripada
yang sedemikian itu. InsyaALLAH, antara cara yang boleh
membantu kita untuk darinya adalah:

1. Tidak bergaul dengan para pendusta dan mencari teman
yang Sholeh lagi jujur.


2. Mempunyai keyakinan yang mantap akan bahaya yang
ditimbulkan ‘dusta’ baik di dunia mahupun di akhirat.

3. Melatih hati dan lisan untuk selalu berkata
dan berbuat jujur
.

4. Selalu aktif mengkaji Al-Quran dan mengamalkannya.


Semoga ALLAH Subahanu wa Ta’ala menganugerahkan
kejujuran kepada kita
semua dalam ucapan mahupun
perbuatan, insyaALLAH, amiin.




Akhirul kalam..ayuh sama-sama kita usaha
dan do’akan kesejahteraan dan kejayaan
baik
dalam urusan perjuangan waima penghidupan bukan sahaja
untuk diri, famili bahkan UMMAH, agar ISLAM terus
MUMTAZ fi ardhilLAH, insyaALLAH, amiin.


ALLAHUMMA a’iz ISLAM wa AL MUSLIMUN!
ALLAHU AKHBAR 3x!!!

Saamihni ‘ala kulli hal, hadanaLLAHu Ta’ala
wa iyyakum ajma’in, wa bilLAHI tawfiq wa al hidayah wassalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala
wabarokaatuh.



al faqiirah ila ALLAH Ta’ala,

Bintu Yusof,
6 Dzul Qaedah 1427H,
Darul IMAN, Malaysia.



p/s: Buat adik-adik yang sedang berjuang dalam medan
peperiksaan SPM, ma'a tawfiq wa an najjah diucapkan, insyaALLAH sama-sama usaha dan do'akan yang
terbaik milik semua, amiin.
Manakala bagi adik-adik
serta sohabat sohabiah yang pulang bercuti waima yang
selamat kembali meneruskan perjuangan di tanah
air, moga thabat, ikhlas kita pada ALLAH dalam
segenap urusan, DIA bantu kita,
walLAHU Musta'an.





Tuesday, November 14, 2006

Permisalan Wanita yang Baik Bagi Insan BerIMAN

.

Penulis asal: Al-Ustadzah Ummu Ishaq Zulfa
Husein Al-Atsariyyah

Tarikh publikasi: 9 April 2006, 09:22:29
Sumber: Asy Syariah.com, Kolum Sakinah
Translasi bahasa & Olah kembali: Bintu Yusof

BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu
‘ala RasulilLAH Sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam




AlhamdulilLAH,
sungguh MAHA BIJAKSANA ALLAH Subahanahu
wa Ta’ala
, betapa di dalam kitab AL QURAN, telah
dimaktubkan oleh-NYA akan kisah dua wanita SHOLIHAH
yang keIMANan mereka benar-benar tertancap kukuh di
relung qalbu kedua-dua Muslimah Mukminah ini.
Merekalah Asiyah bintu Muzahim, isteri Fir’aun
dan Maryam bintu ‘Imran.

MasyaALLAH,
saudara/ri seaqeedah yang kehormat sekalian, kisah kedua
-dua Muslimah Mukminah
ini terukir dengan begitu indah
sekali di dalam Al Quran dan saya yakin insyaALLAH
mereka ini merupakan susuk kepribadian yang perlu
diteladani wanita Muslimah sa’at ini
, walLAHU Ta’ala
‘Alam.


ALLAH Subahanahu wa Ta'ala berfirman dalam
Kitab-NYA yang mulia:



"Dan ALLAH membuat istri Fir’aun sebagai perumpamaan
bagi orang-orang yang berIman, ketika istri Fir’aun
berkata: “Wahai ROBB-ku, bangunkanlah untukku di
sisi-MU sebuah rumah dalam syurga. Dan selamatkanlah
aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku
dari kaum yang dzalim.” (Perumpamaan yang lain bagi
orang-orang berIman adalah) Maryam putri Imran yang
memelihara kehormatannya, maka KAMI tiupkan ke
dalam rahimnya sebagian dari ruh (ciptaan) KAMI,
dan dia membenarkan kalimat-kalimat ROBB-nya
dan kitab-kitab-NYA, dan adalah dia termasuk orang
-orang yang taat
."

(At-Tahrim; 66:11-12)



Saudara saudari yang dikasihi ALLAH,

Asiyah bintu Muzahim, istri Fir’aun, dan Maryam
bintu ‘Imran
adalah dua wanita yang kisah mereka
terukir indah dalam al Quran. Ayat-ayat ROBB Yang
Maha Tinggi
menuturkan kesholihan kedua-dua mereka
dan mempersaksikan keImanan yang berakar kukuh dalam
relung qalbu
kedua-duanya. MasyaALLAH, betapa manis
dalam sebutan dan ingatan, Asiyah dan Maryam adalah
dua daripada sekalian qudwah (teladan) bagi wanita-wanita
yang berIman kepada ALLAH Subahanahu wa Ta’ala

dan uswah hasanah bagi isteri kaum Mukminun.


Al Imam Ath Thabari rahumahulLAHu berkata dalam
kitab tafsirnya:

ALLAH Yang Maha Tinggi berfirman bahawasanya
DIA membuat permisalan bagi orang-orang yang
membenarkan ALLAH dan mentauhidkan-NYA, dengan
isteri Fir’aun yang berIMAN kepada ALLAH, mentauhid
kan-NYA, dan membenarkan RasululLAH Musa ‘alaihissalam.
Sementara wanita ini di bawah penguasaan suami yang kafir,
satu dari sekian musuh ALLAH. Namun kekafiran suaminya
itu tidak memudharatkannya, kerana ia tetap beriman kepada
ALLAH. Sementara, termasuk ketetapan ALLAH kepada
makhluk-NYA adalah seseorang tidaklah dibebani dosa
orang lain (tapi masing-masing membawa dosanya sendiri 1)
, dan setiap jiwa mendapatkan apa yang ia usahakan
.”

(Jami’ul Bayan fi Ta`wilil Qur`an/ Tafsir
Ath-Thabari, 12/162)



Saudara saudari nan budiman,
Sungguh, pada diri Asiyah dan Maryam, ada permisalan
yang indah bagi para isteri
yang mengharapkan perjumpaan
dengan ALLAH Subahanahu wa Ta'ala dan hari Akhir.
Kedua-duanya dijadikan contoh untuk mendorong kaum
Mukminin dan Mukminat agar berpegang teguh dengan
ketaatan dan kokoh di atas agama.

(Al-Jami’ li Ahkamil Qur`an/ Tafsir Al-Qurthubi,
9/132)





Seorang isteri yang Sholihah, ia akan bersabar dengan
kekurangan yang ada pada suaminya dan sabar dengan
kesulitan hidup bersama suaminya. Tidaklah ia mudah
berkeluh kesah
di hadapan suaminya atau mengeluhkan
suaminya
kepada orang lain, apalagi mengghibah suami,
menceritakan aib/ cacat dan kekurangan sang suami.
Bagaimana pun kekurangan suaminya dan kesempitan
hidup bersamanya, ia tetap bersyukur di sela-sela
kekurangan dan kesempitan tersebut,
kerana ALLAH
Subhanahu wa Ta'ala memilihkan lelaki Muslim yang
beriman kepada ALLAH dan hari akhir sebagai pendamping
hidupnya.


Dan tidak memberinya suami seperti suami Asiyah
bintu Muzahim
yang sangat kafir kepada ALLAH
Subahanahu wa Ta'ala
dan berbuat aniaya terhadap isteri
sendiri hanya kerana ia beriman kepada ALLAH dan
Rasul-NYA melainkan sebagai satu ujian untuk menilai
permata Sholihah yang tulen, walLAHU ‘ALA ‘AL
AM.



Tersebutlah, ketika sang durjana yang bergelar Fir’aun itu
mengetahui keImanan Asiyah isterinya, ia keluar menemui
kaumnya lalu bertanya:

Apa yang kalian ketahui tentang Asiyah bintu Muzahim?”

Merekapun memujinya.

Fir’aun berkata: “Ia menyembah TUHAN selain aku.”

Mereka berkata: “Kalau begitu, bunuhlah dia.”

Maka Fir’aun membuat pasak-pasak untuk isterinya, kemudian
mengikat kedua tangan dan kedua kaki isterinya itu, seterusnya
menyiksanya di bawah terik matahari. Apabila Fir’aun berlalu
darinya, para malaikat menaungi Asiyah dengan sayap-sayap
mereka.


Asiyah berdoa:

Wahai ROBB-ku, bangunkanlah untukku di sisi-MU sebuah
rumah di dalam surga
.”



ALLAH Subhanahu wa Ta'ala pun mengabulkan doa Asiyah
dengan membangunkan sebuah rumah di syurga untuknya.
Dan rumah itu diperlihatkan kepada Asiyah, maka ia pun
tertawa. Tatkala itu, Fir’aun datang. Melihat Asiyah tertawa,
Fir’aun berkata kehairanan:

Tidakkah kalian hairan dengan kegilaan Asiyah? Kita siksa
dia, sebaliknya dia tertawa
.”

Menghadapi beratnya siksaan Fir’aun, hati Asiyah tidak lari
untuk berharap kepada makh
luq. Sebaliknya tetap kukuh mengharap
belas kasih dan pertolongan dari Penguasa makhluq, ALLAH
Subahanahu wa Ta'ala.
Ia berdoa agar diselamatkan dari siksaan
yang ditimpakan Fir’aun dan kaumnya
serta tidak lupa
memohon agar diselamatkan dari melakukan kekufuran
sebagaimana yang diperbuat Fir’aun dan kaumnya
.2 Akhir dari
semua derita dunia itu, berhujung dengan dicabutnya ruh Asiyah
untuk menemui janji ALLAH Subahanahu wa Ta'ala.3


Saudara saudari yang diberkati ALLAH,

Isteri yang Sholihah akan menjaga dirinya dari perbuatan keji
dan segala hal yang mengarah ke sana. Sehingga ia tidak
keluar rumah kecuali
kerana darurat, dengan izin suaminya.
Sekiranya ia keluar rumah, ia akan memperhatikan adab-adab
syar‘ie
. Dia menjaga diri dari bercampur baur apalagi khalwat
(bersepi-sepian/ berdua-duaan) dengan laki-laki yang bukan
mahramnya. Ia tidak berbicara dengan lelaki ajnabi
(bukan mahram) kecuali kerana terpaksa dengan tidak
melembut-lembutkan suara. Dan ia tidak melepas pandangannya
dengan melihat apa yang diharamkan ALLAH Subhanahu
wa Ta'ala
. Ia ingat bagaimana ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
sangat memuji Maryam yang sangat begitu rapi menjaga
kesucian diri
, sehingga ketika dikhabarkan oleh Jibril yang
ia bakal mengandung seorang anak yang kelak menjadi rasul
pilihan ALLAH, Maryam berkata dengan hairan:



Mariam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan
beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh
oleh seorang lelaki pun dan aku pula bukan perempuan j
ahat?"

(Maryam; 19:20)

Wanita Sholihah memiliki ketekunan mengingati ALLAH
sebagaimana keImanan tekunnya Maryam kepada ALLAH
dalam beribadah, sehingga ALLAH Subhanahu wa Ta'ala
memilihnya dan mengutamakannya di atas seluruh wanita.



"Ingatlah ketika malaikat Jibril berkata: “Wahai Maryam,
sesungguhnya Allah telah memilihmu, mensucikan dan
melebihkanmu di atas segenap wanita di alam ini.
Wahai Mariam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu
dan mensucikanmu dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan)
melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman
denganmu
).”

(Aali ‘Imran; 3:42)




RasuluLLAH Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah
bersabda

حَسْبُكَ مِنْ نِسَاءِ الْعَالَمِيْنَ:
مَرْيَمُ ابْنَةُ عِمْرَانَ وَخَدِيْجَةُ بِنْتَ خُوَيْلِدٍ
وَفَاطِمَةُ بِنْتُ مُحَمَّدٍ وَآسِيَةُ امْرَأَةُ فِرْعَوْنَ


Cukup bagimu dari segenap wanita di alam ini (empat wanita,
yaitu:) Maryam putri Imran, Khadijah bintu Khuwailid,
Fathimah bintu Muhammad, dan Asiyah istri Fir’aun
.”4

Yakni cukup bagimu untuk sampai kepada martabat orang
-orang yang sempurna dengan mencontohi keempat-empat
wanita
tersebut, menyebut kebaikan-kebaikan mereka,
kezuhudan mereka terhadap kehidupan dunia, dan
tertujunya hati mereka kepada kehidupan akhirat.

Kata Ath-Thibi, cukup bagimu dengan mengetahui/
mengenal keutamaan mer
eka dari mengenal seluruh
wanita.

(Tuhfatul Ahwadzi, kitab Al-Manaqib)




Baginda ShallaLLAHu 'alaihi wa sallam juga bersabda
memuji Asiyah dan Maryam 5:

كَمُلَ مِنَ الرِّجَالِ كَثِيْرٌ،
وَلَمْ يَكْمُلْ مِنَ النِّسَاءِ
إِلاَّ آسِيَةُ امْرَأُةُ فِرْعَوْنَ وَمَرْيَمُ ابْتَةُ عِمْرَانَ،
وَإِنَّ فَضْلَ عَائِشَةَ عَلى النِّسَاءِ
كَفَضْلِ الثَّرِيْدِ عَلى سَائِرِ الطَّعَامِ


Orang yang sempurna dari kalangan lelaki itu banyak,
namun tidak ada yang sempurna dari kalangan wanita
kecuali Asiyah istri Fir’aun dan Maryam putri Imran.
Sungguh keutamaan ‘Aisyah bila dibanding para wanita
selainnya seperti kelebihan tsarid6 di atas seluruh
makanan
.”7

Di antara keutamaan Asiyah adalah ia memilih dibunuh
daripada mendapatkan (kenikmatan berupa) kerajaan
(kerana suaminya seorang raja). Dan ia memilih azab/
siksaan di dunia
daripada mendapatkan kenikmatan yang
di istana sang suami yang dzalim. Ternyata firasatnya
tentang Musa kepada Fir’aun saat mengutarakan keinginannya
untuk menjadikan Musa 'alaihissalam sebagai anak
angkatnya, ada benar dan terbaik buatnya:

قُرَةُ عَيْنٍ لِي

(agar ia menjadi penyejuk mata bagiku).8

(Fathul Bari 6/544)





Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahuLLAHu berkata:

Ayat-ayat ini (surat At-Tahrim ayat 10-12) mengandung
tiga permisalan, satu untuk orang-orang kafir dan dua
permisalan lagi untuk kaum Mukminin
.”

Setelah beliau menyebutkan permisalan bagi orang kafir,
selanjutnya beliau berkata:

Adapun dua permisalan bagi orang-orang beriman,
salah satunya adalah isteri Fir’aun
.

Sisi permisalannya:
Hubungan seorang Mukmin dengan seorang kafir tidaklah
bermudharat bagi si Mukmin sedikitpun, apabila si Mukmin
memisahkan diri dari orang kafir tersebut dalam kekafiran
dan amalannya. Oleh sebab maksiat yang diperbuat orang
lain sama sekali tidak akan berbahaya bagi seorang
Mukmin yang taat di akhiratnya kelak,
walaupun
mungkin ketika di dunia ia mendapatkan kemudharatan
dengan sebab hukuman yang dihalalkan bagi penduduk
bumi bila mereka menyia-nyiakan perintah ALLAH,
alu hukuman itu datang secara umum (sehingga orang
yang baik pun terkena).

Isteri Fir’aun tidaklah mendapatkan mudharat kerana
hubungannya dengan Fir’aun, padahal Firaun itu adalah
manusia paling kafir. Sebagaimana isteri Nabi Nuh dan
Nabi Luth 'alaihimassalam
tidak mendapatkan kemanfaatan
daripada hubungan keduanya dengan dua utusan ROBB
semesta alam.



Permisalan yang kedua bagi kaum Mukminin adalah
Maryam, seorang wanita yang tidak memiliki suami,
baik dari kalangan orang Mukmin ataupun dari orang
kafir.
Dengan demikian, dalam ayat ini ALLAH
menyebutkan tiga macam wanita:

Pertama:
wanita kafir yang bersuamikan lelaki yang Sholih.9

Kedua:
wanita Sholihah yang bersuamikan lelaki yang kafir.

Ketiga:
gadis perawan yang tidak punya suami dan tidak
pernah berhubungan dengan seorang lelaki
pun.


Jenis yang pertama,
ia tidak mendapatkan manfaat atas hubungannya dengan
suami tersebut
.

Jenis kedua,
ia tidak mendapatkan mudharat atas hubungannya dengan
suami yang kafir
.

Jenis ketiga,
ketiadaan suami tidak bermudharat sedikitpun baginya.





Seterusnya, dalam permisalan-permisalan ini ada rahsia-rahsia
indah
yang sesuai dengan konteks surah (At Tahrim, surah
ke-66
) ini. Perhatikanlah yang surah ini diawali dengan
menyebutkan isteri-isteri Nabi ShallaLLAHu 'alaihi wa
sallam
dan peringatan kepada mereka dari saling membantu
menyusahkan beliau ShallalLLAHu 'alaihi wa sallam 10.
Apabila mereka (isteri-isteri Nabi) itu tidak mahu taat
kepada ALLAH dan Rasul-NYA serta tidak menginginkan
hari Akhirat, nescaya tidak bermanfaat bagi mereka
hubungan mereka dengan RasuluLLAH ShallaLLAHu
'alaihi wa sallam
, sebagaimana isteri nabi Nuh dan isteri
nabi Luth
tidak mendapa manfaat dari hubungan dengan
suami mereka. Oleh sebab itulah di dalam surah ini dibuat
permisalan dengan hubungan nikah 11 bukan hubungan
kekerabatan
.


Yahya bin Salam berkata:

ALLAH membuat permisalan yang pertama untuk
memperingatkan ‘Aisyah dan Hafshah radhiaLLAHu
'anhuma.
Kemudian memberikan permisalan kedua bagi
kedua-duanya untuk menganjurkan mereka agar berpegang
teguh dengan ketaatan
. Selain itu, pelajaran lain yang boleh
diambil ialah dari permisalan yang dibuat untuk kaum
Mukminin dengan Maryam
. Yaitu, Maryam tidak mendapatkan
mudharat sedikit pun di sisi ALLAH dengan tuduhan keji
yang dilemparkan Yahudi dan musuh-musuh ALLAH
terhadapnya
.

Begitu pula sebutan jelek (buruk, jahat, keji)
untuk puteranya, sedangkan ALLAH Subahanahu wa
Ta'ala
mensucikan kedua mereka dari tuduhan tersebut.
Perlakuan jahat dan tuduhan keji yang mereka lontarkan
itu padahal adalah pada seorang ash-Shiddiqah al-Kubra
(wanita yang sangat benar keImanannya, sempurna ilmu
dan amalnya 12
), wanita pilihan di atas segenap wanita di
alam ini. Lelaki yang Sholih (yakni Isa putra Maryam
'alaihissalam) pun tidak mendapat mudharat atas tuduhan
orang-orang fajir dan fasik terhadapnya."





Dalam ayat ini juga ada hiburannya bagi ‘Aisyah Ummul
Mukminin radhiallahu 'anha
(atas tuduhan keji yang ia
terima dari orang-orang munafik), jika surat ini turun
setela
h peristiwa Ifk 13. Adapun bila surah ini turun
selepas peristiwa Ifk
, ia adalah sebagai persiapan bagi
jiwanya untuk menghadapi apa yang dikatakan para
pendusta.


Sebagaimana dalam permisalan dengan isteri nabi Nuh
dan nabi Luth ada peringatan bagi ‘Aisyah dan juga Hafshah

dengan apa yang diperbuat kedua-duanya terhadap Nabi
ShallaLLAHu 'alaihi wa sallam.”


(At-Tafsirul Qayyim, hal. 396-498)

AlhamdulilLAHi Ta’ala,
Demikianlah, saudara saudari seaqeedah yang saya
hargai dan hormati kerana ALLAH Ta’ala, semoga
menjadi teladan dan pelajaran berharga bagi pemupukan
para isteri Sholihah, insyaALLA
H.

Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.





AlhamdulilLAH, seluruh akridetasi saya atribusikan
pada penulis asal karya yang indah dan sholihah ini
iaitu Al-Ustadzah Ummu Ishaq Zulfa Husein Al-Atsariyyah,
moga ALLAH merahmati usaha murninya. AlhamdulilLAH,
biiznilLAH saya ditemukan dengan karya beliau, lantas
diletakkan separas dengan koleksi himpunan-himpunan
pilihan untuk pemanfa’atan
diri seterusnya diterjemah
tulis, di editasi kecil
serta di olah bahasa untuk ditebar
luaskan lagi rerawan jala kongsi ilmiah sesama saudara/ri
seaqeedah
yang saya hargai kerana ALLAH. Moga ada
khairnya, insyaALLAH.


Dan insyaALLAH ingat ya, sama-sama kita usaha dan
do’akan yang terbaik
bukan sahaja untuk kesejahteraan
dan kejayaan diri, famili bahkan UMMA
H seluruhnya,
agar sama-sama cemerlang, gemilang dan terbilang, amiin.
WalLAHU Musta’an.


Ilal liqo’ insyaALLAH. Ismihni ‘ala kulli hal,
wassalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala wabarokaatuh
.

al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
22 Syawal 1427H,
Auckland, NEW ZEALAND.


~*~*~*~*~*~*~

Ma’raji penulis asal:



1- Sebagaimana ALLAH Subahanahu wa Ta'ala berfirman
dalam Tanzil-Nya:

وَلاَ تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلاَّ عَلَيْهَا
وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى


Dan tidaklah seseorang melakukan suatu dosa melainkan
kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri, dan
seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa
orang lain
.”

(Al-An’am: 164)

2- Faedah: Al-’Allamah Al-Alusi rahimahullahu
dalam tafsirnya mengatakan: “Dalam ayat ini terdapat
dalil bahwa beristi`adzah (minta perlindungan) kepada
ALLAH dan mohon keselamatan dari-NYA ketika terjadi
ujian/ cubaan dan goncangan, merupakan kebiasaan yang
dilakukan orang-orang Sholih dan sunnah para nabi.
Dan ini banyak disebutkan dalam Al-Quran
.”
(Ruhul Ma’ani fi Tafsir Al-Qur`anil ‘Azhim was
Sab’il Matsani, 13/791)

3- Jami’ul Bayan fi Ta‘wilil Qur`an 12/162,
Al-Jami’ li Ahkamil Qur`an/ Tafsir Al-Qurthubi 9/132,
Ruhul Ma’ani 13/790, An-Nukat wal ‘Uyun Tafsir
Al-Mawardi 6/47.

4- HR. At-Tirmidzi no. 3878, kitab Manaqib ‘an
Rasulillah, bab Fadhlu Khadijah radhiaLLAHu 'anha,
dari hadits Anas bin Malik radhiaLLAHu 'anhu.
Dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahuLLAHu
dalam Shahih At-Tirmidzi dan Al-Misykat no. 6181.

5- Ada sebagian atsar yang menyebutkan bahwa
Maryam dan Asiyah diperistri Nabi ShallaLLAHu 'alaihi
wa sallam di syurga
, sebagaimana riwayat Ath-Thabrani
dari Sa’ad bin Junadah
, ia berkata: Rasulullah ShallaLLAHu
'alaihi wa sallam
bersabda:

إِنَّ اللهَ زَوَّجَنِي فِي الْجَنَّةِ
مَرْيَمَ بِنْتَ عِمْرَانَ وَامْرَأَةَ فِرْعَوْنَ
وَأُخْتَ مُوْسى عَلَيْهِ السَّلاَمِ


Sesungguhnya ALLAH menikahkan aku di surga dengan
Maryam bintu Imran, istri Fir’aun (Asiyah), dan dengan
(Kultsum) saudara perempuannya Musa 'alaihissalam
.”

Namun hadith ini lemah, Asy-Syaikh Al-Albani dalam
Adh-Dha’ifah (no. 812) mengatakan hadits ini mungkar.

Adapun pendapat yang mengatakan Maryam dan Asiyah
adalah nabi dari kalangan wanita sebagaimana Hajar dan
Sarah, tidaklah benar karena syarat nubuwwah (kenabian)
adalah dari kalangan laki-laki, menurut pendapat yang
shahih.
(Ruhul Ma’ani, 13/793)

ALLAH Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ
إِلاَّ رِجَالاً نُوْحِي إِلَيْهِمْ


Tidaklah KAMI mengutus rasul sebelummu kecuali
ari kalangan laki-laki yang KAMI berikan wahyu kepada
mereka
.”

(An-Nahl: 43)

6- Tsarid adalah makanan istimewa berupa daging
dicampur roti yang dilumatkan.

7- HR. Al-Bukhari no. 3411, kitab Ahaditsul Anbiya,
bab Qaulillahi Ta’ala: Wa Dharaballahu Matsalan
lilladzina Amanu… . Diriwayatkan pula oleh Al-Imam
Muslim no. 6222, kitab Fadha`il Ash-Shahabah.

8 -ALLAH Subahanahu wa Ta'ala berfirman:

فَلْتَقَطَهُ آلُ فِرْعَوْنَ لِيَكُوْنَ لَهُمْ عَدُوًّا وَحَزَنًا
إِنَّ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُوْدَهُمَا كَانُوْا خَاطِئِيْنَ.
وَقَالَتِ امْرَأَةُ فِرْعَوْنَ قُرَّتُ عَيْنٍ لِي وَلَكَ
لاَ تَقْتُلُوْهُ عَسَى أَنْ يَنْفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا
وَهُمْ لاَ يَشْعُرُوْنَ


Maka Musa dipungut oleh keluarga Fir’aun yang
kemudian ia menjadi musuh dan kesedihan bagi
mereka. Sesungguhnya Fir’aun dan Haman beserta
tenteranya adalah orang-orang yang bersalah. Dan
berkatalah istri Fir’aun kepada suaminya: ‘Ia adalah
penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah
kalian membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfaat
bagi kita atau kita ambil ia menjadi anak.’ Sedangkan
mereka tiada menyadari
.”

Al-Qashash: 8-9)


9-Yaitu isteri Nabi Nuh 'alaihissalam dan isteri
Nabi Luth 'alaihissalam


10- Lihat surat At-Tahrim ayat 1 sampai 5.

11- Hubungan isteri dengan suaminya; isteri Nuh dengan
suaminya, isteri Luth dengan suaminya, dan Asiyah dengan
suaminya Fir‘aun.

12 -Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 875

13- Kisah Ifk ini (tuduhan zina terhadap ‘Aisyah) beserta pernyataan kesucian ‘Aisyah diabadikan dalam Al-Quran,
surah An-Nur ayat 11-26
.




p/s: Salam Syawal hanya berbaki tidak sampai 10 hari lagi
, bagi yang belum sempurna 6 hari puasa sunat Syawal,
ayuh, lekas rebuti peluang yang amat tinggi keberuntungannya
ini
, yang mana dalam hadith dikisarkan bersamaan setahun
puasa, insyaALLAH keredhoan ROBBI makin membungkam
nurani, alhamdulilLAH, insyaALLAH, amiin
.

Thursday, November 09, 2006

Perdebatan dalam Perbezaan

.
BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu
‘ala RasulilLAH Sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam,


Assalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala
wabarokaatuh





BiiznilLAH, semalam saya sudah sempurna menduduki
peperiksaan semester akhir di Universiti, moga segala-galanya
adalah yang terbaik, insyaALLAH. BiiznilLAH, sempurna
satu urusan itu, selagi mana hidup ini merupakan satu
perantauan menuju akhirah serta permusafiran dalam
perjuangan fisabililLAH
, kesinambungan urusan
tak kan kenal erti noktah selagi ruuhi belum mencecah
halkum
.

AlhamdulilLAH, kesibukan yang menjengahi fikri, jawarih
wa qalbi insyaALLAH menjadikan diri ini senantiasa dalam
jaga
, penuh kehati-hatian dari masa ke masa dan pastikan
hati milik diri bahkan sekitar diri adalah terjaga rapi
sebaiknya sedaya mungkin, kerana sungguh ROBBI MAHA
HALUS lagi TELITI PEMERHATIAN-NYA
atas diri. Moga
-moga kewaspadaan ini terus-terusan insyaALLAH, agar
diri ni terus dalam keadaan jaga bukan lelap apatah lagi alpa.
Moga-moga diri ini akan terus punya hati yang hidup kerana
hati yang mati tidak akan dapat menghidupkan hati-hati yang lain, walLAHU Musta’an.





Saudara saudari yang saya hormati kerana ALLAH,
InsyaALLAH
, olahan penulisan saya kali ini adalah bertunjangkan
idea asal saudara Ucup al Bandungi; sebagaimana beberapa coretan
saya yang lain di web ini, saya akan integrasikan kefahaman saya
dengan apa yang saya baca sebelum proses perincian dan penulisan semula dilakukan. Adapun, pada mana-mana pengisian atau wadah penyampaian (khusus dari sudut bahasa) andai kata punya kesamaran
apabila sampai ke mata pembacaan saudara/ri seaqeedah saya, maka
saya akan cuba olahkan pengisian ke pemahaman yang lebih mudah di samping menambahkan pengisian di mana-mana
bahagian yang saya rasakan perlu dan kena, moga ALLAH Ta’ala senantiasa memandu saya dan menjauhkan saya daripada tersasar keluar dari hujjatul haq, walLAHU Musta’an.
‘Ala kulli hal, titik peluh serta hempas penat memerah fikir penulis
asal
tetap saya hargai, kerana itu dalam apa jua yang meletuskan citra penulisan saya, akan tetap saya nyatakan nama penulis yang memberikan momentum setiap penulisan saya, moga ALLAH merahmati nya jua, amiin.


~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~ ~*~


BismilLAH..



Perdebatan dalam Perbezaan
Idea asal: Ucup al-Bandungi bukan Rumi
Olahan kembali: Bintu Yusof

Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab,
melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali
dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan
katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab
-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang
diturunkan kepadamu; TUHAN kami dan TUHAN
-mu adalah satu; dan kami hanya kepada-NYA
berserah diri


(Al Ankabut; 29:46)

Perbezaan pendapat adalah hal yang wajar terjadi di
dalam komuniti masyarakat. Ini adalah satu gambaran realiti
yang tidak boleh dinafikan
lagi. Jangankan perbezaan di
antara golongan yang punya kefahaman yang berbeza
,
bahkan bagi yang berada dalam satu aliran kefahaman
pun kadangkala boleh terjadi perbezaan pendapat, yang mana jika
dibiarkan tidak mustahil boleh mengarah pada perseteruan,
pertikaian hingga perpecahan
.





Manusia diciptakan berbeza-beza. Ini termasuklah dari cara
berfikir, cara menyampaikan pendapat, kemampuan
menerima pendapat
dan hinggalah kemampuan untuk
menerima perbezaannya
. Sesungguhnya tidak ada dua
atau lebih manusia yang hidup di dunia ini diciptakan sama
persisnya, walLAHU’ALAM. Apalagi dalam kebejatan dunia
menuju ambang akhir zaman
ini, dengan adanya pelbagai
aliran faham dan berbagai-bagai institusi pendidikan, maka
semakin bertambahlah ragam-ragam pendapat terhadap
setiap satu fenomena
.

Dimisalkan melihat seekor gajah.

Ada yang melihat dari depan, maka yang terlihat ialah
kepalanya.

Ada yang melihat dari sisi, maka yang terlihat ialah
tingginya.

Ada yang melihat dari atas, maka yang terlihat ialah
panjangnya.

Ada yang melihat dari bawah, maka yang terlihat ialah
perutnya.

Ada yang melihat dari belakang, maka yang terlihat ialah
ekornya.

Sedangkan gajah yang besar itu sendiri, tidak mampu
melihat dirinya secara utuh
melalui mata kecilnya.

WalLAHU Ta’ala ‘ALAM.


Saudara/ri yang dirahmati ALLAH,
Kefahaman dan ketidaksefahaman pendapat seharusnya
ditangani dan disikapi dengan bijak serta teliti.





Menyedari timbulnya pelbagai ragam cara pandangan tadi, lalu
mencuba meletakkan diri kita pada pihak rakan bicara
kita
(sama ada atas simpati, ihsan atau kewajaran pada ‘aqal),
sehingga kita dapat melihat apa yang mereka lihat, merasakan
apa yang mereka rasa
, mendengar apa yang mereka dengar,
dan memahami apa yang mereka fahami. Mohon hindari
penggunaan “kaca mata kuda”, yakni mempertahankan pendapat
sendiri sejadi-jadinya, tanpa memberi peluang insan lain menyuarakan pandangannya sama. Jangan mudah memandang enteng apatah
lagi memperlekeh bicara saudara kita, ISLAM menganjurkan
toleransi, ringankan hati dan telinga waima sekelumit untuknya,
kemudian baharulah ketimbang fikir satu persatu sebelum
membulatkan apa-apa keputusan
.

Namun, dalam pada itu, ada juga pendapat yang tidak
layak sikapi
dengan erti konteks dilayani amat hingga menghabiskan
masa kita yang sememangnya amat mungil berbanding perbilangan
urusan lain yang ALLAH Subahanahu wa Ta'ala galaskan
atas kita selaku di khalifah di muka bumi-NYA ini.

Persoalaannya jenis perbezaan pendapat yang
bagaimanakah?





Jawabnya ialah perbezaan pendapat yang niatnya
hanya atas dasar ingin berdebat, memuaskan syahwat
mulut dan ego, kebuakan rasa amarah dan kemuakan
hati, tanpa ada keinginan muafakat dan rasa saling menghormati serta saling menghargai perbezaan
pendapat.
Maka, jika demikianlah ia begitu, tinggalkan
sahaja
. Katakan sahaja, bagiku urusanku, bagimu
urusanmu
, walLAHU’ALAM bishowab.

InsyaALLAH banyak lagi urusan-urusan dan ‘amal
pengibadatan buat ROBBI yang bisa dimanfa’ati buat
mengisi masa-masa kita, yang mana jauh lebih banyak
faedahnya buat pengislahan diri serta penyumbang pada pembangunan UMMAH berbanding hal yang sedemikian
itu.

AlhamdulilLAH, teringat pula pada petikan bicara
bual saya bersama seorang Mu’alim
pada 7 Ogos
yang lepas:





Bintu Yusof : "Orang berakal itu bukanlah orang yang
pandai mencari-cari alasan untuk membenarkan
kejelekannya setelah terjatuh kedalamnya, tetapi
orang berakal ialah orang yang pandai menyiasati
kejelekan agar tidak terjatuh ke dalamnya
."

Mu’alim : AlhamduliLLAH berdasarkan konsep dua
hadith rasulLLAH s.a.w
Mu’alim : haasibu alfusakum qabla antuhaasabu
Mu’alim : dan kullu bani adam khatta un..

Bintu Yusof : ya, mohon jelaskan ya ustaz al mukhtar

Mu’alim : masyaALLAH indah dan berfaedah untuk
semua

Mu’alim : kehebatan seseorang ialah bila mereka
mengetahui kelemahan diri dan mencari
kekurangan tersebut untuk diperbaiki
,
bukannya mendabik dada mengatakan CERDIK
dan Bijak sedangkan perbaikian diri
adalah perkara
utama dalam hidup..berdasarkan hadith yang diberikan
kepada Aisyah r.a : sekiranya seseorang daripada
kamu mencari kekurangan diri dan merasakan
dirinya banyak melakukan kesalahan dan
kesilapan dan dia bersegera memp-erbaiki dan
minta ampun kepada ALLAH,maka ALLAH
akan mudah mengampunkannya


Renung-renungkanlah, moga bermanfa’at, insyaALLAH.





Akhirul kalam..bermahkotalah dengan mahkota
budi utama
. Bersimbollah dengan simbol perdamaian. Berpandukanlah pada sumber al haq kitabulLAH
wa sunnah RasululLAH sholla ALLAHu ‘alaihi
wassalam
. Moga segala-galanya dijalankan dengan
penuh hati-hati, agar semua hati adalah terjaga,
kelak jangan sampai tak terjawab bila dipersoal ROBBUL
‘Aalamiin
di hari pengadilan nanti.

Saamihni ‘ala kulli hal, insyaALLAH bersamalah kita
usaha dan do’akan moga keharmonisan UMMAH
terpelihara agar kecemerlangan, kegemilangan dan
keterbilangan ISLAM bisa terus utuh membumi, amiin.
WalLAHU Musta’an.

Hadanallah wa iyakum ajmain, Wa billahi taufiq
wa al hidayah wa salamu alaikum wa rahmatullahi
wa barokaatuh
.



al faqiirah ila ROBBIha,
Bintu Yusof,
17 Syawal 1427H,
Auckland, Nueva Zelanda.


~*~*~*~*~*~*~~*~

p/s: BismilLAH, alhamdulilLAH, antara nukilan
bawah payungan perbicaraan yang sama dengan
hal di atas:

  • *Lebih Baik Diam daripada Berbicara

  • *Bicara Ikhlas

    *Bintu Yusof:
    Namun, perbualan saya dengan seorang Mu’alim
    pada 30 Oktober yang lepas, membuatkan saya
    terfikir kembali tentang penulisan artikel
    di bawah ini
    :

  • *Majority is not a Proof That Something is Correct


    Bintu Yusof: awas jgn mudah kenakan hukum
    kolektif
    pada semua kaum hawa, hati2lah

    Mu’alim: sebab tu saya cuba juga untuk nilai sendiri
    -
    Mu’alim: maafkan saya
    Mu’alim: hukum adalah aghlabyyah = perkara
    terbanyak


    Bintu Yusof: baiklah, maafkan saya juga ats bicara
    saya yg kurang enak barangkali spjg masa ini,
    walLAHU'ALAM

    Mu’alim: tak mengapa,ia tak mengganggu saya
    Mu’alim: saya terima ia sebagai perkara biasa,
    dan jangan risau ia bukan kekasaran

    Bintu Yusof: maaf, apa yg ustaz cuba sampaikan
    ttg hukum tsebut
    , maaf atas kelemahan dan
    kcetekan ilmu pada diri saya tak mngerti

    Bintu Yusof: mohon ihsan perjelaskan
    Bintu Yusof: maafkan saya

    Mu’alim: hukum adalah aghlabyyah=perkara
    terbanyak ertinya,sesuatu hukum dilihat
    daripada perkara yang terbanyak berlaku
    walaupun ada segelintir yang tak sedemikian
    ,

    Bintu Yusof: alhamdulilLAH, saya jelas sekarang,
    syukran katiron

    WalLAHU Ta’ala ‘ALAM, masih banyak yang
    perlu saya dalami, insyaALLAH belajar terus belajar.


    ~*~*~*~*~*~*~~*~

    Mengimbas tinta mu’alif 1426H:

  • *Surat al Hassan al Basri kepada Umar bin Abdul Aziz

  • *As Syahid Syed Qutb


  • Sunday, November 05, 2006

    Warkah Istimewa buat Saudari-saudari Muslimahku

    .




    BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu ‘ala RasulilLAH Sholla ALLAHu ‘alaihi wassalam.

    Assalamu’alaykum warahmatulLAHi Ta’ala wabarokaatuh,

    Khas buat saudari-saudari Muslimah kehormat yang diri ini hargai dan hormati kerana ALLAH Ta’ala, saya do’akan moga-moga kalian senantiasa berada dalam keceriaan dan kebahagiaan yang makin membunga dari masa ke masa hasil tuaian CINTA nan kudus bersama KEKASIH nan AGUNG, ROBBUL IZZATI, insyaALLAH, amiin.

    AlhamdulilLAH,
    Dengan izin ALLAH Subahanahu wa Ta’ala maka pada tika dan sa’at ini saya beroleh peluang untuk mencoret sepucuk lembaran eletronik ringkas buat saudari-saudari seaqeedah yang saya kasihi kerana-NYA. AlhamdulilLAH, segala ucap utama kesyukuran hanya layak bagi ALLAH Ta’ala

    Saudari-saudari yang mana rahmat ALLAH tak pernah putus atas mereka,



    Sungguh bertuah diri kita para Muslimah, betapa istimewanya kita DIA ciptakan, dari rahim-rahim kita inilah lahirnya para Mujahid Mujahidah ILAHI, dari kesyaksiahan yang kita pelihara inilah membuatkan Amir Baitul Muslim kita merasa tiada khuatir meninggalkan kita sendirian di rumah apabila ia keluar berjuang fisabililLAH, dari rasa kehormatan dan kemurnian sayang yang membaluti jiwa kita inilah menyejukkan hati orang tua di kedua belah pihak yang kita hormati filLAH, dan dari rasa keihsanan dan kemuliaan akhlaq kita inilah melahirkan masyarakat yang harmonis, insyaALLAH segala-gala ini adalah dengan izin-NYA. Moga sama-sama mendapat yang terbaik daripada-NYA, kita do’akan itu, amiin Ya ROBBAL ‘Aalamiin.


    Pernah suatu ketika saya titipkan mutiara tazkirah ini pada ikhwah wa akhowat filLAH dan barangkali ada di kalangan kalian biiznilLAH berpeluang membacanya sama ada dari milis saya waima jejambatan info rerakan seperjuangan, ‘ala kulli hal, insyaALLAH kali ini saya titipkan kembali buat peringatan dan renungan kita bersama kembali, moga bermanfa’at. insyaALLAH:



    KeIMANan yang BENAR bertanam dalam jiwa akan menjadikan perjalanan kehidupan kita atas atsar perjuangan fisabililLAH ibarat sebuah KISAH CINTA;

    - Yang mana segala keSETIAan yang kita pasakkan dan juzuk-juzuk PENGORBANAN yang kita bawa kehadapan ROBBI akan menukarkan UJIAN PAHIT itu menjadi KENANGAN yang MANIS.

    - Manakala ketumbukan keSABARan yang kita gengam erat alhamdulilLAH menjadikan segala BEBANAN yang kita tanggung itu menjadi RINGAN.

    - KeYAKINan yang PASTI & MESTI pada JANJI-JANJI ALLAH menjadikan JIWA kita senantiasa gagah melayar TENANG hatta ketika merentasi PERJALANAN yang begitu SUKAR.

    - Dan SUDAH TENTU keRINDUan yang MUTLAK pada-NYA lah yang menjadi PEMBAKAR SEMANGAT setiap kali kita berhadapan dengan keGAGALan.

    AlhamdulilLAH,
    Demikianlah hendaknya, walLAHU Musta’an.




    "Dear brethren,
    Everything that is decreed for the Muslim is best for him.
    Calamities should strengthen our heart and reshape our outlook in a positive sense. Indeed, with each difficulty there is relief. Do not let trifles be the cause of your destruction. Indeed,ALLAH is Oft-giving"

    - Dr. 'Aaidh AbdulLAH al Qarni



    InsyaALLAH moga kita sama-sama THABAT dalam usaha membina SATU PERKAMPUNGAN BAHAGIA berasakan batu bata ‘amalan dan cerucuk bina’an pengIBADATan nan IKHLAS untuk ALLAH Subahanahu wa Ta’ala, sungguh mahkota SHOLIHAH itulah yang kita impi, insyaALLAH bersama menuju keredhoan ILAHI ROBBI.

    AlhamdulilLAH, walLAHU Ta’ala ‘ALAM.

    Baiklah, saya akhiri coretan saya pada 13 Syawal1427H ini dengan perkongsian tazkirah nukilan al akhyar, moga ada khairnya, insyaALLAH:



    Nun di sana cita-cita..Ya Akhirat namanya..Di dunia ini bukan tempat tinggal..Di sini hanya sbentar tidak kekal..Betulkan niat daripada sekarang..Tukar sikap yang merugikan.. Quran & Sunnah jadikan panduan..Agar besok kita tak kekesalan..Biar susah sedikit kerana TUHAN..Untuk menghindar kesusahan yang besar..Yang tidak sanggup ditanggung badan..Ambillah ikhtibar kalau mahu sedar..Ayuh bersegera menuju ALLAH Subahanahu wa Ta'ala..Don't do something for show!"

    AlhamdulilLAH, walLAHU ‘Ala ‘ALAM.

    Moga bermanfa’at, insyaALLAH. Saamihni ‘ala kulli hal.

    Salam optimis dalam perjuangan dan penghidupan fi sabili-HI. Moga MUMTAZ! InsyaALLAH, amiin.



    Ilal liqo’en jadid insyaALLAH. Bersama-sama usaha dan do’akan kebaikan dan kesejahteraan bukan sahaja buat diri, famili bahkan UMMAH & ISLAM agar sama-sama MUMTAZ! InsyaALLAH, amiin.

    Wassalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala wabarokaatuh.


    al faqiirah ila ROBBIha,
    Bintu Yusof,
    13 Syawal 1427H,
    Auckland, NEW ZEALAND.


    Powered by ClockBot.com }